Saturday, October 15, 2011

basic life support (BLS)

sekarang sedang online menggunakan wifi jiran sebelah..sebelah..sebelah rumah.maknanya disini..tuan punya wifi DARLINK(bukan nama sebenar) sudi berkongsi line internetnya dengan jiran2 yang lain walaupun aku tak tahupun sape tuan punye DARLINK ni.terima kasih DARLINK.

hehehe

ok.sekian mukadimah bagaimana aku dapat dapat mengakses internet malam ini.cerita sebenar yang aku nak berkongsi sekarang adalah pasal kursus yang aku hadiri dalam minggu ni.seperti sedia maklum.aku kan dalam mood orientasi lagi, jadi dalam minggu orientasi ni, pihak jawatankuasa perkembangan jururawat telah menyelitkan kursus2 supaya kami (jururawat yang baru masuk keje) dapat kumpul point cpd.lalala

entry lepas aku dah ceritakan yang aku kene hadiri kursus laktasi kan.minggu ni aku kene hadiri 2 kursus iaitu KURSUS KEBAKARAN dan KURSUS BASIC LIFE SUPPORT dan 1 BENGKEL COMMUNICATION.
boleh katakan minggu ni jadual padat dan amat memenatkan.lagi penat bila balik kene berebut bas dengan makcik2 indon.

p/s: makcik2 indon ni bagi aku sangat2 kurang ajar .dah la suka berebut,pastu tak menyabor.pastu tak reti bahasa kot.boleh je biarkan orang tua berdiri tanpa perasaan bersalah,boleh plak dia relex je duduk tido kat seat yang memang khas untuk golongan tua,wanita mengandung,oku dan wanita yang membawa kanak2.lagi 1 nk kata bodoh..ada akal boleh pikir.bas yang dah sedia penuh tersumbat pun ada hati lagi nak masuk jugak.tersempit aku.dan memang tergeliat pinggang aku terselit antara penumpang2 yang pelbagai saiz tu.
alamak..terpanjang plak p/s aku..kikiki

bebalik semula mengenai kursus yang aku sertai tu.first sekali kursus BASIC LIFE SUPPORT(BLS).kursus ni diadakan selama 2 hari.dalam kursus ni diajar tentang apa itu BLS.BLS ni adalah berkaitan dengan pertolongan cemas.ala senang citer CPR (cardiopulmonary resuscitation).walaupun masa student memang dikira aku dalam medical line tapi aku agak mangkuk dalam CPR ni.aku memang tak paham macam mana nak kira cycle ,berapa kali nak blow..tapi lepas je aku join kursus ni..alhamdulillah..ilmu aku makin bertambah dan aku boleh topup balik ilmu2 aku yang dah agak2 tinggal separuh je dari ingatan aku ni.
untuk makluman,BLS adalah basic sahaja dimana aku diajar cara2 CPR yang betul dan untuk makluman juga CPR yang latest yang dikeluarkan oleh AMERICAN HEART ASSOCIATION mengikut 2010 AHA Guidelines adalah mengunakan DR CAP iaitu

D = danger
pastikan mangsa jauh dari kawasan yang berbahaya dan letakkan mangsa ditempat yang rata dan keras.

R = response
cuba kejutkan mangsa dengan memanggil mangsa

C = chest compression
berikan chest compression 30:2 dimana dengan memberikan tekanan sebanyak 30kali diikuti memberi 2 pernafasan sebanyak 5cycle.jika masih lagi tiada denyutan nadi pada carotid pulse,teruskan memberi chest compression.

A = airway
dongakkan sedikit kepala mangsa dan perhatikan pernafasan mangsa.dengar pernafasan mangsa sambil perhatikan pergerakan dada mangsa.jika masih lagi tiada pernafasan,berikan bantuan pernafasan setiap 5saat dimana dalam 1minit mangsa akan mendapat 12 bantuan pernafasan.

R = respiration
perhatikan pernafasan mangsa

lebih kurang macam ni la

1. CALL

Check the victim for unresponsiveness. If the person is not responsive and not breathing or not breathing normally. Call 911 and return to the victim. In most locations the emergency dispatcher can assist you with CPR instructions.

2. PUMP

If the victim is still not breathing normally, coughing or moving, begin chest compressions. Push down in the center of the chest 2 inches 30 times. Pump hard and fast at the rate of at least 100/minute, faster than once per second.


3. BLOW

Tilt the head back and lift the chin. Pinch nose and cover the mouth with yours and blow until you see the chest rise. Give 2 breaths. Each breath should take 1 second.

