Wednesday, November 28, 2012

Hinanya insan ini

Kekadang aku merasakan aku ni seorang selfish atau kalau ditranslatekan ke bahasa melayu JUAL IKAN. (0_o)???? (Merepek sudaa)

Kenapa aku pentingkan diri sendiri?
Sebab kekadang aku rasa aku ni riak, takbur, sombong..padahal semua tu adalah sifat yang buruk.siapalah aku untuk menjadi seorang yang takbur sedangkan Dia yang menciptaku lagi berkuasa .subhanallah..ampunkan aku ya Allah.sesungguhnya aku insan yang lemah ,yang selalu lalai dalam keindahan duniawi,yang tidak berdaya lagi hina didepan Mu Y Rabb..(T_T)

Aku banyak melalukan dosa dengan orang2 yang aku sayangi..memandang rendah dengan kemampuan mereka sedangkan mereka la yang banyak memberi aku semangat untuk aku jalani kehidupan yang penuh noda dan liku yang berduri ni.Maafkan aku wahai insan2 yang aku sayangi sekalian.aku sedar,aku ini bukan lah seorang yang baik untuk aku berbangga diri dengan apa yang aku ada ini.tanpa kalian,siapalah aku (T_T)

Kesimpulan yang aku dapat simpulkan dari perasaan huru hara aku hari ini, aku perlu refleks balik apakah selama ini aku terlalu mendabik dada dengan apa yang aku ada hingga kekadang mengguris hati banyak pihak terutama insan yang aku sayangi.adakah aku terlalu ego untuk kenikmatan yang sedikit yang tuhan berikan kepada aku hingga aku menjadi seorang yang lupa diri.ohh,maafkan aku.aku tidak sedar dengan keadaan aku hingga aku menjadi buta untuk menilai kehidupan orang lain.

Aku lali dengan kehidupan aku sendiri.maafkan aku wahai hati kerana aku,hati aku menjadi bengkak dengan noda2 hitam yang sedikit demi sedikit nanti ia akan memakan diri hingga menjadikan aku seorang yang ego dengan diri sendiri.

Ampunkan aku Ya Allah untuk dosa2 yang telah aku lakukan.
Maafkan aku wahai insan2 yang aku sayangi sekalian dengan apa yang telah aku lakukan.
Maafkan aku wahai hati yang kecil dengan sikap dan sifat burukku hingga menjadikan hati kecil ini membusuk dengan sendirinya.(T_T)

-Nukilan insan yang hina-


Friday, November 23, 2012

Entry ke 232

Gua rasa..dah lama gua tak merepek dalam blog gua ni.entah la, mood nak merepek dah tak da.hmmm

Nak citer la sikit, gua sekarang kat kampung.(perghh..bajet aku je ada kampung) =)
Gua balik kampung pun sebab gua nak attend majlis kawin kawan gua je.dan kebetulan plak..gua dapat cuti .ibaratnya seperti orang mengantuk disorongkan tilam,bantal ,dan selimut.perghh..syok tidor tu.so apa lagi..gua jimba2 la kat kampung.

Jimba-jimba kat kampung!! Hmmm..tak da la jimba2 pun.aku kan anak dara pigitan.jadi keje aku melepak kat rumah je.woha.sonok sambil menikmati cuti yang berapa kerat tu kat kampung.
Untuk makluman,orang yang keje seperti aku ni..kalu nak cuti..kene apply dulu..kalu tak kirim salam la nak dapat cuti panjang.huh.ok.dah cukup cakap pasal keje aku.sebab aku tak nak mood aku bersepai sebab citer pasal kerje  yang memanjang tak kan selesai tu .

Hari ini dalam sejarah.tepon cikai aku dicabul oleh kazen aku.hampeh punya kazen.bleh plak dia baca mesej aku ngan BF aku.adoiya la.akibatnya.chat ngan dia..banyak jugak la dia nganjing kat aku dan banyak jugak la perkataan BENGONG aku taip.ending2 dia suruh aku belanje beger spesel sebijik kat dia.adoiya.ini macam kazen pun ada juga.huh.
Malu wooo ..
P/s: jangan tinggal tepon anda dimerata-rata tempat.hampeh punya kazen.kazen laki plak tu..adoiya.

