Wednesday, July 27, 2011

belajar dari kesilapan

first day aku keje hari ni.
temporary full time..maknenye dalm masa 2bulan ag..aku akan blah dr keje sekarang.
aku keje ape ek..
ala keje bese2 je.
korang kalau belidanblah shoping..kopem korang akan bayar kat tukang cuci  cashier.
haa..tu la keje aku sekarang.

sape cakap keje jadi cashier senang?
sila tembak perut anda .

bagi aku..

cashier ni susah maa..
kalo duit shock..mane nk ganti.stakat singgit dua..no hal la.
ace 2 3 ratus..kontang sparuh gaji kot.

aku tengok senior cahier tu laju je tekan tu tekan ni.
aku?
aku lembap lagi lor.
mau plak hujung bulan ni.semua orang baru kuar gaji.
lagi lembap la aku ..lalalala.
tapi tak pe..slow2..awal2 memang blur.banyak buat silap.
sape yang tak pernah buat silap.
dari kesilapan tu la kita akan belajar sesuatu yang amat bermakna.
dari kesilapan tu..ia boleh mengubah segala2nya.

notakakijalanan:
tadi aku like page ni kat facebook.bleh tukar tulisan dri kale itam ke biru.
tak caye try la.=p

p/s:
dengar citer budak nursing KKM masuk kerja bulan 8 ni.budak nursing PPUM ade cakap bulan 10.ada cakap lepas raye.tapi yang latest dengar bulan 8 gak.alahai.awalnya.

Monday, July 25, 2011

bila blog menjadi isu

Blog, facebook bukan kewartawanan sebenar


TIDAK ramai yang mengenali Amizudin Ahmat sebelum ini. Dia sekadar penulis blog yang tulisannya kurang mendapat perhatian umum. Tetapi gara-gara ‘laporan’ yang dimuatkan dalam blognya, dia akhirnya disebut dan ada yang mempercayai kebenarannya.

Bagaimanapun, pengendali laman sharpshooterblogger.blogspot.com yang diheret ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa akur kepada kebenaran fakta. Dalam bidang kewartawanan, ketepatan dan kesahihan fakta bakal menentukan kewibawaan sesebuah berita dan rencana. Hal ini yang membezakan kewartawanan sebenar dengan penulis blog, portal berita dan catatan di facebook.
Tradisi kewartawanan yang ada di media arus perdana dan stesen penyiaran berdasarkan fakta dan etika, berbeza tulisan di laman web dan blog yang boleh menulis apa saja, termasuk menuduh seseorang melakukan perbuatan rogol atau bunuh tanpa sebarang bukti.

selanjutnya baca di bharianonline

wee..rajin bebenor plak aku nak menghupdatekan berita dari akhbar2 ni.=p

moral of the story:
sebelum nak tulis apa2 yang berkaitan dengan isu sensitif..fikir2kan lah dulu.
lagipun kalau nak jadikan blog ni sebagai cabang bidang kewartawanan.biar la ada ilmu mengenai kewartawanan.
agak2 nak perasan jadi wartawan dan nak hentam sesuatu institusi mahupun kerajaan atau individu yang berprofil tinggi..
fikir-fikirkan lah dahulu.
sesal kemudian tiada guna.

sekian.

notakakijalanan:
entry ni agak2 dalam mood serius ke mood separuh merepek?
=p

Saturday, July 23, 2011

puasa dan aku

bulan 7 ni banyak sungguh entry yang aku keluarkan.ada tu sampai 1hari 2 entry.

ni nak menunjukkan batapa freenya aku dibulan 7 ni.miahahaha(ketawa sinis)

dah nak masuk bulan 8 lagi seminggu dan secara amnya bulan ramadhan akan menjelma dan secara kasarnya lagi 1bulan kita nak raya.dan aku dah nak keje bulan 8 ni.lalala.

p/a:akak2..adik2..dah abis ganti pose ke belum?aku belum..LOL!

baiklah.sebelum bulan 8 ni aku membizikan diri aku dengan kerja ..aku nak citer pengalaman puasa dibulan ramadahan selama 1bulan.
budak2 kalau time pose misti semangat je tapi dah masuk tengahari lemau aje.muka pun dah kusut misai.
time sahur taknak bangun.kalau bangun ,tu pun lepas puas kene gerak.bangun la si kecik ni lalu mencubit nasi yang dihadapan mata sedikit demi sedikit.walaupun lauk pauk boleh dikatakan best.uihh..langsung tak membuka jiwa nak melantak apetah lagi kalau lauk tu ayam goreng.makanan kegemaran.
tapi bila dah masuk tengahari..pergi dapur ..tengok ayam goreng tu masih lagi terpacak kat atas meja..mau meleleh ayaq liur.dalam hati dok berkata2 "nyesalnya tak makan time sahur tadi".

time bulan pose ke tak pose ..main tetap main.lagi2 kalau hari cuti minggu.dari pagi sampai la ke petang.main aci nyorok la.mandi sungai la.lagi best.main bola sepak.siap buat league sendiri tu.
tapi bulan pose mandi sungai takboleh.mak cakap nanti batal pose.minum air sungai.main bola pon sampai tengahari je.sbb dah penat.petang2 main yang ringan2 je.main guli.
lepas asar ikut ayah pergi bazar ramadhan.seronok woo..
dah dekat2 nk buka pose tolong mak siap2 kan juadah pose.ayaq liur meleleh tahap tak hengat la tengok makanan tu.terasa lambat bebenor nak buka pose.

azan dah berkumandang.first yang dicapai.air.tak cukup 1 gelas.tambah lagi 1 gelas.perut pon dah kembong ngan air.bila kene tegur..baru stop minum.yela.dah minum air banyak2 nanti makannya tak habis.

dah siap sumer.ikut mak g masjid.solat terawih.tapi nak ikut full mcm tok imam tak larat.buat yang termampu je.lepas tu join bebudak lain main2 kat belakang masjid.tapi main yang sopan2 la.time tu tengah gila main batu seremban.budak pepuan kan.takkan nak join budak laki main kat depan masjid tu.mau kene cubit ngan mak aku kang.

dekat dah nak raya tu..main bunga api la.pasang pelita la.malam tujuh likur katekan.aku pon ada joinventure gak ngan sepupu aku main mercun.berdetum detam .tak lama tu..kene sound ngan mak.bising katenya.selagi tak putus jari tu.main la puas2.kalau dah takde 1 jari tu..jangan naik rumah.hohoho.bisa sungguh ayat mak aku tu.stop main mercun tapi malam esok nya sambung main mercun balik.jenis tak makan saman.wakakaka.

p/s:nasib baik jari cukup lagi 1o jari.

budak2 kalau puasa macam ragamnya.
ada yang pose yangyok.(ni aku pernah buat..wakaka)
konon puasa tapi tak puasa.kantoi der.
ada yang belum pukul 10 pg dah tak larat.ni aku pon pernah.(sebab tak sahur pastu salahkan mak sebab tak kejutkan)
ada yang tak reti penat letih lesu bila bulan puasa.(yang ni aku ngan adik dan sepupu aku main bola sepak.dari pagi sampai tengahari.pastu petang sambung balik.tak lame pastu kena marah ngan pakcik aku sebab nanti kopem mengada2 nak batalkan pose.dahaga air katenye.)

notakakijalan:
lepas puasa raya.yeayea..tapi tahun ni aku tak merasa sangat kot raya.kerja daa..




