Sunday, October 30, 2011

ragam bila di stesen komuter KTM

banyak benda aku nak merepek malam ni tapi....

tapi...
tapi.
ok..cukupla 3 tapi tu.kang tak pasal2 aku kene jampi kang.lalalala

sebelum tu tahniah buat skuad Hobeng Jang Hobeng kerana telah memenangi Piala Malaysia bagi musim 2011 ni.buat skuad terengganu"Peteh Ganu Peteh"..tahun depan cuba lagi.
p/s:aku sedih bukan sebab pasukan negeri aku kalah tapi aku sedih sebab tak dapat tengok perlawanan bola tu sama ada kat stadium mahupun kat telebesen(tv).yang aku sempat tengok time penjaga masa dah angkat board masa untuk masa tambahan 5minit".ohoi.

bebalik pasal dasar sebenar aku nak berentry hari ni atau lebih tepat awal pagi ahad yang syahdu.
kalau tunggu bas ke ,tren ke,lrt ke..mesti kita suka usha orang disekeliling kita kan.

aku memang suka tengok gelagat manusia nak2 masa tengah tunggu tren KTM yang lembap macam siput babi tu.
biasa kalau aku ada cuti 2hari..dah jadi habit aku balik rumah along .rumah along aku kat Pajam.jadi nak pergi sana , aku kena naik tren KTM yang lembab macam siput babi tu .bese aku naik tren KTN tu kat Stesen Midvalley.Midvalley.mane pernah sunyi dengan manusia.lagi2 time hujung minggu.fulamakkk.
cayalah.memang sape2 yang naik tren kat situ..boleh mati sardin .

tadi tengah tunggu tren KTM yang lembab macam siput babi tu(aku tunggu tren dari pukul 7mlm ,akhirnya hampir pukul 10mlm baru aku dapat masuk ke perut tren KTM ) macam2 ragam orang aku tengok.tapi ada 1,2 adegan yang bagi aku agak overacted la.apa ragam orang yang aku tengok tu.jom.kita tengok checklist ni:

1.ragam orang bercouple
yang ni,,memang bersepah la aku boleh tengok masa tengah tunggu tren kat Stesen Midvalley tu.lagi2 kalau hujung minggu.ada awek tolong betol kan rambut balak diorang.ada yang bergurau senda.ada yang beraksi macam la diorang couple "last in the world".mana tak last in the worlnya..bajet macam kat stesen ktm tu depa 2 ekoq ja.orang sekeliling depa ni patung batu,patung gangsa kot.boleh plak peluk sakan.adoiya.tempat awam tu.agak2 la wey.

2.ragam manusia frust tunggu tren KTM lembab mcm siput babi yang tak kunjung tiba.
yang jelas lagi nyata muka dah ala2 toye + menyampah+bosan-heppy giler=macam nak mencarut je sebab kene tunggu bejam2 tapi tren haram takde.

3.ragam budak2 kolej/universiti.
yang ni aku agak2 tak dari UPM mesti UKM dan kolej2 yang ada sekitar laluan tren KTM yang lembab macam siput babi tu.pakaian diorang ala2 fesyen2 budak2 sekarang.menutup aurat tapi ketat semacam.tudung ala2 Hana Tajima takpun tudung berambuberambai.ala senang citer..kalau tgok pakaian diorang dah tau dah ni misti budak2 masih blajar lagi.(menurut First Impresssion kita berdasarkan pada pandangan pertama.eh ayat mcm sama je .ah.lantak)
diorang ni kumpul 1 kumpulan pastu buat2 kecoh sikit.kalau ada mamat2 hesem..lagi la buat2 kecoh atau molek aku katakan lebih kearah mengGEDIKs.lalala.

4.ragam orang yang tak hiraukan suasana sekeliling.
yang ni senang je .jenis macam ni lebih suka menghadap bahan bacaan ,kat telinga tersangkut headphone besaq gedabak takpon earphone.memang tak ambik pusing langsung la pasal sekeliling.tekun bebenor.agak2 kalau cicak mati kene lenyek ngan tren pon takde sape perasan kan.
p/s:waklu.agak2 la wey.cicak tu besar mana la.kalau jatuh kat laluan tren tu,memang takda sapa yang perasan pon.apoda.melainkan kalau cicak tu betol2 jatuh depan cermin pengcontrol tren tu.mau tekejut cicak pakcik tu.lalala.=p

5.ragam terover.
ragam ni baru aku tengok tadi.ada la 1 pasangan couple ni.si awek seorang yang bagi aku boleh tahan la.freehair.pakai baju yang leher baju kalau boleh 2kepala boleh muat.kalau terlondeh.jelas lagi nyata memang nampak la tali bra ke tali spageti.
si balak.ntah la.caring la konon2nya kat awek.
kenapa aku kata caring sebab seperti yang aku mention kat atas.baju si awek ni jenis leher seluas alam.bukan baju leher jenis bulat mahupun jenis 'V'.apa lagi melondeh aje la baju si awek ni sampai nampak la tali bra warna pink cerah dan spageti warna pink gelap sikit.pastu si balak ni pon tolong la tarik baju si awek ,tutup tali bra yang nampak tu.nampak macam baik je tolong cover tapi asyik dok peluk segala bagai tu pekebenda.untuk makluman .si awek dan si balak ni adalah orang melayu.
huh..buat malu je.tempat awam plak tu.sungguh tak senonoh.
p/s:adab dan moral masyarakat kita dah hilang ke?mana pergi adab sopan dan jaga maruah sebagi orang melayu dan sebagai seorang islam.malu la wey.

dah cukup la banyak tu aku bagi list pasal ragam magam ni.antara banyak2 list kat atas ..aku suka buat aksi ragam no2 tu.miahahaha.
bosan doe tgu sesuatu yang tak pasti bila nak tiba.korang kalau tunggu bas ke,tunggu lrt ke,ktm lembab macam siput babi..apa yang korang suka buat?

p/s:
dah ngatuk tahap baben ning.mata terbukak luas lagi tapi otak aku dah tido.aku sangat2 letih.

p/s:
terengganu kalah.apa boleh buat.sudah suratan.ramai yang bersorak terengganu kalah.nak2 negeri sebelah terengganu tu yang mana negeri dia hanya mampu main sampai suku akhir je tapi geban macam diorang lak yang menang PM.gilameroyan kot.kalau baca page2 diorang kat FB tu memang sakit hati je.
lagi berita..menurut berita FB:ada pergaduhan antara fan penyu ngan fan rusa .kesnya dari ejek mengejek pastu bakar bendera negeri pastu ada aksi tikam menikam.hmmm..berita ni sahih atau tidak.tgu je la berita terkini dari saluran berita yang betul.jangan caya bulat2.selidik mana betul.mana salah.kalau tak,jadilah sharing is caring dlm fb pasal info tah pape lagi2 kalau bab agama dan politik.

alamak..terpanjang plak ps kali ni.hehehe.k ar.nak tido lu.wasallamu.

