Wednesday, October 12, 2011

usaha itu [dot]

kita perlu berusaha.

tahu tak.kita telah berusaha sejak kita dilahirkan.
lepas je dilahirkan..kita akan berusaha untuk mendapatkan makanan kita iaitu susu ibu.kalau kita malas nak menghisap,menelan susu ibu ..alamatnya ..
susu tak dapat..kita kelaparan..

dari kecil sampai la dah tua bangka..kita terus dan terus berusaha.
kita akan berusaha untuk teruskan kehidupan yang mencabar ni.berusaha untuk mendapatkan result yang terbaik dalam peperiksaan.
berusaha untuk mendapat perhatian.
berusaha untuk nampak cantik walaupun diri tu tak cantik tapi gedik je lebih.
(lalala.aku tengah mengutuk orang yang tak brape cantik tapi bajet cantik + gedik nak tarik perhatian lelaki!)

kita akan berusaha untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik.
kita seolah2 tak pernah puas untuk berusaha dan terus berusaha.
bayangkan jika kita tak pernah berusaha,tak hidup la kita kat dunia serba mencabar ni.
baik dok kat hutan.kawan ngan haiwan.
haiwan pun tahu berusaha demi mencari sesuap makan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.
cuba perhatikan ulat kat dalam batu.walaupun duk dalam batu,still lagi dapat survive untuk meneruskan kelangsungan hidup.

tapi tak semua apa yang kita usahakan tu akan dapat ganjarannya yang setimpal dengan usaha yang kita lakukan.
bayangkan..beria la kita study gila2 bagai nak rak.pulun semua buku yang ada kat library tu sampai tak tidor malam semata-mata berusaha untuk berjaya dalam exam tapi the end..
result yang kita dapat..tak berbaloi.
maka ..hampa dan kecewa la kita.
lalu merasakan apa yang diusahakan sia-sia.tak berbaloi.membuang masa.tenaga.penat.

namun sedarkah apa yang kita usahakan tapi hasilnya hampeh adalah satu nikmat yang jarang kita dapat.

(pala otak lu apa yang wa usahakan tu nikmat.sawan ke apa?)

ok.memang kita akan rasa sakit dengan usaha tanpa hasil yang lumayan tapi tanpa kita sedar ia sebenarnya nikmat yang allah bagi kepada kita untuk kita fikir balik ,analys balik apa kita usahakan tu.mungkin apa yang kita usaha tu bukan hasil yang sepatut kita dapat sebab dari awal usaha kita tu..dah banyak benda yang tak elok kita buat dan fikir.contohnya dalam hati dah niat kita berusaha sebab ganjaran yang kita dapat nanti nak ditunjuk-tunjukkan.haa..kat situ dah timbul perasaan riak.jadi mungkin allah tarik balik ganjaran yang kita bakal dapat tu sebab dari awal lagi niat kita memang dah tak baik.so.fikir2kan la.

dalam kesibukan kita dalam berusaha dan terus berusaha untuk lebih ke hadapan , masih ada lagi manusia yang agak bebal untuk move foward ke hadapan.masih lagi mahu berdiri di step yang lama ,lapuk ,bujanglapok(just merepek) tak nak berganjak.at least berusaha walaupun tak banyak ,try la untuk majukan diri.usaha ..berusaha dan terus berusaha.tak susah sebenarnya untuk berusaha majukan diri.
macam siput babi dalam perlawanan perlumbaan dengan lalat ,langau dan kumbang.walaupun siput babi tu tahu dia yang paling slow namun dengan usaha yang dia ada,dia tetap teruskan perlumbaan itu..siput babi tu gagal untuk menyaingi kehebatan serangga lain tapi dia tidak takut dengan pesaing-pesaingnya.siput babi tu akhirnya dapat menghabiskan perlumbaan tu malah menang kerana lalat,langau dan kumbang terover confident dapat menang dalam perlumbaan tu.
nampak tak ..walau sukar mana pun usaha tu tapi bila kita terus berusaha tanpa takut untuk gagal dan betulkan apa yang kita silap dalam usaha kita yang gagal sebelum ini sambil terus kehadapan maka point akhirnya adalah kajayaan.
p/s: dalam apa jua situasi,elakkan dari over confident!

p/s:
mind block dah.tak boleh nak bagi idea dah.walla!
p/s2:
apa benda la aku merepek ni.kalau faham apa maksud yang tersirat yang terselit disebalik tulisan merepek aku ni..tahniah.give a big claps to urself sebab aku sendiri pun tak tahu apa yang tengah aku merepek ni.lalalala
=D

notakakijalanan:
lari dari topik.tengah2 blogjog ..aku ada terbaca 1 blog ni.dia agak sentap bila ada newbie blogger tegur dia mengenai penulisannya yang bercampur aduk antara bahasa melayu standard dengan bahasa loghat kampung.konon2nya sebab dia dah lama dalam dunia blogging ni maka dengan sedikit lagak angkuh dia mengeluarkan entry yang kononnya dia adalah blogger senior so newbie blogger tak berapa layak nak komen pasal tulisan dia.hmmm..caner tu?
*tepuk dada .ketuk keyboard ,tangan ke bahu mata ke atas.auwww*
walla!gediks doe..(bangang lol aku boleh kuarkan ayat ni.lalala)



3 orang tengoh nopak caktingcakting :

  1. Lizz said...

    biarkan je dengan blogger tu, dia bukan masalah kita.jadi,jangan ambil pusing perkara remeh temeh tu. kita ada tanggungjawab lebih besar iaitu usaha majukan diri sendiri.kikikiki

  2. Unknown said...

    ko baik kannn?? meh share link blog senior mana tu???


    ko kena minda terblok jugak ke?


    P/s try buat perenggan leh tak? tu je, lain dah ok...

    p/s bukan main banyak p/s ko ye, panjang2 lak tu.. tah spesis sape la ngikut nih

  3. Unknown said...

    lizz:
    makan karipap pusing lagi best ..
    haha

    tetiba je nk amek kisah pasal blogger lain..terlebih concern kot..hahaha..

    zul:
    hahaha..tak tahu la ikut spesis mana ni..tetiba je jadi cm gtu..hahaha

    tens zul sbb bagi komen membina pasal p/s..nanti akan diimprovekan lagi cara2 penulisan yang kemas dan teratur.

    p/s:tulis dalam gelap gitu la jdnya..xnampak space langkau..kikiki..