Monday, July 18, 2011

alahai beg aku tercicir

tolong..beg aku tercicir..what the hal



alahai..apa la nasib..sehelai sepinggang aku.

apa dah jadi ni?
ok.nak dijadikan cerita..semalam aku dari kuala terengganu ke seremban.sampai seremban..
tadaaaaaaa...(kejutan telah melanda)
mana beg aku?sapa yang salah ambil beg aku ni?apa aku nak pakai pas ni?yang penting..habis la semua sijil2 aku zaman aku sekolah.sijil spm aku.sijil berhenti sekolah rendah.
hohoho..bayangkan..sebelum bas bertolak..elok ke beg tu landing kat dalam kotak simpanan beg.sampai je tempat yang ditujui..tak ada.

perasaan aku?
blur campur hilang kata2.(nasib baik muka nampak cool ag..hehehe)
bukan aku sorang je.ada sorang lagi budak laki.beg dia pun tak ada jugak.lesap tah pergi mana.
aku slow talk la dengan pakcik driver bas.
tapi yang aku macam nak naik angin sikit boleh plak pakcik tu macam nak lari dari tanggungjawab.

katanya pakcik tu:
mana saya tau beg kamu tu.pakcik tak tahu ada orng ambil.pakcik turunkan penumpang banyak tempat.kat kuantan.terminal putra.susah la nak cari beg tu semula dan bla..bla..bla..
aih..orang tua ni..at least tolong la bagi info sikit macam mana nak cari beg yang hilang tu.
aku dah agak cuak ni boleh plak dia membebel kat aku ngan budak laki tu.
tak lama kemudian..second driver bas bagi tau yang beg aku ngan budak laki tu ada kat kuantan.whatdehal!!

kuantan.perghh..siot..macam mana leh tercicir kat sana pulak..
second driver tu cakap ada kaunter bas yang kat kuantan tu ada call menyatakan ada 2 bijik beg dalam simpanan mereka.

reaksi aku?
dah tentu la terkejut anak katak.
macam mana pulak beg kat kuantan aku kat seremban?
second driver tu cakap maybe masa exchange penumpang kat kuantan..penumpang yang turun kat kuantan keluarkan sekali beg aku tapi lupa nak sumbat balik masuk dalam kotak beg tu.
nak tak nak..aku kene call la orang yang kat kauter kuantan sana.
call orang kat kaunter kuantan.dia cakap nanti dia postkan beg aku kat driver bas yang ondaway pergi seremban malam tu.insyaallah beg tu sampai pagi ini.

p/s: sekarang beg aku dah ada kat kaunter bas kat terminal one.malam nanti baru aku nak pergi amek.

bila abang aku datang mai amek aku..dia pon pelik apsal aku sehelai sepinggang je.
alahai..nasib2.

lepas pergi makan..pergi tesco..beli apa yang patut dibeli.lalala.

notakakijalan:
pasal beg ni tercicir kat kuantan..tak pasal2 aku tambah sorang lagi kawan.nama dia hafiz.dia la yang tolong aku settlekan masalah beg ni.dia keje part time kat kaunter bas kat kuantan.siang dia praktikal..malam dia keje part time.dan yang tak sangka..dia budak terengganu.patut la time aku call tanya pasal beg aku selamba je dia jawab dalam loghat terengganu.sbb aku cakap dlm loghat terengganu masa tengah2 cuak tapi cool time beg hilang tu.=p
terima kasih kat hafiz atas pertolongannya.

p/s:aku suke berkawan.tak kira la dalam alam maya mahupun alam buana.eh..alam realiti la.
cuma orang je yang tak nak kawan ngan aku..wakakaka






5 orang tengoh nopak caktingcakting :

  1. lizz said...

    baiknya mamat tu simpankan bag.amanah dia ;)

  2. pjah said...

    itula..susah nk cri orng amanah skrng ni..=D

  3. Zulfikar Hazri said...

    sebab tu kalau travel aku suka bawak begpack je, letak atas kepala dalam bas tu..

  4. h A n Y S said...

    huiiii..memang rasa jantong nak gugor lah kan kalau beg ilang..nasib baik ada, kalau tak? huiiiii.. (haha)

  5. pjah said...

    zulfikar:
    kali ni kene bawak beg bsr skit..tu pasal la ltk bawah..kalo g travel kopem je bwk bagpack..

    hanys:
    kalo xde..alamknya..kenduri arwah la aku..hahaha..mane aku nk cri balik sijil tadika aku tu..hehehe
    (nsb baik ada..bru g amek smlm..hehehe)