Monday, February 28, 2011

nak suka hati ke sakit hati?

salam..
kali ni nak wat entry sakit hati..
wahahaha
aku sakit hati..
aku sakit hati kat muka buku aku..
tibe2 lak takleh komen.
sistem tiba2 dapat kesan aku gune somethingwrong aplication..
tgu a beberapa jam lagi baru leh stat komen balik..takpon beberapa hari..
agagagaga..
lantak a..pe nak jadi pon..
maybe hikmah dia nak suh aku study kot.
sebab tu fb rosakkan aku punye sistem nak komen mengomen..aduiiya...
kalo boleh makn tdo hatta nak g teeeeeeeeeeett ditapis pon ngan fb je kot...(xdela..melampau la ni..)
waktu study aku terabai gara2 kerap sangat nak online..ho3
tapi alhamdulillah result exam aku takde la teruk sangat..
huu..caner ni..??

p/s:takreti nak snapshot..cam ne ek??

Saturday, February 26, 2011

Siti Khatijah binti khuwailid



siti khadijah binti khuwailid
siapakah beliau?
beliau adalah isteri rasulullah s.a.w yang sentiasa memberi semangat dan pertolongan kepada Nabi s.a.w ketika baginda berdakwah.
siti khadijah merupakan isteri pertama nabi s.a.w dan berkhawin dengan baginda ketika berusia 40tahun.

tak nak tulis2 mende yang merepek2.kita terus straight to ampang point.
ngah aku layan incik youtube.layan plak MV nasyid..tibe2 rasa tertarik plak ngan lirik lagu ni..

Siti Khadijah srikandi sejati
Kaulah lambang cinta sejati
Srikandi pertama tika islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

[dalam lirik ni menceritakan siti khadijah adalah seorng srikandi yang sejati dan merupakan wanita pertama yang memeluk islam.beliau sangt yakin dengan agama yang disampaikan oleh suaminya iaitu Nabi Muhammad s.a.w (agama islam) hingga sanggup mengorbankan segala hartanya demi menegakkan agama islam diawal hijrah nabi s.a.w dan pengembangan syiar islam]


Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerana iman kau sanggup berjuang

[ketika rasulullah menerima wahyu pertama,siti khadijah lah menenangkan baginda.baginda sangat gementar lalu menyuruh siti khadijah menyelimutkan baginda.iman beliau sangat tinggi hingga sanggup berjuang bersama2 rasulullah dan umat islam terawal dalam memperjuangkan islam]

Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir

[seindah namanya..secantik akhlaknya,siti khadijah menjadi tauladan dan kerana sifat & kasih sayangnya yang menebal kepada rasulullah s.a.w,beliau sentiasa berada hampir disamping nabi s.a.w dikala nabi kesusahan]

Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti

[siti khadijah pejuang muslimah yang solehah.jasa dan pengorbanan beliau dikenang sepanjang zaman.sesungguhnya pemergian siti khadijah tiada pengganti hingga akhir zaman]

Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi..

kredit to incik youtube..

p/s:xleh masuk link plak..knape ek???

Wednesday, February 23, 2011

merepek aku.itu kerepek

salam
waa..nak tak nak kene tulis jugak..
ulalalala..
aku ada baca 1 blog ni.
dia cakap
jangan biarkan blog kita tanpa tulisan walaupon untuk 1 hari.
means tak leh bersawang langsungg la kot..
tapi bayangkan kalo 1 hari tu kita memang takde idea nk menulis/mengarang, tambah pulak..mo0d xstabil untuk 2-3 hari tu.lagi haru biru latop/pc wat hal.ala2 merajuk ngan kita..broadband /wayerless langsung tak leh connect..
bale..bale..bale..

tu sume depands pada keingingan masing2 la..rase nak naikkan nuffnang..rajin2 la wat lawatan sambil belajar.kalau bleh..bg la salam skit kat owner blog tu..
tunjuk skit kita ni prihatin..(ekh)
lagi afdal kalu ada contest..try la join contest..
ni lebih kurang cara2 nk naik trafik la.(orng cakap..aku copy paste je..lalalala)

lagi satu..follower ribu riban tp xde orng komen..susah jugak nk naik trafik..macam aku la..folllower bru 2+ komen2 yg dapat pom ciput gak..
tapi takpe..aku tak kisah pom sbb aku menulis bukan sbb nak cr perhatian..cuma ingin berkongsi cerita dan ingin melepas geram pd jari aku je..walalala(bagus tak aku dere jari aku)hehehe

bebalik pada asal,,tak kire la blog anda tu bersawang ke tak.ramai pengikut ke tak..sume tu pada hati anda untuk menulis.anda yang pegang id ngan password anda.so it's up ti u la..

sekian wassalam..
peace no war.

