Saturday, October 15, 2011

basic life support (BLS)

sekarang sedang online menggunakan wifi jiran sebelah..sebelah..sebelah rumah.maknanya disini..tuan punya wifi DARLINK(bukan nama sebenar) sudi berkongsi line internetnya dengan jiran2 yang lain walaupun aku tak tahupun sape tuan punye DARLINK ni.terima kasih DARLINK.

hehehe

ok.sekian mukadimah bagaimana aku dapat dapat mengakses internet malam ini.cerita sebenar yang aku nak berkongsi sekarang adalah pasal kursus yang aku hadiri dalam minggu ni.seperti sedia maklum.aku kan dalam mood orientasi lagi, jadi dalam minggu orientasi ni, pihak jawatankuasa perkembangan jururawat telah menyelitkan kursus2 supaya kami (jururawat yang baru masuk keje) dapat kumpul point cpd.lalala

entry lepas aku dah ceritakan yang aku kene hadiri kursus laktasi kan.minggu ni aku kene hadiri 2 kursus iaitu KURSUS KEBAKARAN dan KURSUS BASIC LIFE SUPPORT dan 1 BENGKEL COMMUNICATION.
boleh katakan minggu ni jadual padat dan amat memenatkan.lagi penat bila balik kene berebut bas dengan makcik2 indon.

p/s: makcik2 indon ni bagi aku sangat2 kurang ajar .dah la suka berebut,pastu tak menyabor.pastu tak reti bahasa kot.boleh je biarkan orang tua berdiri tanpa perasaan bersalah,boleh plak dia relex je duduk tido kat seat yang memang khas untuk golongan tua,wanita mengandung,oku dan wanita yang membawa kanak2.lagi 1 nk kata bodoh..ada akal boleh pikir.bas yang dah sedia penuh tersumbat pun ada hati lagi nak masuk jugak.tersempit aku.dan memang tergeliat pinggang aku terselit antara penumpang2 yang pelbagai saiz tu.
alamak..terpanjang plak p/s aku..kikiki

bebalik semula mengenai kursus yang aku sertai tu.first sekali kursus BASIC LIFE SUPPORT(BLS).kursus ni diadakan selama 2 hari.dalam kursus ni diajar tentang apa itu BLS.BLS ni adalah berkaitan dengan pertolongan cemas.ala senang citer CPR (cardiopulmonary resuscitation).walaupun masa student memang dikira aku dalam medical line tapi aku agak mangkuk dalam CPR ni.aku memang tak paham macam mana nak kira cycle ,berapa kali nak blow..tapi lepas je aku join kursus ni..alhamdulillah..ilmu aku makin bertambah dan aku boleh topup balik ilmu2 aku yang dah agak2 tinggal separuh je dari ingatan aku ni.
untuk makluman,BLS adalah basic sahaja dimana aku diajar cara2 CPR yang betul dan untuk makluman juga CPR yang latest yang dikeluarkan oleh AMERICAN HEART ASSOCIATION mengikut 2010 AHA Guidelines adalah mengunakan DR CAP iaitu

D = danger
pastikan mangsa jauh dari kawasan yang berbahaya dan letakkan mangsa ditempat yang rata dan keras.

R = response
cuba kejutkan mangsa dengan memanggil mangsa

C = chest compression
berikan chest compression 30:2 dimana dengan memberikan tekanan sebanyak 30kali diikuti memberi 2 pernafasan sebanyak 5cycle.jika masih lagi tiada denyutan nadi pada carotid pulse,teruskan memberi chest compression.

A = airway
dongakkan sedikit kepala mangsa dan perhatikan pernafasan mangsa.dengar pernafasan mangsa sambil perhatikan pergerakan dada mangsa.jika masih lagi tiada pernafasan,berikan bantuan pernafasan setiap 5saat dimana dalam 1minit mangsa akan mendapat 12 bantuan pernafasan.

R = respiration
perhatikan pernafasan mangsa

lebih kurang macam ni la

1. CALL

Check the victim for unresponsiveness. If the person is not responsive and not breathing or not breathing normally. Call 911 and return to the victim. In most locations the emergency dispatcher can assist you with CPR instructions.

2. PUMP

If the victim is still not breathing normally, coughing or moving, begin chest compressions. Push down in the center of the chest 2 inches 30 times. Pump hard and fast at the rate of at least 100/minute, faster than once per second.