Sekian citer pendek aku.maklum la dah bersawang.so, nak elak dari lagi bersawang..aku gagahkan diri untuk update jugak.
Sekian dari aku yang malas.titik. :p

Saturday, October 20, 2012

jubah gua serebeh

minah jubah sesat

Thursday, October 11, 2012

convocation day

Tarikh: 20/10/2012
Pukul: pagi
Venue: dewan tunku canselor universiti malaya

Menghitung waktu ,tarikh dan hari je.lepas setahun grad, tarikh keramat tu la batch aku dapat naik pentas untuk konvo bersama2 dengan junior..huhuhu

Senior2 aku habis je grad terus je konvo tapi untuk batch aku kene postpone setahun.ikutkan hati dah tak semangat nak konvo tapi aku masih ada insan2 tersayang untuk tengok aku naik pentas amek scroll tu.kalu tak konvo ni..tah bile la lagi nak konvo.tunggu nak sambung degree...hmmm (o_0)?lalala

P/s: Jadi nantikan aku berkonvo 20/10/2012 ni (bajet aku ni femes lak nk suh orang nanti2..lol(@_@)v

P/s2: bebudak college of nursing pusat perubatan universiti malaya batch KD25 2008/2011 .proud being part of you all..berjaya buktikan batch KD25 terbaik dengan mengekalkan rekod 100% lulus LJM.cik P..sila bangga ngan kami k =p

Sunday, September 2, 2012

Angry bird

Ada nampak Itu sama angry bird??

Friday, August 17, 2012

Salam aidilfitri dari budak malas nak update entry

Dah agak lama aku tutup kedai ni..xda entry baru..
Alasan utama..
I'm busy k!
 Tak pun alasan busuk yang aku leh buat..
blog aku..sukesuki aku la bila nak update..huha..=p

Sempena bulan baik, hari baik ni,
Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433 H
Mungkin tahun ni last aku raya as anakdara..kuakuakua..
Ampun maaf andai ada salah silap .
Sape2 rasa nak bagi duit raya kat aku..sila contact aku k..jangan  malu jangan  segan..(muka xmalu mtak duit raya lagi)

P/s:
Tah bila aku akan rajin nak update entry baru lagi.aku dah tak serajin dulu untuk hapdate2 entry ni.
Adakah ini bermakna aku dah tua..huha =p

P/s II :
Terpanjang lak tajuk entry aku ni..huha =p


Monday, June 25, 2012

kucing kurang upaya (KKU)

Lame jugak aku x mencemar duli dalam blog aku ni.mood agak kosong bulan ini.harap maklum.

Tapi sebelum tu ce tengok gambar yang aku upload ni...kikiki..

Oh my Johnny
-Muke tade perasaan
-tah knapa lak jd kucing kurang upaya (kku) tetiba kaki depan hilang..hohoho

Kbai~~

Friday, May 25, 2012

Kampung

Best giler dapat balik kampung.sesak perut dok kl lame2.sebu kepala otak ngan suasana kl yg ...(sila la smbung sndiri)

Seminggu sebelum aku kat kampung..perasaan aku huruhara sikit. Serabut dengan kerja dan aku syak kalu aku tak balik kampung, aku akan jadi macam zombie kg pisang ti.

Malah kepulangan aku ke kampung kali ini kerana desakan kawan aku yg bersungguh2 mintak aku hadir ke majlis kawin dia.tetapi memandangkan awal bulan 6 dah ramai senior mintak cuti.
, maka aku pun apply cuti awal sikit dan aku dapat la tgok kawan aku ni di ijab kabul cuma tak dapat tgok dia sanding je.
P/s: kepada kawan baik aku Nurul Amira Binti Muhd Yusuf dan pasangan nya Muhd Zafi..SELAMAT PENGANTIN BARU..

P/s: Esok dah kene balik kl..malasnya.sesape boleh ganti aku keje??

P/s: layan gambau ni.

Tuesday, May 15, 2012

cerita hari ini di Accident & Emergency

Masih lagi di PPUM..bukan bekerja tapi menunggu sidia di Trauma & Kecemasan.