Saturday, February 19, 2011

dari bilik aku



sebelum kejadian pada petang 17hb22011
pokok je banyak yg menutupi pemandangan dari bilik aku untuk memandang lebuhraya persekutuan.
nampak tak kat tangki air tu ..PPUM..hehehe

selepas kejadian ribut taufan puting beliung.
nampak tak pokok yang tumbang.
dah nampak terang.
pintu gerbang KOTA DARUL EHSAN dah kelihatan.

pada keesokan harinya.pokok yang dah separuh tinggal terus dipotong sehingga ke akar umbinya..
makin jelas la pulak kedengaran kenderaan2 yang lalu kat highway tu..
dan aku rasa kat bilik aku makin banyak lak mendapat cahaya matahari dan silau..

kejadian petang tu memang dasyat.
tak pernah2 hujan ribut seribut2 hari tu.
sampaikan bilik aku boleh banjir kejap sebab air masuk walaupun tingkap slide door dah tutup dengan rapatnya.
kejadian ribut taufan ni berlaku mungkin sebab bumi kita dah makin sakit sekarang.
tak mampu lagi nak tampung segala kerosakan yang dilakukan oleh makhluk2 yang ada kat bumi ni.
tgok je la..
segala bukit nak ditarah.kilang2 tumbuh bak cedawan pas hujan acid.pembalak haram yang haram jadah sukaski tebang pokok tanpa ikut standard piawaian .anak2 pokok balak belum sempat memberi bakti kat warga bumi dah ditebang tanpa belas kasian.

nak dikira la..kejadian alam mengamuk kat malaysia ni parah sikit je tapi ce tengok kat seluruh dunia.banjir yang luarbiasa kat australia.gempabumi kat iran.letusan gunung berapi yang mahadasyat kat indonesia.panas yang gile panas sampai hutan terbakar kat hutan bumi amerika.

sayangi la bumi kita ni.jgn la kita lakukan kerosakan pada bumi kita ni.

LOVE OUR MOTHER NATURE
(0_O)")

tidurlah sayang

pic yang telah diedit oleh picasa by princmetalpjah.blogspot.com

bahagiakan tgok kucing2 ni tido.
lagi2 dipetang hari yang angin sepoi-sepoi bahase jiwa bangsa..
ekekeke

tau tak..
setiap orang mempunyai cara tidor yang tersendiri.
kucing pon mempunyai cara tido yang tersendiri.ekekeke

ce tengok cara kucing2 dalam picture yang dah aku edit tu.
macam-macam ada kan.
tergolek,terlentang,tertiarap,tertonggeng..waaahhh..
cara2 kucing2 ni tidor menunjukkan betapa damainya mereka tido..

p/s:miss the kucing2 kat umah..

Thursday, February 17, 2011

research ke?

Posted by Picasa



kenal tak buku kat atas.???
tak kenal ek..
kalo tak kenal..buat2 kenal.
hehehE

sebenarnya kaitan buku ni adalah berkaitan dengan subjek RESEARCH..
buat pengetahuan..
dari tajuk 1st lecture sampai la lecture 12..aku tak paham camner nak buat research ni..adoyai..huhuhu

and then ,lecturer aku suh beli buku ni konon2nya sbagai rujukan.lecturer aku cakap author buku sangat pro pasal reseach.
bila dapat buku ni..belek2 buku ni..
makaikhhh..sebijik daa macam buku camne nak buat karangan SPM..

paling mantap..lecturer aku ajar pon aku tak paham2..(kes berat dah ni)
kena tau pasal abstract la..research qualitative ke qualitative ke..
hohohoho..still xreti nak bezakan..
camne aku nak buat asignment bila aku tak paham cmne nk buat research..
ni kes parah dah ni..dah la carry marks 20%..
bila tgok jurnal..pening2 nk agak apa dia punya abstract tu..huhuhu

p/s:nak tak nak..kene guna buku ni sbgai rujukan..lalalala

Monday, February 14, 2011

hasil kerja keras cross stitch

dabegining

aku mula kenal ngan cross stitch ni bila aku tengok cambest je kawan aku wat mende alah ni.
aku pon usha2 dan tanya la mane dia dapat mende alah ni..
so,kawan aku cakap la dia beli mende alah ni kat satu kedai kat AMCORP MALL.kedai tu kat ground floor sebelah ngan GIANT.(hehe..tak tau name kedai)
aku g usha2 dan akhirnya beli la satu dengan harga RM2.90 je.(takmahal pon)
corak yang aku beli..tuu..seperti pic di atas.(comey kan pingu 2ekor tu)

berselerak&selirat

aku tanye kawan aku camne nak mula cross stich ni sebab aku tak paham instruction kat kertas contoh CS ni.
mula2 cam susah je tp bila dah tau step..makaih..laju je aku mengcrossstich..
benang nak cross stitch ni memang dah tersedia ada beserta ngan jarum skali.so,tak yah susah2 beli benang.
ce tengok benang yang disediakan..banyak colour.
(abaikan kepala meot tu ngn bantal bulat jepun tu..hehe)

indaproses

first sekali aku buat mapela merah pingu jantan tu..berpeluh jugak..1 mapela tu pon ambik masa 4jam nak siapkan.
padahal takdela besar mapela tu..
aku dengan gigihnya buat CS pingu tu sikit demi sikit.