3. BLOW

Tilt the head back and lift the chin. Pinch nose and cover the mouth with yours and blow until you see the chest rise. Give 2 breaths. Each breath should take 1 second.

CONTINUE WITH 30 PUMPS AND 2 BREATHS UNTIL HELP ARRIVES
NOTE: This ratio is the same for one-person & two-person CPR. In two-person CPR the person pumping the chest stops while the other gives mouth-to-mouth breathing.

source: http://depts.washington.edu

yang aku belajar ni merupakan 2010 AHA Guidelines tapi bagi sesiapa yang belajar 2005 AHA Guidelines, ia sedikit berbeza dimana 2005 AHA Guidelines lebih menekankan DR ABC iaitu AIRWAY lebih diberi perhatian berbanding dengan CHEST COMPRESSION.tapi mana2 pun adalah sama.kedua2 cara CPR ni adalah untuk menyelamatkan mangsa .

bila masa kita perlu guna CPR?
waktu yang paling afdal untuk guna CPR ni bila kita periksa mangsa yang tidak sedarkan diri dan bila tiada pergerakan pernafasan dan denyutan nadi.kita perlu cepat2 bagi cpr kerana kelambatan memberi cpr boleh menjejaskan proses penghantaran oksigen ke otak dimana boleh menyebabkan kerosakan pada otak iaitu kekurangan oksigen dalam otak atau nama lainnya encephelopathy.

bila CPR boleh dihentikan?
cpr boleh dihentikan bila mangsa sudah ada respon.bila kita check nadi ngan pernafasan dia.ada nadi dan pernafasan.
bila seseorang yang tahu cpr memberitahu dia boleh lakukan cpr dan kemudian take over dari kita.
bila pasukan penyelamat sampai.
dan terakhir , bila kita sebagai penyelamat dah penat buat cpr.
*sapa cakap buat cpr tak penat..penat wooo*

sepanjang 2hari ni,banyak info yang aku dapat tahu dan baru tahu.contohnya selain dari BSL.ada lagi Advanced Cardic Life Support(ACLS) dan jugak Paediatric Advanced Life Support(PALS).ACLS dan PALS mungkin untuk orang awam agak kurang untuk dipelajari tapi bagi sesiapa yang berada dalam medical line ,bagi aku amat2 digalakkan untuk mempelajarinya.insyaallah,jika berpeluang,aku nak join kursus untuk ACLS dan PALS ni.

p/s:pasal kursus BLS pun dah panjang berjela2..caner nak tulis pengalaman aku time join kursus kebakaran ni..napok gayenye next..next..entry la aku tulis.tu pun kalo ingat..hehehe

notakakijalan:
orientation week bakal melabuh tirai minggu depan.ini juga bermakna aku bakal bekerja kat ward.aku dapat posting kat ward nefrology.ward yang agak mencabar jugak la bagi aku.
sister2 dan matron yan incharge orientasi ni banyak beri nasihat yang berguna untuk aku dan kawan2 supaya dapat jadi seorang nurse yang berpengetahuan,berskill dan yang paling penting attitude kena baik.
tadi masa bengkel communication..aku dan kawan2 didedahkan bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik kerana sekarang komunikasi antara nurse mahupun doktor atau kerani yang berada dikaunter pertanyaan semakin terhakis dengan pesakit.mungkin tekanan kerja yang menyebabkan komunikasi yang baik kepada pesakit semakin berkurang.hmmm..tekanan kerja..walla!

p/s: sekarang aku seorang nurse.lagi 5tahun?insyaallah aku nak terus tingkatkan ilmu agar dapat manfaatkan ilmu yang aku ada untuk bantu orang yang memerlukan.nak ambil post basic kemudian sambung degree.kalau boleh nak sambung master ..phd.
*berangan , berimpian tapi tak mustahil jika ada azam yang kuat .semangat yang jitu untuk mencapai cita-cita.=D *






Wednesday, October 12, 2011

usaha itu [dot]

kita perlu berusaha.

tahu tak.kita telah berusaha sejak kita dilahirkan.
lepas je dilahirkan..kita akan berusaha untuk mendapatkan makanan kita iaitu susu ibu.kalau kita malas nak menghisap,menelan susu ibu ..alamatnya ..
susu tak dapat..kita kelaparan..