Sidia kemalangan.mungkin petang esok akan masuk ke dewan bedah untuk wound debriment.
Ada serpihan kecil kaca dalam luka laceration tu.sekarang di AMC sementara menunggu untuk naik ke ward.

Dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah.discharge dari sana atas At Own Risk(AOR).
first impression .. makaih..ramainya.full house.dan sidia ditempatkan di katil yang bernombor extra 1..ni bermakna sitting la kat mana2 ruang yang boleh selitkan mana2 patient yang admit. huhuhu..sangat kecian.

Kemudian decide nak transfer pergi hospital lain.dan akhirnya ke ...

PPUM

p/s: terima kasih kat housemate aku Noraini Binti Hashim coz sanggup bersusah payah teman aku pergi ke GH TAR.

P/s: terima kasih jugak kat kawan sekolah aku Norhafizi coz mempercepatkan proses rawatan semasa di consultation room dengan meletakkan file sidia kat atas..hehehe

P/s: semoga awak cepat sembuh.saya akan sentiasa disisi awak.. :D

P/s: puding trifle tak siap lagi ni..esok ada jamuan kat ward..aishh..

P/s: tak dapat tido untuk hari ini walaupun jam dah menunjukkan pukul 4:48 minit pagi dan aku sekarang melepak di surau sementara menunggu esok untuk pulang ke rumah.lalala

P/s: banyak kot p/s aku..

P/s: last p/s.. batery ipad dah nak empty. Need a charger. Sumone ples help me!! =p

Thursday, May 10, 2012

Selamat hari jururawat 2012

Tanggal 12 mei tiap2 tahun..merupakan hari jururawat sedunia.

Kenapa setiap 12 mei dipilih sebagai hari jururawat sedunia?
Ini kerana tarikh itu merupakan tarikh kelahiran Florence Nightangle(aku rasa aku salah eje la nama florence ni..lalalala.harap maaf.)

SELAMAT HARI JURURAWAT kepada sume2 yg bergelar jururawat.


Saje je aku post 2 hari awal ucapan ni . Aku pergi bulan kejap. So tak dapat nak online..huha.

P/s: aku nurse yang comey .woha.kikiki

P/s2: orang cakap nurse garang2..hmmm.. Yeke??

Thursday, May 3, 2012

Kereta mayat

Kenal ngan blogger KERETA MAYAT?

Selalu jenguk blog beliau?

Pasti kamu2 terhibur dengan setiap entry yang dipaparkan disamping memperolehi ilmu baru.kan3..=p

Kini penulis A.K.A encik hamka buat buku plak.masyukk gitu ..

Buku yang diberi tajuk Permata Yang Hilang Kini Dijumpai:himpunan nota2 agama dari blogger Kereta Mayat yang diterbitkan oleh Afdal Publication.sebelum buku ni diedarkan diseluruh kedai buku ..aku rembat sebijik .konon2 boleh la jadi antara orang yg awal2 dapat pegang buku ni.bhahaha..(gelak separa sopan)

harga dia.. Murah je.+-dlm rm 31.so excited.

Ceritanya buku ini berada ditangan aku selepas seminggu lebih menanti dengan sabar..

Mlm td,kat ward..(aku keje malam.harap maklum) TL pass kat aku 1 bungkusan kotak.excited kot tgok bungkusan dari afdal publication tu.padahal kotak made pos malaysia je..lalala

Tak nak citer pnjang..jom layan gambar

P/s: jika ada terselit komik lain .abaikan je.buat2 tak nampak sudaaa =p

P/s2: sempoi je kan.bungkus dalam surat kabar je :)

Monday, April 30, 2012

Buku saya

Antara koleksi novel aku...bhahaha
Skali harung aku beli 4 novel ni.dah la guna baucer yang adik aku bagi yang bernilai RM 100.mengamuk adik aku bila aku cakap aku beli novel pakai baucer yang dia bagi..bhahaha.ampun dik =p

Patutnya novel ni ada 5 kesemuanya tapi novel yang bertajuk CINTA SANG RATU tak pulak aku jumpa masa soping sakan kat MPH Midvalley aritu.try jugak usha2 kat kedai lain tapi xjumpa jugak..hmmm

Novel ni hasil dari penulis triller yang bernama Ramlee Awang Mursyid.bila baca novel ni..Ralit dengan watak utama novel ni.watak utama dalam novel ni nama dia Saifuddin.seorang yang tawaduk dan seorang pesilat yang handal dizaman Hang Tuah dulu.

