Wednesday, November 30, 2011

pasal kucing

hari ni satu hari kot aku menghadap latop kecik ni.(latop abang aku punya)

hari ni jugak aku day off(cuti)
hari ni jugak ingat nak upload gambar kucing yang ada dalam tepon cokia aku tapi apakan daya..usb kabel connect ngan tepon cokia aku tu taknak melekat plak.adess!tensyen aku.jadi tak boleh la nak upload gambar kucing aku tu.hohoho.
nampak gaya ada jugak aku beli tepon baru kang!

jejak2 blog.komen apa yang patut.tak pun jadi silent reader je.

terjah blog lizz a.k.a lizarazak.entry hari rabu.macm biasa hari rabu kan hari wordless wednesday.so lizz post pic kucing2 dia yang tengah syok tidor atas kain batik.sangat chomey.miahaha.tak caya!try la terjah blog lizz ni.

ptg tadi kazen aku tetiba plak nak main aci test fb video calling.layankan aje.untuk first time aku layan fb punya video calling.sambil berbual tu ,dia suakan muka kucing kampung aku tu depan webcame.mengiong kucing tu.ape ke jakun benor kucing aku tu bila disuakan muka dia dpn webcam.palelutut betul.
p/s: rumah aku kat kg tu dengan rumah kazen aku dekat je.sbb tu boleh passing2 kucing.so tak heran la kalau kucing tu boleh berwebcam dengan aku hohoho..

malam.tengah layan2 youtube..cari la jugak video pasal kucing.layan punya layan..jumpa la video pasal HERO.ala tak kan tak kenal kot.kalau anda bukan peminat kucing.mungkin ya ,anda tak kenal sapa si hero ni.haila2.

geledah la channel mariahairey.geledah punya geledah..jumpa lak dengan blog kakimotong..apa lagi terus la aku layan cerita dari papa hero ni.
yang boleh aku simpulkan, papa hero ni memang seorang yang berjiwa penyayang.banyak kucing jalanan selamat dalam jagaannya.papa hero dan mama hero tak lokek nak kuarkan perbelanjaan semata2 nak bagi kucing dan anjing jalanan makan.
sekarang agak susah nak cari orang yang macam papa hero dan mama hero ni.
nak tau pasal kucing2 belaan papa hero ni .pergi je jenguk blog kakimotong tu.
eh lupa nak cakap..sikembar papa hero dan mama hero sangat comey.=p

notakakijalanan:
aku?buat masa sekarang kalau aku nak bela kucing..memang aku yang kene halau kot dari rumah sewa aku tu.ada kawan aku takut ngan kucing.huhuhu
ok.yang pasti kedua2 insan yang aku tag blog diorang kat atas membela kucing jalanan.walaupun kucing jalanan tapi sangat-sangat comey.
oyeaa..reaksi budak yang geram nak sekeh2 manja kepala kucing.lalalala

buat pengetahuan jugak.kucing2 kat rumah aku nun jauh di terengganu kebanyakkannya jugak kucing jalanan a.k.a kucing buangan.mula memang rasa macam semacam tapi lama2 kesian lalu diambil kucing2 tu menjadi anak angkat mak ayah aku.huawh3.
bila dijaga,dibagi makan atau ada je datang curi makanan..lama2 makin sihat plak kucing2 tu.dan makin sayang plak lalu jadi la kucing belaan.
aku suka kucing sebab perangai diorang ni memang happening.ada aksi yang agak sengal yang diorang akan buat tak kira la time tengah hyperactive mahupun time tido.takleh blah doe ada yang tidor sambil terkangkang dicelah2 kusyen.miahahah

caya tak kalau aku katakan ,dulu pernah seekor kucing aku(sekarang dah jadi arwah dah kucing tu) jadi ibu susuan untuk seekor anak tupai.kebetulan kucing aku tu baru je beranak dan kebetulan jugak tupai mane tah yang meroyan buat sarang atas bumbung rumah aku tu.tetiba ada sekor anak tupai jatuh dari bumbung rumah.mula2 acah je anak tupai kat ibu kucing tu .ingatkan ibu kucing tu nak gigit anak tupai tu tapi dengan kuasa Allah,ibu kucing jilat badan anak tupai tu.bila aku bersama adik aku time tu letak anak tupai kat ibu kucing tu,relek ke ibu kucing tu bagi anak tupai hisap dia punya tetek.siap jilat2 anak tupai bersama2 anak2 dia yang lain.huu..tak pepasal anak tupai dah jadi anak kucing.
bila anak tupai dah besar sikit,boleh je main gurau2 dengan adik beradik susuan dia yang lain.tapi hayat anak tupai tu tak lama.dia mati sebab terselit kat 1 gumpalan tali yang orang buat ikat lembu tu.mungkin mati sebab tercekik kelemasan kot .sungguh tragis kematian anak tupai tu.huhuhu
p/s:macam panjang lak entry sampingan ni.lalalala =p

