Wednesday, September 28, 2011

Jenak the cat


gambar ni adik aku MMS kat aku tadi.pic yang boleh buat aku switch mood aku dari moody kepada mood happy.

kucing ni namanya Jenak.badan gemuk tapi kaki pendek.jalan pun terkedek-kedek.miahahaha..sangat2 shomey.
mak Jenak ni asal dari KL tapi sekarang dah jadi kucing kampung.kucing pun tau nak tinggal kat kampung.lalala
p/s:whatdecat tetiba guna ayat badut ni.comel jd shomey.oh! =p

Saturday, September 24, 2011

cerita aku

selepas seminggu tak menyibukkan diri beronline..hari ni dengan menggunakan lappy kawan aku..aku cuba untuk update entry..kikiki


oh ya..tak lupa nak bagitau..entry lepas aku ada cerita sedikit pasal makcik maxis call aku kan.tadi try cucuk bodbang aku..tapi xboleh connect dah.
dan dengan ini aku nak isytiharkan

MAXIS DAH POTOnG TALIAN BROADBAND AKU.SEKIAN!

banyak benda aku nak ceritakan dalam tempoh seminggu aku menyibukkan diri dari tak mengupdate entry2 yang merepek tapi disebabkan terdapat banyak kekangan maka cerita2 yang aku dah rangka dalam otak aku ni hilang cam tu je.maklum la short term memori.lalala

lain-lain cerita..aku nak isytiharkan jugak.dengan selamat dan rasminya aku bergelar seorang pekerja.dalam tempoh sebulan ni aku kene dengar ceramah..ceramah..and again ceramah.cuma dalam minggu last aku ada latihan untuk CPR(cardiopulmonary resusitation) dan cara cara bagi breast feeding yang betol untuk ibu2 yang baru bersalin.
p/s: teknik breast feeding yang betul menjamin bayi anda mendapat bekalan nutrien dan antibody yang mencukupi.lain entry nanti kalau aku ada masa..aku bagitau la cara breast feeding yang betul.tunggu ya.

penempatan klinikal aku dah tahu.aku berposting dibahagian pesakit dalam di
bahagian medical ward yang mempunyai 3 unit disiplin iaitu disiplin nefrologi(berkaitan dengan renal), disiplin rheumatogy dan disiplin endocrine.
ward tempat aku berkhidmat nanti..ada masanya menjadi antara ward yang bizi di hospital .tak terkejor wa cakap..tapi insyaallah aku akan lakukan yang terbaik .

sebenarnya aku lebih berminat dengan ward peadiatric tapi apakan daya jabatan perkembangan jururawat dah aturkan semua maka aku terima je la.
nanti bila nak sambung belajar lagi..insyaallah aku nak try mintak post basic bahagian peadiatric.
walaupun peads mencabar tapi aku suka.aku pun tak tahu kenapa aku suka dengan peads ni.mungkin dekat dengan jiwa aku kot.lalala
p/s: peads merupakan singkatan bagi peadiatric.

ok.habis cerita pasal tempat kerja aku.ni nak citer pasal tempat tinggal aku sekarang.sekarang aku dan kawan2 menyewa kat 1 kawasan taman di area petaling jaya dimana kawasan ini boleh dikatakan crowded la jugak.masalah kecurian kat area ni..agak dasyat jugak la.kena selalu berhati-hati dan berjaga-jaga.tapi yang selalu bagi spoil mood aku adalah bila menunggu lif.bercinta dulu baru dapat lif.kekadang aku dah fed up..aku naik tangga je tapi agak2 la..tingkat 10 tu..larat ke hari2 nak naik tangga.penat balik kerja lagi tu.sabor je la.tak pe la..nanti aku pergi jumpa Dr Nahar..atleast boleh jugak bagi alasan aktivity harian untuk mendapat tubuh badan yang fit adalah turun naik tangga bangunan 10 tingkat.bagus2 =p.

tu baru masalah lif yang selalu rosak.masalah bau sampah hancingbancing.kiri kanan rumah aku tiap subuh dan maghrib selalu la dengar bunyi loceng.tu ok lagi.yang agak meresahkan bulu hidung aku bila time bau kemenyan tu..adoiya..sesak den.tercekik lubang hidung den menahan bau aroma terapi rumah sebelah sambil dengar bunyi loceng.hmm..nak buat macam mana..terima je la.adat hidup berjiran.kena ada perasaan give and take.baru la harmoni sejahtera.1malaysia katakan.

aku rasa sekarang aku dalam mood PERUBAHAN dari menjadi seorang yang agak lampi kepada seseorang yang lebih tahu fungsi akalnya.maksud aku lebih mengenal erti TANGGUNGJAWAB.maklum la dulu time student..disamping tanggungjawab sendiri dalam menjaga pesakit..at least jika ada apa2 yang terjadi dekat pesakit disebabkan kecuian diri sendiri..lecturer yang akan tolong backup kan tapi sekarang situasinya lain sedikit.tanggungjawab yang lebih berat bakal dipikul.
adakah aku dah sedia untuk pikul tanggungjawan yang sangat besar ni??
hanya aku dan allah taala yang yang tahu.cuma aku berharap aku sentiasa ikhlas dan redha apa yang aku lakukan.insyaallah.

notakakijalanan:
macam entry berat je..miahahaha..tapi takdela berat sangat..agak2 je tu.entry luahan perasaan je skit mengenai pertukaran alam kanak2 kepada alam baligh.=p

p/s:
ah sudah..toilet rumah ni agak bangang skit.tak boleh flush.parok.
p/s II:
minggu lepas surat MBPJ terselit bawah pintu.notis tak bayar cukai 3tahun.kalau tak bayar , semua harta benda akan disita tapi masalahnya rumah ni bukan ada harta pun.aishh tuan rumah.ni gara2 penghuni terdahulu buat dajal kat tuan rumah.nasib la labu...