Friday, July 22, 2011

kawan ke kawin ?

kawan.
kawan tu best.
best macam dapat gula2.
macam gula2 masam manis.
mula2 manis.lepastu rasa masam.lepas tu manis balik.
tapi kalau tak tahan sangat dengan rasa gula2 yang pelik tu..alamaknya masuk tong sampah la.
berakhir sudah riwayat gula2 yang berperisa tahpape tu.

kawan pun macam tu jugak feelnya.
susah sama susah.
senang sama senang.
tapi bila salah pilih kawan.senang sama senang.
susah..jauh la dari aku.aku bukan kawan kau.
bak kata orang kedah
"hang sapa "
bila kawan tak kenal kawan.
boleh dicampak dibuang tah kemana2.

kawan ni senang nak dicari.
senang jugak nak dicampak pi.
kawan boleh bertolenrasi.
kawan juga boleh jadi berapi-api.

susah ke nak jadi kawan.
kawan yang betul-betul kawan.
kawan yang tak makan kawan.
kawan yang sentiasa support kawan.
tak kira bila susah mahupun senang.

notakakijalanan:
aku.kawan-kawan.
aku takde masalah dengan kawan.cuma kawan2 je ada masalah dengan aku.dulu baik dengan aku.dah dapat kawan lagi baik dari aku.terus lupa kawan.apa punya kawan daa.aku tegur tak nak layan.sekarang lantak lah kawan.hadoo aku kisah!
tamat sudah riwayat aku merepek.wakakaka..

p/s:
tajuk entry tak bleh blah doe.miahaha..kawan ke kawin?kadang2 ayat SMS ni boleh bawa banyak maksud.contoh terbaik ni la.kawan.
KWN boleh disamaertikan kawan mahupun kawin.
contoh ayat camni la.
"awk nk kwn ngn sy x?"
tapi si pembaca mesej plak salah tafsir.
ingat ajak kawin.hatoi.
sipembaca mesej ni plak pesyen cepat perasaan.haru ke tak haru?
ajak kawan tapi ingat ajak kawin.

ni nak bukak citer ni.citer nak kene ngorat.wakakaka.
ada la sorang hamba allah ni.kekasih yang tak diclair pasal kapel tapi hari2 masej sayang2.wakaka..lawak2.zaman muda2 dulu.tahpape la aku.
satu hari dia tanya aku
"awak, awk anggap saya ni ape ek?"
aku pun jawab la..
"kwn.."
sidia reply balik masej tu
"apa?awak nak kawin ngn saya"
reaksi aku..
"mabuk dah ke budak ni.tak boleh beza ke KAWAN ngan KAWIN.

aduiiiya..

cintancintun zaman kanak2 ribena sangat kelakar.miahahaha.

Thursday, July 21, 2011

angry bird


burung marah.angry birds.layan aje time bosan2.
beberapa bulan yang lepas aku main angry bird rio.sampai level berapa aku tak ingat sebab aku main dalam tepon kawan aku.

agak sengal la jugak untuk main menda alah ni.mula2 memang excited tahap gaban.lepas 2 3 kali tembak2 tak kena anak kucing berhidung penyek a.k.a vavi hijau maka aku pun mula lah rase geram plus rase nak maki dan kemudian keluarlah ayat ini "babi hijau btol"
p/s:aku tak mencarut cuma menyebut apa yang dipaparkan diskrin latop tu aje..=p

kegilaan terhadap angry bird ini telah menyebabkan pelbagai aksi dan perkara yang dilaku bagi menunjukkan betapa gilernya mereka terhadap angry bird.ni la contoh2nya:

p/s:
cikgu mane lah yang addict sangat dengan angry bird ni.aplikasikan angry bird dalam mata pelajaran fizik /add math.cool.

p/s:
cool ke pelik?agak2 ada orang buat baju raya tak?hehe

p/s:
boleh buat buka puasa tak pon makan sahur.sedap2.

gambar2 adalah insan dari incik google

notakakijalanan:
addict pada angry bird sampai lupa nak makan.adoiiya..kes parah dah ni.kalau kat facebook suatu ketika dahulu..kebanyakkan fbooker addict kat game farmville.betol ke tak?tepuk dada..tanyala membe sebelah sebab kadang2 membe sebelah boleh jadi saksi bagi kegilaan korang ni..=p

Wednesday, July 20, 2011

“Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 200 Blog Top Blogger Baru”.

hohoho..first time nk join2 segmen ni..mane la aku reti..thathathatha..
xpe2..malu bertanya sesat jalan.malu join segmen..jawab la sendiri..=p
p/s:tu la dulu2 taknak join..sekarang dah tak reti..
ok2 taknak merepek banyak2.aku jawab soalan yang diutarakan.

1.Serba sedikit mengenai aku?
nama aku pjah.aku seorang perempuan.baru je habis study.tunggu posting dan tgu surat tawaran dari PPUM.bakal nurse yang comey.(wakaka..prasan tuu).asal terengganu tp sekarang lepak kat negeri sembilan.

2.Sudah berapa lama berblogging?
agak lame jugak la.hampir 3 tahun.tapi aku ni blogger yang pemalas.jd agak jakun untuk join2 segmen , contest dan sebagainya.