Wednesday, October 26, 2011

Dear God(Avenged Sevenfold) aku rindu semua ini.




A lonely road,

crossed another cold state line

Miles away from those I love

purpose hard to find

While I recall all the words you spoke to me

Can’t help but wish that I was there

Back where I’d love to be, oh yeah

Dear God

the only thing I ask of you is

to hold her when I’m not around,

when I’m much too far away

We all need that person who can be true to you

But I left her when I found her

And now I wish I’d stayed

’Cause I’m lonely and I’m tired

I’m missing you again oh no
Once again

There’s nothing here for me on this barren road

There’s no one here while the city sleeps

and all the shops are closed

Can’t help but think of the times I’ve had with you

Pictures and some memories will have to help me through, oh yeah

Dear God

the only thing I ask of you is

to hold her when I’m not around,

when I’m much too far away

We all need that person who can be true to you

I left her when I found her

And now I wish I’d stayed

’Cause I’m lonely and I’m tired

I’m missing you again oh no
Once again

Some search, never finding a way

Before long, they waste away

I found you, something told me to stay

I gave in, to selfish ways

And how I miss someone to hold

when hope begins to fade…

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love purpose hard to find

Dear God

the only thing I ask of you is

to hold her when I’m not around,

when I’m much too far away

We all need the person who can be true to you

I left her when I found her

And now I wish I’d stayed

’Cause I’m lonely and I’m tired

I’m missing you again oh no
Once again


notakakijalanan:

2 3 minggu ni aku sangat2 feeling dengar lagu ni.Dear God .lagu ini menceritakan perasaan penyanyi/penulis lirik lagu ni yang rindukan seseorang di tempat asal nya.

weee..aku malas nak merepek banyak2 pasal maksud mendalam lagu ni.alaa korang tengok lirik pon dah tau kan apa sebenarnya terselit disebalik lirik2 lagu ni kan.

cuma yang aku nak katakan sekarang..

aku RINDU kat kampung aku..RINDU kat keluarga aku..Rindu kat kucing2 aku.adik aku tak abis2 nak menjeleskan aku dengan gambar2 terbaru si miong2 kat rumah tu.dengki tau.

nak bela kucing kat rumah sewa ni tak boleh.ada kawan aku tak suka kucing.nampak je kucing..menggelepor 1badan...kikiki.(mampus aku kene hempuk kalo kawan aku baca stetment aku ni)

jadi hanya pada Makcik Gedik saja la aku mampu meleraikan rindu aku kat kucing2 aku nun di terengganu sana.Makcik Gedik ni pon aku jumpa kalau aku pergi bertapa rumah along aku nun kat Nilai.

p/s:amacam lagu di atas ni.layan feel soul tak.untuk aku..opkos la.layan jiwa2 walaupun yang nyanyi lagu ni band metalhardcoremekor..Avenged Sevenfold(A7x)..aku suke suara vokalis A7x..sengau baik punyer..tak caye..dengar bebaik..mesti dengar sengau2 basah suara si M.Shadows a.k.a Matthew Charles Sanders.suke2.

p/s2:kepada zulfikar Hazri..entry kali ni ..aku buat sikit je p/s..ok la dari takde langsung kan.kan.kan.hehehe

Tuesday, October 25, 2011

harga tiket perlawanan akhir piala malaysia 2011

isu hangat!hangit!terrrbakorr!!!


harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Terengganu dengan Negeri Sembilan menjadi bualan hangat penyokong2 kedua2 pasukan.

1 tiket berharga rm50 ringgit.wah!
bapok gile mahal..

dan kes kenaikan harga tiket final yang agak melampau mahalnya..kedua2 penyokong pasukan terengganu mahupun negeri sembilan telah membuat page KAMI BANTAH HARGA TIKET FINAL PM 2011

notakakijalanan:
bayangkan harga 1 tiket dah rm50.untuk penyokong dari terengganu ,kos pengangkutan .kos penginapan sepanjang berada di lembah klang..wow.kalau golongan yang pergi memang azali kaya..tak kisah la..tapi cuba fikirkan bagi golongan pelajar atau golongan berpendapatan sederhana tapi masih lagi mahu memberi sokongan padu kepada team kesayangan mereka.mau kopak duit tabungan.

kepada FAM..kenapa dibebankan rakyat dengan peningkatan harga tiket final PM 2011.jangan lupa..tanpa penyokong..siapalah yang nak pergi tengok bola tiap2 malam mingu tu.tgok "cekerama" lagi bagus.

p/s: baru berangan nak tgok bola hujung minggu ni.skali dapat berita harga tiket 50hengget plak.kusut2.
pastu kualiti padang dan fasiliti SSA..tahap gaban.alahai..

p/s2:tgok live dr tv je la napok gayenye...lalala

Monday, October 24, 2011

entry sampah

back to teratak buruk a.k.a rumah flat tepi highway.

tak leh citer lebih2 location rumah aku..nanti kene serbu..susah aku kang..
miahahahaha..perasan artis doe.waklu.=p

back to the main point.apa yang sebenarnya ak nak merepek ni.seringkali idea nak membebel tak ada tapi bila dah start menaip..lancar je jari aku menaip macam baru dapat minyak pelincir.
walaupun laju je jari aku menaip tapi aku tahu point sebenar yang aku nak bebel kat space aku ni sebenarnya tak de point atau dalam bahasa hodohnya "entry sampah".

waaa..apa tu "entry sampah"?boleh explain sikit.

ok."entry sampah" ni boleh diklasifikasikan sebagai entry mengarut mengaban yang kebanyakkan point2 atau isi2 pentingnya langsung bertentangan dengan tajuk entry atau kebanyakkan isu yang dipaparkan berkaitan lucah atau fakta2 yang bodoh lagi auta.lebih membengongkan lagi bila penulisan yang dipaparkan lagi hanyalah tempekan nota copy paste dari hasil penulisan orang lain tapi bersungguh-sungguh si polan ni mengaku yang "entry sampah" tu hasil nukilan asal beliau.
p/s:orang macam ni kasi sebat je kat bontot dia.hehehe.apa kaitan sebat dengan mengaku kopi-pasta hasil penat lelah dia tu ek?lalala.

notakakijalan:
maksud "entry sampah" diatas adalah hasil merepek aku.bukan diambil dari sumber2 yang sahih lagi nyata.
otak aku sekarang masih lagi dalam usaha untuk menyampaikan fakta2 yang sahih lagi betul kepada pembaca sekalian cuma buat masa ni,aku agak malas untuk mencari bahan .
jadi andai kata nukilan "sampah" ini hanyalah angan2 kosong yang kononnya nak jadi entry berilmiah..ampun maaf aku hulurkan dulu.

p/s:
balik2 penyakit M(malas) tu dijadikan alasan kenapa aku takde entry berunsur ilmiah.lalalala.

