Tuesday, August 30, 2011

meriah hari raya?

semalam post pasal bajet dihari raya.

hari ni nak post pasal kemeriahan di hari raya la.

pukul 3.15 ptg.
mood:mengantuk
suasana:petang yang agak panas.tido ni best jugak!

kring.kring.(ringtone lagu we'll be alright by travie mccoy)
"assalamualikum"
"wsalam.hang sapa?" (sebab nombor yang tak dikenali naik)
"ni XY la.xkenai ka?"
"ooo..kenai2..awat.hang nak apa"
"moh kuar g jalan2 ronda2 raya.bosan ni"
"aaaa..ok2.set.ti mai ambik aku ek"
"wokey.no hal.chalow bebey"
"jumpa sat gi eh."
berikut lah suasana yang kedengaran.bila membe ajak g jalanjalan rondaronda beraya baru la mau keluar.kalo tak.hampeh.ngadap latop la kejenya.main game..hehehe


ok bebalik soal kemeriahan raya dan beza raya dulu dan sekarang.banyak faktor yang mempengaruhi.
meriah sesebuah perayaan tu hanya dapat dirasai oleh orang yang itu sendiri.dia dapat rasakan beza meriah raya tahun ini dan tahun sebelumnya.
mungkin bajet tahun lepas dan persiapan raya ala kadar je tapi meriahnya raya tahun itu.superb.merveles.yummy.
berbanding raya tahun ini persiapannya mewah.melimpah2 bajetnya tapi feel raya kurang.cahaya aidilfitri malap sikit.mood untuk beraya kurang jadi kemeriahannya pun kurang.

bila perasaan dalam diri dah feel kekurangan kemeriahan raya maka

1.feeling nak shoping raya takdak
2.feeling nak buat kuih raya jadi lemau.
3.feeling nak mengeratkan silaturahim antara saudara mara jadi hampeh.
4.feeing nak raikan tetamu yang datang berkunjung ala-ala ajak-ajak ayam.
5.feeling nak pergi rumah membe yang jumpanya setahun sekali malas tahap gaban
6.feeling nak hias rumah pada malam raya jadi feeling no feeling.
7.feeling nak mengepaw duit raya dah takde.malas nak paksa2 orng bg duit raya.orang bagi amek.takbagi. buat donno je.
8.feeling nak online membuak2 dalam diri.kalau tak online 1hari 1jam 1minit 1 saat maka akan rasa hidup ni sangat-sangat tak happening.tak meriah der.

no 8 tu la yang sebetulnya menyebabkan kemeriahan aidilfitri menjadi suram dan muram.dengan segala kemudahan dan kecanggihan gadget2 dialaf 21ni..hidup manusia seakan2 dah jadi lintang pukang.
ok.dari segi tahap kemodenan memang dunia alaf 21 ni maju tapi dari segi ikatan /hubungan antara manusia ia seolah-olah dilupakan.
disebabkan terlalu moden.sekarang boleh bagi ucapan hanya melalui fb,sms.etc.
tapi ingatla..tak de sentimental value la.=D

takpon jadi macam ni.sebab terlalu asyik dengan dunia maya.
kredit kat brader roroi atas komik raya ni.=D

beza dulu raya dan raya sekarang.

aikh.ni dah macam nak satukan 2 tajuk entry dalam 1 post je ni..
tak boleh jadi ni.
kang ntah ape aku merepek kang.
ti aku buat entry lain pasal beza raya dulu dan raya sekarang ek.

sekarang mau pi tido.mengantuk siot.konon2nya penat sangat beraya pagi tadi.LOL!