p/s:jika kita sayangkan haiwan,dengan sendirinya ia mendidik kita menjadi seorang yang bertanggungjawab dan penyayang dan jugak sifat kesabaran yang tinggi.

p/s:caner nak letak gambar kucing aku ni.haila2.tak pepasal aku meroyan dah ni.adoiya!
apesal la tak leh nak coonect usb ni.hampeh!


p/s:atas sebab musabab masalah seperti yang dikabar diatas..pic ni aku kopipasta dari incik google.hehehe v(0_o)peace..

Tuesday, November 29, 2011

google+ (akhirnya aku ada jugak)

google plus logo
apekemende tu?

yang aku tahu google+ ni macam facebook gak.laman social.tapi lagi senang sebab since dah ada gmail account..trus boleh direct link ke google +.kita boleh post status kita mengikut apa yang dah kita asingkan antara kawan ,family..bla..bla..bla..
setakat aku godek2 ni..menarik.tertarik cuma skop masa untuk aku beronline sekarang memang sangat2 limited sebab ada orang takut bil rumah melambung.walla!

ok.tens to alongxp sebab invite aku.hehehe

apa2 hal..nak tahu lebih lanjut..boleh la bertanya pada yang pakar.
aku?
aku pakar mengarut je.
sekian untuk kali ini aku mengarut.topblck plak.tetiba ada masalah rumah tangga.pengacau minda betol!

p/s:
cantik je aku landing page terbaru tadi tapi terpaksa dideletekan.stetment bahaya woo..mampus aku kalau orang yang kenal aku baca.

bajet ada orang nak baca blog ayam aku ni.pfuh2 =P

Friday, November 25, 2011

cerita aku untuk hari ini

agak lame jugak aku tak biarkan jari aku ni berlari kat keyboard.

takde mood nak tulis entry baru.
lagipun kalau kita paksa jugak untuk menulis entry baru tapi ketiadaan mood yang sesuai maka jadilah entry tu seperti entry haramjadahtahpape.tak gitu!
lagipun pesanan blogger lama yang pernah pesan kat aku,kalau nak menulis..biar dari hati yang sucimuci mulus, baru la orang yang nak baca blog kita tu takde la naik menyampah je sebab tulis entah pape.
kalo asyik tulis entry emo pastu balik2 entry emo.entry emo .entry emo.orang yang baca pun boleh jadi emo .silap hari bulan,nampak je tajuk entry emo terus cari butang X kat hujung sebelah kanan.
hohoho.=p

panjang pulak mukadimah kali ni.

hari ni hari yang agak suram untuk aku plus aku rasa sangat penat sekarang.mungkin overload ngan kerja kot.hari2 balik lambat.tak dapat rehat hatta nak minum air sekejap pun susah.pastu jadual kerja yang agak sengal sikit untuk minggu ni.mane tak sengal.hari ni shift pagi esok petang.pastu pagi balik.agak penat la.

ok.bebalik kenapa hari ni hari yang suram sikit untuk aku.sebab salah seorang pesakit yang aku jaga hari ni meninggal dunia.ajal maut ditangan tuhankan tapi sedikit sebanyak rasa bersalah jugak sebab mungkin aku ada salah ke silap ke masa jaga pesakit aku ni.huhuhu.

lagipun ini kes pertama yang aku handle patient tetiba collapse since aku kerja ni.
ceritanya begini:

arwah panggil aku sebab katanya panas.dan arwah suruh aku bukak langsir tingkap.aku bukak langsir tu sampai seluas-luas alam nampak bangunan paediatric kat sebelah dan aku cakap pas aku settle kerja aku,aku datang balik.nanti aku tolong arwah suapkan makan.
aku sambung balik kerja2 aku yang tak berape nak settle lagi tu.macam biasa la.bukan sorang patient yang kene jaga tapi 8 orang.aku ada 2 tangan,2kaki.tak termampu den nak settlekan semua kerja dalam 1 masa.

selepas lebih kurang 10 minit.

nak bagi arwah makan.