dari kecil sampai la dah tua bangka..kita terus dan terus berusaha.
kita akan berusaha untuk teruskan kehidupan yang mencabar ni.berusaha untuk mendapatkan result yang terbaik dalam peperiksaan.
berusaha untuk mendapat perhatian.
berusaha untuk nampak cantik walaupun diri tu tak cantik tapi gedik je lebih.
(lalala.aku tengah mengutuk orang yang tak brape cantik tapi bajet cantik + gedik nak tarik perhatian lelaki!)

kita akan berusaha untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik.
kita seolah2 tak pernah puas untuk berusaha dan terus berusaha.
bayangkan jika kita tak pernah berusaha,tak hidup la kita kat dunia serba mencabar ni.
baik dok kat hutan.kawan ngan haiwan.
haiwan pun tahu berusaha demi mencari sesuap makan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.
cuba perhatikan ulat kat dalam batu.walaupun duk dalam batu,still lagi dapat survive untuk meneruskan kelangsungan hidup.

tapi tak semua apa yang kita usahakan tu akan dapat ganjarannya yang setimpal dengan usaha yang kita lakukan.
bayangkan..beria la kita study gila2 bagai nak rak.pulun semua buku yang ada kat library tu sampai tak tidor malam semata-mata berusaha untuk berjaya dalam exam tapi the end..
result yang kita dapat..tak berbaloi.
maka ..hampa dan kecewa la kita.
lalu merasakan apa yang diusahakan sia-sia.tak berbaloi.membuang masa.tenaga.penat.

namun sedarkah apa yang kita usahakan tapi hasilnya hampeh adalah satu nikmat yang jarang kita dapat.

(pala otak lu apa yang wa usahakan tu nikmat.sawan ke apa?)

ok.memang kita akan rasa sakit dengan usaha tanpa hasil yang lumayan tapi tanpa kita sedar ia sebenarnya nikmat yang allah bagi kepada kita untuk kita fikir balik ,analys balik apa kita usahakan tu.mungkin apa yang kita usaha tu bukan hasil yang sepatut kita dapat sebab dari awal usaha kita tu..dah banyak benda yang tak elok kita buat dan fikir.contohnya dalam hati dah niat kita berusaha sebab ganjaran yang kita dapat nanti nak ditunjuk-tunjukkan.haa..kat situ dah timbul perasaan riak.jadi mungkin allah tarik balik ganjaran yang kita bakal dapat tu sebab dari awal lagi niat kita memang dah tak baik.so.fikir2kan la.

dalam kesibukan kita dalam berusaha dan terus berusaha untuk lebih ke hadapan , masih ada lagi manusia yang agak bebal untuk move foward ke hadapan.masih lagi mahu berdiri di step yang lama ,lapuk ,bujanglapok(just merepek) tak nak berganjak.at least berusaha walaupun tak banyak ,try la untuk majukan diri.usaha ..berusaha dan terus berusaha.tak susah sebenarnya untuk berusaha majukan diri.
macam siput babi dalam perlawanan perlumbaan dengan lalat ,langau dan kumbang.walaupun siput babi tu tahu dia yang paling slow namun dengan usaha yang dia ada,dia tetap teruskan perlumbaan itu..siput babi tu gagal untuk menyaingi kehebatan serangga lain tapi dia tidak takut dengan pesaing-pesaingnya.siput babi tu akhirnya dapat menghabiskan perlumbaan tu malah menang kerana lalat,langau dan kumbang terover confident dapat menang dalam perlumbaan tu.
nampak tak ..walau sukar mana pun usaha tu tapi bila kita terus berusaha tanpa takut untuk gagal dan betulkan apa yang kita silap dalam usaha kita yang gagal sebelum ini sambil terus kehadapan maka point akhirnya adalah kajayaan.
p/s: dalam apa jua situasi,elakkan dari over confident!

p/s:
mind block dah.tak boleh nak bagi idea dah.walla!
p/s2:
apa benda la aku merepek ni.kalau faham apa maksud yang tersirat yang terselit disebalik tulisan merepek aku ni..tahniah.give a big claps to urself sebab aku sendiri pun tak tahu apa yang tengah aku merepek ni.lalalala
=D

notakakijalanan:
lari dari topik.tengah2 blogjog ..aku ada terbaca 1 blog ni.dia agak sentap bila ada newbie blogger tegur dia mengenai penulisannya yang bercampur aduk antara bahasa melayu standard dengan bahasa loghat kampung.konon2nya sebab dia dah lama dalam dunia blogging ni maka dengan sedikit lagak angkuh dia mengeluarkan entry yang kononnya dia adalah blogger senior so newbie blogger tak berapa layak nak komen pasal tulisan dia.hmmm..caner tu?
*tepuk dada .ketuk keyboard ,tangan ke bahu mata ke atas.auwww*
walla!gediks doe..(bangang lol aku boleh kuarkan ayat ni.lalala)