Nak tau lebih novel ni.beli sendiri.nak tau sinopsis citer ni..sila beli sendiri jugak.aku malas nak tulis.




Trying

Aku try pakai menatang ni sebab kalu pakai google biasa..jadi macam haram jee..geram aku.
Tak caye..ace tengok entry aku yang lepas.cool giler(~_~)

Dah la malas nk merepek lebih2.anggap je ni aku lepas geram.woha.

Saturday, April 28, 2012

Panggilan bengang

Kring..kring..

Aku: Ello..(suara sengau bangun tido)

Minah senget:Armmmm..emmm..kenapa nombor ni slalu naik kat tepon saya ek???

Aku: Aaaa...(pelik???) mane la saya tau.saya tak ada call pun nombor ni.

Minah senget: habis tu kenapa nombor ni asyik naik je.??

Aku: mane la aku saya tau.saya hari ni 1 hari tido.taksentuh lagi tepon camne nak call nombor ni..

Minah senget: tapi nombor ni la yang tepon saya..

Aku: ( nak je aku maki ) saya tak tahu.nombor awak saya xtahu pun.camne boleh saya call awak banyak2 kali.

Minah senget: terdiamm.....tetttttttttt..(fon diletak)

Mood:Apakah???tido aku dikacau dengan panggilan bodoh.spoil mood aku.

Mood2:Saya ..awak..baiknya aku..seb bek minah senget tu tak kene maki ngan aku kalau dia still lagi tanye aku soalan yang sama kenapa nombor fon aku ada naik kat fon dia..skit lagi mood sabar aku nak sampai level kosong.

Persoalan:Kenapa minah senget tu claim aku call dia banyak kali sedangkan aku langsung tak call sesape hari ni.hmmm????

P/s:aku tipu je cakap aku tido 1 hari ni padahal aku keje pagi..ptang tu baru tido..kikiki.lagi satu aku tipu yang aku tak pegang fon hari ni..kikiki..padahal pegang je cume tak mesej ngan call je..lalala..Bengang woo bila sedap2 tido ada orang kacau pastu buat tuduhan ntah pape.aku rasa ada masalah kot ngan nombor aku tu tak pun orang tu bermasalah ngan nombor tefon aku..hohoho.

P/s: re-edit by blog aps.kalu pakai google..jawabnya..entry aku tak berspace la jawabnya.wehu.

Friday, April 13, 2012

Battleship 2012


Battleship Poster

aku nak tulis yang aku dah pergi tengok citer BATTLESHIP.
layan penuh masyuk walaupun seat aku 4 dari depan.
apa yang aku boleh cakap..

"kepada peminat action movie..citer ni penuh dengan aksi.terutama part kapal perang manusia lawan kapal perang alien.terbaik wok."

sekian aku merepek.malas nak buat review lebih-lebih sebab aku memang tak pandai nak review filem.yang aku tahu..citer ni memang best.layan je 2jam tu.
adios amigo.

p/s:hero dia hensem la.=D


Wednesday, April 4, 2012

Kisah jalan berlubang

Nama je bandaraya Petaling jaya tapi jalan macam jalan lori balak.jalan kat kampung aku lagi syok nak rempit.

Mane la aku tak cakap jalan area PJ ni macam jalan lori balak..lubang sana sini.jalan rosak teruk.asyik langgar lubang je..mau tak rosak tayar moto aku tu.

Kelmarin..ngah syok bawak moto..tak perasan ada jalan yang berlubang..(dekat area taman jaya..jalan gasing)tetiba...
Aku rasa macam aku tunggang kuda jap.boleh Plak langgar lubang kat tengah jalan tu..dah la malam.xnampak sangat.melompat la sat aku dari seat moto tu..
Dan aku rasa ada sumtim yang berterbangan tapi aku tak pasti apakah benda itu..
Sampai tempat keje.bukak helmet.kunci tayar moto.nak amek henpon kat dalam raga moto kecik aku yang comel tu..(scoot Honda icon)..aikhhh..mane pergi tepon aku ni???