"makcik.makcik.bangun.makan."sambil mengejutkan arwah.

aish apesal taknak buka mata ni.

"makcik.makcik.bangun makcik.saya suap makan makcik"

tak bangun2 jugak.

aku memang dah rasa tak sedap hati..terus dan terus mengejutkan makcik tapi tiada respons.kebetulan Doktor J ada berdekatan.
"doktor.(arwah) tak response"

doktor pun tengok arwah sambil cuba mengejutkan arwah dan jugak menyuruh aku panggil doktor S dan aku pun menjerit RESUS.

dan resuscitation diberikan kepada arwah.

aku?aku untuk pertama kali berhadapan dengan kejadian ni macam blur.tak tahu nak buat apa.nasib baik senior2 banyak membantu.walaupun blur tapi ada la aku tolong buat sumting yang boleh disumbangkan dalam resuscitation tu.

lepas resus diberi..dan keadaan arwah memang tak berapa stabil..dalam pukul 12 lebih arwah meninggalkan dunia ini.

sama2 kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah.semoga roh dia dicucuri rahmat.amin.

notakakijalan:
first time tetiba patient collapse.memang aku takut.dan rasa cam nak nangis pun ada jugak.
cuak doe!
mane tak cuak,masa student tak pernah dapat kes patient tetiba collapse.adoiya.skali hari ni.dari pagi yang aku rasa sangat2 mengantuk tetiba ada patient collapse..amek kau..terus jadi segar bugar.terus jadi busy memanjang.dan hari ini..aku balik lambat lagi.seperti hari2 sebelumnya.memang akn balik lambat.lalala

dah a.ngatuk.esok nk g kerja plak.
semoga hari2 mendatang terus berikan aku satu ilmu yang berguna untuk aku.=D

Sunday, November 20, 2011

bengang

at tanjung malim sebab teman membe aku pegi amek kete dia.kete baru kuar dari kedai tu.bau kedai ag.haila2


aku bila nak beli kete ni?

jawapan aku:
ntah la.lalala

pergi tanjung malim ,aku dan kawan aku naik bas kat pudu .fuhh.nasib baik sempat naik.kalau tak makan asap je la.
dan..ada la kes yang agak kurang enak berlaku.
aku bengang giler kat seko bangla ni.
aku seat ngan membe aku.pastu membe aku sorang lagi dok sorang2.tetiba..ada la bangla ni tergedik2 duk sebelah membe aku ni padahal seat lain punya la belambak yang kosong.watdahel !
membe aku dah bengang plus takut dah.
aku pun macam nak ahngin je kat bangla tu tapi aku relek je la.

tetiba..

tet tet tet..(muzik lagu waiting for the end-linkin park- berkumandang)
"weh.tolong la aku..aku takut ni"

kawan aku yang kene himpit ngan bangla tu message.

aku reply:
"depan ni ada tol.ti ang bangun .duk kat seat depan aku ni"

bila bas berhenti kat tol.kawan aku blah dari seat tu dn tukar dok kat seat depan aku.

moral of da story:
well,setahu aku..pemuda pemudi a.k.a kaum muda adam berstatus rakyat Malaysia ,takkan duduk sebelah pepuan unless bila betul2 keadaan memaksa dan bukan jenis jantan gatai. ini tidak,seat lain belambak lagi,nak jugak bangla ni nak bertempek ngan membe aku.hoh!
dah la busuk.tengik.bangit.ada hati nak ngorat kawan aku.cermin muka dulu la wahai bangla.dasar muka tak ada kesedaran sivik.huh!

notakakijalanan:
kalau naik bas rapid KL..giler ramai mak2 indon..pak2 indon.kekadang aku rasa aku ni kat malaysia ke kat indon.pastu bleh plak buat Malaysia mcm negara diorang.bengang betol aku.pastu bila aku baca status2 kat sokerleaks..lagi la aku bengang.bajet betol la.padahal diorang ni tak tahu ,rakyat negara dorang tu yang suka bagi masalah kat penduduk malaysia.bengang2!!