Monday, August 29, 2011

bajet raya di aidilfitri

entry raya..

hmmmm..

ye la..ye la..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

mengenai bajet.ini adalah bajet aku untuk raya kali ini.

bajet duit raya untuk budak2 =rm 0
bajet raye untuk diri sendiri = rm 0

total = rm 0

aku belum keje.jadi semua bajet raya adalah zero.kikiki

notakakijalanan:
ini mungin raya yang last untuk aku beraya bersama2 dengan family pada pagi raya.tahun depan insyallah beraya kat ward.huhuhu.
tapi raya kali ini aku tak beli baju raya.tak beli kasut/capal raya.takde tudung raya.etc.

beraya dengan apa yang ada.
kononnya tak nak membazir.maklum la.yang tahun2 lepas masih elok dipakai lagi.lagipon raya kali ini tak sakan sangat.
memikirkan ada kepentingan lain yang perlu disettlekan maka bajet raya perlu dimansuhkan.lalala.

ok.ini la yang sebetulnya.bajet untuk raya perlu dilupuskan.perlu pikirkan hal2 yang lebih perit untuk dipikirkan mengenai bajet kali ini.

p/s:pergi check in duit.mungkin lepas raya dapat.hatoi.

Sunday, August 28, 2011

pandu cermat la sangat

pernah tak mengalami situasi ini.


anda dalam perjalanan nak pulang ke kampung.laluan adalah jalan biasa.bukan melalui highway.kenderaan dah bersusun-susun kat jalan tu.ingatkan berlaku kesesakan yang teruk atau ada kemalangan ngeri berlaku.
nak potong kopem2 tak boleh sebab laluan 2 lorong sahaja bukan seperti highway yang ada 6 lorong.
agak2 bila ada peluang nak potong je baru la boleh potong.bila dah tau punca kenderaan bersusun-susun kat jalan tu..rupa-rupanya ada sebuah myvi yang bawak 50km/jam.ala-ala tengah bersiar2 kat tepi pantai.

amacam.best tak situasi macam ni.?
mau rasa nak pergi langgar buntut myvi tu kan.

sebagai pengguna jalan raya ..tak perlu la kita pentingkan diri sendiri.tahu la anda yang bawak kereta 50km/jam mengamalkan konsep pandu cermat jiwa selamat tapi agak2 la weyy..
tak nampak ke kenderaan lain dibelakang anda tu dah bersusun rapat.nak potong.line tak clear.orang lain pon mengamalkan jugak konsep pandu lembap cermat jiwa selamat.tapi cara anda tu agak melampau la.orang lain ada hal lagi penting nak sampai cepat ke destinasi yang nak dituju tapi disebabkan anda yang bawak kereta ala-ala bersiar-siar ditepi pantai..maka menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
at least bagi la signal then ketepi sikit bagi peluang kat pemandu lain nak potong.ini tak.bawak lembap macam siput babi.pastu tak reti2 nak bagi peluang pemandu lain nak potong.
sungguh dan sangat pentingkan diri sendiri la anda ni.
tak pepasal lak orang lain dapat dosa kering di bulan puasa yang mulia ni sebab cacimakikakiayam. ish3

notakakijalanan:
sangat salute pada sesiapa yang mengamalkan kempen pandu cermat jiwa selamat berhati2 dijalan raya ingatlah orng tersayang tapi
tengok2 la situasinye..

Monday, August 22, 2011

Yang Remeh Temeh





lame tak dengar lagu ni kan?
ondaway nak g senawang ari tu..kebetulan pasang radio suria fm..tiba2..aihh..cam kenal je lagu ni..
pak pandir yang nyanyi.lagu ni zaman aku sekolah rendah femes gak.
tapi kalo ikutkan yang juara lagu ni..aku baru umur 4 tahun..hehehe


ce tengok bebaik lirik lagu ni..sangat2 relate dengan kehidupan kita dizaman sekarang kan.
tak percaye?

ce tengok lirik dia..

