Sunday, January 30, 2011

cerita asrama

pernah dok kat hostel tak?
aku pernah dok kat hostel.
dok kat hostel ni banyak peel yang akan kita buat ..kan2.
form 1..
ingat lagi warden hostel tu tak suke aku and da geng.
dia gelarkan geng aku ni GENG PALE PENGAT.
aku pon tak tau kenapa dia ni anti sangat ngan geng aku ni.
macam2 denda yang geng aku kene buat.
paling best kene basuh tray makanan besama2 kakak2 yang kerja kat dewan makan tu.
dah la dewan makan tu kat side hostel budak laki.bila budak laki datang bawak tray untuk dibasuh..kitorang wak duunno je..lantak la kene ape diorang nak kate pon.
bila ada je bunyi annoucement..name2 geng aku la kene panggil suruh datang rumah warden.
lebih kurang macam ni la..PERHATIAN KEPADA NAMA SEKIAN2..SEKIAN2 DIMINTA DATANG KE RUMAH SAYA SEKARANG JUGA.(nada tegas)
(bangge rase bila budak2 lain pandang slek kat geng2 aku.lalalala)
bila dah sampai rumah warden tu..warden tu pon stat la membebel bekarung2..potpetpotpet.
masuk telinga kanan kuar ikut telinga kiri.memang tak makan saman la.
geng aku ni dikatakan geng nakal la .mane tak nakal nya.orang lain kuar ikut pintu depan,kami kuar ikut jalan budak2 ponteng sekolah.time study buat bising.tido.name2 yang paling banyak masuk dalam buku rekod disiplin name2 kami la..
form 2
kejap je dok hostel sebab tengah tahun kene balik rumah masing2.hostel buruk dan kecik bakal digantikan dengan hostel yang besar lagi canggih.(canggih la sangat)
form 3
tahun yang sungguh indah.best dok kat rumah.
form 4
hostel baru telah berdiri megah dengan jayanya.aku pon gatal2 la jugak pegi apply nak dok kat hostel.ingat tak dapat.sekali PERMOHONAN ANDA DILULUSKAN.(aku rase sape yang luluskan aku dok kat hostel tu tak pakai spek la.jarak rumah aku ngan sekolah tak sampai pon 3 km.tak yah dok hostel pon xpe..)
jangka hayat aku kat hostel baru ni tak lame.agak2 dalam 3 bulan je kot.dah la geng hostel mase form 1 tak duduk hostel dah.aku sorang2 je.pastu warden plak ,memang takleh blah.diktaktor tahap cipan.sape yang tahan beb.tak tahan sangat ,aku cabut blah je.
bese ada prosedur tertentu kalu taknak tinggal kat hoste.kene isi borang ,kene tunggu pengesahan la.tapi aku direct pegi kat warden tu cakap"CIKGU ,SAYA TAKNAK TINGGAL KAT HOSTEL.BARANG2 SAYA SEMUA DAH SAYA LETAK KAT BAWAH.TUNGGU AYAH SAYA DATANG AMEK SAYA JE."sambil hulur borang kuar hostel.tergamam cikgu tu.nasib baik cikgu tu tak banyak cakap.terus je sign borang keluar dr hostel.hehehe
(pengakuan: tmpat yang parents kene sign tu,aku tiru sign bapak aku..lalalala)
form5
hostel aku time ni adalah rumah aku..lalala
lower6 &upper6
kali ni kene sekolah jauh dr rumah.tak sanggup nak ulang alik.mitak la tinggal kat ostel.
dok hostel time ni..memang best.konon2 paling senior la tapi perangai same naik je ngan adik2 junior.ingat lagi .panjat pagar sekolah sebab nak pergi makan kat kedai makan depan sekolah.pastu warden dr hostel boy datang menyerang.nak tak nak aku ngan kawan2 aku kene la pergi menghadap warden hostel boy kat asrama bdak laki.time tu aku ngan 4 orng kawan aku plus 4 orang budak laki yang tak sempat cabut time warden tu datang serang.ingatkan warden tu nak denda apa.rupe2nya..dia suruh kami berdiri sambil dengar dia bercerita time dia masuk kem askar..maunya 2jam kene diri atas kerusi sambil menadah telinga dengar cikgu bebel.

kesimpulannya..
zaman aku sekolah banyak masa dihabiskan kat hostel sambil buat aktiviti2 yang kadang2 berfaedah dan aktiviti2 yang tidak berfaedah..lalalala

Friday, January 28, 2011

entry orang dalam entry aku

kembali ke pangkal jalan.
mase mula2 nak buat 1 ayat kat entry baru ni.mak aikh..stuck kepala aku nak cari idea .
ok..ekceli takde la stuck sangat sebab dalam kepala ni memang dah ada idea mantop nak tulis entry baru tapi apakan nasib..taip taip pastu padam.adala 4 5 kali asyik dok tekan ctrl A pastu DELETE.naik kematu jari aku nak taip balik.dah ala2 jari jemari aku yang kontot ni berjoging lak.