3.Tujuan berblogging?
emmm..tujuan asal hanya nak merepek kat laman maya ni.tapi lama rasa macam best pulak merepek sambil menulis.sbb tu la wujudnya blog bilapjahmerepek ni.

pe2hal.nak tau lebih lanjut pasal segmen ni.klik kat sini .

kidal.kanan.ambidextrous

tangan kidal atau nama orang putih left handed adalah 1 anugerah yang tak semua orang dapat.
orang kidal ni biasanya lebih banyak menggunakan tangan kiri dalam melakukan aktiviti harian contoh menulis,menyapu sampah hatta mencebok air.
ada kajian menyatakan orang yang kidal ni lagi kreatif berbanding orng yang banyak guna tangan kanan.
ok2..tak nak citer banyak pasal lefthanded mahupun righthanded ni.

pernah dengar tak perkataan AMBIDEXTROUS ??
tak pernah..tak pe..meh aku bagitau maksud nya.
maknanya adalah berkebolehan menggunakan kedua2 belah bahagian tubuh badannya dengan baik.contohnya tangan.
ok la nak tau lebih lanjut pasal ambidextrous ni boleh klik kat sini .

aku pon sebenarnya tak tahu pulak orang yang boleh guna kedua2 belah tangan ni dipanggil ambidextrous.(dah macam nama dinasor plak ada trous2 ni)

jadi maknanya aku ni seorang yang dipanggil ambidextrous la sebab aku boleh guna kedua2 belah tangan aku baik kiri ataupun kanan.

contoh nya aku boleh menulis dengan baik . baik tangan kiri mahupun kanan.bila aku rasa penat guna tangan kanan..aku tukar guna tangan kiri..keadaan ini sangat sesuai bila terpaksa menulis nota yang maha banyak tapi biasanya tulisan tangan kiri aku buruk la berbanding dengan tangan kanan.hehehe

contoh lagi bila makan menggunakan sudu ..tangan kiri la yang menyuapkan aku.bukan tak boleh guna tangan kanan tapi bila guna je tangan kanan..maka segala makanan dalam pinggan akan bersepah2 dan hasil nya sikit je makanan yang masuk dalam mulut aku.
p/s:bila makan guna tangan, aku makan pakai tangan kanan la.gile pe nk guna tangan kiri! sungguh tak senonoh.

contoh lagi lagi dalam penggunaan pisau..aku lebih dominan menggunakan tangan kiri tetapi aku akan lebih selesa menggunakan tangan kanan bila memegang gunting.

contoh lagi lagi lagi bila mewarna lukisan..aku pegang pensel warna guna tangan kiri tapi melukis guna tangan kanan.mase kecik2 dulu..jenuh jugak la mak aku ngajor pegang pensel warna guna tangan kanan tapi hasilnya tak jadi.melekat jugak mewarna guna tangan kiri.
p/s:sekarang aku dah kekok pegang pensel warna guna tangan kiri mahupun tangan kanan..miahaha..caner la leh jadi camtu.

contoh lagi lagi lagi dan lagi bilamana orang akan tegur ko pelik.yela pelik.mula2 tengok menulis guna tangan kanan.pastu bila makan guna sudu pakai tangan kiri .esoknya dalam kelas orang tengok ko menulis guna tangan kiri plak.sape yang tak pelik.aku pon pelik..lalala

notakakijalanan:
kawan2 aku cakap "best la ko pjah bleh nulis guna 2 belah tangan.tolong la tulis nota aku sekali"
hardoww..tak pepasal kene buli ngan kawan.kekeke.
tapi aku buat derk je bila kawan aku suruh tulis nota dia.kejadian ni berlaku zaman sekolah2 dulu .
setiap anugerah yang diberikan ada hikmahnya.

p/s:
orang cakap sesapa yang boleh guna kedua2 belah tangan ni mampu balancekan fungsi otak kiri dan otak kanan.secara tak langsungnya, kebolehan dan kemahiran yang ada akan menjadi lebih mantap berbanding orang yang kidal ataupun orang yang menggunakan tangan kanan sahaja.hohoho..iye la tu..aku tak pun.malah aku tak la sebijak orang yang domainnya kiri mahupun domainnya kanan.
p/s 2:
kalau orang yang banyak guna kiri dipangil kidal.orang yang banyak guna kanan dipanggil ape ek?

Tuesday, July 19, 2011

Nak Instanet! - iklan (2011)



notakakijalanan:
iklan yang sengal yang boleh bikin aku gelak sorang2..adoiiyaa..miahahaha

Monday, July 18, 2011

alahai beg aku tercicir

tolong..beg aku tercicir..what the hal



alahai..apa la nasib..sehelai sepinggang aku.

apa dah jadi ni?
ok.nak dijadikan cerita..semalam aku dari kuala terengganu ke seremban.sampai seremban..
tadaaaaaaa...(kejutan telah melanda)
mana beg aku?sapa yang salah ambil beg aku ni?apa aku nak pakai pas ni?yang penting..habis la semua sijil2 aku zaman aku sekolah.sijil spm aku.sijil berhenti sekolah rendah.
hohoho..bayangkan..sebelum bas bertolak..elok ke beg tu landing kat dalam kotak simpanan beg.sampai je tempat yang ditujui..tak ada.

perasaan aku?
blur campur hilang kata2.(nasib baik muka nampak cool ag..hehehe)
bukan aku sorang je.ada sorang lagi budak laki.beg dia pun tak ada jugak.lesap tah pergi mana.
aku slow talk la dengan pakcik driver bas.
tapi yang aku macam nak naik angin sikit boleh plak pakcik tu macam nak lari dari tanggungjawab.

katanya pakcik tu:
mana saya tau beg kamu tu.pakcik tak tahu ada orng ambil.pakcik turunkan penumpang banyak tempat.kat kuantan.terminal putra.susah la nak cari beg tu semula dan bla..bla..bla..
aih..orang tua ni..at least tolong la bagi info sikit macam mana nak cari beg yang hilang tu.
aku dah agak cuak ni boleh plak dia membebel kat aku ngan budak laki tu.
tak lama kemudian..second driver bas bagi tau yang beg aku ngan budak laki tu ada kat kuantan.whatdehal!!

kuantan.perghh..siot..macam mana leh tercicir kat sana pulak..
second driver tu cakap ada kaunter bas yang kat kuantan tu ada call menyatakan ada 2 bijik beg dalam simpanan mereka.

reaksi aku?
dah tentu la terkejut anak katak.
macam mana pulak beg kat kuantan aku kat seremban?
second driver tu cakap maybe masa exchange penumpang kat kuantan..penumpang yang turun kat kuantan keluarkan sekali beg aku tapi lupa nak sumbat balik masuk dalam kotak beg tu.
nak tak nak..aku kene call la orang yang kat kauter kuantan sana.
call orang kat kaunter kuantan.dia cakap nanti dia postkan beg aku kat driver bas yang ondaway pergi seremban malam tu.insyaallah beg tu sampai pagi ini.