Sunday, October 9, 2011

kursus laktasi 2011(orientation week)

mood:lepak depan tv bersama bebudak 1 rumah.


p/s:malas ah nak buat entry pembuka bicara.jari dan otak aku agak kaku nak buat pendahuluan karangan.so aku straight to the point apa yang aku nak merepek.=D

minggu lepas aku baru habis kursus laktasi.kursus ni berkaitan penyusuan susu ibu.walaupun time aku bergelar student dulu ,aku dah didedahkan dengan menda alah ni tapi takdela aku paham sangat.lepas je join kursus ni..dah paham lebih dah.=p

sebenarnya kursus ni diadakan sebab nak dapatkan mata CPD .lagi satu bagi memenuhi polisi bertulis yang terpampang kat dinding PPUM dimana salah satu polisi bertulis tu adalah melibatkan semua staf dengan program penyusuan ibu ni.maklumla PPUM kan dah dapat title HOSPITAL RAKAN BAYI.jadi semua yang berkaitan dengan susu botol,botol susu,puting tiruan DILARANG SAMA SEKALI BERADA DIDALAM KAWASAN HOSPITAL dan semua staf wajib kene tahu apadia polisi penyusuan bayi dan 10 langkah kearah penyusuan berjaya.

secara tak rasminya bila dah hadiri kursus ni..aku dah boleh jadi "kaunselor penyusuan bayi" dimana dengan ilmu pengetahuan yang aku ada,mana2 ibu yang nak dapatkan bantuan mengenai penyusuan bayi boleh je tanya kat aku.lalalala.
p/s:
tapi untuk dapatkan bantuan yang lebih menyeluruh,boleh tanya kat sekretariat penyusuan Pusat Perubatan Universiti Malaya ataupun mana2 klinik kesihatan diseluruh negara atau boleh ke www.nutrition.moh.gov.my

ok.bebalik semula pasal kursus laktasi ni.dalam kursus ni banyak benda yang aku dapat belajar.tapi mesej penting yang aku dapat dari kursus ni..
betapa pentingnya penyusuan susu ibu kepada bayi sebab kebaikan yang ada dalam susu ibu tu baik untuk bayi dan banyak jugak manfaat untuk ibu.penyusuan susu ibu ni perlu dimulakan selepas je bayi dilahirkan dalam tempoh 1jam kelahiran kerana dalam susu ibu pada hari pertama hingga hari ke-3 terdapat colostrum dimana colostrum ni sangat2 baik untuk sistem immune bayi kerana kandungan zat yang terkandung dalam colostrum.

mula2 nak menyusukan baby memang susah.dengan takde pengalaman..dengan kekoknya nak pegang baby..dengan masalah hormon yang tak berapa nak stabil memang akan bagi masalah untuk ibu2 menyusukan bayi hingga ada para ibu give up nak menyusukan bayi tapi bak kata pepatah la..
bersusah dahulu,bersenang kemudian.mula2 memang susah tapi lama2 akan menjadi kebiasaan .susah tapi bila fikirkan kebaikan yang ada pada penyusuan ibu ni..memang berbaloi kesusahan yang dialami.lagipun bila tengok baby hisap susu dari badan sendiri ia akan mengeratkan lagi ikatan ibu dan anak.
tapi kalau tak tahu teknik penyusuan yang betul..memang akan beri kesusahan kepada ibu yang nak menyusukan baby.sebab tu kene tahu teknik yang betul.position semasa nak menyusukan baby pun kene betul.nanti baby tak kenyang ,ibu pulak yang dapat sakit belakang sebab teknik yang tak betul.

posisi untuk ibu semasa menyusukan bayi:
-ibu kenalah duduk dalam kedudukan yang selesa dengan belakang,kaki dan breast disupport .

