Tuesday, July 5, 2011

peperiksaan @ exam

dalam hidup ni macam-macam peperiksaan yang kita akan , dah , sedang ,bakal tempuhi.

tak kira lah peperiksaan tahap sekolah tadika ke tahap sekolah menengah mahupun tahap tertinggi malapetala.

entry kali ni pasal peperiksaan yang telah aku (untuk korang pon xpe gak ) tempuhi.
ni antara peperiksaan yang agak besar untuk aku dan memerlukan usaha daya tahan yang tinggi untuk menghadapinya.
[yola tu usaha daya tinggi padahal pemalas tahap gaban..]

k . aku mulakan dr aku zaman tadika ek(zaman tadika pon leh list jugak kan ke..aishh)
tadika
peperiksaan akhir tahun .
cikgu tadika cakap kalau tak lulus exam ni , takleh naik darjah 1.
bersungguh2 la nak capai kejayaan.
result..cantikkk..cikgu bagi banyak bintang..(kalo xde bintang otomatik akan anggap diri xpandai..haha)
tapi yang sebenarnya exam tu just nak tau tahap perkembangan pembelajaran kita je sama ada bleh catch up ke tak ngan soalan2 level tahap tadika.
aishh cane la leh terpengaruh ngan ugutan cikgu kalo tak lulus exam tak leh masuk darjah 1..sengal!

sekolah rendah
time aku sekolah rendah aku kene ambil 2 peperiksaan besar.
1 mase aku darjah 3 . 1 lagi darjah 6

darjah 3
exam ni di panggil PENILAIAN TAHAP SATU(PTS).
sesape yang lulus dalm exam ni akan lompat kelas.means takyah masuk darjah 4 .terus naik darjah lima.kira advance la dan kira sapa yang lulus ngan cemerlang exam ni memang budak tiptop la.
aku?haha..aku budak mangkuk dalam kelas..selalu je dapat no 6 dr belakang..mangkuk la katekan..
time aku ada 2orang budak kelas aku yang berjaya lompat kelas.
sekarang dah takdak dah exam PTS ni..sbb ape dimansuhkan aku pon tak tau..

darjah 6
haaa..ni memang wajib diambil oleh sume2 budak sekolah rendah.
UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
mase trial exam ni..aku mangkuk gak..hahaha..aku bukan budak pandai.jujur ni.
hari2 balik sekolah lambat sbb sambung ngan kelas tambahan petang tu plak.
ayat yang sampai ke hari ini yang aku ingat bila cikgu matematik aku selalu sebut
"anak cina seribu soalan..ni baru seratus."
bila kitorang 1 kelas mengeluh tgok soalan math banyak sangat.
owhh cikgu..
dan resultnya..yeeeaaa..aku lulus..dapat brape A tu..hehe..malu ah nk sebut..biasa la..budak mangkuk katekan..
p/s:
cikgu math aku mase darjah 6 namenya cikgu muhammad khatib ngah.kitorang panggil cikgu mat katib..hehe

dah abis sekolah rendah..naik sekolah menengah la plak eh
2 exam ni memang wajib jugak sume2 budak yang bersekolah kat malaysia amek paper ni

form3
PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
aku kat sekolah memang mangkuk tp bukan bebal..walaupon bile exam biasa2 aku suke sapu gred B C D mahupun E
akhir tahun result kuar..yeee yipiii..nasib baik lulus jgk..
banyak sangat kutuk cikgu..ahaks

form5
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
dulu ingat exam ni la yang paling hard core tahap lubang cacing tanah.mane tak nya.amek subjeck hard feeling no feeling.exam bulanan lagi2 add math kalu tak dapat result G..bukan aku lah tu.(ahh menci add math tp suka cikgu addmath kat tuisyen.best.)
result..weehuuu..credit sume subject.kikiki

walaupun result exam spm aku cantik (cantik la sangat) dan aku dpt tawaran dri UiTM.
tapi aku buat keputusan nak sambung form 6 je..haaa...amekk koo..
form 6 aliran sains.lagi la..hhaaa..ameekk koo..gila!

form6 aku banyak main.gile tak banyak main..pergi sekolah cikgu kat depan ajar..aku kat belakang tak paham2 then terus khayal ke alam buana.(wokey..xsemuanya aku tak paham.certain part je..hehe)

SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
exam yang paling tahpape aku pernah ambil..ingat addmath lagi susah..math form 6 lagi gile..ayoo..
result pon gile jugak la..cam tuan dia.malas lagi.tanggung la akibatnya.yang ni tanpa segan tanpa malu aku nak umumkan paper math T aku fail.dapat gred F..amek ko.

tak berjaya time STPM..aku cuba amek diploma
DIPLOMA OF NURSING.
k yang ni aku try2 je mtak.dapat.teruskan je la.
ingat masuk nursing ni senang.(ni orang la cakap nk jadi nurse ni senang)
senang la sangat..kadang2 timbul jgak dalam hati knapa aku amek nursing ni.
huuuu..
tapi pepepon aku sekarang dah happy ngan bakal kerjaya aku ni.

tapi sebelum nak jadi nurse tu aku kene hadap exam ni
exam LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA.
pufffhhh..
aku rase dalam banyak2 exam yang aku tempuhi spanjang hidup aku ni..ni la exam yang agak berat untuk aku.fail means ko kene amek lagi exam.fail kali ke dua ..say babai to dunia nursing.
exam ni jugak la yang bagi kelayakan untuk menjadi seorang staff nurse dan agak2 nak apply kerja kat arab..kene mesti lulus exam ni
see..that's why aku ckp exam LJM ni paling berat untuk aku.
(k sebab betolnya aku nak keje je.xlulus xleh keje)
alhamdulillah..semalam kuar result.aku lulus.huhu..

notakakiayam:
well sebenarnya bukanlah exam tu yang menentukan kepandaian.setiap orang tuhan dah jadikan dengan kepandaian dan kepakaran sendiri.kita yang diberikan akal fikiran olehNya..gunakanlah dengan sebaiknya.jangan jadikan kepandaian yang dimiliki tu untuk melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat .
contohnya la kan .sebab terlalu cerdik dan pandai..korang gunakan ilmu kecerdikan korang untuk hack blog orang lain.pastu menyusahkan orang lain.segala bagai la nak cari sape yang pandai2 hack .bila si hacker dapt dikesan..pastu menyusahkan diri sendiri la plak..padam muke.

jd..tepuk dada..rase jantung.ada denyutan lagi tak.kalo tak de..haaa..tak lame la tu..kikiki =p

2 orang tengoh nopak caktingcakting :

  1. ecalzz said...

    haha.. ingat lagi cikgu mat katib. adoiii.. time rehat kita kena wat soalan math. nak lak betul semua. adeehhss... seksa hidup dgn kelas math yg sgt banyak setiap minggu. huhu.. last2 dh fed up gt, tiru jawapan kat belakang. hahaha

  2. pjah said...

    senang citer sume masa dia la buat math..dia kan ajr byak subjek..pendidikan seni buat latihan math..time muzik buat math..
    buku latihan yang paling banyak..buku latihan math..
    haha..hidup dgn math je..=p