Saturday, February 26, 2011

Siti Khatijah binti khuwailid



siti khadijah binti khuwailid
siapakah beliau?
beliau adalah isteri rasulullah s.a.w yang sentiasa memberi semangat dan pertolongan kepada Nabi s.a.w ketika baginda berdakwah.
siti khadijah merupakan isteri pertama nabi s.a.w dan berkhawin dengan baginda ketika berusia 40tahun.

tak nak tulis2 mende yang merepek2.kita terus straight to ampang point.
ngah aku layan incik youtube.layan plak MV nasyid..tibe2 rasa tertarik plak ngan lirik lagu ni..

Siti Khadijah srikandi sejati
Kaulah lambang cinta sejati
Srikandi pertama tika islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

[dalam lirik ni menceritakan siti khadijah adalah seorng srikandi yang sejati dan merupakan wanita pertama yang memeluk islam.beliau sangt yakin dengan agama yang disampaikan oleh suaminya iaitu Nabi Muhammad s.a.w (agama islam) hingga sanggup mengorbankan segala hartanya demi menegakkan agama islam diawal hijrah nabi s.a.w dan pengembangan syiar islam]


Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerana iman kau sanggup berjuang

[ketika rasulullah menerima wahyu pertama,siti khadijah lah menenangkan baginda.baginda sangat gementar lalu menyuruh siti khadijah menyelimutkan baginda.iman beliau sangat tinggi hingga sanggup berjuang bersama2 rasulullah dan umat islam terawal dalam memperjuangkan islam]

Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir

[seindah namanya..secantik akhlaknya,siti khadijah menjadi tauladan dan kerana sifat & kasih sayangnya yang menebal kepada rasulullah s.a.w,beliau sentiasa berada hampir disamping nabi s.a.w dikala nabi kesusahan]

Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti

[siti khadijah pejuang muslimah yang solehah.jasa dan pengorbanan beliau dikenang sepanjang zaman.sesungguhnya pemergian siti khadijah tiada pengganti hingga akhir zaman]

Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi..

kredit to incik youtube..

p/s:xleh masuk link plak..knape ek???

0 orang tengoh nopak caktingcakting :