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku

kredit to youtube

lyric di cedok dari sini

p/s:enjoy this song .sambil2 dengar tu..fikir baik2 maksud disebalik lirik lagu ni.banyak pengertian woo dalam kehidupan kita ni.kan2

Tuesday, August 16, 2011

senyum la sikit

senyum..
hari ni nak buat entry pasal senyum lagi.entry dulu pun penah jugak tulis pasal senyum tapi kali ni citer ni lain sikit.
opsss..kalo nak tahu pasal entry senyum yang dulu..ce bace ni =D

ok.hari ni asyik kene tegur suruh senyum je.aishhh..
kat tempat kerja ..
keadaan posisi senyuman : muka toye + mata mengantuk + sejuk tahap duduk dalam peti ais(yela..jaga kaunter kat frozen..mane tak beku)
pastu membe dari deparment LPS tegur "senyum la sikit."
pastu dengan manisnya aku pon senyum..
dan aku pon jawab la
"takleh senyum dah.otot2 kat muka dah beku"
hehehe..pandai tak aku jawab.
nasib baik tak kene sekeh je ..wahaha

50minit kemudian..budak dari department mane tah tegur..
"senyum la.."
aku pon senyum la..
aksi senyuman..manis simpul..

pastu kat bazar .lepas je blah dari membeli sotong dan udang kat gerai abang ikan tu..abg ikan tu ckp terima kasih.aku pun jwb sama2 tanpa pandang muka abg ikan tu.pastu abng ikan tu cakap
"senyum la"
aku pun senyum .

apasal hari ni kene tegur baru nak senyum?
bukan ke senyum tu satu sedekah.jadi tak perlu suruh pun kita dah boleh senyum kan.
ok.ni alasannya kenapa bila disuruh baru aku senyum.
aku sangat penat dan letih.hari2 balik kerja lambat.asyik kene sambung OT (overtime)je.pastu kene pulak jaga kaunter kat seperti disebut diatas.(wahahaha..pemalas gile nak tulis).mata asyik merayu untuk tutup mata mintak direhatkan(tidur la tu).
jadi mood untuk senyum agak kureng untuk hari ini.

senyum.tak perlu kata apa-apa.
=D

notakakijalanan:
senyum ni satu sedekah.tapi senyum ni jugak bleh jadi trick nak mengorat awek/pakwe..hehehehe


Sunday, August 14, 2011

hidup ni tak perlu sombong la

hari2 aku rasa tak sabar nak berhenti kerja kat tempat kerja aku sekarang ni.

hari ni cantikkkkkkk kene maki dengan customer.
huhuhuhu..
sadis betol.dugaan dibulan puasa.

kalau time posting dulu2..asyik kene maki  dengan patient.waaa..sa ba ro (sabar) je la.
dah orng sakit.macam2 peel la ada.

abis tu orang yang tak sakit ni..ape cer plak nak maki2 orang lain.
oh .saya lupa.kuasa pembeli lebih tinggi dari orang yang bekerja sebagai cashier ni.
dengan itu.suka suki la nak maki ek.
hatoi.
makcik.jangan la pandang sebelah mata je budak2 yang kerja sebagai cashier ni.
budak2 cashier ni walaupun kerja sebagai cashier tapi dalam tangan koman2 pun ada diploma.lagi dasyat pemegang ijazah.
tau la gaji cashier ni lagi sikit dari makcik tapi at least kami cashier ni buat kerja yang halal.
lagi satu makcik.hidup ni tak boleh la nak meninggi sangat hidung ibarat hidung siamang tu.
dalam dunia ni.kalau hidup sentiasa mendongak ke langit tanpa sikit pon menjeling ke tanah..alamatnya tak lama lagi jatuh gedebuk la tersepak akar.
makcik perlu sedar hakikat tu.
yer..sebagai cashier..saya tau.duit makcik yang berkepuk2 tu la yang menjadi beza antara darjat antara kita.
tapi makcik jangan ingat dengan duit makcik tu..makcik bleh maki dengan sukahati.
cuba letakkan diri makcik ditempat kami.cuba selami perasaan dan hayati peranan cashier tempat makcik suka shoping tu.
tanpa mereka,makcik tentu terkontang kanting nak packing barang2 yang maha banyak yang makcik beli tu.tanpa cashier jugak..makcik tak tahu macam mana nk tekan mesin duit tu.

