Sunday, October 30, 2011

ragam bila di stesen komuter KTM

banyak benda aku nak merepek malam ni tapi....

tapi...
tapi.
ok..cukupla 3 tapi tu.kang tak pasal2 aku kene jampi kang.lalalala

sebelum tu tahniah buat skuad Hobeng Jang Hobeng kerana telah memenangi Piala Malaysia bagi musim 2011 ni.buat skuad terengganu"Peteh Ganu Peteh"..tahun depan cuba lagi.
p/s:aku sedih bukan sebab pasukan negeri aku kalah tapi aku sedih sebab tak dapat tengok perlawanan bola tu sama ada kat stadium mahupun kat telebesen(tv).yang aku sempat tengok time penjaga masa dah angkat board masa untuk masa tambahan 5minit".ohoi.

bebalik pasal dasar sebenar aku nak berentry hari ni atau lebih tepat awal pagi ahad yang syahdu.
kalau tunggu bas ke ,tren ke,lrt ke..mesti kita suka usha orang disekeliling kita kan.

aku memang suka tengok gelagat manusia nak2 masa tengah tunggu tren KTM yang lembap macam siput babi tu.
biasa kalau aku ada cuti 2hari..dah jadi habit aku balik rumah along .rumah along aku kat Pajam.jadi nak pergi sana , aku kena naik tren KTM yang lembab macam siput babi tu .bese aku naik tren KTN tu kat Stesen Midvalley.Midvalley.mane pernah sunyi dengan manusia.lagi2 time hujung minggu.fulamakkk.
cayalah.memang sape2 yang naik tren kat situ..boleh mati sardin .

tadi tengah tunggu tren KTM yang lembab macam siput babi tu(aku tunggu tren dari pukul 7mlm ,akhirnya hampir pukul 10mlm baru aku dapat masuk ke perut tren KTM ) macam2 ragam orang aku tengok.tapi ada 1,2 adegan yang bagi aku agak overacted la.apa ragam orang yang aku tengok tu.jom.kita tengok checklist ni:

1.ragam orang bercouple
yang ni,,memang bersepah la aku boleh tengok masa tengah tunggu tren kat Stesen Midvalley tu.lagi2 kalau hujung minggu.ada awek tolong betol kan rambut balak diorang.ada yang bergurau senda.ada yang beraksi macam la diorang couple "last in the world".mana tak last in the worlnya..bajet macam kat stesen ktm tu depa 2 ekoq ja.orang sekeliling depa ni patung batu,patung gangsa kot.boleh plak peluk sakan.adoiya.tempat awam tu.agak2 la wey.

2.ragam manusia frust tunggu tren KTM lembab mcm siput babi yang tak kunjung tiba.
yang jelas lagi nyata muka dah ala2 toye + menyampah+bosan-heppy giler=macam nak mencarut je sebab kene tunggu bejam2 tapi tren haram takde.

3.ragam budak2 kolej/universiti.
yang ni aku agak2 tak dari UPM mesti UKM dan kolej2 yang ada sekitar laluan tren KTM yang lembab macam siput babi tu.pakaian diorang ala2 fesyen2 budak2 sekarang.menutup aurat tapi ketat semacam.tudung ala2 Hana Tajima takpun tudung berambuberambai.ala senang citer..kalau tgok pakaian diorang dah tau dah ni misti budak2 masih blajar lagi.(menurut First Impresssion kita berdasarkan pada pandangan pertama.eh ayat mcm sama je .ah.lantak)
diorang ni kumpul 1 kumpulan pastu buat2 kecoh sikit.kalau ada mamat2 hesem..lagi la buat2 kecoh atau molek aku katakan lebih kearah mengGEDIKs.lalala.