Friday, September 16, 2011

status sebagai blogger

status sebagai blogger.weee..tapi..

bila mood berblog makin kurang..aku jadi malas gila nak menulis tapi tiada istilah bosan dalam berblog ni sebab blog walaupun tak melimpah tapi memang banyak(ape da ayat..macam mat lit.berputar belit) memberi ilmu kat aku.
melalui tulisan dalam blog ni..aku dapat kenal kawan baru.walaupun tak dapat bersua muka tapi melalui penceritaan yang ditulis oleh seseorang blogger ia seolah2 memberi aku ilmu.

banyak ilmu2 IT aku tahu dari blogger2 yang pakar dalam dalam bidang ni.tak kira la pasal gadget terkini mahupun terdahulu.
banyak ilmu2 tips blogging berjaya yang aku perolehi walaupun tips yang diberikan para blogger aku takde la ikut sangat tapi sedikit sebanyak tips yang diberikan mengubah aku dari segi penulisan.kalau aku baca tulisan zaman aku muda2 dulu dalm dunia blog ni..hahaha..nak gelak weh.tah pape aku merepek.
banyak jugak ilmu2 berkaitan hal ehwal semasa ,ilmu agama malah ilmu cintan cintun dapat aku absorb dalm otak aku ni.

melalui dunia blog ni..aku dapat kenal ramai blogger-blogger yang super awesome dalam penulisannya.(walaupun tak pernah bersua muka) cam liza razak.bro framestone.
mungkin hobi membaca yang aku pupuk dari kecik lagi menyebabkan aku suka blogwalking/blogjogging.
kadang-kadang(bukan kadang2 tapi almost time kot) aku baca blog tu sampai 2 3 jam untuk 1 blog.sebabnya aku baca hampir keseluruhan entry yang ditulis macam mula-mula aku sergah blog rasa hati dan warmness on the soul.sangat rajin kan aku membaca .=p miahahaha

tapi itu zaman aku tak da kerja.zaman aku lepak kat rumah sampai badan dipam-pam macam tong dram.zaman aku bergelar pelajar-baru-tamat-belajar-tunggu-nak-masuk-kerja.
boleh dikatakan zaman ini,aku banyak menghadap laptop sambil blogwalking dan tulis entry terbaru je.
p/s:aku pelajar yang mendapat tajaan untuk belajar.jadi tak payah pening2 nak fikir pasal bayar pinjaman mara /ptptn.

tarikh 19/9/2011 merupakan tarikh bermulanya aku menukarkan status aku dari seorang yang bergelar "penganggur 4bulan" kepada status "bekerja" di sebuah hospital separuh kerajaan dan separuh bukan kerajaan di pinggir ibu kota bersebelahan uUniversiti Malaya.
dengan status terbaru aku ni..tak dapat aku pastikan ..mampukah aku berblog lagi seperti zaman aku berstatus "penganggur 4bulan" tu.

tapi yang pastinya..aku akan kurang menulis entry terbaru kerana..

kerana..

broadband aku dah nak kena terminate.aku malas nak bayar bil.dah 3bulan tertunggak.miahahaha.
minggu lepas .makcik maxis call aku suruh bayar bil tertunggak tu .kalau tak bayar ..kene potong.
p/s: time aku bayar bulan2..service lembap cam siput babi.aku tak bayar tau pulak call suruh cepat2 bayar.hampeh tol.

mungkin ini last entry aku.mungkin jugak aku blog merepek aku ni bakal menjadi pekasam untuk beberapa bulan/tahun tapi yang pasti aku takkan berhenti berblog kerana blog dah jadi suku hidup aku dah.

kenapa blog suku hidup aku je?bukan separuh mahupun sepenuh hidup aku?
1.aku bukan blogger tegar
2.aku tak gila traffik.seo.
3.aku ada banyak kerja lain lagi nak kene buat selain dari duduk depan laptop je.
4.aku tak kejar buffering earning.
5.aku sedar blog aku ni PR 0..wahahaha..
6.aku kene banyak kutip ilmu lagi supaya dapat jadi seorang blogger yang berjaya.ceewah.
7.apa2 pun..aku suke berblog.that's all.
tq.

ps: tetiba lak hati ni jadi berbelah bagi cam digaru2 dengan garfu..ada sesuatu mengusik jiwa..waaa..huhuhu