Saturday, October 22, 2011

gara-gara nak beli tiket bas on-da-spot

hari jumaat memang ramai yang nak balik kampung.adeh!

entry lepas beria2 aku cakap aku ak balik kampung tapi sungguh malang bagi aku bila sampai je kat Terminal Putra..

aku:
kak..tiket balik kuala terengganu malam ni ada lagi?

kak kat kaunter1:
takde..sume dah abis.

berlalu pergi dengan perasaan hampa lalu beralih ke kaunter sebelah..

aku:
bang,tiket balik ke kuala terengganu malam ni ada?

orang kat kaunter2:
sorry dik.tak ada.dah abis.

aku:
??? sambil berfikir dengan perasaan hampa.

notakakijalanan:
kecewa.aku ingatkan aku je takleh balik kampung tapi rupa2nya bila aku call kawan aku yang nak balik Perak (call sambil menangis) pun tak dapat balik jugak gara2 beli tiket last2 minit.
nak tak nak ..aku pergi rumah abang aku je kat Nilai.menghabiskan cuti selama 2hari disana.hohoho.
p/s:konon2 call membe aku ni nak mengadu nasib .lalala.

moral of da story:
jangan beli tiket bas lambat2 kalau tak plan nak balik dengan kenderaan sendiri atau naik flight.

p/s:
kalau nak beli tiket bas memang kene awal2 ek.kenapa aku tengok dalam "citer melayu" kalau beli tiket on da spot..dapat je..(lalala..kes terpengaruh ngan citer.walla.)


nama kucing ni MAKCIK GEDIK.sebab dia sangat2 gedik.kucing yg dah jadi pemastautin tetap kat umah along.dengan menggunakan handset cikai aku..w810i.2mp.lalalala.
tetiba lak kuar pic kucing.langsung tak berkaitan dengan tajuk citer daa..apoda.

Wednesday, October 19, 2011

terengganu punya loghat daa

entry zaman dulu aku dah pernah tulis pasal loghat terengganu ni.ayat2 ni aku cilok dari fb group anak ganu.

meh cuba belajar eh..lalalala

1. Guaner Gamok = Apa khabar
2. ape ke jadah = apa hal
3. ayor dok ayor gok = ia tidak / sesungguhnya
4. atu = hantu
5. atur kecing = sssshhh ssshh!!! supaya bayi kencing
6. apah nyor. = hampas kelapa
7. anguh letong = sangat hangus
8. agah/beragah = org kecik jenis berani
9. air geh tujuh yu-pi cap katun jugaik = air 7UP(kole beghang)
10. air tuak = air nira
11. amok reng = malas nak tolong
12. air chor = air basuhan bertakung dari dapur

13. bata golek = boaster/bantal peluk
14. bronok = sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu
15. bepang = sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut
16. boloq woq = serabut
17. bak = ayah
18. bobok = gelembung udara dlm air
19. boyak = beritahu
20. bollok = penuh sesak
21. bahang = pukul kan!
22. bapok gong = sangat besar
23. botok licing = botak licin (rambut)
24. beso jereguk = besar
25. beghak nanang = sangat berat
26. bluahh = comot
27. beratah = banyak
28. beliung = pepatung
29. bising bangor = sangat bising
30. beso jalor = sudah besar
31. beng ikang = van@lori yg bawa ikan
32. bholay = tidur
33. berong = lalat,nyamuk yg ramai berterbangan
34. buruk leppok = baru
35. busuk kohong = sangat busuk e.g mung ketok busuk kohong (kau kentut sangat busuk)
36. busuk kohong = sangat busuk
37. ba bay = degil bodo do'oh lalu = bodo lebih/benak
38. bur*t = far*j
39. bewok = biawak
40. biru heran = biru lebam-lebam
41. buah semeta = manggis
42. bera = sedih nak menangis
43. baruh = sawah
44. baki = bekas utk meletak sesuatu benda
45. buah pelang = buah pauh (Kelantan), buah mempelam
46. buah setial = buah kecapi
47. buah tai = buah kelapa laut
48. berahi = suka e.g aku berahi makang ke?pok lekor (aku suka makan keropok lekor)
49. bekeng = garang/bengis
50. bojjeng = gunting rambut/menyikat rambut
51. bhiang = binatang mengawan e.g lembu bhiang.
52. berambei (gatung-ayung) = bergantungan
53. bicuk = benjol e.g pala aku bicuk teratuk tadi (kepala aku benjol terhantuk tadi)

54. culah = degil
55. cong = tipu/bohong
56. cekik = cubit
57. cetong = tin susu
58. cokeh = tuas
59. che = mak
60. cheroh nerang = sangat terang
61. cakner = prihatin/ambik berat
62. comel lote = comel yg amat
63. cherelong = merenung dgn mata yg besar dan tajam
64. colok = mancis, gesek (Kelantan)
65. cakkerek = cengkerik

66. dokdang = tak sempat
67. dok ngepong = tidak pandai buat sesuatu (*ngepong awek - bawa kekasih bersiar-siar)
68. doktong = suka merayau-rayau
69. dok = bukan
70. dian = lilin
71. dudok cacang = berdiri
72. dhian = duduk dekat unggun api
73. dok oh lalu = terlalu over
74. dok rok meppeh = tak larat
75. dho?nik = mengejek-ngejek
76. dok tahu starang baroh = tak tahu pun lansung
77. dok dulli = tak hirau
78. du du senung = mentadak-mentadu
79. decung = sangat laju
80. denir pey = sangat becak berlumpur ataupun manja
81. derohong = bunyi bising yang kuat
82. dek pong = sebabnya/kerananya
83. dinung = disana
84. dondeng =
85. dok seker = tanpa disangka
86. dedok = sekam padi
87. dhoket = tercacak e.g anok panah kena dhoket pada sasaran.