4.ragam orang yang tak hiraukan suasana sekeliling.
yang ni senang je .jenis macam ni lebih suka menghadap bahan bacaan ,kat telinga tersangkut headphone besaq gedabak takpon earphone.memang tak ambik pusing langsung la pasal sekeliling.tekun bebenor.agak2 kalau cicak mati kene lenyek ngan tren pon takde sape perasan kan.
p/s:waklu.agak2 la wey.cicak tu besar mana la.kalau jatuh kat laluan tren tu,memang takda sapa yang perasan pon.apoda.melainkan kalau cicak tu betol2 jatuh depan cermin pengcontrol tren tu.mau tekejut cicak pakcik tu.lalala.=p

5.ragam terover.
ragam ni baru aku tengok tadi.ada la 1 pasangan couple ni.si awek seorang yang bagi aku boleh tahan la.freehair.pakai baju yang leher baju kalau boleh 2kepala boleh muat.kalau terlondeh.jelas lagi nyata memang nampak la tali bra ke tali spageti.
si balak.ntah la.caring la konon2nya kat awek.
kenapa aku kata caring sebab seperti yang aku mention kat atas.baju si awek ni jenis leher seluas alam.bukan baju leher jenis bulat mahupun jenis 'V'.apa lagi melondeh aje la baju si awek ni sampai nampak la tali bra warna pink cerah dan spageti warna pink gelap sikit.pastu si balak ni pon tolong la tarik baju si awek ,tutup tali bra yang nampak tu.nampak macam baik je tolong cover tapi asyik dok peluk segala bagai tu pekebenda.untuk makluman .si awek dan si balak ni adalah orang melayu.
huh..buat malu je.tempat awam plak tu.sungguh tak senonoh.
p/s:adab dan moral masyarakat kita dah hilang ke?mana pergi adab sopan dan jaga maruah sebagi orang melayu dan sebagai seorang islam.malu la wey.

dah cukup la banyak tu aku bagi list pasal ragam magam ni.antara banyak2 list kat atas ..aku suka buat aksi ragam no2 tu.miahahaha.
bosan doe tgu sesuatu yang tak pasti bila nak tiba.korang kalau tunggu bas ke,tunggu lrt ke,ktm lembab macam siput babi..apa yang korang suka buat?

p/s:
dah ngatuk tahap baben ning.mata terbukak luas lagi tapi otak aku dah tido.aku sangat2 letih.

p/s:
terengganu kalah.apa boleh buat.sudah suratan.ramai yang bersorak terengganu kalah.nak2 negeri sebelah terengganu tu yang mana negeri dia hanya mampu main sampai suku akhir je tapi geban macam diorang lak yang menang PM.gilameroyan kot.kalau baca page2 diorang kat FB tu memang sakit hati je.
lagi berita..menurut berita FB:ada pergaduhan antara fan penyu ngan fan rusa .kesnya dari ejek mengejek pastu bakar bendera negeri pastu ada aksi tikam menikam.hmmm..berita ni sahih atau tidak.tgu je la berita terkini dari saluran berita yang betul.jangan caya bulat2.selidik mana betul.mana salah.kalau tak,jadilah sharing is caring dlm fb pasal info tah pape lagi2 kalau bab agama dan politik.

alamak..terpanjang plak ps kali ni.hehehe.k ar.nak tido lu.wasallamu.

5 orang tengoh nopak caktingcakting :

  1. Unknown said...

    gi tdo la Pjah... haha

  2. Ibu Yusuf Maryam said...

    Cik misi, bila nak naik komuter dtg shah alam. nak suruh ambik hantar pun boleh juga.. :D

  3. Unknown said...

    zul:
    dah tido..bagun balik ni..hehehe

    kak zefa:
    insyaallah..akan sampai sana..tengah mencari2 cuti ni..
    boleh je..hehehe..ktm sebelah rumah je..=D

  4. Lizz said...

    ragam orang bercouple paling aku sangap nak pandang.hahahaha!!! if sikit2 gurau senda ok lagi tapi jenis meleset kat badan.grrrr

  5. Unknown said...

    lizz:
    hahaha..yang jenis tu..mau dapat dosa kering je..mau tak dapat dosa kering..asyik sumpah seranah ragam depa dalam hati..=p