Tuesday, September 13, 2011

fantaghiro a.k.a the cave of the rose

malam ahad yang lepas..dalam beberapa fb kawan2 aku..semua dok heboh pasal citer THE CAVE OF THE GOLDEN ROSE.
hohoho..citer apa tu.kenapa semua orang beria-ia nak tengok citer tu.aku pun tanya la sepupu aku citer apakah itu sebab dia yang beria-ia suruh aku tengok citer tu kat tv9.

rupa-rupanya ia adalah siri filem klasik itali yang diterbitkan pada tahun 1991 hingga 1996 dimana ia mempunyai 5 siri.nama lain bagi siri ini adalah FANTAGHIRO.
ia mengisahkan 3 orang puteri yang yang dilahirkan dalam keluarga diraja.kisah selanjutnya baca la kat wikipedia .aku malas  nak translate.

disebabkan tv9 kat rumah aku tersangat la baik channel nya dimana kalau tekan je button nom 9 maka keluarlah siaran bintik-bintik hitam putih dan mengeluarkan bunyi sperti tenok mengaum.sungguh bising.
jadi aku putuskan tak nak tengok dan baik aku ngadap FB aku je.hehehe.

bila orang dok bercakap pasal cerita ni..maka aku pon pergi la mintak bantuan incik google dan incik youtube.
serta merta mulut aku menyebut..
OOO..CITER NI.

aku pernah layan citer ni masa-masa kecik dulu tapi aku tak follow sangat citer ni sebab mungkin faktor umur aku pada masa citer ni ditayangkan di tv..aku belum pandai lagi layan citer2 klasik orang putih dan banyak menghabiskan masa layan citer ultraman,power rangers yang banyak siri ,dragon ball dari zaman goku kecik sampai la goku hidup-mati-hidup balik.

mungkin dengan adanya siaran semula cerita ni..aku akan layan kot seperti aku layan CSI.

p/s: disebabkan cerita CSI la aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pakar dalam bidang forensik.
damn.suka bebenor terpengaruh dengan cerita.



Fantaghirò
Directed byLamberto Bava
Produced byRoberto Bessi
Written byGianni Romoli
StarringAlessandra Martines
Kim Rossi Stuart
Brigitte Nielsen
Music byAmedeo Minghi
Release date(s)1991—1996
CountryItaly
LanguageItalia

























gambar: akucopypaste dari wikipedia

Monday, September 12, 2011

good life (one republic) | komen aku


notakakijalanan:
good life.
lagu yang best untuk dilayan.lagi satu aku peminat OneRepublic ni walaupun bukan la kipas-susah-mati (fan hard die) tapi group ni ada lagu yang memang jiwa untuk aku.(untuk aku la..untuk korang maybe ye maybe tak kot)
layan je..

ha..lagi satu..ce perhati lirik lagu ni.
melalui lirik ni..penyanyi ni menceritakan perasaannya bercampur aduk mengenai harapannya tapi ia mempunyai motivasi diri untuk jadikan harapan yang ada padanya sesuatu yang menyenangkan diri dia .positive thinking.

*ini apa yang aku rasa la tentang lagu ni.kalau kamu dan kamu rasa lagu ini berkaitan tentang sesuatu yang lain ini adalah kerana perasaan kita tak sama*

p/s: aku suka video klip good life.(sebenarnya sume aku suke pasal OR ni..hehehe).disebabkan aku malas nk up load ..nak share video klip lagu ni..aku bagi link je la. one republic.good life.
enjoy it.

Sunday, September 11, 2011

tukang jahit tak tepati janji?

perghhh..fuhhh..arghhh...

tak tahu dah nak describe perasan aku ni.rasa nak nangis pun ada.
apa perasaan anda bila pergi tempah baju dah lebih dari sebulan.tukang jahit janji .
"ok dalam masa 1bulan akan siap."
bila dah sampai tempoh yang ditetapkan.anda call tukang jahit tu nak ambil baju yang ditempah pada tarikh yang telah dijanjikan.kemudian jawapan yang diterima;

" sory amoi.itu baju kamu saya belum potong lagi maaa.kasi saya lagi 1 minggu."dengan nada percakapan yang langsung tiada perasaan bersalah.
uhhhhhh..berangin je perasaan kan.

tapi kamu sabar lagi kan.

cakap ok.saya boleh bagi 1minggu.tapi kalau boleh siapkan la cepat2 dengan nada sedikit kesal bercampur geram tapi masih lagi dalm mood sabar.
(tu pun dah gaduh mulut skit dengan nyonya cina melalui perbualan telefon.

selepas 1minggu (11/9/2011)
lokasi:kedai jahit di Jalan Tok Lam
saksi:2 orang kawan aku

aku: auntie .saya punya uniform sudah siap ka?
nyonya: oo..itu baju warna biru hijau ka?
aku:bukan la auntie.itu uniform saya warna hijau la.
nyonya:ooo..saya belum potong la amoi..
aku: !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.
perghhh..apa lagi..tiba2 suara aku naik ke volume 17/20
bengang tahap babun wehh.
dah la aku lapor diri 19hb ni.uniform tak siap.whatda fishdell.babi betol.(oppss..mencarut)
lepas sesi gaduh2 mulut.soal menyoal ngan cina tu.
dia sekali lagi berjanji.