88. erek = heret
89. enjjal = terajang/sepak
90. embeng = banyak
91. echir = tabur

92. glising = merekah
93. gelak kattok = gelap gelita
94. geddik = sama spt nginding?nak sesuatu drp orang tanpa dijemput/undang
95. gege = bising
96. gemuk debbok = gemuk sangat
97. gugha bewok = gurauan yg menyebabkan pegaduhan
98. gong = sombong, tanah tinggi, gong
99. gong = gong alat muzik
100. gembik = lebeh kurang bwh ah nk berdua2an je
101. gi selalu = pergi sekarang
102. guling bating = jatuh bergolek
103. galir = loose
104. gelap guguk = gelap gelita
105. gu?ling = terlentang rehat sebelum tidur
106. gogeh = bergoyang
107. gharik = maghrib
108. gohek = pandu
109. gustang = undur
110. gombeng = berkucup/isap tetek
111. getok = jambatan
112. ghagal = meraba
113. gelap mata = pitam
114. ghumber = mengepam cecair dgn alat manual

115. ija naung = hijau pekat
116. itang lettung = tersangatlaa hitamnya
117. itam lo?tong = tersangat hitam
118. itam leggam = tersangat itam
119. ising = gila
120. ikang aye = ikan tongkol
121. ikang kerah ekor = ikan cencaru
122. ikan sekilar (org Trg) = ikan ka?ring (org kelantan)/ikan pelaga
123. ikan tebakul = ikan belacak
124. itik sekati = itik jawa
125. itik gembor = itik air
126. itik baghal = itik sekati + itik gembor bila besar jadi itik baghal (ia mengeram telur)
127. igak = tangkap

128. jeretoh = tidur
129. jelira = menyerap/meresapi e.g sejuknya air jelira (rasai) keseluruh badan
130. jangok = berhias diri
131. jenuh = puas
132. jenggi = badi
133. jelebab = jatuh tertiarap
134. jabir/supik/plastik ghok-ghak = plastic bag je padahal
135. jauh sayut = teramatlah jauhnye
136. joong = mendung/redup
137. jebeng = jambang
138. jogher = tukang ampu

139. kepeh blepeng = kempis sangat (sampai mcm lempeng?)
140. kedarah = makan dgn pelahap (bahasa kasar ketika marah)
141. koghok keghing goh = tengkorak yg sudah kering (cm mengata/mengumpat)
142. kelecak baghak = terpelanting
143. kerek tlage = konkrit perigi
144. kopey = tidak berupaya
145. kenghir = tidak berupaya
146. kelong = baling
147. kelepek = curi e.g basikal aku kena kelepek
148. koman spanar = tidak berwibawa
149. kerek = acap kali
150. ketek (dok ketek) = senyap dan takut
151. ketik nyamuk = digigit nyamuk
152. ke?kok/kepouk = ketuk kepala dgn ruas jari
153. kalu = jikalau
154. khouh = terperap busuk/hapak
155. kuih badak = macam donut tapi drp ubi stelar (keledek)
156. kupik = kedekut
157. kutil = cubit-cubitan
158. Kembit = mengada-ngada
159. Karang = lain waktu pada hari yg sama
160. Kekgi = sebentar lagi
161. Khabor = beritahu
162. ka?bur = kumbang
163. katok = pukul
164. kelotong nyor = kelapa kering jatuh ditebuk tupai
165. kohor-kohor = perlahan-lahan
166. ke?jong = berkas dgn paksa
167. kopek = tetek
168. keta tambang = teksi
169. koyok nyor = kupas kelapa
170. koyok = carik
171. kecik tuik = sangat kecil
172. kecik pereh = sangat kecil
173. kuning siyor = sangat kuning
174. kemosa = kuih macam karipap inti ikan
175. kuba balo = kerbau yg ada wana pink
176. kheloqq = malu/takut
177. kuruh kering = sangat kurus
178. kuruh kekek = sangat kurus
179. kecok = jln terhincut2
180. kona leper = corner lipat
181. kelecak = terpelanting
182. kattok wong = katak (siap ade bunyi tuu)
183. ketor geggor = terketar smp bergegar
184. koghok = tengkorak
185. kena kekoh = kena gigit
186. kelepek = kena curi
187. khapoh = selerak
188. kehek = muntahkan semula
189. kijjer kelaut = kerja nelayan
190. kerah ketong = sangat keras
191. kerah kejong = sangat keras
192. kecek = tipu/bohong
193. khucuk = lari laju sebab takut e.g aku lari kucuk bila jumpa rimau...
194. kesek = mata rosak sebelah /lampu rosak sebelah

195. lembek = tilam
196. lari kucuk = lari laju takut
197. lembbek lolltek = sangat lembik
198. lenyeng = terkulai
199. licing mayor = permukaan sangat bersih dan halus
200. lari cedah = lari laju
201. lecah = becak
202. lu?arr = diluar
203. luar lu?ar = seluar diluar
204. lambur = tangga rumah yg lebar boleh duduk sembang
205. lassor = beranda
206. lellning = sekarang ini
207. lapo perut = lapar (bahse ganu yg sering berangkai, sebut lapo misti ade perut)
208. letihsang = sangat letih
209. lepe = cuai
210. lugar = perut kosong rasa sebu.

211. Medik = kedekut
212. marin = semalam
213. mutor kelaut = bot nelayan
214. meroh merang = merah sangat
215. musang = bengis
216. manah = banas baran
217. memang dok arr = memang tak ar!
218. musing ligat = berpusing-pusing
219. musing ketang = berpusing-pusing
220. manih leting = sangat manis
221. makang kkucing = dimakan kucing
222. makbrekmok = makian bur*t mak (censored)
223. musing ketang = tercari-cari merata-rata
224. maknga = dok prihatin
225. meppeh = tak larat
226. masing pekkok = teramat masin!
227. masing re?bing = sangat masin
228. meceh = pemetik api
229. may = heroin (dlm filem)
230. main tor = main sembunyi ? police sentry
231. meroh nyala = sangat merah

232. nakuk paik = penakut yg amat
233. noneng = bergayut
234. nusuk = sembunyi
235. ngerek = selalu bwk awek kot?
236. ngigar ekor = tercari-cari
237. neting,nocat = melompat
238. nyor komeng = kelapa tiada isi yg ringan
239. ngoyang = meroyan
240. nginding/ngendeng = harap pemberian orang dgn pergi ketempat makan contohnya
241. netel = meghampiri orang dgn perlahan-lahan
242. netang = terlentang
243. ne?tang = tergalang
244. nyong nyong = mendatangi terus dgn selamba e.g dia mari nyonyong jumpa aku
245. nyekik = menyampah
246. nyuruk = menyorok/bersembunyi
247. nyakit nyamang = tidak bersangkut paut
248. nyeh-nyeh = mengada-ngada
249. nisang = gula melaka
250. nebeng ngoh = ter over
251. nebeng = berusaha sungguh-sungguh
252. nipih nhayang = sangat nipis
253. nhayang = terbang
254. ngatuk mate = ngantuk (samela tak ble pisah ni..... kene bitahu eheh)
255. ngu bu ngabang = panik/keadaan bercelaru
256. ngongek = bergoyang
257. nyaknyer = kesian
258. na?sang = malas
259. ngita = mengintai
260. nibbang = bersetubuh
261. nawok = tipu
262. necek = gelupas