CONTINUE WITH 30 PUMPS AND 2 BREATHS UNTIL HELP ARRIVES
NOTE: This ratio is the same for one-person & two-person CPR. In two-person CPR the person pumping the chest stops while the other gives mouth-to-mouth breathing.

source: http://depts.washington.edu

yang aku belajar ni merupakan 2010 AHA Guidelines tapi bagi sesiapa yang belajar 2005 AHA Guidelines, ia sedikit berbeza dimana 2005 AHA Guidelines lebih menekankan DR ABC iaitu AIRWAY lebih diberi perhatian berbanding dengan CHEST COMPRESSION.tapi mana2 pun adalah sama.kedua2 cara CPR ni adalah untuk menyelamatkan mangsa .

bila masa kita perlu guna CPR?
waktu yang paling afdal untuk guna CPR ni bila kita periksa mangsa yang tidak sedarkan diri dan bila tiada pergerakan pernafasan dan denyutan nadi.kita perlu cepat2 bagi cpr kerana kelambatan memberi cpr boleh menjejaskan proses penghantaran oksigen ke otak dimana boleh menyebabkan kerosakan pada otak iaitu kekurangan oksigen dalam otak atau nama lainnya encephelopathy.

bila CPR boleh dihentikan?
cpr boleh dihentikan bila mangsa sudah ada respon.bila kita check nadi ngan pernafasan dia.ada nadi dan pernafasan.
bila seseorang yang tahu cpr memberitahu dia boleh lakukan cpr dan kemudian take over dari kita.
bila pasukan penyelamat sampai.
dan terakhir , bila kita sebagai penyelamat dah penat buat cpr.
*sapa cakap buat cpr tak penat..penat wooo*

sepanjang 2hari ni,banyak info yang aku dapat tahu dan baru tahu.contohnya selain dari BSL.ada lagi Advanced Cardic Life Support(ACLS) dan jugak Paediatric Advanced Life Support(PALS).ACLS dan PALS mungkin untuk orang awam agak kurang untuk dipelajari tapi bagi sesiapa yang berada dalam medical line ,bagi aku amat2 digalakkan untuk mempelajarinya.insyaallah,jika berpeluang,aku nak join kursus untuk ACLS dan PALS ni.

p/s:pasal kursus BLS pun dah panjang berjela2..caner nak tulis pengalaman aku time join kursus kebakaran ni..napok gayenye next..next..entry la aku tulis.tu pun kalo ingat..hehehe

notakakijalan:
orientation week bakal melabuh tirai minggu depan.ini juga bermakna aku bakal bekerja kat ward.aku dapat posting kat ward nefrology.ward yang agak mencabar jugak la bagi aku.
sister2 dan matron yan incharge orientasi ni banyak beri nasihat yang berguna untuk aku dan kawan2 supaya dapat jadi seorang nurse yang berpengetahuan,berskill dan yang paling penting attitude kena baik.
tadi masa bengkel communication..aku dan kawan2 didedahkan bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik kerana sekarang komunikasi antara nurse mahupun doktor atau kerani yang berada dikaunter pertanyaan semakin terhakis dengan pesakit.mungkin tekanan kerja yang menyebabkan komunikasi yang baik kepada pesakit semakin berkurang.hmmm..tekanan kerja..walla!

p/s: sekarang aku seorang nurse.lagi 5tahun?insyaallah aku nak terus tingkatkan ilmu agar dapat manfaatkan ilmu yang aku ada untuk bantu orang yang memerlukan.nak ambil post basic kemudian sambung degree.kalau boleh nak sambung master ..phd.
*berangan , berimpian tapi tak mustahil jika ada azam yang kuat .semangat yang jitu untuk mencapai cita-cita.=D *






3 orang tengoh nopak caktingcakting :

  1. Ibu Yusuf Maryam said...

    Mudah2han impian itu akan jadi kenyataan.. amin.

    Ps: kami pun kongsi line dgn jiran2 masa guna stremyx.. tak letak pasword pun.. tp sekarang abang lan dah potong.. :-(

  2. Lizz said...

    kesian empunya DARLINK tu tak tahu nak set password wifi dia. apakata sebagai jiran yg prihatin tlg ajar.hahahahaha.

  3. Unknown said...

    kak zefa:
    amin.mudaha-mudahan..

    kalau intenet digunakan dengan baik..banyak manfaatnya..=)

    lizz:
    tak leh ajar lizz..nanti jiran2 lain xdapat manfaat..lagipun rasa2nya tuan punya DARLINK memang nk share wifi dengan jiran2 dia yang agak malas nak bayar bil boband ni..hehehehe