nyonya: amoi..kasi lagi saya sampai hari rabu ni.(huh..janji lagi tu.dah la buat muka tak besalah langgar janji)
aku:???(pikir punya pikir..kalau tukar tukang jahit ..lagi lambat kot.then aku terpaksa setuju je)

tapi lepas je sesi gaduh-gaduh mulut..keluar je aku dari kedai cina nyonya tua tapi bajet muda lagi cun tu..
keluar la ayat mencarut dari mulut aku ni..(huhuhu..aku budak baik tapi keadaan memaksa untuk buat aku mencarut)

aku fikir2 balik.dah 2kali nyonya cina tu mungkir janji.
ahhh..tak leh jadi ni.dengan sokongan padu dari 2 orang kawan aku..dan hasil usaha aku telefon kawan aku yang dok kat PJ tu..aku masuk balik kedai nyonya cina tu..mintak balik kain aku.mintak deposit .aku nak pergi tempah kat tukang jahit lain.
(thank you wana sebab sudi pinjamkan aku dulu uniform ko..huhuhu)

notakakijalanan:
orang islam suka mungkir janji tu adalah munafik.
tapi kalau orang bukan islam tapi mungkir janji nak panggil apa ek???

tak kira islam ke bukan islam ke..melayu ke cina ke india ke..apa2 bangsa la kat dunia ni..dah pandai janji , jangan la sukasuki mungkir janji.
ingat best ke orang yang terpaksa telan janji demi janji tu.
dah la bagi harapan setinggi gunung tapi harapan tinggal harapan.
aku ingat dapat la try dulu uniform tu sebelum pakai time lapor diri nanti.kot la dapat ejas mane2 ada cacat cela.
tapi bila tengok kain tu sama macam aku hantar sebulan lepas.aishhhh...agak berangin dan kesal la.

kepada tukang jahit sekalian.buat la kerja tu dengan ikhlas,jujur,amanah.jangan sebab dok kejar2 sangat tempahan tu sampai orang yang buat tempahan awal ni dok tunggu2 bila la nak siap tempahan tu.
haishh...

p/s:aku tau la baju yang aku hantar kat kedai ko tu xdela harga sampai ribu riban .tau la baju aku hanya sekadar uniform nurse je.bukan baju yang nak pakai time terima anugerah pangkat kat istana negara tapi hati pelanggan kena jaga weyy..whatdecisdell.

macam dengan kerja aku jugak.hati dan perasaan pesakit kena jaga walaupun selalu je kena maki dengan pesakit.
sabar itu satu nikmat bila kita dapat ganjaran yang setimpal dengan kesabaran kita , namun dalam bersabar tetap ada batas2nya.jangan sampai kita ditindas suda..

mood:bengang tapi apa nak buat.kena call Madam T untuk tempah uniform dengan dia.





Saturday, September 10, 2011

kembali ke sekolah rendah

mood: layan A7X(dear god)

abaikan mood aku yang aku tulis kat atas tu.=p
===========
kembali ke sekolah.back to school.(nak eja school pon dah tak reti.adoiya)
tadi aku pergi ke sekolah rendah tempat aku menuntut ilmu selama 6tahun dari usia 7tahun hingga 12 tahun.
tujuan aku pergi balik ke sekolah tu bukan nak pergi menuntut ilmu mahupun memberi ilmu kapada pelajar2 sekolah itu tapi pergi bayar yuran greeding taekwondo adik sepupu aku yang mana adik sepupu aku tu tak dapat hadir kelas taekwondo tu hari ni.lagipun hari ni hari sabtu.proses pembelajaran dan pengajaran tidak dijalankan malahan kelas tambahan untuk bebudak darjah 6 dah abis sebab budak2 darjah 6 baru je lepas menduduki UPSR.

transport utama aku untuk ke sekolah rendah tu adalah basikal je.transport rasmi aku ketika aku dialam persekolahan selain dari kudrat aku berjalan kaki apabila basikal buat hal .maka tadi pun aku kayuh basikal adik sepupu aku tu pergi ke sekolah rendah tu.
agak mengah jugak bila aku kayuh basikal adik sepupu aku tu.mana tak mengah.aku naik basikal untuk budak2 berumur 11-12 tahun.rendah.apatah lagi dah agak lame aku tinggalkan zaman kegemilangan aku mengayuh basikal.tambah lagi, tayar basikal tu dah kurang angin.kempis.
p/s:boleh je nak naik moto tapi aku malas.saje nak imbas kenangan la konon ondaway nak pergi sekolah rendah tu.LOL!