263. orang muda = hero (dlm filem)
264. ogeh = mengoncang tiang/pokok

265. pucak kesi = pucat lesi
266. teeet..terpaksa ditapis..hehehe
267. pehel = cubit-cubitan
268. *kuih tat* = tapak/bawah
269. patoh riok = patah (tangan etc)
270. pendek kettok = pendek ah
271. panah ketik = rasa sangat panas
272. panas dering = hari tersangat panas
273. panahsang = panas yg teramat sangat
274. panjang jenggong = sangat panjang
275. piyung = penyu
276. piyat = pukul dgn rotan, lidi atau ranting.
277. Pohu = rapuh
278. Putih seleput = sangat putih/melepak
279. Phuing = terdedah
280. Piyer = siapa
281. Pok = tin susu tuu
282. Perap = tak bergerak
283. Perok = kesuntukan
284. Peleting = straw
285. pelekong = baling
286. punoh jahnan = rosak
287. paik

p/s:caner..faham tak?tak faham..buat2 faham suda..hehehe

notakakijalanan:
aku tulis entry kali ni sebab aku dalam mood nak balik kampung.hujung minggu ni aku nak balik.miahahaha.

walaupun aku memang asal dari terengganu dan aku sangat fasih berloghat terengganu ni tapi ada sesetengah ayat diatas aku tak faham sangat.aku rasa yang create mende alah ni seorang yang sangat2 pekat penggunaan loghat ganu ni.lalala

tapi kat KL ni,aku ada sikit masalah untuk aplikasikan loghat ganu ni sebab kat rumah aku ada orang perlis,perak,johor,kedah.malah ex rumate aku orang kelatan tapi aku tak boleh nak berloghat ganu.uhh..cane ni?

ok .bukan aku nak lupa asal usul bahasa ibunda aku tapi bagi aku ,kita kalau nak berbahasa ibunda sekalipun tapi kene tengok keadaan jugak.buatnya beria2 cakap dalam bahasa ibunda negeri tapi orang lain yang mendengar satu habuk pun tak paham apa yang kita cuba cakapkan..tak ke sia2 air liur keluar berterabur time bercakap tapi tak difahami.

bila dah balik negeri..boleh la nak switch on balik bahasa ibunda negeri tapi yang jadi masalahnya bila ada yang tak reti2 nak putar lidah balik nak cakap loghat kampung.bila membe2 sekampung kutuk lu murtad negeri,lu mengamuk tak tentu pasal.watdaduck !
aku ada membe yang murtad negeri.cakap bahasa Key eL tapi tinggal nun hujung ceruk kampung.mane tak berbulu telinga mendengar.bila tegur,bleh plak cakap tak ikut perkembangan semasa.adoiya.setakat cakap benadakan loghat KL..ada orang kisah.tapi tak pe la..asal orang2 yang dah lupa asal usul diri ni gembira dengan diri mereka.=D

p/s:aku tak leh nak cakap loghat ganu bila orang tu bukan membe dari ganu.tetiba je lidah aku rasa keras.jadi terpaksa la cakap guna loghat standard.aku tak murtad negeri kan.kan.kan..hehehe

p/s2:masa aku darjah 5,cikgu BM aku sokmo wahi tegur ke anok2 murid ye ..beng sebut HORR .sebut molek2..sebut YA bila nok mengiyakan sesuatu bende..uikh..pesal aku tulis dalam bahasa aku ni..=p

p/s3:kawan2 aku cakap masa mula2 kenal aku.diorang ingat aku orang area kl/selangor .bila aku cakap aku asal terengganu..semua terkejut.tak percaya sebab aku cakap tanpa mengeluarkan bunyi NG/sleng teganu..lalala..jangan tertipu ya kawan2..=p
walaupun macam tak ada tapi ade je aku tersasul cakap bunyi sleng NG..kikikiki

Saturday, October 15, 2011

basic life support (BLS)

sekarang sedang online menggunakan wifi jiran sebelah..sebelah..sebelah rumah.maknanya disini..tuan punya wifi DARLINK(bukan nama sebenar) sudi berkongsi line internetnya dengan jiran2 yang lain walaupun aku tak tahupun sape tuan punye DARLINK ni.terima kasih DARLINK.

hehehe

ok.sekian mukadimah bagaimana aku dapat dapat mengakses internet malam ini.cerita sebenar yang aku nak berkongsi sekarang adalah pasal kursus yang aku hadiri dalam minggu ni.seperti sedia maklum.aku kan dalam mood orientasi lagi, jadi dalam minggu orientasi ni, pihak jawatankuasa perkembangan jururawat telah menyelitkan kursus2 supaya kami (jururawat yang baru masuk keje) dapat kumpul point cpd.lalala

entry lepas aku dah ceritakan yang aku kene hadiri kursus laktasi kan.minggu ni aku kene hadiri 2 kursus iaitu KURSUS KEBAKARAN dan KURSUS BASIC LIFE SUPPORT dan 1 BENGKEL COMMUNICATION.
boleh katakan minggu ni jadual padat dan amat memenatkan.lagi penat bila balik kene berebut bas dengan makcik2 indon.

p/s: makcik2 indon ni bagi aku sangat2 kurang ajar .dah la suka berebut,pastu tak menyabor.pastu tak reti bahasa kot.boleh je biarkan orang tua berdiri tanpa perasaan bersalah,boleh plak dia relex je duduk tido kat seat yang memang khas untuk golongan tua,wanita mengandung,oku dan wanita yang membawa kanak2.lagi 1 nk kata bodoh..ada akal boleh pikir.bas yang dah sedia penuh tersumbat pun ada hati lagi nak masuk jugak.tersempit aku.dan memang tergeliat pinggang aku terselit antara penumpang2 yang pelbagai saiz tu.
alamak..terpanjang plak p/s aku..kikiki

bebalik semula mengenai kursus yang aku sertai tu.first sekali kursus BASIC LIFE SUPPORT(BLS).kursus ni diadakan selama 2 hari.dalam kursus ni diajar tentang apa itu BLS.BLS ni adalah berkaitan dengan pertolongan cemas.ala senang citer CPR (cardiopulmonary resuscitation).walaupun masa student memang dikira aku dalam medical line tapi aku agak mangkuk dalam CPR ni.aku memang tak paham macam mana nak kira cycle ,berapa kali nak blow..tapi lepas je aku join kursus ni..alhamdulillah..ilmu aku makin bertambah dan aku boleh topup balik ilmu2 aku yang dah agak2 tinggal separuh je dari ingatan aku ni.
untuk makluman,BLS adalah basic sahaja dimana aku diajar cara2 CPR yang betul dan untuk makluman juga CPR yang latest yang dikeluarkan oleh AMERICAN HEART ASSOCIATION mengikut 2010 AHA Guidelines adalah mengunakan DR CAP iaitu

D = danger
pastikan mangsa jauh dari kawasan yang berbahaya dan letakkan mangsa ditempat yang rata dan keras.