p/s"
aku punya bengang macam aku yang kene himpit ngan bangla busuk tu kang tapi da true story is..kalo korang2 kat tempat aku memang bengang jugak.

p/s2:
uikh...dah boleh join segmen BENGANG kat HOT FM ni bersama chaq dan din.hohoho

Friday, November 18, 2011

selamanya ultras malaya-can i merepek ?

first aku dengar lagu ni kat oh!tidak official web.opss..bukan dengar tapi tengok lirik.
aku dengar lagu ni ada la sumone yang post share lagu ni kat page fb TERENGGANU FC.

selamanya.selamanya..selamanya harimau malaya..harimau malaya..harimau malaya..
elelele ooo
elelele aaa..


dah terngiang2 kat kepala aku ni.
ah! tak boleh lupakan.
terus melekat kat otak aku lagu ni.oh!tidak..
lalala=p
mereng doh aku ni.
nak dengar lagu ni.g la kat youtube.





k.semua dah tau kan Harimau Malaya vs Indosia.keputusan nya berpihak pada HM.1-0.

tapi puak2 indon tak puas hati dengan kekalahan indon.tak caya.
2 3 hari ni..puak2 indon ni pakat serang page sokerleaks .tak caye.p la usha page sokerleaks.
cam gampang je baca komen2 puak2 komodo ni.
p/s:bewok komodo adalah maskot rasmi sukan sea tahun ni.

notakakijalanan:
siyesly aku tak tengok live bola tadi.keje la.aku just dapat tengok bila aku masuk bilik patient.tu pun kejap2 je.tapi time aku masuk bilik uncle tu nak tanya pasal ubat.dan2 je si sharul azwari score.uikh..nasib bek aku tak melompat dlm bilik patient tu.haila2.

aku dah malas nak merepek.tetiba kehilangan mood.ngatuk.penat.plus sedikit bengang.patutnya hari ni aku day off.cuti.tapi tengah aku syok2 tido pagi tadi..
dalam pukul 9lebih,sister ward call.

"(nama aku),bleh masuk kerja hari ni tak.kita short staff la.2 orng mc.takut hari ni ada patient yang nak buat SLED plus 2 patient ventilator".bla..bla..bla..

haila2.nak tak nak.aku setuju je,kerja pon kerja la walaupun sepatutnya aku cuti.
tapi perjalanan kat ward hari ni tenang je.tak bizi giler.huikh.
rosak mood betol la.dan yang pasti, day off aku hari ni dah burn .jadual aku untuk seminggu akan datang adalah aku kene E , M ,E , M ,M, pastu tak ingat dah schedule .then baru day off balik untuk minggu depan.
p/s: E -evening shift M-morning shift

sesungguhnya aku redha je.kerja kena iklahs beb.baru berkat.=D

Wednesday, November 16, 2011

keputusan peperiksaan upsr

ooo..baru aku tahu..esok budak-budak yangberumur 12tahun yang telah lepas azab duduk exam UPSR akan amek result esok.

aku tahu pun sebab usah2 kat FB..cakap pasal esok result kuar.yang tak leh blah..ada yang ngaku

"takutnya rasa.berdebar.takleh nak tidor..esok result upsr nak kuar"

blah..zaman amek upsr dah berlalu 11 tahun yang lepas la kawan.toksah gletik glenyar.miahahaha.

mak aih..11 tahun yang lepas!
11 tahun yang lepas aku merasai perasaan berdebar dup dap dup dap nak amek result exam untuk pertama kalinya.maklumla ,zaman sekolah rendah UPSR kan exam penentu hidup mati budak2 yang baru nak up.

mana la aku tak cuak.takut la kot2 UPSR aku kantoi.aku ni kat sekolah bukannya pandai sangat tapi nak kata bodoh tu..tak la bodoh sangat cuma betap(lembap) je sikit.=p
lagipun masa tengah2 minggu genting exam tu..aku bukannya reti nak study segala bagai ni.yang aku tahu .main.main.main dan main.

bayangkan esoknya nak exam .petang sebelum exam aku bantai main guli dengan sepupu2 dan kawan2 aku dari asar sampai ke nak maghrib.aku rasa main ni 1 terapi untuk hilangkan stress aku masa exam kot tapi zaman budak2..tau ke stress2 nak exam ni.tu zaman aku la.
zaman sekarang , siap ada research lagi pasal budak2 dari kecil lagi dah stress.
mana tak stress.pergi kelas tu.balik kelas tu kena pergi kelas ni.habis kelas ni,,pergi tuisyen segala bagai.masuk kelas muzik.1minggu aktiviti solid dengan pergi kelas.mana tak stress budak2 sekarang.haila2.