Dan kesimpulan yang aku dapat buat :
benda yang aku rasa berterbangan masa moto aku bertukar jadi kuda tu..tepon aku yang melayang..huwaaaaa..
Walaupun agak otai tepon aku tu..tapi tu la first tepon aku yang aku beli (guna duit biasiswa beli tepon..kuikuikui)
Ye la..dulu mana mampu nak beli henset..tu pun nasib abang aku sudi mencemar duli bagi pinjam henset dia..
Sekarang Sony Ericson W810! Aku dah selamat berkubur dilenyek ngan tayar kete.skali dengan simcard Maxis aku yang aku beli tahun 2006 tu..
Sekarang tepon baru simcard baru.tapi tepon cap Nokia yang ada lampu tu..hehe rege dia murah je..90hengget..
Simcard Plak..kene buat yang baru.terbang spoloh hengget..better guna nombor lama dari beli baru sebab ti senang membe2 aku nk contact aku walaupun aku tak dapat contact diorang..hehehe

P/s:
Time malam kejadian tu..cian kat en B aku..tetiba aku senyap tak balas mesej dia.call tak dapat2..ingat sumtim happen kat aku .aku ok.tapi tepon je yang masuk alam barzakh..lalala..

P/s2:
Time usha2 tepon kat digital mall..berkenan ngan Samsung Ace..rege boleh tahan la..tapi aku ad plan lain..sebab tu aku beli tepon cap cokia dulu..maybe iPhone soon..hwa3..

Saturday, March 31, 2012

Mood malas datang lagi??

Waaa...lama gile kot tak hupdate..malas skit.bese la..sekarang tulis entri ikut mood.dulu pun sama gak tulis entri ikut mood tapi dulu gile mood tulis entri.sekarang mood malas gler nak tulis entri.hohoho.terbaik wokk..=p


Biasa la..sebagai manusia biasa..kekadang(bukan kekadang tapi selalu je) kita akan dilanda mood malas.serba serbi malas.mok aku selalu gak la bebel kat aku bila aku malas.rimas jugalah dengar mak bebel kan tapi tu la,anak mak ni telinga cap kuali sikit.masuk kanan kuar kiri.mane la tak membebel mak aku tu dan aku rasa aku dapat habit membebel dari mak aku la.aku pun kekadang suka gak bebel.bak pepatah orang tua.mana tak tumpah kuah kalo tak ke nasi.ye dak!..hehehe..

Bila tiba time malas tu..ya ampun..nak mandi pun rasa malas.cess..gile pe,malas punya anak dara.ishs3
Tapikan..aku ad seorang kawan.lagi pemalas dari aku.geram je dengan sifat malas tegar dia tu.cam siot je.hohoho.tengok tak pepasal dah aku membebel dalam entri aku ni.padahal baru je berazam tak nak membebel dah.hohoho
Tak pe la.disebabkan aku dah malas nak menaip.jadi aku berhenti menulis kat sini je.
Adios amigo.wasalam
P/s:
dah tercapai nak pakai ipad2 walaupun sekarang dah kuar ipad3..hehehe
Atleast ada dari takde kan..kan3
=p

Monday, February 27, 2012

zaman asrama ek


hahaha..rasa macam nak gelak tengok pic ni balik.gambar ni diambil masa aku and da kekawan form 1.berlatar belakang asrama desa.
yang kat pic ni aspuri.aspura kat sebelah tu je.
pic ni cikgu zubir yang rakamkan.dah la tengah hati bebuta lak tu.sume mata sepet.hahaha.masa form 1 ngan form 2 ,sesi persekolahan waktu petang.
pic ni kawan aku yang tag kan.harapkan aku..lalala..satu keping gambr sekolah takde.kalu ada pun.aku tak tahu mana dah hilang.lalala

selama 2tahun setengah aku dan budak kelas tingkatan 1 KRK bermastautin disini sebab pertengahan tahun 2002, asrama ni kene roboh.

macam2 benda yang budak2 pepuan kelas aku tak buat tapi aku dan geng kepala pengat buat.hohohoho.nanor bebenor sampaikan warden dah anti ngan geng kepala pengat ni.siap bagi ceramah free kat kami.