posisi bayi ketika breastfeeding:
-badan bayi inline
-badan bayi rapat dengan badan ibu dimana bayi dirapatkan ke breat.bukan breast diberikan kepada bayi.
-menyokong bayi iaitu dibahagian kepala,bahu dan untuk bayi baru lahir,selurih badan bayi.
-mengadap bayi kepada breast.

ok.dah tahu teknik yang betul.kita nak tahu pulak attachment penyusuan yang betul.ni bermaksud kita nak tahu baby tu menghisap betul ke tak.

penekapan baby yang betul:
dagu baby menyentuh breast ibu.mulut baby kelihatan membuka dengan besar.
bibir bawah baby kelihat terkeluar/menjuih.
kelihatan areola(tompok hitam breast) bahagian atas lebih banyak kelihatan .

penghisapan susu yang betul:
baby menghisap perlahan, dalam dan kelihatn menelan dan kedengaran bunyi seperti gulp.
pipi baby kelihatan kembung .
baby dalam keadaan tenang dan akan melepaskan puting ibu dengan sendiri.
ibu akan merasa breast kosong dan tidak sakit selepas baby menghisap.

p/s:ketika menyusukan bayi,pastikan ampu breast dengan cara C-shape iaitu ampu bawah breast.ini adalah untuk mengelakkan "block duct" iaitu kesekatan pada duktus yang boleh menyebabkan breast ibu membengkak.

masa aku hadiri kursus ni, staf dari sekretariat penyusuan bagitau kebanyakan ibu taknak menyusukan baby mereka dengan alasan SUSU TAKNAK KELUAR atau SUSU TIADA.
sebenarnya,bukan tiasa susu tapi seperti kita tahu,sistem tubuh badan kita ni sangat unik.
bayangkan betapa banyak hormon yang terdapat dalam badan kita ni tapi hormon yang memainkan peranan penting dalam penyususan ni adalah hormon prolactin dimana hormon ini memainkan peranan dalam penghasilan susu manakala hormon ocytocin pula berperanan mengalirkan susu.semua hormon ni perlu distimulatekan.kalau tak distimulatekan,memang la lame2 susu tak kan dihasilkan.sebab tu kene bagi baby hisap susu supaya penghasilan susu yang optima dapat dihasilkan.sebab tu bila baby nangis sebab lapar..bagi je susu ibu.lagipun baby akan menghisap susu mengikut kehendak baby.ini la dinamakan bresatfeeding ON DEMAND.

untuk ibu berkerjaya,ia juga bukan lagi alasan untuk tidak memberikan susu ibu kerana para ibu boleh melakukan EBM.
apa tu EBM?
EBM tu adalah express breast milk.
susu ibu yang disimpan pada suhu bilik boleh bertahan selama 4jam.susu ibu yang disimpan dalm peti sejuk boleh disimpan selama seminggu manakala susu ibu yang disimpan didalam sejukbeku (frozeen) boleh bertahan selama 3-6bulan.
ala..sekarangkan kebanyakkan pejabat ada menyediakan bilik untuk EBM..jadi tiada alasan lagi untuk tidak memberikan susu ibu secara esklusif kepada baby kan.
p/s:
nak tahu cara EBM ..boleh la tanya incik google.aku malas nak upload gambar cara2 EBM.kih3.ala tak kan semua nak kene suapkan.

ok la.aku rasa dengan sikit maklumat yang aku merepak kat blog merepek aku ni..hopefully bakal2 ibu dan ibu2 yang ada baby baru lahir dapat manfaatnya.

notakakijalanan:
untuk maklumat,apa yang aku tulis kat atas adalah untuk mengikut polisi penyusuan susu ibu dimana polisi tu berbunyi

"setiap ibu digalakkan menyusui ananknya dengan SUSU IBU SAHAJA dari lahir hingga berumur 6bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2tahun.makanan pelengkap pelu dimulakan semasa anak berumur 6bulan"

p/s:
aku kena hadiri kursus ni selama 4hari.selain dari sesi ceramah,aku kena siapkan model breast dan ada ujian mengenai penyusuan susu ibu ni.
untuk buat model berast tu..sambil menjahit aku dah mencarut,membebel dan merungut sebab kena buat model tu.tau2 je la tangan aku ni bukannya reti sangat menjahit dan tahap kesabaran aku semasa menjahit tak la sehebat aku bersabar semasa menjaga pesakit.tapi tak sangka la pulak model breast aku tu menang.hehehe.
untuk exam tu pulak.ada soalan yang menanyakan APAKAH POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA?
semasa pretest aku kosongkan je ruang tu sebab tak tahu.tapi untuk post test..aku jawab sebijik sejibik seperti polisi kat atas tu.miahahaha..jenuh nak menghafal wey..sampai sekarang ayat polisi tu melekat kat kepala otak aku ni.wallla!

p/s2:
rasa macam nak kawin dan cepat2 ada baby je lepas hadiri kursus ni..miahahaha.sape nak kawin ngan aku ni???















