Saturday, July 2, 2011

elak dari berhutang

apa perlu kita buat bila ada hutang??

apa caranya untuk elak dari berhutang??

semalam aku tengok 1 rancangan kat tv.
program Tanyalah Ustazah.
tajuknya DOA YANG DIMAKBULKAN
ada 1 soalan yang dikemukan oleh seorang penonton melalui email .
soalan dia berbunyi
"macam mana nk elakkan dr berhutang yang terlalu banyak hingga satu masa ia akan membebankan kita.namun dizaman sekarang..ada benda yang perlu kita berhutang contohnya hutang rumah..hutang kereta.."

ni jawapan ustazah
"pertama kali bila kita nak berhutang kita kena tetapkan azam kita apa cara pon aku nak settlekan hutang ni jugak.
dalam kita berazam tu kena la jugak berdoa..moga2 apa yang kita inginkan..dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T..
ini antara doa untuk dipermudahkan intuk membayar hutang.

Baca mulai dari “Allahumma malikal mulki”, tidak perlu sebut “qulillah”

1.png

[26] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[27] Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

ini aku copy paste dari
bila kita dah berazam..berdoa..yang akhir sekali...
kenalah jugak berusaha dalam menyelesaikan hutang piutang tu.insyaallah apa jua yang menghalang kita dari rasa kesusahan itu..mudah-mudahan akan diringankan olehNya..

notakakijalan:
aku rasa ni antara entry aku yang agak berilmiah..sebelum2 ni aku banyak merepek..tapi dalam merepek aku tu ada maksud yang terselit..mudah-mudahan semoga aku dapat hidayah lagi untuk memberi entry yang berunsur ilmu ni..hehehe..
sekian wassalam..



0 orang tengoh nopak caktingcakting :