sebelum ni aku ada bagitau kan yang rumah aku dengan hostel ni takde la jauh sangat.nak pergi sekolah jalan kaki pon boleh.(tapi kopem sampai je kat sekolah mandi peluh wooo).
tapi tu lah.dah kena paksa dok kat asrama.stay je la.

sebenarnya citer pasal aku dok kat hostel ni dah 2 3 kali gak aku tulis dalam entry2 sebelum ni.contohnya masa ni.sambil2 koya2 tulis pasal result pekse..aku terkoya tulis pasal zaman asrama.kikiki

ada kronologi kot zaman2 kegemilangan aku dok kat hostel.macam yang ni..hehe

suka duka dok hostel.macam-macam ada.yang pahit yang manis.
bukan setakat lepas abis ngaji form6 aku dok hostel.time aku sambung study kat UMMC C.O.N pon kene dok hostel gak.tapi time ni dah besar dah.umur pon orang cakap kalau dah kkawin ,anak dah berderet..jadinya..kenakalan dok hostel dah berkurangan.tetiba jadi budak baik.lalalala

baik ke???hehehe




Saturday, February 25, 2012

satu ketika

harap2 maskot DiGi tak termasuk sekali dalam kalangan yellow2 ni.(>-<)")


godek kat fb aku yang baru je aku tukar jadi fb versi ada timeline tetiba nampak pic ni.pic ni kawan aku yang tag.pe lagi.aku kopipasta je la gambar ni.hehehe.kenangan ni.

gambar zaman aku pi kem PJKN 2006 peringkat Negeri Terengganu.harharhar.comot kot dulu.sekarang pun still lagi comot.kehkehkeh..
seyes masa ni aku tak suka gile pegi kem ni.bosan maha amat..aktiviti ntah pape je la.
jangan tertipu dengan gambar diatas dimana semua nampak seperti epy-suka-golak-golek.

seminggu jugak la kene bertapa dalam kem ni.4hari aktiviti sesi mencairkan telinga.ceramah.ADk(aktiviti dalam berkumpulan)malam kebudayaan.(berbudaya la sangat harharhar) dan so on.
3hari yang selebihnya aktiviti kemasyarakatan dimana kene stay dengan family angkat.
untuk group dari kuala terengganu kena pergi berkhidmat masyarakat dekat hulu terengganu.tak salah aku nama kampung yang terima kami Kg Kua ke Kg Gua..emmm..ntah dah lupa namanya.hehehe

walaupun aku macam tak hepi je masa mengikuti kem ni tapi aku ok je.layan je aktiviti2 yang telah ditetapkan.

p/s:tak hepi sebab kawan2 aku yang nama Nyeq2,Gnab ,Ena tak ikut..bosan doe..

p/s2:
mood! mood aku dah ke laut.sebab tu tulis blog pon macam ke laut.hoh!!

notakakijalanan:
tetiba rasa macam nak pergi kem plak.harharhar.

Friday, February 24, 2012

GS WED # 2

kredit: gempakstarz



notakakijalanan:
entry lepas aku cakap nak buat GS WED ni setiap hari rabu tapi memandangkan aku jarang bebenor nak beronline,so aku buat la GS wed ni sesuka hati aku.
hado ku kesah.lalala..

Wednesday, February 15, 2012

GS WED # 1


kredit to gempakstarz

p/s:bese hari rabu orang buat hari tanpa kata kan.aku nak buat lain la..rabu bersama gempak starz.name kemersel dia adalah GS WED..hoho..khelass ko bedah.>-<
enjoy da pic k.=D

Tuesday, February 14, 2012

secebis repekan perisa kerepek

heading picture yang aku cedok dari mana2 tah.

new post dalam suasana yang baru.
langsir dah tukar.kusyen dah tukar.rumah dah cat baru .paling terbaik dah ada gambar.terbaik wok!

apa kes ni?
nak dihabaq kat sume orang kampung..sekali lagi aku berjaya menukar halaman rumah untuk blog cap ayam aku ni.sekian terima kasih tapi ada macam sesuatu yang pelik je tapi tak pe la..maklum la aku ni bukannya reti bagai edit2 blog ni.cincai2 sudah ..hohoho..