Wednesday, September 28, 2011

Jenak the cat


gambar ni adik aku MMS kat aku tadi.pic yang boleh buat aku switch mood aku dari moody kepada mood happy.

kucing ni namanya Jenak.badan gemuk tapi kaki pendek.jalan pun terkedek-kedek.miahahaha..sangat2 shomey.
mak Jenak ni asal dari KL tapi sekarang dah jadi kucing kampung.kucing pun tau nak tinggal kat kampung.lalala
p/s:whatdecat tetiba guna ayat badut ni.comel jd shomey.oh! =p

Saturday, September 24, 2011

cerita aku

selepas seminggu tak menyibukkan diri beronline..hari ni dengan menggunakan lappy kawan aku..aku cuba untuk update entry..kikiki


oh ya..tak lupa nak bagitau..entry lepas aku ada cerita sedikit pasal makcik maxis call aku kan.tadi try cucuk bodbang aku..tapi xboleh connect dah.
dan dengan ini aku nak isytiharkan

MAXIS DAH POTOnG TALIAN BROADBAND AKU.SEKIAN!

banyak benda aku nak ceritakan dalam tempoh seminggu aku menyibukkan diri dari tak mengupdate entry2 yang merepek tapi disebabkan terdapat banyak kekangan maka cerita2 yang aku dah rangka dalam otak aku ni hilang cam tu je.maklum la short term memori.lalala

lain-lain cerita..aku nak isytiharkan jugak.dengan selamat dan rasminya aku bergelar seorang pekerja.dalam tempoh sebulan ni aku kene dengar ceramah..ceramah..and again ceramah.cuma dalam minggu last aku ada latihan untuk CPR(cardiopulmonary resusitation) dan cara cara bagi breast feeding yang betol untuk ibu2 yang baru bersalin.
p/s: teknik breast feeding yang betul menjamin bayi anda mendapat bekalan nutrien dan antibody yang mencukupi.lain entry nanti kalau aku ada masa..aku bagitau la cara breast feeding yang betul.tunggu ya.

penempatan klinikal aku dah tahu.aku berposting dibahagian pesakit dalam di
bahagian medical ward yang mempunyai 3 unit disiplin iaitu disiplin nefrologi(berkaitan dengan renal), disiplin rheumatogy dan disiplin endocrine.
ward tempat aku berkhidmat nanti..ada masanya menjadi antara ward yang bizi di hospital .tak terkejor wa cakap..tapi insyaallah aku akan lakukan yang terbaik .

sebenarnya aku lebih berminat dengan ward peadiatric tapi apakan daya jabatan perkembangan jururawat dah aturkan semua maka aku terima je la.
nanti bila nak sambung belajar lagi..insyaallah aku nak try mintak post basic bahagian peadiatric.
walaupun peads mencabar tapi aku suka.aku pun tak tahu kenapa aku suka dengan peads ni.mungkin dekat dengan jiwa aku kot.lalala
p/s: peads merupakan singkatan bagi peadiatric.

ok.habis cerita pasal tempat kerja aku.ni nak citer pasal tempat tinggal aku sekarang.sekarang aku dan kawan2 menyewa kat 1 kawasan taman di area petaling jaya dimana kawasan ini boleh dikatakan crowded la jugak.masalah kecurian kat area ni..agak dasyat jugak la.kena selalu berhati-hati dan berjaga-jaga.tapi yang selalu bagi spoil mood aku adalah bila menunggu lif.bercinta dulu baru dapat lif.kekadang aku dah fed up..aku naik tangga je tapi agak2 la..tingkat 10 tu..larat ke hari2 nak naik tangga.penat balik kerja lagi tu.sabor je la.tak pe la..nanti aku pergi jumpa Dr Nahar..atleast boleh jugak bagi alasan aktivity harian untuk mendapat tubuh badan yang fit adalah turun naik tangga bangunan 10 tingkat.bagus2 =p.