huhuhuhu.
kenapa korang tak boleh pandang sinis kat cashier?
1.customer ramai giler..barisan Q nak membayor panjang giler.kene plak hari ahad yang memang orang akan ramai gile2.cashier nak g toilet pon tak sempat apatah lagi nk rehat.lame2 badan pon dah xsekuat awal2 masuk kerja.
2.ngadap duit + kerenah customer yang macam2 ragam + dugaan dibulan puasa ..otak pon lame2 akan jd slow melow..jadi kebarangkalian nak buat kesilapan tu sangat tinggi apatah lagi bila kene buat kira2 pakai manual untuk pulangkan baki perbelanjaan dimana melibatkan 1 angka yang besar.(walaupun just guna basic matematik + - )
3.bukan semua cashier tu cashier otai.maksud disini adalah tak semua cashier tu berpengalaman .cashier baru yang kerjanya tak sampai seminggu..kofem2 la agak lembab sikit..so..jangan la nak maki atau pandang sinis.

dah..cukup je la 3 aku bagi .ti ada masa aku tambah kenapa korang tak boleh pandang sinis kat cashier ni.

notakakijalanan:
aku asyik menghitung hari je bila nak quit ni.tadi aku dah antar surat behenti kerja..hehehehe
p/s:
ada tugasan lain menunggu aku disempadan.jadi aku perlu melepaskan kerja aku ni..(iyo2 la tu)



Sunday, August 7, 2011

nekbat si juadah pembuka selera


gambar diatas menunjukkan sejenis kuih tradisional yang sangat popular di Pantai Timur.
akan menjadi kegilaan pada bulan puasa dimana sewaktu menikmati juadah ini dibulan selain bulan puasa..anda kan dapat merasakan perbezaan yang amat ketara kemasyukan menikmati juadah ini.
kalau time buka puasa..makan juadah ni sejuk2 (sebab baru dikeluarkan dari peti ais)..
perghhhhhh..masyuk wa cakap sama lu.

punye la panjang lebar tulis intro..baru nak cakap nama kuih ni.
ini kuih..namanya NEKBAT bukan kelawarjaring ek.


nekbat ni ada dalam 2 versi.1 versi kering.1lagi versi disira dengan air gula.
dalam versi 1.nekbat ni tak boleh dimakan lagi apetah lagi untuk dinikmati seperti anda menikmati aiskrim wall's connecto.
dalam versi 1.nekbat ni seperti kuih bahulu .keras dan tawar.memang tak sodap langsung la.ekau bagi kat kucing pon ..kucing pandang suku mata je.
dalam versi 2..ia adalah seperti gambar diatas.untuk menikmati nekbat ni..kena sira ngan air gula.nak lagi wangi..bleh letak daun pandan.dah masak..letak dalam tapuware leklok..simpan dalam peti ais.
agak2 lagi 10 minit nak buka puasa..boleh keluarkan dari peti sejuk.
masyukkkk woo dapat makan sejuk2.(tiba2 teringat nekbat yang mak buat)huhuhuhu

notakakijalanan:
kalau time bulan puasa..mesti jadi hidangan yang penting kene ada.kalau tak makan dalam masa 1 bulan puasa tu..rugi2.hilang nikmat.
aku dapat menghabiskan 2 3 nekbat ni.manis tu memang manis siot.kalau orang luar terengganu makan..mungkin ada yang cakap boleh dapat kencing manis.tapi..sebab ia sangat sedap..so aku bleh angkat kedua ibu jari aku ni ke atas sambil menunjukkan gaya terbaaikk..sedap.

p/s:berapa kali da aku nak mention nekbat ni sedap.adoiya.
p/s:tahun ni ntah dapat ke tidak makan nekbat ni..berpuasa ditempat orang.raya pertama pon ditempat orang.sobbsobb.
p/s:ada pakcik ni dia guna nama pena dia NEKBAT kat laman sosial yang kini hanya menjdai sejarah.hehehe..