Dalam perjalanan pergi kesekolah rendah tu, aku masih lagi melalui jalan yang sama , kawasan perkampungan yang sama.jalan raya je baru sikit sebab baru diturap.Bila lalu kat depan rumah pakcik ni , aku teringat zaman aku pergi sekolah , asal lalu rumah pakcik ni..aku akan tahan nafas selama beratus saat.
kat depan rumah pakcik ni ada sepohon pokok yang aku tak tahu nama.pokok ni bila tiba musimnya(atau setiap musim kot) akan mengeluarkan buah.buah pokok ni dah la bentuk dia buruk giler pastu keluarkan bau yang maha dasyat.silap haribulan sapa-sapa yang tak pernah bau buah pokok ni memang pengsan kot.
sampai sekarang pokok tu hidup subur depan rumah pakcik tu.lepas je aku melepasi rumah pakcik pokok bau maha dasyat tu..aku tersengih kejap (tak boleh sengih lama2..bahaya..hehe)sebab ingat kenangan dengan pokok busuk tu.yarkkk.

bila dah sampai kat kawasan sekolah rendah tu.kenangan lame terus dan terus menusuk balik ke dalam otak ni.Banyakk gile perubahan berlaku kat sekolah ni selari dengan perubahan diri aku jugak la.
dulu mana ada bangunan tinggi-tinggi kat sekolah tu.paling tinggi pun bangunan 2tingkat yang mana menempatkan bilik guru besar dan bilik cikgu dan sebuah bangunan lagi untuk kelas darjah 5 dan darjah 6.
sekarang..yang dulunya bangunan perpustakaan dah digantikan dengan bangunan 4tingkat .jadi aku tak tahu la mane dah letak bangunan perpustakaan sekarang.(tak explore pon kawasan sekolah)
dulu kawasan padang punya la luas.kalau ada matach bola sepak antara sekolah.4team boleh main sekaligus.kalau match bola jaring boleh mainkan 3 game serentak.dan yang paling aku tak boleh lupa kalau ada pemilihan untuk atlet rumah sukan bagi acara lumba lari ..aku selalu jadi antara yang terakhir.huahuahua.
panjang gile trek rumput lumba lari tu tambah lagi aku ni jenis katik( tak cukup inci)..memang dan nyata lari dapat nombor last sekali.(ah sungguh kejam cikgu yang paksa aku ambil bahagian dalam acara larian tu)
sekarang padang tu aku tgok dah makin kecik skit.dah bertambah sikit bangunan kat kawasan padang tu.

lagi beza dulu dan sekarang bila aku kembali ke sekolah..
dulu aku relek je kayuh basikal pergi sekolah tanpa rasa penat.
sekarang yakni hari ini.penat wehh.lame tak kayuh basikal.rasa macam tak cukup glucose .kepala dah naik pening2.nasib baik la kat rumah aku tak da dextrose saline mahupun glucose 50%.aiyerkkk..minum glucose 50% mahupun 10%..payau wehhh..
tak caye.try la minum.boleh mabuk.ahaks.

Friday, September 9, 2011

reload yang tidak dikenakan cukai 6%

Jika saya tinggal di kawasan bebas cukai, adakah saya masih dikenakan cukai?
• Pembelian pek permulaan dan tambah nilai prabayar mudahalih di kawasan bebas cukai seperti
Labuan, Langkawi dan Tioman adalah dikecualikan daripada cukai perkhidmatan 6%

bacaan penuh di hotlink

p/s: sapa-sapa nak topup harga sebelum cukai 6% ,pindah duduk kat negeri/kawasan bebas cukai .
tak pun kalau pergi ikut rombongan sekolah pergi Langkawi ke Labuan ke..borong kad topup banyak2 pastu jual balik dengan harga beserta sekali dengan tax.untung2.
=p

p/sII : page kami bantah cukai 6% untuk produk reload & simcard telah diwujudkan kat laman FB.pengenalan cukai perkhidmatan untuk reload dan simcard ni ada pro dan kontra nya tetapi ia lebih kepada menyusahkan rakyat je.tapi apa2 pun..keputusan telah dibuat walau dibantah macam mana sekalipun..reload atau senang cakap topup untuk telefon ni dah jadi salah satu keperluan untuk manusia dan bukan lagi sebagai barang untuk bermegah.
*waklu..teringat plak zaman2 belajar ekonomi form 6 dulu2 lagi2 untuk subjek mikroekonomi *




Thursday, September 8, 2011

nampak cool bila entry pendek?

macam best tgok sesetengah entry yang mempraktikkan penulisan entry yang pendek tapi mempunyai banyak maksud tersirat.

melalui penulisan yang secoet tu.ia dapat menggambarkan sejuta perasaan penulis blog a.k.a tuan tanah punya blogsphere.

aku?
gaya penulisan aku?

aku dalam proses merangkak lagi untuk menjadikan gaya penulisan aku betol2 indah dalam pembendaharaan kata2.
(tu la dulu masa subjek bahasa melayu sapa suruh malas buat karangan melebihi 500patah perkataan)

notakakijalanan:
merepek tu memerlukan ruang yang luas untuk merepek.oleh itu ia mempunyai kuota bilangan patah perkataan yang sentiasa melebihi 350 patah perkataan.

p/s:
haiss.aku tengah merepek ke ni??