lame2 cuti kekadang teringat jugak patient2 aku kat ward tu.apa khabar mereka semua ek.rindu tak mereka kat aku.walawey..bajet sungguh aku ni.bila dah kat ward..kesabaran dan keimanan aku naik turun je.adoiya.
tapi tak pe la dah name pun bekerja dengan orang sakit.terima dengan senyuman yang paling manis.waa..bahagia sungguh.

dah2..cukup la untuk aku merepek.sekian.wassalam.

notakakijalan:
tengoh takdop keje nim buleh a ngepek molek.kalu dop.bem arap nok buke blog ni.aishh..=D

Monday, February 13, 2012

#quote:terkene den yo

"jangan kau cuba beri harapan atau menerima cinta dari seseorang kalau kau belum sedia kerana kau akan menyeksa orang yang mencintai kau.dia boleh maafkan tapi boleh dia lupakan?"


quote dari penulis ahli terfaktab

wahahaha..quote yang terkena sejibik kat atas kepala.lalalala
macam kene tembak dengan senapang gajah.tersembur terburai kapala hang.tau dak!

ingat best ke dalam situasi " belum sedia tapi gedik nak beri harapan kat seseorang"
macam cilaka wa cakap loo..

soal hati dan perasaan ni complicated sesangat.salah langkah jadi lah mcm menyeksakan perasaan orang.adoiya.susah betoi.

jadi sebelum bagi apa2 harapan kat orang..fikir dalam2.baik buruk sesuatu perkara yang dah dicakapkan.takut nanti memakan diri.huishh.

p/s:
best jugak main2 ngan quote ni.pasni nak cari lagi la quote2 yang cambest.manetau ada lagi yang terdoket kat kepala aku.hwahwahwa.

Sunday, February 12, 2012

cuti time

sekarang aku kat kampung.lalala.
cuti beb.ingat senang ke nak dapat cuti.time orang lain cuti.mane ada aku cuti.keje je semedang.
kadang2 aku ngan kawan2 aku cuba berfikir diluar kotak.
kitorang akan fikirkan apa akan jadi kat pesakit dan orang2 yang bakal sakit bila 1 hospital ditutup sebab sedang bercuti tak kira la cuti raya ke cuti umum ke cuti hari minggu ke.hehehe..
apa akan jadi ekk???
fikir2kan lah.=p

dah penat berfikir.ok.jom kita releks2 otak.meh tengok gambar ni.


p/s:
bila tngok pic diatas..apa yang anda rasa..cerciter skit..hhehehe =D

Tuesday, January 31, 2012

pre pompangpompang

got it!!

hampir 1 bulan jugak aku tunggu buku ni.akhirnya dapat jugak kat tangan aku.
nak dapatkan buku ni macam 1 cabaran pulak untuk aku.
mana tak mencabarnya.kene pergi bank la nak bank in duit.eh bukan .salah.pergi kat atm cash deposit cimb bank.dah la time tu aku kat kampung.kena bawak motor hampir 20minit je dari rumah aku.
P/s:tu kalo bawak motor pecut 100km/jam la.hohohoho

pas kene deposit duit..kene hantar emel kt lejen press la.kene amek gambar untuk bukti dah deposit la.so on la.mencabar gila kan kerja cash mengecash duit ni kan.

pompangpompang je lebih.padahal kerja senang je ni.hehehe


ok.pas kerja cash mengecash duit ni.penantian aku bermula.walaupun bukan setiap hari la aku bukak account lejen press bagi memastikan proses jual beli itu berjalan lancar tapi setiap kali aku bukak acccount aku ni..buku tu asyik on-hold je.huis.
ending2.aku dah malas nak bukak account lejen press tu.
sampai hujung bulan 1 tak jugak dapat berita pasal buku aku tu.