habis exam.bergumbira sakan la untuk 2bulan lebih.
hari nak diumumkan keputusan peperiksaan UPSR tahun 2000..malamnya..aku tido lena lagi kot.langsung takde perasaan.maklumla dah agak dah ..komang2 aku dapat 1A je.tu pun subject Bahasa Melayu (pemahaman).
p/s:masa trial UPSR aku dapat 1A1B3C.pergh.bangga kan.kikiki.

perasaan:sedikit cuak.
tunggu la result kuar.time ni result tak de lagi bagi2 slip.sume kene refer kat notice board.(ni kat sekolah aku la.sekolah lain ,aku tak tahu caner diorang umumkan result)
rumours sebelum result keluar..
katanya budak darjah6 tahun 2000 ada 6 orang yang dapat straight 5A.
bangga tu beb.tahun2 sebelumnya ada la sorang.tak sorang dua orang.kira sekolah rendah aku ni cipta sejarah la kan.
p/s:aku sekolah kampung je.dah la kampung.nun hulu terceruk plak sekolah tu.patut bangga la dapat keluarkan 6 orang straight's A.lalala

perasaan:cuak kuasa 2
tunggu penuh kesabaran lagi.yes.cikgu dah bawak turun result dari bilik guru besar ke notice board.
halemak..ramai la pulak budak2 tengok result masing2 ibarat semut menghurungi gula plak.
takpe2.sabar lagi.tunggu keadaan reda sikit.
aloha..bising sungguh budak2 yang dah tengok result memasing.ada yang dapat terima kenyataan result sendiri,ada yang tiba2 menjerit terkejut.macam2 la.ala macam tak biasa lak dengan suasana ambik result exam.haila2.

akhirnya..turn aku dapat menyelit antara bepuluh budak2 yang tengok result memasing.
aku mula mencari nama aku yang bermula huruf depannya N.N consider for NOR la..
yes.dah jumpa.
tengok nombor angka giliran.T*** *****(aku dah lupa nombor angka giliran tu tapi yang pasti T didepan kod untuk negeri terengganu)
kira sume subject yang ada.5.yes cukup .
Bahasa Melayu (pemahaman),Bahasa Melayu(Penulisan),Sains,Matematik,Bahasa Inggeris.
result---------->aihkh..betol ke ni result aku.aish.salah ni.aku salah tengok kot.ni result budak nama atas aku ni.
lagi sekali check.
eh!!!.bukan kot..salah orang ni.ni bukan result aku ni.

sumpah siyes..aku sampai 3 4 kali dok ulang alik jari aku kat kertas result tu.tak caye beb.betol ke tu result aku.denied ngan result sendiri.apoda.
tapi bila aku dah dapat berdiri dibumi yang nyata.ternyata..aku masih lagi sedar.waras.GCS aku 15/15 lagi dan aku dapat terima kenyataan tu adalah result aku..aku sangat2 bersyukur pada Allah.
walupun result aku takde la gempak seprti budak2 yang straight's A tapi aku sangat2 bangga.bayangkan sepanjang 5tahun kat sekolah rendah..tu la pencapaian aku yang paling cemerlang..err..(kecuali masa darjah 1 dan darjah 2.time ni aku pandai tapi masuk darjah 3,terus jadi bengap.apoda.)

p/s:
punya la berjela pasal aku nak amek result UPSR tapi resultnya aku tak bagitau ek.haha.tak pe la.tunggu tahun akan2 datang ,aku bagitau ek.malas la nak selak balik fail2 sijil tu.lalalala
cukup la tau result aku tak seperti result trial aku.kikiki.=p

notakakijalanan:
sempena esok adalah hari kuar result UPSR dan aku sebagai ex upsr candidate tahun 2000.aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kat cikgu2 sekolah rendah aku terutamanya cikgu2 masa aku darjah 6 iaitu
1.Cikgu Wan rohani Wan Ismail(cikgu bahasa melayu)
2.Teacher Kong lee Peng(BI teacher)
3.Cikgu Wan Mohamad Khatib Ngah(cikgu math)
4.Cikgu Zulbedah(cikgu sains)
dan ramai lagi la cikgu kat sekolah rendah tu yang ajar aku dari zaman aku darjah 1 sampaila zaman darjah 6.