Wednesday, September 7, 2011

conteng-conteng kedua

hari ni abang posmen datang bagi 1 sampul.

gula2 dalam hati dah tersimpul2 kesukaan.(hyperbola la pulak)
dalam emel ari tu incik fadhli a.k.a encik conteng2 cakap menda itu akan dipostkan pada 5hb9 2011.
hari ini 7hb92011 dah sampai kat tangan dah.
apakah menda yang aku sebut2 kan tu.
jom tgok pic kat bawah ni.




melalui pos ekspress

intro permulaan
p/s:aku suka kucing the cat

tadaaaaa..conteng2 edisi pertama.
insk..insk..insk..(kombang kuncup bangga terrrr..=p)
conteng2 edisi kedua takde gambar.nak tau lebih lanjut pergi je kat cc.com

notakakijalanan:
ok.sebenarnya ini buku edisi pertama keluaran conteng2.buku yang edisi kedua aku dah beli masa promosi second edition conteng-conteng.maka dengan bangganya aku nak habaq kat semua orang aku dah ada kedua-dua koleksi CONTENG-CONTENG.hehehe
time aku dapat buku edisi kedua tu aku kat hostel .so dapat la kongsi2 bagi kekawan baca tapi sekarang aku ada kat kampung halaman..jadi tak dapat la nak bagi kawan2 baca.sorry ek.

menurut reaksi kawan2 aku semasa baca conteng-conteng edisi kedua..semua kawan2 aku cakap cerita yang diceritakan dalam conteng2 sangat2 related dengan kehidupan mereka.memories masa2 kecik dulu2.

p/s: tak rugi la dapt kedua2 koleksi conteng-conteng ni.

p/s II :ada kawan aku tanya
"berbaloi ke beli.dah la mahal.novel murah lagi dari conteng-conteng ni"
jawab aku
"harga tak penting..yang penting nilai sentimetal yang ada dalam sesuatu barang yang kita beli tu buat kita rasa berbaloi"

p/sIII : nak dapatkan koleksi conteng-conteng dapatkan di SINI

Tuesday, September 6, 2011

halangan untuk belajar

kadang2 aku suka tulis entry yang santai selain daripada entry merepek.

entry ni aku tulis time aku tengah gila mengadap nota.bila otak aku dah tepu.aku amek latop kawan aku ,aku tulis dalam note FB aku.
p/s: ini kiranya aku copy paste la dari note fb aku.lagipun tak lama lagi aku akan masuk ke alam buana kerja.mana la tau entry ni jadi pencetus inspirasi kata semangat untuk adik2 yang sedang belajar untuk study balik.(ye la sangat =p)

bila aku nak study ada sahaja halangan.

antara halangan yang utama ialah;

1.MALAS
ini adalah salah satu symptom utama apabila minggu peperiksaan menjelma.walaupun memang sejak azali lagi penyakit malas ni dah ada kat dalam diri tetapi penyakit malas ni akan menjadi lebih teruk,kronik apabila peperiksaan datang.jgn sebut la nak membaca dan menghafal,nak pegang nota pon dah terasa aura keMALASan tu.bagi je la segala tonik,ubat-ubatan untuk mencegah penyakit malas ni,hatta bersepah segala nasihat dan bebelan dari ibu bapa,kawan2 mahupun kucing mak cik limah..namun semua tu sia2.boleh dikatakan penyakit MIM ALIF LAM ALIF SIM (MALAS) tetap RAJA untuk segala halangan apabila nak memulakan mukadimah untuk study.

2.NOTA YG TAK TERSUSUN.
ni satu lagi halangan bagi menghalang untuk study.nota tak tersusun.mase minggu kuliah tak reti nak susun nota cantik-cantik.tak pon , time mgu kuliah memang dah cantik tersusun tp bile ada je conference kat clinical area, satu-satu nota akan dikeluarkan dari file memasing bagi buat rujukan time conference.pas abis je conference,mane-mane tah campak nota tu.dan akibatnya bile nak exam je..time study week,melilau mencari nota2 lame ,ibarat ibu kucing mencari anak2 kucing yang hilang.terbang tah kemana nota2 kalian tu.akibatnya,bila nota dah tak cukup lengkap,serabai,kusut masai,kusam , maka memberi kesan apabila nak study.kejap2 kene cari nota yang dah hilang tah kemana2 tu.jdnya niat asal nak study terus tukar jd MISION MENCARINOTAKAKINOTA.

3.GENGKAWAN
haaaa...ni satu lagi masalah..(ekhhh..ye ke??)baiklah.disini akan dikupas dengan detail pasal masalah ni sebab isu ini boleh jadi kontrovesi lak..ni sebenarnya bukan la masalah kawan sepenuhnya.masalah ni adalah predispose factor.kalu dah diri sendiri tu tak leh nak concentrate nak study,jadinya pergila mencari sumber2 yang boleh memberi keceriaan dikala diri dah tepu ngan segala tulisan2 nota yang dah boleh diibaratkan macam semut yang melata mencari makanan.makin tgok nota tu makin kecik je mata nak membaca.jadi jalan penyaelesaiannya adalah mencari kawan2.jadi ni salah sape ek..??
masalah dari segi kawan2 ni , bila kita nak study time ni la kawan2 ajak buat segala bagai aktiviti.aishh..serba salah jadinya kan.tak ikut kang kecik jantung lak.kalu ikut,diri sendiri lak yang kene sakit jantung bile result kuar sebab terkejut result exam cantik sangat.jadi pepehal..tepuk dada tanye sindiri.nak excelent ke nak kantoi lam exam..