R = response
cuba kejutkan mangsa dengan memanggil mangsa

C = chest compression
berikan chest compression 30:2 dimana dengan memberikan tekanan sebanyak 30kali diikuti memberi 2 pernafasan sebanyak 5cycle.jika masih lagi tiada denyutan nadi pada carotid pulse,teruskan memberi chest compression.

A = airway
dongakkan sedikit kepala mangsa dan perhatikan pernafasan mangsa.dengar pernafasan mangsa sambil perhatikan pergerakan dada mangsa.jika masih lagi tiada pernafasan,berikan bantuan pernafasan setiap 5saat dimana dalam 1minit mangsa akan mendapat 12 bantuan pernafasan.

R = respiration
perhatikan pernafasan mangsa

lebih kurang macam ni la

1. CALL

Check the victim for unresponsiveness. If the person is not responsive and not breathing or not breathing normally. Call 911 and return to the victim. In most locations the emergency dispatcher can assist you with CPR instructions.

2. PUMP

If the victim is still not breathing normally, coughing or moving, begin chest compressions. Push down in the center of the chest 2 inches 30 times. Pump hard and fast at the rate of at least 100/minute, faster than once per second.


3. BLOW

Tilt the head back and lift the chin. Pinch nose and cover the mouth with yours and blow until you see the chest rise. Give 2 breaths. Each breath should take 1 second.

CONTINUE WITH 30 PUMPS AND 2 BREATHS UNTIL HELP ARRIVES
NOTE: This ratio is the same for one-person & two-person CPR. In two-person CPR the person pumping the chest stops while the other gives mouth-to-mouth breathing.

source: http://depts.washington.edu

yang aku belajar ni merupakan 2010 AHA Guidelines tapi bagi sesiapa yang belajar 2005 AHA Guidelines, ia sedikit berbeza dimana 2005 AHA Guidelines lebih menekankan DR ABC iaitu AIRWAY lebih diberi perhatian berbanding dengan CHEST COMPRESSION.tapi mana2 pun adalah sama.kedua2 cara CPR ni adalah untuk menyelamatkan mangsa .

bila masa kita perlu guna CPR?
waktu yang paling afdal untuk guna CPR ni bila kita periksa mangsa yang tidak sedarkan diri dan bila tiada pergerakan pernafasan dan denyutan nadi.kita perlu cepat2 bagi cpr kerana kelambatan memberi cpr boleh menjejaskan proses penghantaran oksigen ke otak dimana boleh menyebabkan kerosakan pada otak iaitu kekurangan oksigen dalam otak atau nama lainnya encephelopathy.

bila CPR boleh dihentikan?
cpr boleh dihentikan bila mangsa sudah ada respon.bila kita check nadi ngan pernafasan dia.ada nadi dan pernafasan.
bila seseorang yang tahu cpr memberitahu dia boleh lakukan cpr dan kemudian take over dari kita.
bila pasukan penyelamat sampai.
dan terakhir , bila kita sebagai penyelamat dah penat buat cpr.
*sapa cakap buat cpr tak penat..penat wooo*

sepanjang 2hari ni,banyak info yang aku dapat tahu dan baru tahu.contohnya selain dari BSL.ada lagi Advanced Cardic Life Support(ACLS) dan jugak Paediatric Advanced Life Support(PALS).ACLS dan PALS mungkin untuk orang awam agak kurang untuk dipelajari tapi bagi sesiapa yang berada dalam medical line ,bagi aku amat2 digalakkan untuk mempelajarinya.insyaallah,jika berpeluang,aku nak join kursus untuk ACLS dan PALS ni.

p/s:pasal kursus BLS pun dah panjang berjela2..caner nak tulis pengalaman aku time join kursus kebakaran ni..napok gayenye next..next..entry la aku tulis.tu pun kalo ingat..hehehe

notakakijalan:
orientation week bakal melabuh tirai minggu depan.ini juga bermakna aku bakal bekerja kat ward.aku dapat posting kat ward nefrology.ward yang agak mencabar jugak la bagi aku.
sister2 dan matron yan incharge orientasi ni banyak beri nasihat yang berguna untuk aku dan kawan2 supaya dapat jadi seorang nurse yang berpengetahuan,berskill dan yang paling penting attitude kena baik.
tadi masa bengkel communication..aku dan kawan2 didedahkan bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik kerana sekarang komunikasi antara nurse mahupun doktor atau kerani yang berada dikaunter pertanyaan semakin terhakis dengan pesakit.mungkin tekanan kerja yang menyebabkan komunikasi yang baik kepada pesakit semakin berkurang.hmmm..tekanan kerja..walla!

p/s: sekarang aku seorang nurse.lagi 5tahun?insyaallah aku nak terus tingkatkan ilmu agar dapat manfaatkan ilmu yang aku ada untuk bantu orang yang memerlukan.nak ambil post basic kemudian sambung degree.kalau boleh nak sambung master ..phd.
*berangan , berimpian tapi tak mustahil jika ada azam yang kuat .semangat yang jitu untuk mencapai cita-cita.=D *






Wednesday, October 12, 2011

usaha itu [dot]

kita perlu berusaha.

tahu tak.kita telah berusaha sejak kita dilahirkan.
lepas je dilahirkan..kita akan berusaha untuk mendapatkan makanan kita iaitu susu ibu.kalau kita malas nak menghisap,menelan susu ibu ..alamatnya ..
susu tak dapat..kita kelaparan..

dari kecil sampai la dah tua bangka..kita terus dan terus berusaha.
kita akan berusaha untuk teruskan kehidupan yang mencabar ni.berusaha untuk mendapatkan result yang terbaik dalam peperiksaan.
berusaha untuk mendapat perhatian.
berusaha untuk nampak cantik walaupun diri tu tak cantik tapi gedik je lebih.
(lalala.aku tengah mengutuk orang yang tak brape cantik tapi bajet cantik + gedik nak tarik perhatian lelaki!)

