Tuesday, May 14, 2013

Bebelan 1

Waaaaa..lamenye tak membebel dalam belog ni..Citer terbaru..hmmmm..ape ek nak diciterkan.
K.. Citer terbaru aku .. Sekarang ni aku ngah tunggu encik tunang datang amek aku kat tempat keje. Huuuu..dah sejam tunggu.  :((

Lagi sebulan nk bertukar status tp kad pon xbuat2 ag. Aiyooo.. Sume kengkawan dah tanya bila nak bagi kad. Ni tunggu encik tunang nak settle pasal kad jemputan la.paper beg aku pon tak siap2 ag. Huwaaaa..
Lagi apa yang tak settle ek. Hmmm.. Plan nak g mydin nak beli gula2 bungkus cantik2 masuk dalam paper beg tu bagi kat tetamu yg datang. So far borang2 sume dah setle cuma tgu nak g amek hujung bulan ni. Baju n so on props mjlis tu.. Ntah la.. Tgu aku cuti kot bru dapt settle. Nasib baik ari tu dah book awal ngan kak nora. Lantak la. Janji majlis aku tu nanti xde pape masalah n bejalan lancar dengan izimNya. Doakan yek :)

Bosan dah tunggu ni.huhuhu 😭

Sunday, February 10, 2013

Quote- janji-

Manusia adalah makhluk pelanggar janji.Selalunya apa yang dijanjikan amat susah untuk ditunaikan.Secara jujurnya adalah lebih elok untuk tidak berjanji.Kadang-kadang janji kita ini akan memakan diri. -nami cob nobbler-


P/s: ayat ni aku cilok dari novel (gambar dibawah) dan penulisnya adalah seperti tertera diatas.

P/s II: ye.aku sangat bengang bila orang tu dah berjanji pastu sukasuki mak nenek dia nak mungkir janji.phuiii.

Mood : bengang + sakit hati untuk banyak sebab.perasaan aku diperkotak-katik bila sepupu ngan adik aku dok menganjing kat aku tak boleh balik kg.arhgggg.benci.
p/s: mood takde kaitan dengan quote diatas.

Thursday, February 7, 2013

Neskope latte sedap macam biskut merry

Nescafe Latte..yummmyyy




Taaapiiiikannnnnn.....




Bila aku minum menda sedap ni time aku keje shif malam..hokmakaihh..pagi balik dari keje,aku dapat terbongkang 2jam je. 2 jam!!!!!!! 2 jam je aku tido.owh.terbaik !!
Pastu try la buat2 tido pastu..haram..sikitpun tak ngantuk.pejadah!!
Pastu bila agak2 matahari dah ala2 tersipu2 malu nak berundur ke arah barat.time tu jugak la mata ni tergedik-gedik malu2 nak tutupkan dirinya.perghhhhhhhh
Pastukan..stress memanjang je sbb tido xcukup..pastu nak smbung balik keje untuk 2nd night ..agak arr nak mengamuk dengan diri sendiri.pufffff.pastu xpuas hati .pastu gaduh ngn encik tersayang.walaweyhh..syok sungguh rasenye.huhuhu

Kesimpulannya aku tetap suke ngan menda sedap ni.lalalala


Ekkkk..tak abis citer lagi pasal mende sedap latteco ni..>_<

Disebabkan mende alah ni sedap sangat untuk diminum walaupun dah tau bawak effect yg buruk yang boleh menjejaskan kualiti tido yang tak berapa berkualiti ..tetap jugak nak mende alah ni.
Mende sedap ni kalu diminum waktu malam memang bagi effect tak tido(tu untuk aku la)..
Kalu time minum disiang hati..effect dia aku aku berjoging. Berlari-lari sempoi2 bahasa . Ulang alik pegi jamban.aku syak menatang ni ada diuretic agent kot macam patient aku yang dibagi iv infusion frusemide(lasix)..memang berlari-lari pegi jamban la jawabnya.hohoho..

Ah.gasak la.janji sedap.wehuu.kalu aku suke jenis ni.encik sayang aku suka yg jenis mocca tu.xsedap langsung yang tu.erkkkk


Dah a.pintu jamban tu dah melambai-lambai panggil aku.chow g jamban jap.

P/s: sodap sungguh ayaq neskope ni.ambe suke.(y) <----- tanda ni kalu kat fb menunjukkan LIKe.je dop??

Tuesday, January 1, 2013

Pertama dijanuari 13

Bertemankan keropok lekor Terengganu , dihidangi segelas besar teh 'o' panas sambil melayan kesihatan diri yang agak kureng di hari pertama ditahun 2013 , ku mula menaip tiap2 baris patah perkataan diruang kosong ini ( imaging sambil nyanyi lagu Kosong Najwa latif)..

Hukmaihhh..ayat konon-ala-jiwang tak jadi.hampeh.=p

Apa aku nak merepek diawal tahun 2-0-1-3 ni.hmmmm..azam baru..aku rasa tiap tahun aku tak pernah terpikirkan pasal azam apatah lagi orang yang bernama Azam ni..lalalal..yang aku tahun angka umur aku makin bertambah dan of cos la ada sesuatu yang perlu aku lakukan mengikut tahap umur aku.contohnya masa tahun lepas a.k.a tahun 2012 , aku dah mempunyai kerjaya yang kekadang aku rasa aku ni macam tak sesuai je ngan kerjaya tu.kene banyak sabar woii..huhuhu
Maka jadinya tahun ini,bersamaan tahun 2013 , aku akan meg-upgrade-kan diri aku ke alam lain.wiiipiii..insyaallah apa yang direncanakan ,akan terlaksana tidak lama lagi.