4.ASAL BACA JE TAK MASUK ,TAK MELEKAT KAT OTAK NI.
aishhhh...ni pom kire halangan ke????
mula2 study tu memang la cam ala2 paham je pe yang dibaca.tapi makin lame makin kecik je otak ni,makin bulat je mata menafsir ayat2 nota tu.pastu kopem bercakap2 kat dalam hati.."APA YANG AKU BACA NI..TAK PAHAM DAH NI"KENAPA RETINA DETACTMENT JD MACAM NI.MACAM MANE BERLAKU MENDE ALAH NI."alahai..makin tenung nota ni,makin rase nak tembus je nota2 tu.segala bagai cara la nak faham sesuatu situasi , masalah yg telah diterbitkan dalam otak ni samada tanya kat kawan mahupun mencari kat intenet,belek buku2 yang agak2 kalah 1 naskah Quran tu.tapi tak de jugak jawapannya.maka kesudahannya adalah kopem anda akan berkata"AHH..TAKYAH STUDY.MAKIN BACA MAKIN SAKIT OTAK.BAIK AKU TERBONGKANG ."KASI BETULKAN BALIK OTAK YANG DAH SEDIA TEPU NI.huuhu..
wah..satu kaedah yang bagus untuk rehatkan otak ..lalalala.

5.PAKWE@SKANDAL KACAU
asal nak study je mesti ade yang nak mengacau.pakwe call la.skandal ajak mesej la.mak suruh g kedai la.adik mitak buat cucur badak la.agak2 la.kenapa time nak study mesti kene kacau.time tengah senang lenag tak nak plak call,tak nak plak mesej.kedengki betol la bile orang nak start study dengan kusyuk..ngeeeee..

6.PERUT MITAK DIISI
time nak study,dah bukak 5,6 helai muka surat nota ,mesti akan ada lagu hip hop la,keroncong,poprock,rock kapak dari dalam perut.alamakkk...perut ni mitak isi la pulak..nak makan kene redah g dapur .kena bukak segala tudung saji,almari ,tong makanan ni..nak stay study ,tak boleh.kopem jd lesu je.kalu lagi teruk ada yang menggelupur sebab tahan sakit perut.(konon2 gastrik la tu).so,nak tanak..kene la pegi cari makan jugak.jd misi berjuang untuk study terkubur cam tu je la.dengan alasan."ALA..BALIK DARI MAKAN NANTI SAMBUNG BALIK STUDY" iyo la tu..=p

7.FB MENGGANGU
patut nya isi ni kene letak kat tempat no2 .
fb mengganggu??bukan ke salah diri sendiri yang tak tahan godaan FB.apa la yang ada dalam FB tu.takat nak komen je .bila2 masa boleh.chatting???emmm..ye la kan..da members dalam FB beribu raban..kopem la bile click je online..dah bersusun ajak chat.so nak tak nak kene la jugak berchat..kalo tak chat mau tak dapat tido dengan lena,mandi tak basah,makan tak kenyang.alahai...perlu ke sampai begitu sekali.bukan ke study tu lagi penting.penting untuk peperiksaan anda.bile dah ambik peperiksaan,kopem ada result.result yang bakal dapat tu bukan ke penentu masa depan ..haaa...jd..apalagi..cepat2 offline fb tu..

patutnya ada banyak lagi halangan apabila nak study.tapi masalah sekarang ada halangan lain bila aku tulis isu yang dikupas ni,aku belum study lagi sebab masa study aku ni aku bagi untuk menaip kat kat sini.halangan betul la..

notakakijalanan:

amacam baca nota ringkas dari aku ni.betul ke tak betul semua diatas halangan untuk korang dari terus study.kalau betul..insaf2 la.(pesanan untuk diri aku sendiri jugak ni.=p).

QR code.wow.


apa itu QR code?

QR code adalah ringkasan kepada QUICK RESPONSE CODE.
QR code ni lebih kurang macam bar code tapi yang ni lebih canggih sebab boleh discan terus melalui smartphone.
aku kenal menda alah ni melalui blog luqman maat menerusi entry beliau yang bertajuk

luqmanmaat.com punya QR Code .


bagi aku qr-code ni sangat cool.apetah lagi bila dapat selesaikan kes berdasarkan qr-code ni seperti dalam citer CSI ni.

menurut 1 study kat US..seramai 14juta pengguna smartphone telah menggunakan barcode ni dan 60% daripada pengguna barcode ini adalah lelaki berumur dalam lingkungan 18-34 tahun.

p/s:bila nak dapatkan smartphone ni..lalala

Saturday, September 3, 2011

jurukamera BERNAMA ditembak , misi kemanusiaan tetap dihati

takziah buat keluarga allahyarham Noramfaizul Mohd Nor atas pemergian beliau.


KUALA LUMPUR: Jurukamera BERNAMA TV terbunuh manakala jurukamera TV3 cedera selepas terkena tembakan curi penyerang tidak dikenali ketika pulang daripada membuat liputan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia anjuran Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, petang semalam.
Mangsa, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas cedera parah akibat ditembak di bahu, manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, cedera di tangan dan dilaporkan stabil.
Tembakan itu dipercayai disasarkan ke arah trak tentera Kesatuan Afrika (AU) tetapi tersasar dan terkena pacuan empat roda yang dinaiki mangsa.