p/s: sekarang beg aku dah ada kat kaunter bas kat terminal one.malam nanti baru aku nak pergi amek.

bila abang aku datang mai amek aku..dia pon pelik apsal aku sehelai sepinggang je.
alahai..nasib2.

lepas pergi makan..pergi tesco..beli apa yang patut dibeli.lalala.

notakakijalan:
pasal beg ni tercicir kat kuantan..tak pasal2 aku tambah sorang lagi kawan.nama dia hafiz.dia la yang tolong aku settlekan masalah beg ni.dia keje part time kat kaunter bas kat kuantan.siang dia praktikal..malam dia keje part time.dan yang tak sangka..dia budak terengganu.patut la time aku call tanya pasal beg aku selamba je dia jawab dalam loghat terengganu.sbb aku cakap dlm loghat terengganu masa tengah2 cuak tapi cool time beg hilang tu.=p
terima kasih kat hafiz atas pertolongannya.

p/s:aku suke berkawan.tak kira la dalam alam maya mahupun alam buana.eh..alam realiti la.
cuma orang je yang tak nak kawan ngan aku..wakakaka






Saturday, July 16, 2011

aku.JPJ Malaysia dan cacimakikakiayam

lesen memandu aku..wakakaka

lesen memandu.uikh..kalau cakap pasal lesen memandu ni ..dah tentu akan relate sekali dengan JPJ malaysia.
iye la JPJ malaysia bukan indonesia plak..adehh..

aku ada history gaduh dengan pegawai jpj yang jd pengawas time ujian memandu tu.
first time aku amek lesem memandu untuk kereta atau dalam golongan kelas D.
lepas je dari pagar sekolah memandu alih2 pegawai jpj tu suruh stop .
aku pelik la skit + cuak.aikh..aku dah ada buat salah ke?apa yang aku salah?

si pegawai jpj tu cakap kat aku
"kamu nampak tak ada 2 kon kat jalan tu.yang kamu pergi lalu jugak kenapa.tak tahu ke jalan ni tengah under construction.bla..bla..bla.."dengan nada tak leh blah maki aku.
(cinebi tol tok botak ni"kata hati aku")
 tahu la aku dah salah dalam undang2 memandu tu sebab salah masuk jalan yg under construction.lagipun aku tengok jalan tu ok je.jalan berturap tar cuma ada kon je 2 bijik kasi tahu jalan tu takleh guna.
(time tu aku tak tahu 2 bijik kon tanda jalan ditutup tak boleh guna.cikgu sekolah memandu tak bagi tau)

ok. alasan yang aku salah masuk jalan under construction tu
1- sebelum hari ujian ..selalu guna jalan yang side kiri.bila hari ujian.jalan side kiri tutup.
2-sepanjang aku pg belajar memandu kereta tu..cikgu tak ada bagi tau pun pasal 2 bijik kon tu.

sambung balik citer aku gaduh ngn pakcik botak.
mula2 aku argue la kenapa aku salah jalan.dan aku dah bagi alasan yang bernas untuk bantah kata2 pakcik botak tu.pakcik botak tak puas hati aku argue aku bantah cakap dia.dia angkut aku balik kemudian suruh aku masuk pejabat a.k.a bilik untuk pegawai2 jpj buat kerja time ujian memandu.then..pakcik botak tu tanya lagi aku kenapa aku tak puas hati kenapa dia failkan aku.aku lagi sekali bagi hujah2 aku yang menyatakan aku tak salah dengan apa yang aku lakukan.semua pegawai jpj yang dalam bilik tu pandang slek kat aku.(do i care!)
gaduh2 perang2 lawan hujah..akhirnya aku cakap "yela..yela..saya salah..encik betul" dan aku dah malas nak lawan cakap orang tua.tak pepasal dapat dosa lak kalau lawan cakap orang tua kan.

moral of the story:
walau kita anggap apa yang kita buat atau lakukan tu betul..tapi sesekali perlu jugak dengar pandangan orang lain apetah lagi orang tu lagi tua dari kita.
yep..aku mengaku time ni aku agak "keras kepala"  sikit dan hanya anggap apa yang aku buat tu aku betul(maklumla..jiwa muda..selalu tak fikir baik buruk dulu.huhuhu)
tapi pandangan orang muda tak boleh diperlekehkan jugak.jadi sama2 la respect antara muda dan tua.
sebelum aku balik..aku mintak maaf balik kat pakcik botak ni tp ada makcik jpj ni ingat aku nak pergi maki balik pakcik botak ni.
soryy la makcik ingat aku anak muda yang tak reti adab ke ?
bila dah salah kita kena mintak maaf bukan nak pergi maki balik.adoiyaa
jd jangan judge orng by luaran je.

p/s: sekolah memandu tu dekat dengan stadium sultan mizan zainal abidin.kejadian berlaku pada tahun 2008.stadium pun tak siap lagi masa tu.jadi jalan selalu bertukar2 dan under construction & renovation.tu pasal la aku confius time ujian memandu tu.huhuhu

===============================cerita 2==============================

lagi pasal ambil lesen .kali ni aku amek lesen motor kelas B2.
sebab aku malas nak pergi berlatih..bila ujian tu aku fail.fail part yang brek emergency dan 1 part lagi si pegawai jpj tu cakap aku tak paling kepala time kat beri laluan tu.jadi otometiknya aku fail sbb kononnya dah membahayakan pemandu lain..adoiiya..
tapi seingat aku aku dah telengkan kepala aku untuk bagi laluan tu.
wohaaa...
maybe pegawai jpj tu nampak aku cam teleng tak teleng kepala kot.
tapi aku tak puas hati dengan si pendek ni.(pegawai jpj ni pendek dan muda lagi)
taulah aku fail tapi tak payah la nak perli2 aku..
last aku sound kat pendek tu.."xpelah incik..pasni saya tak nak amek dah lesen"(sound versi perli)
hangin betol aku.

moral of the story:
yang perangai macam ni pun aku tak berapa nak berkenan.orng tak pandai,tak lulus.tak cantik ingat sukasuki bleh perli2.ingat dia sahaja yang betul.pandai.terrer dan pelbagai lagi.
apa ni macha??
salah ke orng fail?
dari kesalahan dan kesilapan yang dilakukan buatkan kita lagi makin berusaha nak perbetulkan diri.buat kita sedar tak semua benda yang kita buat tu semuanya betul dan tak de salah.
at least tak nak respect orng yang dah fail ni..dok diam sudah la.tak payah nak perli2.buat aku main meyampah lagi buat aku tambah dosa sendiri maki-maki kau yang sentiasa rasa diri tu betul dan yang terbaik.ingat muka ala2 baik perangai baik..tapi..faham2 je la sendiri.

