Wednesday, July 20, 2011

kidal.kanan.ambidextrous

tangan kidal atau nama orang putih left handed adalah 1 anugerah yang tak semua orang dapat.
orang kidal ni biasanya lebih banyak menggunakan tangan kiri dalam melakukan aktiviti harian contoh menulis,menyapu sampah hatta mencebok air.
ada kajian menyatakan orang yang kidal ni lagi kreatif berbanding orng yang banyak guna tangan kanan.
ok2..tak nak citer banyak pasal lefthanded mahupun righthanded ni.

pernah dengar tak perkataan AMBIDEXTROUS ??
tak pernah..tak pe..meh aku bagitau maksud nya.
maknanya adalah berkebolehan menggunakan kedua2 belah bahagian tubuh badannya dengan baik.contohnya tangan.
ok la nak tau lebih lanjut pasal ambidextrous ni boleh klik kat sini .

aku pon sebenarnya tak tahu pulak orang yang boleh guna kedua2 belah tangan ni dipanggil ambidextrous.(dah macam nama dinasor plak ada trous2 ni)

jadi maknanya aku ni seorang yang dipanggil ambidextrous la sebab aku boleh guna kedua2 belah tangan aku baik kiri ataupun kanan.

contoh nya aku boleh menulis dengan baik . baik tangan kiri mahupun kanan.bila aku rasa penat guna tangan kanan..aku tukar guna tangan kiri..keadaan ini sangat sesuai bila terpaksa menulis nota yang maha banyak tapi biasanya tulisan tangan kiri aku buruk la berbanding dengan tangan kanan.hehehe

contoh lagi bila makan menggunakan sudu ..tangan kiri la yang menyuapkan aku.bukan tak boleh guna tangan kanan tapi bila guna je tangan kanan..maka segala makanan dalam pinggan akan bersepah2 dan hasil nya sikit je makanan yang masuk dalam mulut aku.
p/s:bila makan guna tangan, aku makan pakai tangan kanan la.gile pe nk guna tangan kiri! sungguh tak senonoh.

contoh lagi lagi dalam penggunaan pisau..aku lebih dominan menggunakan tangan kiri tetapi aku akan lebih selesa menggunakan tangan kanan bila memegang gunting.

contoh lagi lagi lagi bila mewarna lukisan..aku pegang pensel warna guna tangan kiri tapi melukis guna tangan kanan.mase kecik2 dulu..jenuh jugak la mak aku ngajor pegang pensel warna guna tangan kanan tapi hasilnya tak jadi.melekat jugak mewarna guna tangan kiri.
p/s:sekarang aku dah kekok pegang pensel warna guna tangan kiri mahupun tangan kanan..miahaha..caner la leh jadi camtu.

contoh lagi lagi lagi dan lagi bilamana orang akan tegur ko pelik.yela pelik.mula2 tengok menulis guna tangan kanan.pastu bila makan guna sudu pakai tangan kiri .esoknya dalam kelas orang tengok ko menulis guna tangan kiri plak.sape yang tak pelik.aku pon pelik..lalala

notakakijalanan:
kawan2 aku cakap "best la ko pjah bleh nulis guna 2 belah tangan.tolong la tulis nota aku sekali"
hardoww..tak pepasal kene buli ngan kawan.kekeke.
tapi aku buat derk je bila kawan aku suruh tulis nota dia.kejadian ni berlaku zaman sekolah2 dulu .
setiap anugerah yang diberikan ada hikmahnya.

p/s:
orang cakap sesapa yang boleh guna kedua2 belah tangan ni mampu balancekan fungsi otak kiri dan otak kanan.secara tak langsungnya, kebolehan dan kemahiran yang ada akan menjadi lebih mantap berbanding orang yang kidal ataupun orang yang menggunakan tangan kanan sahaja.hohoho..iye la tu..aku tak pun.malah aku tak la sebijak orang yang domainnya kiri mahupun domainnya kanan.
p/s 2:
kalau orang yang banyak guna kiri dipangil kidal.orang yang banyak guna kanan dipanggil ape ek?

2 orang tengoh nopak caktingcakting :

  1. Lizz said...

    my mom buat kerja semua kidal cuma makan jelah guna kanan.hahahaha

  2. pjah said...

    lizz:
    hahaha..kalau mkn pun kidal..allah..kes parah dah ni..orng kg aku cakap
    "berat nanang la.."hahaha