Seperti biasa..aku dengan kemalasan aku..aku dah malas nak menaip.saje je menggatal tangan skit menaip kat blog merepek aku ni.dan walaupun aku tak selalu mengupdatekan blog aku ni, tapi aku tak sesekali membungkus lingkup blog cap ayam aku ni sebabnya aku dah rasa macam ada sentimetal value untuk aku lak.weehuuu.

Wokey.,sekian dulu bebelan aku untuk tahun 2013 ni.ntah2 masuk tahun 2014 ti aku bru update..haru sungguh kalu gitu.😷

P/s: insyaallah bulan 2 ni kot dan insyaallah bulan 6 ni kot..thathatha..

Wednesday, November 28, 2012

Hinanya insan ini

Kekadang aku merasakan aku ni seorang selfish atau kalau ditranslatekan ke bahasa melayu JUAL IKAN. (0_o)???? (Merepek sudaa)

Kenapa aku pentingkan diri sendiri?
Sebab kekadang aku rasa aku ni riak, takbur, sombong..padahal semua tu adalah sifat yang buruk.siapalah aku untuk menjadi seorang yang takbur sedangkan Dia yang menciptaku lagi berkuasa .subhanallah..ampunkan aku ya Allah.sesungguhnya aku insan yang lemah ,yang selalu lalai dalam keindahan duniawi,yang tidak berdaya lagi hina didepan Mu Y Rabb..(T_T)

Aku banyak melalukan dosa dengan orang2 yang aku sayangi..memandang rendah dengan kemampuan mereka sedangkan mereka la yang banyak memberi aku semangat untuk aku jalani kehidupan yang penuh noda dan liku yang berduri ni.Maafkan aku wahai insan2 yang aku sayangi sekalian.aku sedar,aku ini bukan lah seorang yang baik untuk aku berbangga diri dengan apa yang aku ada ini.tanpa kalian,siapalah aku (T_T)

Kesimpulan yang aku dapat simpulkan dari perasaan huru hara aku hari ini, aku perlu refleks balik apakah selama ini aku terlalu mendabik dada dengan apa yang aku ada hingga kekadang mengguris hati banyak pihak terutama insan yang aku sayangi.adakah aku terlalu ego untuk kenikmatan yang sedikit yang tuhan berikan kepada aku hingga aku menjadi seorang yang lupa diri.ohh,maafkan aku.aku tidak sedar dengan keadaan aku hingga aku menjadi buta untuk menilai kehidupan orang lain.

Aku lali dengan kehidupan aku sendiri.maafkan aku wahai hati kerana aku,hati aku menjadi bengkak dengan noda2 hitam yang sedikit demi sedikit nanti ia akan memakan diri hingga menjadikan aku seorang yang ego dengan diri sendiri.

Ampunkan aku Ya Allah untuk dosa2 yang telah aku lakukan.
Maafkan aku wahai insan2 yang aku sayangi sekalian dengan apa yang telah aku lakukan.
Maafkan aku wahai hati yang kecil dengan sikap dan sifat burukku hingga menjadikan hati kecil ini membusuk dengan sendirinya.(T_T)

-Nukilan insan yang hina-


Friday, November 23, 2012

Entry ke 232

Gua rasa..dah lama gua tak merepek dalam blog gua ni.entah la, mood nak merepek dah tak da.hmmm

Nak citer la sikit, gua sekarang kat kampung.(perghh..bajet aku je ada kampung) =)
Gua balik kampung pun sebab gua nak attend majlis kawin kawan gua je.dan kebetulan plak..gua dapat cuti .ibaratnya seperti orang mengantuk disorongkan tilam,bantal ,dan selimut.perghh..syok tidor tu.so apa lagi..gua jimba2 la kat kampung.

Jimba-jimba kat kampung!! Hmmm..tak da la jimba2 pun.aku kan anak dara pigitan.jadi keje aku melepak kat rumah je.woha.sonok sambil menikmati cuti yang berapa kerat tu kat kampung.
Untuk makluman,orang yang keje seperti aku ni..kalu nak cuti..kene apply dulu..kalu tak kirim salam la nak dapat cuti panjang.huh.ok.dah cukup cakap pasal keje aku.sebab aku tak nak mood aku bersepai sebab citer pasal kerje  yang memanjang tak kan selesai tu .

Hari ini dalam sejarah.tepon cikai aku dicabul oleh kazen aku.hampeh punya kazen.bleh plak dia baca mesej aku ngan BF aku.adoiya la.akibatnya.chat ngan dia..banyak jugak la dia nganjing kat aku dan banyak jugak la perkataan BENGONG aku taip.ending2 dia suruh aku belanje beger spesel sebijik kat dia.adoiya.ini macam kazen pun ada juga.huh.
Malu wooo ..
P/s: jangan tinggal tepon anda dimerata-rata tempat.hampeh punya kazen.kazen laki plak tu..adoiya.

Sekian citer pendek aku.maklum la dah bersawang.so, nak elak dari lagi bersawang..aku gagahkan diri untuk update jugak.
Sekian dari aku yang malas.titik. :p

Saturday, October 20, 2012

jubah gua serebeh

minah jubah sesat