notakakijalanan:
wah..kali ini aku tulis pasal apa yang aku tak puas hati  ngan pegawai JPJ ke?
pepepun..ni adalah sedikit hasil pengalaman hidup berdepan dengan orang2 yang semacam bagus dan bajet pandai.bila diatas..sentiasa lupa nak jenguk balik kat bawah.

p/s: aku tak puas hati dengan pegawai jpj yang mulut macam longkang tapi ramai lagi pegawai jpj yang baik hati .
ayat orang lame selalu sebut KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.
ampun maaf andai kata aku memberikan tanggapan buruk pada orang2 yang berkenaan.aku hanyalah insan yang tak lari dari ketidakpuasan hati bila tengok benda yang menyakitkan hati aku.
peace yaa..








Thursday, July 14, 2011

dashboard blogspot terbaru dipasaran

mood:
menghayati dashboard blogspot.com yang baru.

reaksi pertama:
macam mana nak guna benda alah ni

operasi :
perlu godek-godek dashboard baru ni.

action:
godek-godek setiap label dan tulisan yang ada pada dashboard baru.

hasil penggodekkan:
walaupun masih lagi macam jakun untuk menggunakan dashboard ni tapi rasanya dashboard baru ni lagi best kot..
(lagi best..wooo ooo)
p/s:tetiba lak nyanyi lagu myvi lagi best

komen yang hendak dibuat:
setakat ni tak da komen.aku rasa dashboard ni lagi suci ok kot.
bahagian post entry ni aku suke..ruang lagi luas.

notakakijalan
ok ok..cukup la aku puji dashboard blogsport baru ni.ni baru tahap permulaan dan aku malas nak godek banyak2 segala bagai button tulisan yang boleh diklik ni.jd tak banyak yang leh aku nk komen.ngeee~~

p/s:
aku suke lagi sebab ia baru.lagi mencabar jari dan otak aku nak godek2 dashboard ni..

Wednesday, July 13, 2011

the faceblog

jalan2 waktu petang ni sambil usha2 pakwe2 hensem jumpa la blog si dia ni ..hehehe

dia cakap sal faceblog ni..
cam menarik..leh jumpa ramai lagi para blogger yang lain ..
dah ikut semua step yang fblog ni suh.
dan di sebabkan aku ni terlalu rajin untuk buat entry..aku copy paste je ayat dari fblog ni

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

notakakijalanan:
dalam mood rajin sesangat sampai malas nk buat entry..=D


# wordless wednesday

suatu ketika dahulu ketika menghadap subjek math..



+

=

Tuesday, July 12, 2011

belajar sesuatu yang baru

waaaa..ponatnya..


aku dengan bangganya dapat senyum sengeh kerana akhirnya aku berjaya jugak tukar background dan segala bagai untuk space aku ni.

dah dapat nafas baru space aku ni..hehehe

amacam?
nampak cam kemas kan..(ceitt..masuk lif tekan sendiri nampak =p)

aku dengan ini dan dengan bangganya aku suka new space aku ni.
aku nak ucap terima kasih kepada blogger2 yang telah bagi toturial caner nak tukar template.caner nak letak simbol like fb..dan bermacam la.

ni antara yg sempat aku lawati untuk belajar cara2 nak tukar layout dan macam2 lagi la tutorial yg dibagi.
ni antaranya:

dan jugak blogger2 lain yang sudi bagi tutorial.terima kasih daun keladi.=D

notakaki jalanan:
walaupun aku dah hampir 3tahun dalam dunia blogging ni..namun banyak lagi yang perlu aku pelajari.
lagipun tak rugi belajar benda baru setiap hari.jangan kita menjadi seperti orang yang bodoh sombong.tak tahu apa2 tapi masih lagi bodoh dan sombong untuk bertanya pada orang yang sepatutnya .
ibarat macam kita belajar tanpa cikgu.boleh aje baca buku tebal2..surf internet pelbagai bagai tapi sayangnya takde orang guide maka jadilah ilmu yang diperolehi tu ibarat macam layang2 terputus tali.hanyut tah kemana2.ingat kita lah yang paling pandai rupanya paling bodoh.

ibarat jugak orang mengaji tanpa tok guru mengaji.bacaan tah kemana , tajwid kemana ,ingat dapt pahala sbb baca quran tapi dpt dosa dan sia2 aje amalan mengaji yang dibuat tu.

jadi..sentiasa amalkan amalan jangan malu jangan segan.saya budak baru belajar.kalau tak betul tolong tunjukkan.

p/s: time makan peribahasa yang paling sesuai adalah jangan malu jangan segan..malu..jawabnya..lapor la..orang dah suruh makan..makan je la..


Monday, July 11, 2011

mimpi moon

semalam aku bosan sesangat..tak tahu nak buat apa dah.so layan la tv..

tgok kat channel tv2..
aikhh..macam kenal je citer ni..
MIMPI MOON..

sekali aku tergelak tgok pelakon2 dia.
aku gelak bukan sebab citer ni kelakar tahap gaban tapi sebab pelakon dia.
aku bleh tgok balik si aflin shauki ,kavita kaur,rashidi ishak ,datuk jalaluddin hassan zaman muda2..
lain benor..lagi2 si aflin shauki..dulu comey..sekarang lagi comey..hhehehe
anak-anak puan fatimah pon ada jugak..ala aleeya ngan amani tu..amani dalam citer ni kelakar giler..aku tergelak tgok amani.dalam citer ni rambut dia xcantik..pendek dan mengerbang..hahaha
maklum la budak2 lagi..

okey..aku taknak review citer ni sbb citer ni dah lame ditayangkan.mase aku darjah 6 tu..so kalau aku review..napok sangat aku ketinggalan..miahahaha
kalo belum tgok..cari la balik cd.dvd.xpon download je..tgok la sampai puas..