satu hari.blogger amirul ada review pasal buku tu.
konon2 aku mengadu la kat amirul ni pasal buku aku tak sampai2 lagi.dia nak tolong aku settlekan masalah aku tu.tapi bila aku check balik account lejenpress aku.proses jual buku tu dah completed.maksudnya aku just tunggu buku tu sampai depan rumah aku je.ok .cabaran ke 2 dah settle.
p/s:tens to bro ami sbb nak tolong settlekan problem tu.=D

yang aku parah sikit bila nak pergi amek buku tu kat pos malaysia courier kat petaling jaya.aku mana la tau sangat jalan2 kat area kl/pj ni.
opss.lupa nak cakap.sebenarnya time abam posmen hantar bungkusan tu.aku takde kat rumah.kerja.semalam baru aku check kat pos box aku.nampak ada surat cinta dari pos malaysia.hehehe.hati time tu dah berbunga2.lalala

hari ni pergi la ke pejabat pos courier tu.masalah kat sini bermula balik.aku tak tahu mana tempat tu.asudah.
sebelum pergi ke pejabat pos tu.aku call la orang pos tu.dia cakap la pejabat pos tu jalan22 pj.asudah.lagi la aku tak kenal.
so ,aku mintak direction lain.

aku:jalan 22 tu kat mana ek?
akak pejabat pos(APP):adik dari mane ek?
aku:saya dari taman medan.
app:taman medan.taman medan.taman medan.hmmmm..adik tau assunta hospital.bla.bla.bla.nampak naz world.bla.bla.bla.petronas station.bla.bla.bla.pejabat pos kat belakang pertonas station je.
aku:(pening dah ngan direction akak tu.ending2 aku cakap)ooo..aaa..ok2.situ ek.ok trima kasih.


malas nak pikir lebih2.kepala aku dah pening.tak dapat bayangkan mana tah pejabat pos tu.
so.aku gamble je.pusing2 la kat area hospital assunta.kuar masuk bandar pj yang ada bangunan persekutuan tu a.k.a kat area seksyen6.
pusing2 lagi.aku pergi la kat pejabat pos kat old town pj.
so akak kat situ bagi direction tepat sikit.lalu ikut Jalan Templer.straight .pastu nampak bangunan HQ p1 wimax.

ok.aku dah blur kat situ.malas nak pening lagi.dengan sedikit direction dari akak tu.aku gamble lagi bawak motor pergi ke tempat yang dinyatakan.
pusing2..sesat lagi.lalu la kat seksyen 14,seksyen 19,jalam 20.federal highway.bawak motor sampai ke bangunan Naza world .tanye la pakcik guide .sesat lagi.pusing2..jumpa la jalan 20 tapi jalan 22 tak jumpa2.pusing2 lagi.akhirnya nampak signboard jalan 22.pergh..
kelegaan dah melanda.

dapat je buku pompangpompang tu.terus aku bukak bungkusan pos laju tu.
bahagia rasa.whawhahwha.
dan rupanya2 aku salah masuk jalan.sepatutnya aku straight je lalu kat jalan templer tu dan amek U-turn.uikhs.aku tak payah2 belok kanan masuk federal highway tu.walla.
tapi tak pe.atleast aku dapat kenal jalan2 kat pj ni.hehehe

so,malam ni aku akan start baca buku tu.tengok dari ketebalan buku tu..aku bajet dalam masa 1jam je aku dpat habiskan.tapi tengok jugak la.kalo mood baca aku dah tahap zero to down earth maka akan berhari2 la nak habiskan 1 buku tu.=p

aku kenal blog I NEED TO DIGEST MY EMOTION baru lagi.dalam 2 3 bulan yang lepas.jadi kebanyakkan hasil tulisan dia aku tak baca.so si Jarr ni dapat peluang bukukan hasil tulisan dia..jadi aku pon ape lagi.sambar la sebijik buku dia.lagipun tulisan sempoi dia buat aku teruja sikit.dan sedikit sebanyak cerita yang dia postkan tu aku imaginekan kat sekolah aku.harharhar.jarr ni supersuperduper senior aku.so sedikit sebanyak scene2 yang dicerita aku terbayangkan sekolah tu.paling best hostel sekolah tu sebab aku ada kenangan kene denda dengan warden hostel boy.so tempat denda tu kat hostel boy la.hohoho.

bila aku dah abis baca.aku review la pasal buku ni.nantikan .

p/s:bajet macam iye iye je nak review.kalo aku rajin.aku try review.hohoho =p

sekian terima kasih.=D