Kejadian jam 5.15 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan bersama jurukamera TV3 selepas selesai membuat liputan di sebuah kem pelarian di ibu negara bergolak itu.

berita selanjutnya di bharian online

notakakijalan:
setiap yang bernyawa pasti akan menemui penciptaNya.
setiap kali tengok berita yang berkaitan dengan misi kemanusiaan ,semangat aku semakin menbuak2 untuk menyertai misi-misi kemanusian tersebut walaupun banyak dugaan dan cabaran.
aku ada impian untuk menyertai MERCY MALAYSIA mahupun mana2 badan sukarela .insyaallah .diharapkan dengan sedikit ilmu yang ada pada aku ni.aku harap aku dapat membantu orang yang memerlukan bantuan dan semoga aku dapt manfaatkan ilmu yang ada pada aku ni untuk dimanfaatkan kepada orang lain.

Friday, September 2, 2011

anakganu dan raya

nak tulis pasal raya lagi ke?

hmmm..malas la pulak
tapi semalam dalam tak plan aku dapat kenal budak2 AG.(Group Anak Ganu)
aku dapat kenal Man a.k.a Boy,Zul,Yu,Sofia dengan sepupu Zul.(aku tak tahu name dia..hehe)
aku pergi beraya rumah Apis.tetiba Apis dapat call cakap budak2 AG nak datang rumah dia.
aku dah ala2 gelabah sikit.mane tak gelabah.selama ni aku havoc dalam anakganu group FB je.
sekali nak jumpa dengan orang2 lama AG.
habis aku.
pastu bebudak AG ni plan nak pergi melawat mak membe AG .along namanya kat hospital.mak along dapat infection kat operation site sebab ada kesekatan usus.so,laluan air kencing jd blok.tu yang dapt infection tu.
pastu pergi rumak Kak Na plak kat area Gong Badak.ondaway nak pergi sana ..nasib baik la tak jem sangat kat Jambatan Sultan Mahmud tu.
sampai rumah Kak Na time azan maghrib berkumandang.lepak2 raya sampai la pukul 8 lebih.
yang tak sangka..kitorang bertujuh ni dapat duit raya dari Kak Na .alahai.mula2 tu segan .(tapi memang segan pon nak amek kikiki)
dapat la sorang rm duit warna hijau not 5.
terima kasih Kak Na .lalalala..malunye saye..hehehe

notakakijalanan:
sebenarnya aku pon tak plan nak g raya rumah apis.alang2 aku dah ada kat bandar..aku pergi la rumah dia.akhirnya diorang dapat kenal aku sebab kalo aku ni leh dikatakan antara orng2 yang suka like dan komen apa2 post kat wall group AG tu.dalm group tu memang aku ni nampak "gegey"(kecoh) tapi sebenarnya kalau face to face.aku pemalu.walawey.hehehe


p/s:group AnakGanu ni dah lama ditubuhkan.aku kenal melalui AnakGanu.Ning.com tapi disebabkan tetiba server untuk group ni kene siaran berbayar dan tidak lagi mampu untuk membayar..admin AG memutuskan meremovekan laman sesawang tersebut.jadi sume anak2ganu yang pernah bermastautin di anakganu.ning telah berpindah ke anakganu kat facebook .
jadi kepada rakyat2 terengganu yang ingin mengaku menjadi AnakGanu .bolehla join group AnakGanu.Ning atau anakganu (ag) ni kat facebook.
(da macam promote AG la pulak..weee--)

pepe pun..ini la raya best untuk aku.=D
tahun depan raya..waaaaaaaaaa..kat ward la jawabnya.pertengahan bulan 9 ni dah kena pergi lapor diri.kerja..kerja..

Thursday, September 1, 2011

beza raya dulu dan sekarang

2 hari lepas aku ada buat entry ni kan.

disebabkan taknak bagi entry tersebut menjadi maha panjang.jadi aku buat la entry baru.

bebalik kepada tajuk diatas.
perbezaan raya dulu dan raya sekarang.hmmm..perbandingan yang camwatdecisdel je.

1.dulu adalah dulu.sekarang adalah sekarang.boleh dibanding-bandingkan ek?=p

2.dulu kalo dapt seringgit lagi2 duit kertas bukan syiling kuning emas rasa macam WOW.
sekarang dapat seringgit apatah lagi seringgit yang warna biru dah kusam lagi bau hapak.nak pegang pon tak ingin.siap kutuk lagi cakap pakcik duit singgit kusam kedekut tahap kuda.waloha.

3.dulu mak2 buat kuih guna dapur arang je.sekarang pakai oven.zaman dah berubah makin canggih.=p

4.dulu seluruh rumah bercahayakan lampu pelita.sekarang rumah dihiasi lampu liplap.minyak tanah mahal maa.

5.dulu name biskut klasik fm eg: batang buruk .sekarang nama biskut raya hit.fm.almond london.
    hmm..ye ke ni?

dulu dan sekarang.1 perkataan yang berbeza dan berlainan susunan hurufnya .jadi sangat ketara la perbezaannya DULU dan SEKARANG.

notakakijalan:
ni entry masuk kategori merepek tahap gaban.walaupun aku tau 5 fakta yang aku siarkan diatas tak macam fakta just lebih pada merepek.tapi aku tetap nak siarkan tulisan senget aku ni.
watdacisdel.=p