Mimpi Moon
Mimpi moon.jpg
PengarahShuhaimi Baba
PenerbitShuhaimi Baba
PengarangShuhaimi Baba (lakon layar)
LakonanRashidi Ishak
Kavita Kaur
PengedarPesona Pictures Sdn Bhd
Grand Brilliance Sdn Bhd
Mula tayangan6 April 2000


ihsan incik google

notakakijalan:
tu je la yang aku mampu mintak sikit gambar kat incik google.aku dah malas nak godek2 kat google tu..sebab aku memang malas nak mencari kat google.=D

Saturday, July 9, 2011

lelaki merajuk.pelik ke?

hardow hai..

lelaki merajuk?
satu isu yang agak berat..(bagi aku la)

aku telah melukan hati (melukakan:ayat xleh blah doe!) seorang yang bernama lelaki dengan mengeluarkan kata yang mungkin baginya agak kasar(kasar la kot bagi dia tapi bagi aku it's just a question)
apa soalan yang telah aku timbulkan sampaikan mamat tu merajuk ngan aku?
aku cakap la kat dia TAKKAN ORANG SEHENSEM DIA NI TADE AWEK KOT?
(amek ko kan aku dah bold ayat tu)
dan xpepasal dia tuduh aku perli dan menganjing atau dalam bahasa lain mengedogkan dia.
uikhh..salahke ayat aku tu.?
kemudian blah camtu je..
(blah dalam versi chating means meninggalkan kata selamt tinggal dan terus offline)

owhh~~tertanya2 aku lelaki akan merajuk bila ditanyekan solan yang
boleh mengguris hati mereka..

p/s:mamat diatas seperti yang disebut bagi aku xdela buruk mana..sedang2 dan aku jamin awek2 tgok pon leh tergoda.(walaweyy..akutergoda x? aku tak kot.miahaha)

notakakijalanan:
pelik campur ngan rase nak ketawa bergolek2 pon ada gak bila mamat tu merajuk.merajuk plak pasal yang bagi aku itu hanyalah soalan.bukan soalan perli ataupon menganjing.
yup.maybe lelaki tu memang rase dia tak hensem sbb tu awek tak de.sobila aku kate dia hensem ..lalu merasakan aku telah memerli dia.OMG.
tapi xkan la sampai nak merajuk kot..aishh..

p/s: aku masih lagi dalam mood kepelikan sbb tak pernah jumpa lagi lelaki macm tu.
p/s2: lelaki versi bengis garang tahap petala 18 aku dah pernah jumpa.takutttt..

Friday, July 8, 2011

perihal cuti

selamat pagi.dimulakan pagi jumaat ini dengan hari yang ceria dengan senyuman.

apa nak buat dihari jumaat ni.
kalu belah pantai barat sana jumaat ni hari kerja.
tapi bagi di site pantai timur..jumaat adalah hari untuk bercuti setelah penat bekerja 5hari tu.
aku kerja?
haha..aku tak berkerja.dalam mood cuti lagi.
jadi cuti ke tak cuti ke buat masa ni adalah sama untuk aku
(tunggu la time aku keje ti..mau menghitung hari bila nak cuti..)

bila dah cuti tu bermacam benda la nak dibuat kan.
tapi biasanya kalo hari cuti aku dok lepak kat rumah je.
malas nak keluar jalan2.
kononnya nak menikmati nikmat cuti.ahaks.

oyeaa..nak menikmati cuti ni.jangan ganggu k.
=p
notakakijalanan:
cuti..OMG..best.syok.sape tak suke bila cuti.tapi cuti lame2 pon bosan jugak.alasannya takde pape nak dibuat.ohh..kemon..time cuti panjang ni la nak settlekan sume benda.kalo budak sekolah lepasan spm ..time cuti panjang ni la nak buat lesen motor ..lesen kete..
nak harapkan hari biasa.perghh..jangan harap.bizi memanjang ngan aktiviti sekolah.
kan2..betol tak bebudak sekolah.
time cuti panjang ni jugak leh cari part time keje.cukup 3 4 bulan dah ok.dapt duit.masyukkk.
(aku xpernah keje part time bile cuti pas spm & stpm.siyes aku cakap..)
CUTI OH CUTI..SENYUM PANJANG GUA..kakaka

Tuesday, July 5, 2011

peperiksaan @ exam

dalam hidup ni macam-macam peperiksaan yang kita akan , dah , sedang ,bakal tempuhi.

tak kira lah peperiksaan tahap sekolah tadika ke tahap sekolah menengah mahupun tahap tertinggi malapetala.

entry kali ni pasal peperiksaan yang telah aku (untuk korang pon xpe gak ) tempuhi.
ni antara peperiksaan yang agak besar untuk aku dan memerlukan usaha daya tahan yang tinggi untuk menghadapinya.
[yola tu usaha daya tinggi padahal pemalas tahap gaban..]

k . aku mulakan dr aku zaman tadika ek(zaman tadika pon leh list jugak kan ke..aishh)
tadika
peperiksaan akhir tahun .
cikgu tadika cakap kalau tak lulus exam ni , takleh naik darjah 1.
bersungguh2 la nak capai kejayaan.
result..cantikkk..cikgu bagi banyak bintang..(kalo xde bintang otomatik akan anggap diri xpandai..haha)
tapi yang sebenarnya exam tu just nak tau tahap perkembangan pembelajaran kita je sama ada bleh catch up ke tak ngan soalan2 level tahap tadika.
aishh cane la leh terpengaruh ngan ugutan cikgu kalo tak lulus exam tak leh masuk darjah 1..sengal!

sekolah rendah
time aku sekolah rendah aku kene ambil 2 peperiksaan besar.
1 mase aku darjah 3 . 1 lagi darjah 6

darjah 3
exam ni di panggil PENILAIAN TAHAP SATU(PTS).
sesape yang lulus dalm exam ni akan lompat kelas.means takyah masuk darjah 4 .terus naik darjah lima.kira advance la dan kira sapa yang lulus ngan cemerlang exam ni memang budak tiptop la.
aku?haha..aku budak mangkuk dalam kelas..selalu je dapat no 6 dr belakang..mangkuk la katekan..
time aku ada 2orang budak kelas aku yang berjaya lompat kelas.
sekarang dah takdak dah exam PTS ni..sbb ape dimansuhkan aku pon tak tau..