kita akan berusaha untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik.
kita seolah2 tak pernah puas untuk berusaha dan terus berusaha.
bayangkan jika kita tak pernah berusaha,tak hidup la kita kat dunia serba mencabar ni.
baik dok kat hutan.kawan ngan haiwan.
haiwan pun tahu berusaha demi mencari sesuap makan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.
cuba perhatikan ulat kat dalam batu.walaupun duk dalam batu,still lagi dapat survive untuk meneruskan kelangsungan hidup.

tapi tak semua apa yang kita usahakan tu akan dapat ganjarannya yang setimpal dengan usaha yang kita lakukan.
bayangkan..beria la kita study gila2 bagai nak rak.pulun semua buku yang ada kat library tu sampai tak tidor malam semata-mata berusaha untuk berjaya dalam exam tapi the end..
result yang kita dapat..tak berbaloi.
maka ..hampa dan kecewa la kita.
lalu merasakan apa yang diusahakan sia-sia.tak berbaloi.membuang masa.tenaga.penat.

namun sedarkah apa yang kita usahakan tapi hasilnya hampeh adalah satu nikmat yang jarang kita dapat.

(pala otak lu apa yang wa usahakan tu nikmat.sawan ke apa?)

ok.memang kita akan rasa sakit dengan usaha tanpa hasil yang lumayan tapi tanpa kita sedar ia sebenarnya nikmat yang allah bagi kepada kita untuk kita fikir balik ,analys balik apa kita usahakan tu.mungkin apa yang kita usaha tu bukan hasil yang sepatut kita dapat sebab dari awal usaha kita tu..dah banyak benda yang tak elok kita buat dan fikir.contohnya dalam hati dah niat kita berusaha sebab ganjaran yang kita dapat nanti nak ditunjuk-tunjukkan.haa..kat situ dah timbul perasaan riak.jadi mungkin allah tarik balik ganjaran yang kita bakal dapat tu sebab dari awal lagi niat kita memang dah tak baik.so.fikir2kan la.

dalam kesibukan kita dalam berusaha dan terus berusaha untuk lebih ke hadapan , masih ada lagi manusia yang agak bebal untuk move foward ke hadapan.masih lagi mahu berdiri di step yang lama ,lapuk ,bujanglapok(just merepek) tak nak berganjak.at least berusaha walaupun tak banyak ,try la untuk majukan diri.usaha ..berusaha dan terus berusaha.tak susah sebenarnya untuk berusaha majukan diri.
macam siput babi dalam perlawanan perlumbaan dengan lalat ,langau dan kumbang.walaupun siput babi tu tahu dia yang paling slow namun dengan usaha yang dia ada,dia tetap teruskan perlumbaan itu..siput babi tu gagal untuk menyaingi kehebatan serangga lain tapi dia tidak takut dengan pesaing-pesaingnya.siput babi tu akhirnya dapat menghabiskan perlumbaan tu malah menang kerana lalat,langau dan kumbang terover confident dapat menang dalam perlumbaan tu.
nampak tak ..walau sukar mana pun usaha tu tapi bila kita terus berusaha tanpa takut untuk gagal dan betulkan apa yang kita silap dalam usaha kita yang gagal sebelum ini sambil terus kehadapan maka point akhirnya adalah kajayaan.
p/s: dalam apa jua situasi,elakkan dari over confident!

p/s:
mind block dah.tak boleh nak bagi idea dah.walla!
p/s2:
apa benda la aku merepek ni.kalau faham apa maksud yang tersirat yang terselit disebalik tulisan merepek aku ni..tahniah.give a big claps to urself sebab aku sendiri pun tak tahu apa yang tengah aku merepek ni.lalalala
=D

notakakijalanan:
lari dari topik.tengah2 blogjog ..aku ada terbaca 1 blog ni.dia agak sentap bila ada newbie blogger tegur dia mengenai penulisannya yang bercampur aduk antara bahasa melayu standard dengan bahasa loghat kampung.konon2nya sebab dia dah lama dalam dunia blogging ni maka dengan sedikit lagak angkuh dia mengeluarkan entry yang kononnya dia adalah blogger senior so newbie blogger tak berapa layak nak komen pasal tulisan dia.hmmm..caner tu?
*tepuk dada .ketuk keyboard ,tangan ke bahu mata ke atas.auwww*
walla!gediks doe..(bangang lol aku boleh kuarkan ayat ni.lalala)



Sunday, October 9, 2011

kursus laktasi 2011(orientation week)

mood:lepak depan tv bersama bebudak 1 rumah.


p/s:malas ah nak buat entry pembuka bicara.jari dan otak aku agak kaku nak buat pendahuluan karangan.so aku straight to the point apa yang aku nak merepek.=D

minggu lepas aku baru habis kursus laktasi.kursus ni berkaitan penyusuan susu ibu.walaupun time aku bergelar student dulu ,aku dah didedahkan dengan menda alah ni tapi takdela aku paham sangat.lepas je join kursus ni..dah paham lebih dah.=p

sebenarnya kursus ni diadakan sebab nak dapatkan mata CPD .lagi satu bagi memenuhi polisi bertulis yang terpampang kat dinding PPUM dimana salah satu polisi bertulis tu adalah melibatkan semua staf dengan program penyusuan ibu ni.maklumla PPUM kan dah dapat title HOSPITAL RAKAN BAYI.jadi semua yang berkaitan dengan susu botol,botol susu,puting tiruan DILARANG SAMA SEKALI BERADA DIDALAM KAWASAN HOSPITAL dan semua staf wajib kene tahu apadia polisi penyusuan bayi dan 10 langkah kearah penyusuan berjaya.

secara tak rasminya bila dah hadiri kursus ni..aku dah boleh jadi "kaunselor penyusuan bayi" dimana dengan ilmu pengetahuan yang aku ada,mana2 ibu yang nak dapatkan bantuan mengenai penyusuan bayi boleh je tanya kat aku.lalalala.
p/s:
tapi untuk dapatkan bantuan yang lebih menyeluruh,boleh tanya kat sekretariat penyusuan Pusat Perubatan Universiti Malaya ataupun mana2 klinik kesihatan diseluruh negara atau boleh ke www.nutrition.moh.gov.my

ok.bebalik semula pasal kursus laktasi ni.dalam kursus ni banyak benda yang aku dapat belajar.tapi mesej penting yang aku dapat dari kursus ni..
betapa pentingnya penyusuan susu ibu kepada bayi sebab kebaikan yang ada dalam susu ibu tu baik untuk bayi dan banyak jugak manfaat untuk ibu.penyusuan susu ibu ni perlu dimulakan selepas je bayi dilahirkan dalam tempoh 1jam kelahiran kerana dalam susu ibu pada hari pertama hingga hari ke-3 terdapat colostrum dimana colostrum ni sangat2 baik untuk sistem immune bayi kerana kandungan zat yang terkandung dalam colostrum.

