Sunday, October 9, 2011

kursus laktasi 2011(orientation week)

mood:lepak depan tv bersama bebudak 1 rumah.


p/s:malas ah nak buat entry pembuka bicara.jari dan otak aku agak kaku nak buat pendahuluan karangan.so aku straight to the point apa yang aku nak merepek.=D

minggu lepas aku baru habis kursus laktasi.kursus ni berkaitan penyusuan susu ibu.walaupun time aku bergelar student dulu ,aku dah didedahkan dengan menda alah ni tapi takdela aku paham sangat.lepas je join kursus ni..dah paham lebih dah.=p

sebenarnya kursus ni diadakan sebab nak dapatkan mata CPD .lagi satu bagi memenuhi polisi bertulis yang terpampang kat dinding PPUM dimana salah satu polisi bertulis tu adalah melibatkan semua staf dengan program penyusuan ibu ni.maklumla PPUM kan dah dapat title HOSPITAL RAKAN BAYI.jadi semua yang berkaitan dengan susu botol,botol susu,puting tiruan DILARANG SAMA SEKALI BERADA DIDALAM KAWASAN HOSPITAL dan semua staf wajib kene tahu apadia polisi penyusuan bayi dan 10 langkah kearah penyusuan berjaya.

secara tak rasminya bila dah hadiri kursus ni..aku dah boleh jadi "kaunselor penyusuan bayi" dimana dengan ilmu pengetahuan yang aku ada,mana2 ibu yang nak dapatkan bantuan mengenai penyusuan bayi boleh je tanya kat aku.lalalala.
p/s:
tapi untuk dapatkan bantuan yang lebih menyeluruh,boleh tanya kat sekretariat penyusuan Pusat Perubatan Universiti Malaya ataupun mana2 klinik kesihatan diseluruh negara atau boleh ke www.nutrition.moh.gov.my

ok.bebalik semula pasal kursus laktasi ni.dalam kursus ni banyak benda yang aku dapat belajar.tapi mesej penting yang aku dapat dari kursus ni..
betapa pentingnya penyusuan susu ibu kepada bayi sebab kebaikan yang ada dalam susu ibu tu baik untuk bayi dan banyak jugak manfaat untuk ibu.penyusuan susu ibu ni perlu dimulakan selepas je bayi dilahirkan dalam tempoh 1jam kelahiran kerana dalam susu ibu pada hari pertama hingga hari ke-3 terdapat colostrum dimana colostrum ni sangat2 baik untuk sistem immune bayi kerana kandungan zat yang terkandung dalam colostrum.

mula2 nak menyusukan baby memang susah.dengan takde pengalaman..dengan kekoknya nak pegang baby..dengan masalah hormon yang tak berapa nak stabil memang akan bagi masalah untuk ibu2 menyusukan bayi hingga ada para ibu give up nak menyusukan bayi tapi bak kata pepatah la..
bersusah dahulu,bersenang kemudian.mula2 memang susah tapi lama2 akan menjadi kebiasaan .susah tapi bila fikirkan kebaikan yang ada pada penyusuan ibu ni..memang berbaloi kesusahan yang dialami.lagipun bila tengok baby hisap susu dari badan sendiri ia akan mengeratkan lagi ikatan ibu dan anak.
tapi kalau tak tahu teknik penyusuan yang betul..memang akan beri kesusahan kepada ibu yang nak menyusukan baby.sebab tu kene tahu teknik yang betul.position semasa nak menyusukan baby pun kene betul.nanti baby tak kenyang ,ibu pulak yang dapat sakit belakang sebab teknik yang tak betul.

posisi untuk ibu semasa menyusukan bayi:
-ibu kenalah duduk dalam kedudukan yang selesa dengan belakang,kaki dan breast disupport .

posisi bayi ketika breastfeeding:
-badan bayi inline
-badan bayi rapat dengan badan ibu dimana bayi dirapatkan ke breat.bukan breast diberikan kepada bayi.
-menyokong bayi iaitu dibahagian kepala,bahu dan untuk bayi baru lahir,selurih badan bayi.
-mengadap bayi kepada breast.

ok.dah tahu teknik yang betul.kita nak tahu pulak attachment penyusuan yang betul.ni bermaksud kita nak tahu baby tu menghisap betul ke tak.

penekapan baby yang betul:
dagu baby menyentuh breast ibu.mulut baby kelihatan membuka dengan besar.
bibir bawah baby kelihat terkeluar/menjuih.
kelihatan areola(tompok hitam breast) bahagian atas lebih banyak kelihatan .

penghisapan susu yang betul:
baby menghisap perlahan, dalam dan kelihatn menelan dan kedengaran bunyi seperti gulp.
pipi baby kelihatan kembung .
baby dalam keadaan tenang dan akan melepaskan puting ibu dengan sendiri.
ibu akan merasa breast kosong dan tidak sakit selepas baby menghisap.