maka setelah penat memerah otak , aku pon buat keputusan nak berblog jogging.

dalam berjoging anak2 tu.aku pon singgah la kat jobless.
bila bace entry2 jobless ,buat aku sedar bahawa betapa beruntungnya aku .
kenapa lak aku beruntung??
sebabnya,aku tak perlu susah2 cari kerja kat luar sana coz bila aku dah abis belajar ti,kerja dah sedia ada.
cuba bayangkan,berapa ramai graduan kat luar sana tengah berusaha mencari kerja yang setimpal ngan segulung ijazah yang digenggam.lalu,setiap peluang kerja yang ada,dterima dengan hati yang lapang dan bersyukur.
aku suka sikap penulis ni coz tak memilih sangat kerja.
boleh buat peribahasa ni
"besakit2 dahulu besenang2 kemudian."
manetau satu hari nanti,dr pengalaman dia kerja tu..dia dapat kerja yag lagi baik.lagipun zaman sekarng ni kan ,kalo tak de pengalaman kerja,,hmmm...susah sket nak dapat kerja kan.
last entry dia ,dia bengang pasal pemandu jalan raya yang tak reti hormat pemandu lain.konon2 memotong tp bawak ala2 kura2 kat lorong belah kanan.uikh,,sape tak bengang.kalo aku pon,aku bengang.

pastu sekali lagi aku buat round joging2 .aku joging kat INNOVATOR punya page plak.
aku tak pasti la si INNOVATOR ni medic student atau pon dah memang berkecimpung dalam medical line.sebab tak de data2 yang detail ..alalala.
cuma yang ada ,dia bagitau dia bakal jd one of the top future doctor and nk jd surgeon.(aku rase dia ni still lagi bergelar medic student kot..hehehe)
aku suke baca entry dia yang bukan sekadar kukur kelapa.tak sangka lak boleh jadikan motivation entry hanya berdasarkan kukuran dan talam.
ni antara ayat2nya yang aku suka dan aku dah ubah sikit2(sory bro hehe) :
"TALAM ADALAH MATLAMAT HIDUP KITA DAN KELAPA TU ADALAH APA SEPERTI YANG KITA USAHAKAN.
KALO KITA ADA MATLAMAT HIDUP YNG CUKUP JELAS MAKA KITA AKAN SENTIASA BERSUNGGUH2 DAN TAKKAN BUANG MASA SEBAB BANYAK BENDA YANG KITA NAK KECAPI .
TP BILA IMPIAN KITA TU KECIK ,XJELAS ,KITA AKAN MEMBUANG MASA KERANA SANGAT SIKiT IMPIAN YANG KITA NAK GAPAI DALAM HIDUP KITA NI"

abis je bace entry tu,betul2 buat aku fikirkan sesuatu yg aku rase agak2 cukup bermakna dalam hidup aku.hehehe
apakah yang aku fikirkan tu..biar je la aku dan tuhan je yang tahu.ahaksz

ok.kepala aku kembali terblock.GCS pon dah ala2 nak drop ni dr 15 ke 10.
chow dulu.sok pepagi buta pg kelas.ICU SUBJECT ia waiting..huagrhhh..

p/s:
ada 1 research cakap joging tak elok ekh?
so ,kalu xleh joging..kene la jalan laju2..lagi afdal..
(ni research tu yang cakap,bukan saya..ekekeke)
(0_o)")

Wednesday, January 26, 2011

sahabat

k.a.w.a.n

sahabat.
apa makna sahabat ekh?
apa peranan sahabat dalam hidup kita?
mengapa kita perlu sahabat selain dari agama kita dan jugak keluarga kita?
adakah sahabat betul2 jujur dalam bersahabat bilamana kita jujur dan ikhlas dalam bersahabat?

wah! banyak persoalan sebenarnya bila kita nak rungkaikan pasal sahabat.
ramai orang boleh berjaya kerana dorongan sahabat dan ramai juga yang terjerumus ke lorong sesat bile tersalah memilih sahabat.

dikala kita sedih,sahabat jadi peneman,pemujuk.
bila kita bejaya,sahabat juga antara orang yang paling hargai kerana kata2 semangat kita dalam menempuh dugaan hidup.
tapi AWAS!!!
kerana sahabat sebenarnya mempunyai pelbagai sifat.
tengtengteng...

uh,,skema giler entry aku kali ni.
nak tahu kenapa aku buat entry???
meh aku nak bagitau.sebabnye aku takde idea yg gile2 nak buat entry yang gile2.
idea kering la..
tapi bila dah dapat 1 PERKATAAN.laju lak aku nak menaip.