darjah 6
haaa..ni memang wajib diambil oleh sume2 budak sekolah rendah.
UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
mase trial exam ni..aku mangkuk gak..hahaha..aku bukan budak pandai.jujur ni.
hari2 balik sekolah lambat sbb sambung ngan kelas tambahan petang tu plak.
ayat yang sampai ke hari ini yang aku ingat bila cikgu matematik aku selalu sebut
"anak cina seribu soalan..ni baru seratus."
bila kitorang 1 kelas mengeluh tgok soalan math banyak sangat.
owhh cikgu..
dan resultnya..yeeeaaa..aku lulus..dapat brape A tu..hehe..malu ah nk sebut..biasa la..budak mangkuk katekan..
p/s:
cikgu math aku mase darjah 6 namenya cikgu muhammad khatib ngah.kitorang panggil cikgu mat katib..hehe

dah abis sekolah rendah..naik sekolah menengah la plak eh
2 exam ni memang wajib jugak sume2 budak yang bersekolah kat malaysia amek paper ni

form3
PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
aku kat sekolah memang mangkuk tp bukan bebal..walaupon bile exam biasa2 aku suke sapu gred B C D mahupun E
akhir tahun result kuar..yeee yipiii..nasib baik lulus jgk..
banyak sangat kutuk cikgu..ahaks

form5
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
dulu ingat exam ni la yang paling hard core tahap lubang cacing tanah.mane tak nya.amek subjeck hard feeling no feeling.exam bulanan lagi2 add math kalu tak dapat result G..bukan aku lah tu.(ahh menci add math tp suka cikgu addmath kat tuisyen.best.)
result..weehuuu..credit sume subject.kikiki

walaupun result exam spm aku cantik (cantik la sangat) dan aku dpt tawaran dri UiTM.
tapi aku buat keputusan nak sambung form 6 je..haaa...amekk koo..
form 6 aliran sains.lagi la..hhaaa..ameekk koo..gila!

form6 aku banyak main.gile tak banyak main..pergi sekolah cikgu kat depan ajar..aku kat belakang tak paham2 then terus khayal ke alam buana.(wokey..xsemuanya aku tak paham.certain part je..hehe)

SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
exam yang paling tahpape aku pernah ambil..ingat addmath lagi susah..math form 6 lagi gile..ayoo..
result pon gile jugak la..cam tuan dia.malas lagi.tanggung la akibatnya.yang ni tanpa segan tanpa malu aku nak umumkan paper math T aku fail.dapat gred F..amek ko.

tak berjaya time STPM..aku cuba amek diploma
DIPLOMA OF NURSING.
k yang ni aku try2 je mtak.dapat.teruskan je la.
ingat masuk nursing ni senang.(ni orang la cakap nk jadi nurse ni senang)
senang la sangat..kadang2 timbul jgak dalam hati knapa aku amek nursing ni.
huuuu..
tapi pepepon aku sekarang dah happy ngan bakal kerjaya aku ni.

tapi sebelum nak jadi nurse tu aku kene hadap exam ni
exam LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA.
pufffhhh..
aku rase dalam banyak2 exam yang aku tempuhi spanjang hidup aku ni..ni la exam yang agak berat untuk aku.fail means ko kene amek lagi exam.fail kali ke dua ..say babai to dunia nursing.
exam ni jugak la yang bagi kelayakan untuk menjadi seorang staff nurse dan agak2 nak apply kerja kat arab..kene mesti lulus exam ni
see..that's why aku ckp exam LJM ni paling berat untuk aku.
(k sebab betolnya aku nak keje je.xlulus xleh keje)
alhamdulillah..semalam kuar result.aku lulus.huhu..

notakakiayam:
well sebenarnya bukanlah exam tu yang menentukan kepandaian.setiap orang tuhan dah jadikan dengan kepandaian dan kepakaran sendiri.kita yang diberikan akal fikiran olehNya..gunakanlah dengan sebaiknya.jangan jadikan kepandaian yang dimiliki tu untuk melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat .
contohnya la kan .sebab terlalu cerdik dan pandai..korang gunakan ilmu kecerdikan korang untuk hack blog orang lain.pastu menyusahkan orang lain.segala bagai la nak cari sape yang pandai2 hack .bila si hacker dapt dikesan..pastu menyusahkan diri sendiri la plak..padam muke.

jd..tepuk dada..rase jantung.ada denyutan lagi tak.kalo tak de..haaa..tak lame la tu..kikiki =p

Monday, July 4, 2011

tahniah KD25

tak kira jugak nak buat second entry...

nak tunjukkan betapa syukurnya aku hari ini.
hari ini result exam LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA keluar..

alhamdulillah..semua budak2 batch aku yakni kd25 lulus dangan jayanya.
dan jugak batch aku catat rekod kolej lulus semua 100%
cuma sekarang ni tak tahu siapa yang terbaik dr seluruh malaysia.

syukur alhamdulillah..
aku ingat aku tak lulus..mane tak takutnya .orng lain dah 2 3 bulan start study semua subject dr tahun 1 sampai la tahun 3.
aku ..2 3 mgu nak exam baru nak start study..
[jgn ikut jejak langkah buruk aku tu ek..=p]

apa2 pun tahniah untuk kawan2 batch kd25 .
proud being apart of you..(touching meehh..he=p)



nama kucing korang apa?

korang ada kucing?

aku ada kucing
kucing korang ada nama tak?
kucing aku ada name

dari zaman aku kecik lagi umah aku memang penuh ngan bela-belaan kucing ni
walaupun xpernah la bela sampai bebelas2 ekor atleast ramai jugak la.
paling banyak pun dalam 5 ekor .

dah bela banyak2 kucing tu konferm la bebagai nama akan diberikan.
pe ingat orng je nak nama.kucing pon nak jugak.
tapi kekadang tu alih2 name yang same jugak bagi kat kucing tu.sbb seko dah mati pastu datang kucing baru..tu pasal la dapat nama yang sama.

meh aku listkan sikit sebanyak nama2 kucing

nama kucing yang agak kekampungan
abu
milah
joyah
paktam
semek
awang goneng
awang dodek
mekcomey
suding---->ni name kucing kawan aku

nama kucing english classic
jeremy
bella
john
benny
junior

nama kucing yang pelik
cokicombat
sawang
eddie cotomi
sepek
gedik
bulu

nama kucing berdasarkan nama binatang lain
tikus
cap ayam
kambing
singa

nama kucing berdasarkan corak/fizikal kucing
kelabu
tompok
mok@gemok
keding@kurus cekeding
ekor leklek

dah a..malas nak tulis..
kucing korang sukasuki korang la nak letak name ape pon kan..hehe

notakakijalan:
sayangilah kucing.kucing kekadang boleh buat kita happy.dengan telatah dia buat kita tersenyum dengan keletah mereka yang kadang2 agak meong.kadang2 kucing pon seakan faham perasaan kita.orang kate cakap ngan kucing..apa pekdahnya..
ahaks..orang yang tak bela kucing tak tahu perasaan bila ada kucing..best..tu la perasaan nya. cuma akan jadi hangin bila kucing tu buat perangai tak senonoh.time tu rase nak cepok je.dah cepok kucing tu..kecian plak..pastu kita sayang balik..ala2 cam pakwe makwe gadoh2 la..hehehe



