Monday, July 25, 2011

bila blog menjadi isu

Blog, facebook bukan kewartawanan sebenar


TIDAK ramai yang mengenali Amizudin Ahmat sebelum ini. Dia sekadar penulis blog yang tulisannya kurang mendapat perhatian umum. Tetapi gara-gara ‘laporan’ yang dimuatkan dalam blognya, dia akhirnya disebut dan ada yang mempercayai kebenarannya.

Bagaimanapun, pengendali laman sharpshooterblogger.blogspot.com yang diheret ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa akur kepada kebenaran fakta. Dalam bidang kewartawanan, ketepatan dan kesahihan fakta bakal menentukan kewibawaan sesebuah berita dan rencana. Hal ini yang membezakan kewartawanan sebenar dengan penulis blog, portal berita dan catatan di facebook.
Tradisi kewartawanan yang ada di media arus perdana dan stesen penyiaran berdasarkan fakta dan etika, berbeza tulisan di laman web dan blog yang boleh menulis apa saja, termasuk menuduh seseorang melakukan perbuatan rogol atau bunuh tanpa sebarang bukti.

selanjutnya baca di bharianonline

wee..rajin bebenor plak aku nak menghupdatekan berita dari akhbar2 ni.=p

moral of the story:
sebelum nak tulis apa2 yang berkaitan dengan isu sensitif..fikir2kan lah dulu.
lagipun kalau nak jadikan blog ni sebagai cabang bidang kewartawanan.biar la ada ilmu mengenai kewartawanan.
agak2 nak perasan jadi wartawan dan nak hentam sesuatu institusi mahupun kerajaan atau individu yang berprofil tinggi..
fikir-fikirkan lah dahulu.
sesal kemudian tiada guna.

sekian.

notakakijalanan:
entry ni agak2 dalam mood serius ke mood separuh merepek?
=p

4 orang tengoh nopak caktingcakting :

  1. Lizz said...

    jadikan ikhtibar dengan isu2 ni.aku pun cuak bab2 ni. sebab tu aku lagi suka cerita or beri contoh tentang diri sendiri. if mengata or beri pendapat pasal orang lain, bahaya dan yang penting berdosa.hahahahaha

  2. pjah said...

    lizz:
    mengata tu tak baik woo..dri kutuk orng baik tulis pasal kucing..best pe..wakakaka

  3. h A n Y S said...

    tu lah.nak menulis even kat blog pon guna akai dlu.. skang ni zaman 'SEE U IN COURT!' haha..

  4. pjah said...

    hanys:
    ok..see u in court..hahaha
    bukan blogger je yg kene ancaman "see u in court"cikgucikgi pon selalu kene..
    hmmmm..