bebalik pada perkataan SAHABAT tu..
banyak benda yang aku boleh ceritakan pasal sahabat.
citer baik mahupun citer buruk.
tapi malas la nak citer.
sebab mood aku sekarang IGNORE mood.(bangga dapat mood ni..=] )
waaaa...
lantak a pe nak jadi pon.ada aku kisah .(walaupun sebenarnya aku kisah)


p/s:
kita kat muka bumi tanpa seseorang yang bergelar sahabat,baik pindah dok planet marih je.heeee~~~~
(0_o)")

Tuesday, January 25, 2011

http://syazhanstories.blogspot.com

wana ..sory yer aku amek link ko sebagai percubaan pertama aku untuk share link..hehehehe

sory.sory.=p

Monday, January 24, 2011

senyum


senyum ..

tak perlu kata apa-apa

senyum..bla..bla..bla

ahaks..aku tak tahu lirik lagu senyum ni..

yang aku tau malique ngn najwa yang nyanyi lagu ni..


baik la..bebalik pada senyum ni..sebenarnya ada isu kat sini nak aku bahaskan..(bahas??? cam pelik je ayat ni..)

kebiasannya bila kita senyum kat orng ..mesti orng akan balas kat kita balik kan.

tapi apa perasaan anda bile kita senyum kat orng tp orng tu lansung tak balas .muka masam .jalan menonong je tak pandang kiri kanan.

uikhh..angin je perasaan anda kan.

dalam hati mesti sekarung dok menyumpah kat orng yang tak nak balas senyum kita tu kan.

(kalau aku la..dah lame doa..tgah2 jalan tu moga2 orng tu jatuh tergolek.padam muka.hua2..)

jahatnye aku doa mende tak baik kat orang..lalalala


sebenarnya bukan pe.bukan aku nak doa sangat tak baik kat orang.tapi at least bila ada orng senyum kat kita.balas la balik.bukan suruh bayar pon kalu senyum.kan senyum tu 1 sedekah.

muka pon manis je bila senyum.awek muda kate orng.pahala pon dapat.tak rugi pon senyum.


so pe lagi..senyum-senyum la pasni..


p/s:jgn senyum pada bukan masa nya.nanti anda di cop MENTAL DISORDER..hua3


Saturday, January 8, 2011

hari minggu

hari minggu yang pertama di kole lumpur.

hari minggu yang pertama di hostel.
hari minggu yang pertama bosan.

aku bace post gengkawan kau kat FB sume cakap pasal bosan.
adoyai..
hari minggu la yang best.bukan hari yang paling bosan.
macam-macam aktiviti boleh buat time hari minggu.
aktiviti aku yang paling aku suke di hari mingu adalah lepak kat bilik sambil bergolek2 atas katil sementara menunggu mata ini terkatup.(wah..bahagia rase) walaupun disiang hari buta.
dah la dipagi hari kalu matahari tak mencecah sipi2 kat kepala..takde maknenye nak bangun.(uikh..sungguh xsenonoh bgun dilewat hari)

ok la..dah la citer pasal ketidaksenonohan aku.nanti jatuh saham lak.agagagaga.

kalo tanak bosan2 dihari minggu yang sungguh bahagia.
buat la aktiviti yang berpekdah.
contohnya..g la window soping.kalo rase2 banyak duit..boleh la beli semua yang ada depan mata.bosan hilang.kepuasan dapat.kopak dihujung bulan.agagaga

nikmati la hujung minggu yang indah ini dengan aman nya.
kerana hari isnin yang mendatang..warhhhh...seksanya nak bangun pagi..ulalala..

p/s:
aktiviti aku sekarang ,aku nk siapkan CROSS STICH aku.dah siap nanti aku nk post entry la hasil kerje aku tu..agagagaga


Thursday, January 6, 2011

no entry masyuk

wah..agak malas nak tulis entry-entry yang terbaru..
kacau bilau skit awal2 tahun ni..
maklum la..anak2 ramai nk masuk sekolah tahun ni.duit pun banyak dgunakan untuk pelaburan masa depan..
(wagagagagaga...p0yos punya entry masuk.padahal sekolah pon x abis lagi.kawin pon xlagi.calon pon xde lagi.ni dah pandai merepek yang bukan2.ish3..report kat mak kang baru tau.anak mak ni dah pandai gatal2..ulalalala)
(yang sebenarnya..aku malas nak menaip buat masa ni)
(sekian,teriam kasih,wasalam)
(o_0)")

Saturday, January 1, 2011

2011

entry di tahun 2011
SELAMAT TAHUN BARU 2011
HAPPY NEW YEAR 2011..

notakaki:wah..aku dah makin besar sekarang.hehehe..(>_<)")