Sunday, September 26, 2010

beraya sana sini

(pic amek dari fb je..cilok dr phote mbe aku lak tu..huhuhu)

penat doe..pergi open house 2 buah rumah je tapi penat cam pergi 5 6 buah rumah..
almaklum la pergi pun naik lrt..mane tak penat..
mula2 pergi rumah membe kat sungai besi.
dari hospital universiti naik bus pastu naik lrt dr stesen lrt yg kat kota raya tu behenti kat salak selatan.lepak umah mbe ku ni sampai la kol 6 lebih..lame soit..
nak balik semula ke stesen lrt salak selatan,mak mbe aku yang antor..padat giler dalam avanza tu.
mane tak padat..10 orng dalam satu avanza..cam sardin daa..bile behenti kat trafik light..
ada pemandu chinese ni ternganga tgok dalam avanza ni..kakakakaka..
umah ke dua aku pergi redah umah makcik kawan aku kat kerinchi..
dapat makan mee hoon goreng.yang aku suke dapat makan keropok teganu..hehehehe
(macam xpernah makan keropok tganu padahal orng teganu..lalalalalal)
sampai kat hostel dekat2 pukul 9.
pastu pergi kat bilik guard amek buku outing..
(perggg..cam budak sekolah..sial tol)
next week waiting for othrs open house..menapak lagi la..

Saturday, September 18, 2010

GERODOK - Bulan 8 Di Sandakan




BULAN 8 DI SANDAKAN.
Kisah mula dulu kala
Bila hati jatuh cinta
Ku terkenang raut wajah
Bila pejam mata
Tawa jiwa ubat luka
Ingat dikau yang di sana
Lagu ini khasku gubah
Untuk mu oh sayang

Oooo...
Hatiku mulai bosan
Rinduku padamu bulan
Kemudiannya ku datang

Oooo...
Ku sangka kau riang
Rupanya halauku pulang
Bulan lapan di sandakan

Kisah mula dulu kala
Bila hati jatuh cinta
Rasa indah dalam jiwa
Dan bilaku pejam mata
Rasa rindu tak terkira
Fikiran ku mau gila
Pabila bulan purnama

Lagu ini aku gubah
Bukan malukan siapa
Tapi resah dalam jiwa
Bila kenang kisah lalu
Satu cara yang ku buat
Cipta lagu untukmu ..oh sayang

Oooo...
Hatiku mulai bosan
Rinduku padamu bulan
Kemudiannya ku datang

Oooo...
Ku sangka kau riang
Rupanya halauku pulang
Bulan lapan di sandakan

Kisah duka dulu kala
Bila hati jatuh cinta
Rasa resah dalam jiwa
Nanti aku pejam mata
Rasa rindu tak terkira
Fikiran ku mau gila
Pabila bulan purnama

Lagu ini aku gubah
Bukan malukan siapa
Tapi resah dalam jiwa
Bila kenang kisah lalu
Satu cara yang ku buat
Cipta lagu untukmu ..oh sayang

Oooo...
Hatiku mulai bosan
Rinduku padamu bulan
Kemudiannya ku datang

Oooo...
Ku sangka kau riang
Rupanya halauku pulang
Bulan lapan di sandakan

Dengarlah....
Oh sayangku
Aku cinta padamu
Cinta ku hanya satu
Kau pun tahu
Kini sekarang aku
Jangan terus cemburu
Jeliknyalah rupa mu
Siapa mau..

Oooo...
Hatiku mulai bosan
Rinduku padamu bulan
Kemudiannya ku datang

Oooo...
Ku sangka kau riang
Rupanya halauku pulang
Bulan lapan di sandakan

Bulan lapan di sandakan
Bulan lapan di sandakan





love dis song..
cekidout..
enjoy dis song..

Friday, September 17, 2010

masak time

betul ke aku memasak????
betul..betul..betul...
ape yang aku masak???
aku main campak je..
tapi yang pasti TELUR..OLALALA
aku bagi nama masakan telur aku tu
TELUR KONON2 MASAK MASAM MANIS

KENAPA NAMA MASAKAN AKU MACAM TU?

ok
first sekali aku main campak je bahan2 masakan tu
secondly ala2 masak masam manis tapi tak jadi
sebab tak masam pon..manis je..lalalala

bile aku makan..
yummy..
nasib baik la boleh makan..
sebab seriously aku memang tak pandai masak...huhuhuhu

tak de gambar untuk masakan aku ni..
malu nak tunjuk..agagagagaga





Thursday, September 16, 2010

say NO



penat je taip2..bila dah post tak keluar pulak..huhuhu
terpaksa taip balik..lalalallala

just want to say
TAK NAK BALIK KOLEJ..
huhuhuhuhu

p/s:tak da kaitan dengan pic diatas.hanya hiasan..