tu baru masalah lif yang selalu rosak.masalah bau sampah hancingbancing.kiri kanan rumah aku tiap subuh dan maghrib selalu la dengar bunyi loceng.tu ok lagi.yang agak meresahkan bulu hidung aku bila time bau kemenyan tu..adoiya..sesak den.tercekik lubang hidung den menahan bau aroma terapi rumah sebelah sambil dengar bunyi loceng.hmm..nak buat macam mana..terima je la.adat hidup berjiran.kena ada perasaan give and take.baru la harmoni sejahtera.1malaysia katakan.

aku rasa sekarang aku dalam mood PERUBAHAN dari menjadi seorang yang agak lampi kepada seseorang yang lebih tahu fungsi akalnya.maksud aku lebih mengenal erti TANGGUNGJAWAB.maklum la dulu time student..disamping tanggungjawab sendiri dalam menjaga pesakit..at least jika ada apa2 yang terjadi dekat pesakit disebabkan kecuian diri sendiri..lecturer yang akan tolong backup kan tapi sekarang situasinya lain sedikit.tanggungjawab yang lebih berat bakal dipikul.
adakah aku dah sedia untuk pikul tanggungjawan yang sangat besar ni??
hanya aku dan allah taala yang yang tahu.cuma aku berharap aku sentiasa ikhlas dan redha apa yang aku lakukan.insyaallah.

notakakijalanan:
macam entry berat je..miahahaha..tapi takdela berat sangat..agak2 je tu.entry luahan perasaan je skit mengenai pertukaran alam kanak2 kepada alam baligh.=p

p/s:
ah sudah..toilet rumah ni agak bangang skit.tak boleh flush.parok.
p/s II:
minggu lepas surat MBPJ terselit bawah pintu.notis tak bayar cukai 3tahun.kalau tak bayar , semua harta benda akan disita tapi masalahnya rumah ni bukan ada harta pun.aishh tuan rumah.ni gara2 penghuni terdahulu buat dajal kat tuan rumah.nasib la labu...



Friday, September 16, 2011

status sebagai blogger

status sebagai blogger.weee..tapi..

bila mood berblog makin kurang..aku jadi malas gila nak menulis tapi tiada istilah bosan dalam berblog ni sebab blog walaupun tak melimpah tapi memang banyak(ape da ayat..macam mat lit.berputar belit) memberi ilmu kat aku.
melalui tulisan dalam blog ni..aku dapat kenal kawan baru.walaupun tak dapat bersua muka tapi melalui penceritaan yang ditulis oleh seseorang blogger ia seolah2 memberi aku ilmu.

banyak ilmu2 IT aku tahu dari blogger2 yang pakar dalam dalam bidang ni.tak kira la pasal gadget terkini mahupun terdahulu.
banyak ilmu2 tips blogging berjaya yang aku perolehi walaupun tips yang diberikan para blogger aku takde la ikut sangat tapi sedikit sebanyak tips yang diberikan mengubah aku dari segi penulisan.kalau aku baca tulisan zaman aku muda2 dulu dalm dunia blog ni..hahaha..nak gelak weh.tah pape aku merepek.
banyak jugak ilmu2 berkaitan hal ehwal semasa ,ilmu agama malah ilmu cintan cintun dapat aku absorb dalm otak aku ni.

melalui dunia blog ni..aku dapat kenal ramai blogger-blogger yang super awesome dalam penulisannya.(walaupun tak pernah bersua muka) cam liza razak.bro framestone.
mungkin hobi membaca yang aku pupuk dari kecik lagi menyebabkan aku suka blogwalking/blogjogging.
kadang-kadang(bukan kadang2 tapi almost time kot) aku baca blog tu sampai 2 3 jam untuk 1 blog.sebabnya aku baca hampir keseluruhan entry yang ditulis macam mula-mula aku sergah blog rasa hati dan warmness on the soul.sangat rajin kan aku membaca .=p miahahaha

tapi itu zaman aku tak da kerja.zaman aku lepak kat rumah sampai badan dipam-pam macam tong dram.zaman aku bergelar pelajar-baru-tamat-belajar-tunggu-nak-masuk-kerja.
boleh dikatakan zaman ini,aku banyak menghadap laptop sambil blogwalking dan tulis entry terbaru je.
p/s:aku pelajar yang mendapat tajaan untuk belajar.jadi tak payah pening2 nak fikir pasal bayar pinjaman mara /ptptn.