Sunday, July 3, 2011

nilai kematangan anda

warghhh..jelesnya..sume orangcakap pasal TRANSFORMER..memana blog yg aku jejak cakap pasal T3..

sekarang aku kat kampung ..so tak dapat la nak tgok.kat bandar kg aku ni mana ada wayang..kalo ada pon..nuuuuunnnn jauh di kemaman.
hoho..layan yg download secara haram je la jawabnya..ekekeke(oppss)

semalam aku jumpa dengan kawan lama aku.kawan sejak aku sekolah rendah ag.tiba2 toiiing je naik name dia dalam chat fb aku.
and then dia pon cakap dia kat kg jugak
so apa lagi..berjanji la 2 sekawan ni nk berjumpa.
aku pi la umah dia.(ala xtak jauh pon umh aku ngan umah dia.cuma memasing ada tanggung jawab sendiri so tu la yang susah nak berjumpa)

sembang punya sembang..banyak jugak info yang aku tau pasal membe2 lame yang lain.
ada yang berkasih putus pastu sambung balik..putus..
ada yang dah makin bahagia.
part paling best..
rupa2nya ramai jugak kawan aku yang dah kawin..
bayangkan dalam tempoh 3 tahun tak jumpa bebudak sekolah lame..
tup2 amekk koo..
si milah tu dah kawin .
si jeton dah kawin .ada anak sorang dah
si zabedah dah bertunang..
anak pak meon pon dah kawin..

aku bila nak kawin..
jawapan selamat..xde jodoh lagi..pakwe pon takde..lalala..

bila soal pasal kawin ni..
banyak tanggung jawab yang kene pikul .
tanggungjawab camne nak jadi isteri yang baik , patuh pada suami
tanggungjawab untuk menjadi seorang ibu.
tanggungjawab dalam memberi pendidikan kepada anak2.
senang citer banyak tanggungjawab la.
yang penting
ADAKAH AKU BERSEDIA UNTUK PIKUL TANGGUNGJAWAB & AMANAT YANG DIBERIKAN?

uikhh..satu soalan yang sukar diungkaikan.
namun insyaallah bila kita makin kearah kedewasaan ..kematangan dalam berfikir tu makin bertambah.
sape yang makin berumur tapi akal macam orng tak cukup umur..memang sah anda perlu jumpa somebody yang boleh betulkan balik otak anda tu.
tahap kematangan setiap orang berbeza.pengalaman hidup sedikit sebanyak memainkan faktor dalam kita menghadapi cabaran dalam mematangkan fikiran kita ni.

perghh..gile serius aku punya ayat atas..lalala..

aku?matang ke tidak??
kawan2 aku cakap aku ni tak matang!
alasan mereka sebab aku pendek dan kecik.
(uikh tu pon bleh diklasifikasikan tahan kematangan ke?)
lagi alasan mereka..
aku tak macam umur aku..means kalo aku umur 23thun tp diorng anggap mcm 19thun..(perghh..berapa tahun kebelakang tu..hehe..awek muda ka?)
lagil-lagi alasan mereka
aku ni memang tak matang la..macam budak2.
sbb suka baca komik.minat katon.layan katon,nak2 kalo karton BOBOIBOY tu..
lohh..salah ke layan katon.

bagi aku pemikiran yang matang dan waras tu datang dari dalam diri memasing.
bayangkan kononnya mengaku diri mereka tu matang tapi dalam bab2 tertentu contohnya gaduh dengan kawan..
pasal benda kecik pun bleh gaduh.kutuk mengutuk belakang2..tak boleh fikir ke masalh yang kecik tu sebenarnya boleh diselesaikan dengan rundingan.
kononnya ko tak puas hati dengan si A ni..then ko g citer yang buruk2 pasal si A ni kat si B..lalu si B ni pon anggap yg si A ni memang pembawa masalah lalu same2 la ko dengan si B ni membuka keburukan si A.
si A plak dok ngadu2 kat si C cakap itu dan ini.si C plak jenis batu api.(cilakak ko si C)
akibatnya..meletusla peperangan.

ni adalah contoh aje.so bile nak cakap kematangan ataupun bak kate omputih kematurean
soal balik hati kite tu.
adakah kita ni betul2 matured ke tak.
kalo setakat mengaku matured tp bila bab2 yg kecil pon bleh jadi sebesar alam..baik kawan ngan anak2 kecil je.
kadang2 budak2 lagi matured lagi orang yang mengaku matured ni.

notakakijalan:
aku matured.ko matured ke..ahahkzz..gile ah..bleh plak nak ngaku matured ke tak.bab2 matured ni susah nk dinilai.jgn ingat umur dah makin bangka dah matured sedangkan perangai tu mengalahkan budak darjah 1.
=p

Saturday, July 2, 2011

elak dari berhutang

apa perlu kita buat bila ada hutang??

apa caranya untuk elak dari berhutang??

semalam aku tengok 1 rancangan kat tv.
program Tanyalah Ustazah.
tajuknya DOA YANG DIMAKBULKAN
ada 1 soalan yang dikemukan oleh seorang penonton melalui email .
soalan dia berbunyi
"macam mana nk elakkan dr berhutang yang terlalu banyak hingga satu masa ia akan membebankan kita.namun dizaman sekarang..ada benda yang perlu kita berhutang contohnya hutang rumah..hutang kereta.."

ni jawapan ustazah
"pertama kali bila kita nak berhutang kita kena tetapkan azam kita apa cara pon aku nak settlekan hutang ni jugak.
dalam kita berazam tu kena la jugak berdoa..moga2 apa yang kita inginkan..dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T..
ini antara doa untuk dipermudahkan intuk membayar hutang.

Baca mulai dari “Allahumma malikal mulki”, tidak perlu sebut “qulillah”

1.png

[26] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[27] Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

ini aku copy paste dari
bila kita dah berazam..berdoa..yang akhir sekali...
kenalah jugak berusaha dalam menyelesaikan hutang piutang tu.insyaallah apa jua yang menghalang kita dari rasa kesusahan itu..mudah-mudahan akan diringankan olehNya..

notakakijalan:
aku rasa ni antara entry aku yang agak berilmiah..sebelum2 ni aku banyak merepek..tapi dalam merepek aku tu ada maksud yang terselit..mudah-mudahan semoga aku dapat hidayah lagi untuk memberi entry yang berunsur ilmu ni..hehehe..
sekian wassalam..