Terima Kasih Cikgu dengan semua ilmu yang cikgu curahkan kepada saya dan kawan2 saya yang lain.=D

aish..macam tribute sempena hari guru pulak.hehehe






Sunday, November 13, 2011

luahan perasaan II

kenapa perempuan bila duduk sama2 group yang konon ala2 "membe kamcing satu kepala sehati sejiwa" kononnya mesti akan bergosip,mengumpat dan segala macam Mem la..


kenapa perempuan suka cakap terbalik2.mula2 kata lain.tak sampai 120 saat akan cakap lain.bila tanya lagi sekali..lain pula jawapannya.

kenapa perempuan suka buat benda yang pelik2.benda yang pelik maksud aku kat sini suka marah suka suki tanpa hiraukan perasaan orang yang dimarahinya.

kenapa..kenapa..kenapa??

notakakijalanan:
walawey.bajet soalan diatas macam aku ni bukan salah sorang makhluk ALLAH yang bernama perempuan.lalalala
tapi tu la..dah namanya perempuan.perempuan yang dianugerahkan olah Allah dengan pelbagai perasaan dan mood yang boleh menyebababkan makhluk Allah dari kaum Adam pening dan jugak aku sendiri sebagai perempuan pun pening dengan fi'il perempuan ni.hohoho..

ape2 hal..
aku nak anggap entry aku kali ni sebagai luahan perasaan aku.aku tengah geram sekarang.aku rasa macam nak tumbuk2 je.kalau kat rumah aku ni ada punch bag..dah lama aku punch bag tu kasi terburai.pfuhpfuh..

aku nak kuar ronda2 KL jap.lagi lama aku dok dalam rumah.lagi bikin hati aku geram.
nak pergi jumpa sepupu aku yang study kat UPNM tu.nasib la aku kene blanja dia..lalala.

p/s:
patutnya kalau tengah geram ke,rasa sakit hati ke..rasa cam nak tumbuk muka orang ke..yang paling afdal adalah berisgtihfar.ingat ALLAH.baca ayat 2 suci contoh macam ayat kursi.banyak pahala dapat.hidup pun aman.tak de lagi perasaan kacau bilau.=D
kan..kan..kan =D



Tuesday, November 8, 2011

luahan perasaan jer

dah agak lama tak jenguk.orang dah bekerjaya katakan.
lalalala.koya bekerjaya la sangat.

macam2 hal berlaku kat ward tapi,aku seronok.

siyes,walaupun aku penat dan kerja berlambak2..dengan nak ikut doktor's round.nak buat changes,buat dressing,nak bagi ubat ..prepare patient nak pergi operation,dilute antibiotik dan yang paling penting jaga patient supaya takde pape berlaku..aku rasa happy dengan kerja aku.
(walaupun bila balik rumah.rasa nak tercabut pinggang,penat,letih..ho3)

dah2 aku merepek pasal kerja aku.kerja kena ikhlas baru dapat berkat.

raya aidilahda .aku tak dapat cuti.lagi pun aku kan baru lagi kerja.so memang harem la sister nak bagi aku cuti.priority to senior.hohoho
malam raya .dengar takbir dari surau bawah rumah.sayu der.nak nangis rasa.housemate aku dah meleleh dah.
aku?
aku dapat control lagi.takmo nangis2.konon!
padahal sambil gosok uniform kerja..meleleh jugak..=p
dah raya haji ke3 ni..tak dapat lagi merasa daging korban.hmmmm..takde orang nak bagi ke??
sobs3 T_T

notakakijalan:
sekadar imbasan perasaan aku untuk hampir seminggu kot tak hupdate blog cap kapur ni.agak2..ada tak sesape yang rindu kat aku sepanjang aku tak beronline ni.miahahaha.

oh sister..bila nak bagi aku habiskan cuti 12hari tu?aku nak balik kampung.huhuhu..

p/s:
rabu ni aku cuti.ahad pun ni aku cuti jugak sempena owing public holiday aku time depavali aritu.hmmm..ada sapa2 nak kuar dating ngan aku tak.walla!
=p