inhalfproses

mula2 ingat nak siapkan pingu jantan dulu.tah macammane..pingu betina tu yang aku siapkan dulu.kawan aku cakap dia suka tgok bunga yang pingu jantan tu pegang..

shantek&siap

akhirnya..dalam masa 1bulan aku berjaya menyiapkan pingu2 aku ni.yang paling susah sekali nak buat bentuk LOVE tu..4 5 kali juagk buka balik jahitan love tu.
bila dah siap tu aku rase cm nak tambah sesuatu kat bawah kain CS tu.

compeleto

aku dengan beraninya buatla crossstitch nama aku.
aku amek mase lebih kurang 1 jam lebih je nak CS kan name aku tu.huhu..penat jugak buat mende alah ni.tapi bila dah siap,perghhh..rase macan berbaloi je..hehehe
cantik kan(wekk..puji diri sendiri =p)


pjah

Thursday, February 3, 2011

apa rahsia kelahiran bulan jun dengan aku?


salam.
kenapa aku nak tulis pasal rahsia kelahiran di bulan jun..
tengteng teng..
gini citernye..aku tgok FB adik aku yang tunjuk pasal rahsia ni la.konon2 kajian ni dibuat oleh Yang Berbahagia Dato, Dr Hj Fazilah Kamsah.betul ke tak..wallahualam..
tergolek-golek aku gelak bace kajian ni..leh katekan hampir tepat la..miahahahaha..
ni antara kaitan bulan 6 ngan peribadi aku.

1.berfikiran jauh dan berwawasan
(hahahaha..jauh la sangat)

2.mudah ditawan kerana bersikap baik
(aku bersikap baik??memang pon..haha)

3.berperangai lemah lembut
(OMG...nak tergolek rase..miahahaha..lembut dijari)

4.mudah berubah sikap,perangai dan mood
(hmmm...tepat sekali.)

5.idea terlalu banyak dikepala
(idea untuk merepek sangat banyak..hua2)

6.bersikap sensitif
(surely hampir tepat)

7.mempunyai fikiran yang aktif(sentiasa berfikir)
(konon2 je buat2 fikir ni..agagagaga)

8.suka melakukan sesuatu dengan segera
(bila aku dalam mood rajin..miahahaha)

9.bersikap suka menangguh-nangguh
(memang pon..selagi tak due date..jgn harap assignment aku nak siap..uhuhu)

1o.bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
(mesti la..dalam hidup ni mesti la kene yang terbaik ..memilih???hmm..ye jugak..ekekeke)

11.cepat marah & cepat sejuk
(i'm a hot temper person but can be as cool as ice ..muahahahahaha)

12.otaknya cerdas berangan-angan
(hahahaha..sudah semestinya..berangan nak kawin ngan ank raja..koya molek..hua3)

13.mudah berkawan & pandai berkawan
(rase2nya ye kot)

14.orang yang sangat tertib
(perghhhh...ni kene tanye sesape yang kenal aku betol ke x)

15.pandai mempamerkan sikap
(hahaha..mcm kucing je..kucing pandai pamerkan sikapnya..)

16.mudah kecil hati
(hati aku kecik je sbb tu mudah kecil ati even untuk mende yang tahpape)

17.mudah kene selsema
(hahahacuuuummm..memang pon..)

18.suka berkemas
(tak caye??kalu tak caye tye la roomate aku..hahaha)

19.cepat rasa bosan
(betoi..sbb tu single ag kot..hua2..erkh..ada kaitan ke single ngan bosan???)

20.sikap terlalu memilih & cerewet
(dalam bab tertentu je..example...jodoh..hua2)

21.kurang mempamerkan perasaan
(kawan aku cakap aku ni jenis yang takde prasaan & blur..waaa..kagum..ahaks)

22.lambat untuk sembuh apabila terluka
(erkh..biarlah rahsia)

23.suka pada barangan yang berjenama
(tak jugak..asal bende tu bleh tahan lame dan nampak menarik tak kisah la jenama ke tak)

24.mudah menjadi eksekutif
tak paham maksud ayat ni (@_@)????? )

25.kedegilan yang tidak terkawal
(ni lagi 1 yang aku suka..memang aku ni degil pom..baber orng kg aku cakap..hwa3)

26.sesiapa yang memuji akan dianggap musuh ,siapa yang menegur dianggap kawan
(no komen lebih2..yang baik datang dr Allah Taala,yang buruk datang dari diri kita sendiri)

semua 26 analisis peribadi dengan rahsia kelahiran bulan 6 telah tertulis kat space aku ni..
maka terjawab la yang analisis ni bagi pendapat aku..hampir sama la ngan karekter aku kecuali beberapa analisis yang agak2 nakal..hua3..

ANDA BAGAIMANA PULAK???
NAK TAHU BLEH LA TRY KAT
http://apps.facebook.com/rahsiabulanlahir