mula2 nak menyusukan baby memang susah.dengan takde pengalaman..dengan kekoknya nak pegang baby..dengan masalah hormon yang tak berapa nak stabil memang akan bagi masalah untuk ibu2 menyusukan bayi hingga ada para ibu give up nak menyusukan bayi tapi bak kata pepatah la..
bersusah dahulu,bersenang kemudian.mula2 memang susah tapi lama2 akan menjadi kebiasaan .susah tapi bila fikirkan kebaikan yang ada pada penyusuan ibu ni..memang berbaloi kesusahan yang dialami.lagipun bila tengok baby hisap susu dari badan sendiri ia akan mengeratkan lagi ikatan ibu dan anak.
tapi kalau tak tahu teknik penyusuan yang betul..memang akan beri kesusahan kepada ibu yang nak menyusukan baby.sebab tu kene tahu teknik yang betul.position semasa nak menyusukan baby pun kene betul.nanti baby tak kenyang ,ibu pulak yang dapat sakit belakang sebab teknik yang tak betul.

posisi untuk ibu semasa menyusukan bayi:
-ibu kenalah duduk dalam kedudukan yang selesa dengan belakang,kaki dan breast disupport .

posisi bayi ketika breastfeeding:
-badan bayi inline
-badan bayi rapat dengan badan ibu dimana bayi dirapatkan ke breat.bukan breast diberikan kepada bayi.
-menyokong bayi iaitu dibahagian kepala,bahu dan untuk bayi baru lahir,selurih badan bayi.
-mengadap bayi kepada breast.

ok.dah tahu teknik yang betul.kita nak tahu pulak attachment penyusuan yang betul.ni bermaksud kita nak tahu baby tu menghisap betul ke tak.

penekapan baby yang betul:
dagu baby menyentuh breast ibu.mulut baby kelihatan membuka dengan besar.
bibir bawah baby kelihat terkeluar/menjuih.
kelihatan areola(tompok hitam breast) bahagian atas lebih banyak kelihatan .

penghisapan susu yang betul:
baby menghisap perlahan, dalam dan kelihatn menelan dan kedengaran bunyi seperti gulp.
pipi baby kelihatan kembung .
baby dalam keadaan tenang dan akan melepaskan puting ibu dengan sendiri.
ibu akan merasa breast kosong dan tidak sakit selepas baby menghisap.

p/s:ketika menyusukan bayi,pastikan ampu breast dengan cara C-shape iaitu ampu bawah breast.ini adalah untuk mengelakkan "block duct" iaitu kesekatan pada duktus yang boleh menyebabkan breast ibu membengkak.

masa aku hadiri kursus ni, staf dari sekretariat penyusuan bagitau kebanyakan ibu taknak menyusukan baby mereka dengan alasan SUSU TAKNAK KELUAR atau SUSU TIADA.
sebenarnya,bukan tiasa susu tapi seperti kita tahu,sistem tubuh badan kita ni sangat unik.
bayangkan betapa banyak hormon yang terdapat dalam badan kita ni tapi hormon yang memainkan peranan penting dalam penyususan ni adalah hormon prolactin dimana hormon ini memainkan peranan dalam penghasilan susu manakala hormon ocytocin pula berperanan mengalirkan susu.semua hormon ni perlu distimulatekan.kalau tak distimulatekan,memang la lame2 susu tak kan dihasilkan.sebab tu kene bagi baby hisap susu supaya penghasilan susu yang optima dapat dihasilkan.sebab tu bila baby nangis sebab lapar..bagi je susu ibu.lagipun baby akan menghisap susu mengikut kehendak baby.ini la dinamakan bresatfeeding ON DEMAND.

untuk ibu berkerjaya,ia juga bukan lagi alasan untuk tidak memberikan susu ibu kerana para ibu boleh melakukan EBM.
apa tu EBM?
EBM tu adalah express breast milk.
susu ibu yang disimpan pada suhu bilik boleh bertahan selama 4jam.susu ibu yang disimpan dalm peti sejuk boleh disimpan selama seminggu manakala susu ibu yang disimpan didalam sejukbeku (frozeen) boleh bertahan selama 3-6bulan.
ala..sekarangkan kebanyakkan pejabat ada menyediakan bilik untuk EBM..jadi tiada alasan lagi untuk tidak memberikan susu ibu secara esklusif kepada baby kan.
p/s:
nak tahu cara EBM ..boleh la tanya incik google.aku malas nak upload gambar cara2 EBM.kih3.ala tak kan semua nak kene suapkan.

ok la.aku rasa dengan sikit maklumat yang aku merepak kat blog merepek aku ni..hopefully bakal2 ibu dan ibu2 yang ada baby baru lahir dapat manfaatnya.

notakakijalanan:
untuk maklumat,apa yang aku tulis kat atas adalah untuk mengikut polisi penyusuan susu ibu dimana polisi tu berbunyi

"setiap ibu digalakkan menyusui ananknya dengan SUSU IBU SAHAJA dari lahir hingga berumur 6bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2tahun.makanan pelengkap pelu dimulakan semasa anak berumur 6bulan"

p/s:
aku kena hadiri kursus ni selama 4hari.selain dari sesi ceramah,aku kena siapkan model breast dan ada ujian mengenai penyusuan susu ibu ni.
untuk buat model berast tu..sambil menjahit aku dah mencarut,membebel dan merungut sebab kena buat model tu.tau2 je la tangan aku ni bukannya reti sangat menjahit dan tahap kesabaran aku semasa menjahit tak la sehebat aku bersabar semasa menjaga pesakit.tapi tak sangka la pulak model breast aku tu menang.hehehe.
untuk exam tu pulak.ada soalan yang menanyakan APAKAH POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA?
semasa pretest aku kosongkan je ruang tu sebab tak tahu.tapi untuk post test..aku jawab sebijik sejibik seperti polisi kat atas tu.miahahaha..jenuh nak menghafal wey..sampai sekarang ayat polisi tu melekat kat kepala otak aku ni.wallla!

p/s2:
rasa macam nak kawin dan cepat2 ada baby je lepas hadiri kursus ni..miahahaha.sape nak kawin ngan aku ni???