Wednesday, September 8, 2010

raya ..








lagu ni tiba2 je aku rase cam femeskan kembali..
pada 1 hari,sekembali balik dari dr bazar ramadhan,dalam kepenatan dan keletihan..
sorng sahabat telah menyanyikan lagu ini dengan lirik lintang pukang..
enjoy dis song..
lalalalala..

Monday, August 30, 2010

hati ini berbicara


bila hati berkata tidak..
sukar sebenarnya untuk ungkapkan kebenaran.
perlu ada keberanian dan kecekalan.
tapi bila hati ini sudah berbicara.
semua nya jadi tak tentu.
pelik bila mengenangkan kembali saat2 itu.
adakah aku atau dia yang bersalah?
tak.
apa yang terjadi,
semua sudah ditangan tuhan.
terima ketentuan dari Nya.
qadar & qada' sudah suratan
andai ada lagi pertemuan..
tidak pasti lagi kesudahannya.

bila hati berbicara.
kesal mula melanda.
namun hati sudah berbicara
pertimbangan akal jadi pedoman
semua sudah suratan..
jangan ditangisi lagi..

~puisi ntah pape~
lalalala
2138h0ur
30hb82010

Sunday, August 29, 2010

hargai la mereka selagi mereka bernafas


warga tua sampah masyarakat
hidup merempat,tak tentu hala..

lirik asal
warga tua teras masyarakat
penuh jasa,setia pada negara

perrghhh..bikin hati panas je ngn serba sedikit dengan lirik yg first tu kan.lirik tu aku dengar time kawan aku nyanyi.dia cakap dia dengar ada 2,3 budak junior zaman aku sekolah dulu nyanyi lagu tu..
kurang asam betol..

untuk 2miggu pertama posting ni,aku dengan ahli group aku posting kat ward geriatric seminggu dan kene posting kat nursing home selama seminggu..

dah 2,3 kali aku posting kat geriatric ward.kesian kat mereka.kebanyakan mereka ,tiada siapa pun yg datang melawat.kebanyakan mereka datang dr nursing home.bila sakit,mereka dihantar ke hospital.kebanyakan anak2 mereka ni berkerjaya dan ada yang menjawat jawatan tinggi seperti doktor,pensyarah.namun sebab kekangan kerja,anak2 mereka ni hantar kat nursing home.dah la hantar kat nursing home,nak jenguk mak ayah pun susah.apatah lagi bila ada yg admit kat hospital.ada tu langsung tak datang melawat.termenung la nenek2 dan atuk2 ni kat atas katil sambil menunggu sesiapa yg sudi menjaga meraka.kesian tau.

boleh kire je ,ada nenek2 dan atuk2 ni yg dijaga oleh ahli keluarga mereka ni.tp tu pon ada yg ala kadar je jaga.kadang tu ,sakit hati jugak tgok perangai anak2 yg cam kurang ajar .datang ke ward semata2 nak amik cap jari mak ayah untuk pindah geran tanah la,harta pusaka la.ada yg kurang ajar lagi,mak ayah mereka tak tutup mata lagi tapi dah gaduh2 adik beradik nak tuntut harta yang tak seberapa tu.luluh hati nenek ngan atuk ni.hampeh tol..

banyak kes yg tak sedap dipandang ,ada yg aku rase,wow..touchingnyer..ada pasangan atuk nenek yg romantik.ada 1 pesakit .dia perempuan ,umur lebih 80 tahun dah..yang setia jaga dia adalah suami dia.si isteri tak nampak si suami kat tepi katil,sanggup nak turun dari katil cari suaminya walaupun kaki tak kuat,jalan pun kene pimpim.nak tido pun si suami kene ada.kalau tak ada.maka ,tak tido la si isteri yg sakit ni.sekarang susah nak cari suami jg isteri yg sakit mahupun bile suami sakit,isteri jaga..(kes ni untuk pasangan warga emas..=p)

bile aku posting kat ward geriatric ni,banyak kesedaran aku pelajari.aku rasa,tanpa mak ayah,siapalah aku..
bile tgok keadaan pesakit kat ward,tak tergamak aku nak buat begitu kat parent aku.mintak dijauhkan aku dari perangai yg buruk ni.(tak hargai pengorbanan mak ayah)
pengalaman posting kat geriatric jugak buat aku berfikir,adakah aku bila dihari tua nanti,adakah aku juga bakal diabaikan seperti warga emas kat ward ni??


mak,ayah..maafkan anakmu ini kiranya ada tutur kata yg kurang sopan apatah lagi mengguris hati mak ayah..=0