p/s:ketika menyusukan bayi,pastikan ampu breast dengan cara C-shape iaitu ampu bawah breast.ini adalah untuk mengelakkan "block duct" iaitu kesekatan pada duktus yang boleh menyebabkan breast ibu membengkak.

masa aku hadiri kursus ni, staf dari sekretariat penyusuan bagitau kebanyakan ibu taknak menyusukan baby mereka dengan alasan SUSU TAKNAK KELUAR atau SUSU TIADA.
sebenarnya,bukan tiasa susu tapi seperti kita tahu,sistem tubuh badan kita ni sangat unik.
bayangkan betapa banyak hormon yang terdapat dalam badan kita ni tapi hormon yang memainkan peranan penting dalam penyususan ni adalah hormon prolactin dimana hormon ini memainkan peranan dalam penghasilan susu manakala hormon ocytocin pula berperanan mengalirkan susu.semua hormon ni perlu distimulatekan.kalau tak distimulatekan,memang la lame2 susu tak kan dihasilkan.sebab tu kene bagi baby hisap susu supaya penghasilan susu yang optima dapat dihasilkan.sebab tu bila baby nangis sebab lapar..bagi je susu ibu.lagipun baby akan menghisap susu mengikut kehendak baby.ini la dinamakan bresatfeeding ON DEMAND.

untuk ibu berkerjaya,ia juga bukan lagi alasan untuk tidak memberikan susu ibu kerana para ibu boleh melakukan EBM.
apa tu EBM?
EBM tu adalah express breast milk.
susu ibu yang disimpan pada suhu bilik boleh bertahan selama 4jam.susu ibu yang disimpan dalm peti sejuk boleh disimpan selama seminggu manakala susu ibu yang disimpan didalam sejukbeku (frozeen) boleh bertahan selama 3-6bulan.
ala..sekarangkan kebanyakkan pejabat ada menyediakan bilik untuk EBM..jadi tiada alasan lagi untuk tidak memberikan susu ibu secara esklusif kepada baby kan.
p/s:
nak tahu cara EBM ..boleh la tanya incik google.aku malas nak upload gambar cara2 EBM.kih3.ala tak kan semua nak kene suapkan.

ok la.aku rasa dengan sikit maklumat yang aku merepak kat blog merepek aku ni..hopefully bakal2 ibu dan ibu2 yang ada baby baru lahir dapat manfaatnya.

notakakijalanan:
untuk maklumat,apa yang aku tulis kat atas adalah untuk mengikut polisi penyusuan susu ibu dimana polisi tu berbunyi

"setiap ibu digalakkan menyusui ananknya dengan SUSU IBU SAHAJA dari lahir hingga berumur 6bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2tahun.makanan pelengkap pelu dimulakan semasa anak berumur 6bulan"

p/s:
aku kena hadiri kursus ni selama 4hari.selain dari sesi ceramah,aku kena siapkan model breast dan ada ujian mengenai penyusuan susu ibu ni.
untuk buat model berast tu..sambil menjahit aku dah mencarut,membebel dan merungut sebab kena buat model tu.tau2 je la tangan aku ni bukannya reti sangat menjahit dan tahap kesabaran aku semasa menjahit tak la sehebat aku bersabar semasa menjaga pesakit.tapi tak sangka la pulak model breast aku tu menang.hehehe.
untuk exam tu pulak.ada soalan yang menanyakan APAKAH POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA?
semasa pretest aku kosongkan je ruang tu sebab tak tahu.tapi untuk post test..aku jawab sebijik sejibik seperti polisi kat atas tu.miahahaha..jenuh nak menghafal wey..sampai sekarang ayat polisi tu melekat kat kepala otak aku ni.wallla!

p/s2:
rasa macam nak kawin dan cepat2 ada baby je lepas hadiri kursus ni..miahahaha.sape nak kawin ngan aku ni???















4 orang tengoh nopak caktingcakting :

  1. Unknown said...

    UUuUUuuUUu.. susu ibu???? UuuUuuUUuUU~~~~


    apsal pupil mata mengembang dan tekun membaca blog ko ni?

    UuUuuuu~~~~


    ko nak kawen?? UuuUuu~~~

  2. Unknown said...

    zul:
    aku nak kawin tapi tak tahu nak kawin ngan sape..caner ni??uuuu..
    miahaha..=p

  3. Lizz said...

    aku baru nak tanya, kursus apa tu pelik je bunyi.hahahahha!! owh macam tu rupanya kursusnyer

  4. Unknown said...

    lizz:
    hahaha..bila ditukarkan ke bahasa melayu..bunyinya memang pelik..tapi siyes..memang tu la nama kursus tu..