Saturday, August 6, 2011

bila aku mula merepek lagi

dah agak lama aku tak menulis kat blog usang ni.

kepenatan dan kemalasan telah melanda.
jadi ..idea nak menulis pon lupus dari ingatan.
iye..mula2 memang bersemangat nak menulis kat blogrepek ni.tapi kebizian telah memblok otak aku lantas mencaras idea2 yang bernas untuk menerbitkan kata2 dihamparan putih ini.

p/s:sekali ayat terlebih gula daaaa..skema semacam je..=p

ok .
aku ada masalah sekarang ni.masalah maha besar maha dasyat.sesapa yang tak dapat tolong aku.habis la kamu2 semua.tepat pukul 12 tengah malam setiap malam..akan kedengaran BERITA NIGHTLINE kat TV3 ..hehehe..tu je.saja kasi suspended skit.

sebetulnya..nak kata ada masalah besar..takde la besar mana pun.nak kata masalah kecik..tetap ia adalah masalah.
masalah apakah itu?
masalah cintancintun---->oh bukan semestinya.xde kaitan pon.
p/s:aku single lagi..hehehe..promte2..jgn tak promote.

masalah keluarga?
apa ke bodoh benor nak cerita masalah keluarga secara umum.tu namenya bukak pekung didada.
p/s:a big family in happiness.=p

masalah kawan-kawan?
masalah ni sokmo dah biasa dah alami.kadang2 boleh dikawal lagi kadang2 naik pening ngan perangai dan peel masing2.ah.lantak korang la.

masalah terbesar sekarang ni adalah
AKU TAK TAHU NAK BUAT AYAT  MACAMMANA NAK TULIS NOTIS BERHENTI KERJA SEBULAN.
p/s:amek ko.kan dah kasi highlight ayat kat atas tu.ngee~~=p

dah banyak kali aku dok tulis pastu tekan CTRL A delete
alasan nak berhenti kerja dah ada tapi nak karang buat macam karangan Bahasa Melayu SPM  STPM.alahai.stok ayam kejap otak aku.jeng kreng .

sapa2 rasa nak jadi setiausaha aku atau PA aku nak tolong aku buat surat ni.boleh apply kerja kat aku.
specifikasi kerja
1.mesti tahan telinga sebab mulut aku kadang2 terlebih insurans.=p
2.gaji takkan diberi dalam erti kata lain lu tanggung la sendiri.
3.makan tanggung sendiri.
4.takde cuti tahunan.cutisakit,cuti tolong ibu kucing beranak ataupun cuti tolong mandikan kambing.
5.elaun ke komisyen ke..aku takkan bagi.sebab aku sendiri pun tak bergaji ataulebih dikenali sebagai pengangur tak bertauliah..

sapa2 berminat.cepat anta msg kat aku di ni ini
010-23u4u443u32u343u33u32ue atau emelkan resume anda ke ncbfhbdv@gben10.cong
pendapatan lumayan menanti anda!!

notakakijalanan:
perghhhh..penat sudah.penat otak aku berfikir bagi mencari idea demi untuk blog bilapjahmerepek ni.alih2..karang je la karangan merepek ni.kalau CIKGU ESAH tengok(cikgu BM masa form5 )cara tulisan aku ni..kopem kene bebel 2karungguni.tatabahasa kemana la.itula.ini la.potpet2.

p/s:pernah baca kat blog bro ni.dia cakap.antara tips nak penulisan blog kita ni mantap tegap teguh adalah JANGAN PAKSA DIRI UNTUK MENULIS.nanti lain pulak penyampaian yang nak disampaikan.

agak2 aku paksadiri ke relapaksa untuk menulis entry ni?
aku rasa aku merepek diblogrepek ni.bukan paksa mahupun dipaksa.anda suka baca.boleh teruskan baca blogrepek ni.taksuka anda semua boleh tekan tanda X kat hujung dunia belah kanan skrin anda.tiada paksaan mahupun dipaksa.
terimakasih atas kesudian saudara saudari membaca blogrepek ni.sangat2 saya hargai.=D
wahh..rase cam tacing plak..=p