tarikh 19/9/2011 merupakan tarikh bermulanya aku menukarkan status aku dari seorang yang bergelar "penganggur 4bulan" kepada status "bekerja" di sebuah hospital separuh kerajaan dan separuh bukan kerajaan di pinggir ibu kota bersebelahan uUniversiti Malaya.
dengan status terbaru aku ni..tak dapat aku pastikan ..mampukah aku berblog lagi seperti zaman aku berstatus "penganggur 4bulan" tu.

tapi yang pastinya..aku akan kurang menulis entry terbaru kerana..

kerana..

broadband aku dah nak kena terminate.aku malas nak bayar bil.dah 3bulan tertunggak.miahahaha.
minggu lepas .makcik maxis call aku suruh bayar bil tertunggak tu .kalau tak bayar ..kene potong.
p/s: time aku bayar bulan2..service lembap cam siput babi.aku tak bayar tau pulak call suruh cepat2 bayar.hampeh tol.

mungkin ini last entry aku.mungkin jugak aku blog merepek aku ni bakal menjadi pekasam untuk beberapa bulan/tahun tapi yang pasti aku takkan berhenti berblog kerana blog dah jadi suku hidup aku dah.

kenapa blog suku hidup aku je?bukan separuh mahupun sepenuh hidup aku?
1.aku bukan blogger tegar
2.aku tak gila traffik.seo.
3.aku ada banyak kerja lain lagi nak kene buat selain dari duduk depan laptop je.
4.aku tak kejar buffering earning.
5.aku sedar blog aku ni PR 0..wahahaha..
6.aku kene banyak kutip ilmu lagi supaya dapat jadi seorang blogger yang berjaya.ceewah.
7.apa2 pun..aku suke berblog.that's all.
tq.

ps: tetiba lak hati ni jadi berbelah bagi cam digaru2 dengan garfu..ada sesuatu mengusik jiwa..waaa..huhuhu


Tuesday, September 13, 2011

fantaghiro a.k.a the cave of the rose

malam ahad yang lepas..dalam beberapa fb kawan2 aku..semua dok heboh pasal citer THE CAVE OF THE GOLDEN ROSE.
hohoho..citer apa tu.kenapa semua orang beria-ia nak tengok citer tu.aku pun tanya la sepupu aku citer apakah itu sebab dia yang beria-ia suruh aku tengok citer tu kat tv9.

rupa-rupanya ia adalah siri filem klasik itali yang diterbitkan pada tahun 1991 hingga 1996 dimana ia mempunyai 5 siri.nama lain bagi siri ini adalah FANTAGHIRO.
ia mengisahkan 3 orang puteri yang yang dilahirkan dalam keluarga diraja.kisah selanjutnya baca la kat wikipedia .aku malas  nak translate.

disebabkan tv9 kat rumah aku tersangat la baik channel nya dimana kalau tekan je button nom 9 maka keluarlah siaran bintik-bintik hitam putih dan mengeluarkan bunyi sperti tenok mengaum.sungguh bising.
jadi aku putuskan tak nak tengok dan baik aku ngadap FB aku je.hehehe.

bila orang dok bercakap pasal cerita ni..maka aku pon pergi la mintak bantuan incik google dan incik youtube.
serta merta mulut aku menyebut..
OOO..CITER NI.

aku pernah layan citer ni masa-masa kecik dulu tapi aku tak follow sangat citer ni sebab mungkin faktor umur aku pada masa citer ni ditayangkan di tv..aku belum pandai lagi layan citer2 klasik orang putih dan banyak menghabiskan masa layan citer ultraman,power rangers yang banyak siri ,dragon ball dari zaman goku kecik sampai la goku hidup-mati-hidup balik.

mungkin dengan adanya siaran semula cerita ni..aku akan layan kot seperti aku layan CSI.

p/s: disebabkan cerita CSI la aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pakar dalam bidang forensik.
damn.suka bebenor terpengaruh dengan cerita.



Fantaghirò
Directed byLamberto Bava
Produced byRoberto Bessi
Written byGianni Romoli
StarringAlessandra Martines
Kim Rossi Stuart
Brigitte Nielsen
Music byAmedeo Minghi
Release date(s)1991—1996
CountryItaly
LanguageItalia

























gambar: akucopypaste dari wikipedia