Friday, December 23, 2011

keputusan peperiksaan PMR

sebelum ni aku dah pernah post pasal pergi ambik result upsr..semalam result PMR dah diumumkan..zaman aku masa tu tahun 2003..2003..sekarang 2011..maknanya dah 8tahun berlalu la..hwahwahwa..dah tua da aku enk!!!

lepas abis upsr..dengan result aku yang boleh la tu..konon2 ada hati nak sekolah jauh2.tapi apakan daya, satu sekolah pun taknak terima aku..kwa3(bajet result gempak)
jadi aku pun bersekolah la di sekolah yang berhampiran dengan rumah aku je..tapi kena paksa tinggal asrama.kalau tak..biasiswa kena tarik.pale lutut betol la cikgu yang buat undang2 tu.nasib la masa tinggal kat asrama tu..
aku dengan 4 orang kawan aku tu nakal sampaikan warden hostel aku tu panggil aku "geng kepala pengat" walla!

masa form 1 ngan form 2..aku dalam golongan yang mangkuk(tak habis2 dengan mangkuk..lalala)mana tak mangkuk..setiap kali exam..tak kira la exam penggal ke separa penggal ke..mesti ada yang flying red da colours..(fail la )
konon2 cikgu yang paksa suruh dok kat asrama ni..nak suruh aku jadi pandai la..huu..takdomaknanya..main2 ada la.
tapi masa pertengahan aku form 2,asrama kene roboh sebab nak bagi laluan untuk pembinaan asrama baru.
p/s:pasal dok kat hostel ni..aku pernah citer dalam entry aku yang lepas2..yang mana..aku dah lupa..hehehe

jadi masa form 3..aku dok rumah.study kat rumah.kene pergi tuisyen.bla..bla..bla..konon2 nak mencapai target 8A.tapi result periksa aku..masih lagi ditahap yang sama.aduiya..macam mana ni?
susah hati jugak.
aku pun makin kuatkan tekad.nak berjaya jugak.tak kira la macam mana.
sampaikan boleh la plak terpengaruh dengan agen mana tah yang masuk kat sekolah jual ubat yang boleh kuatkan otak.otak lu!
kuatkan minda pebenda..dah la mahal.spoloh hengget.dulu spoloh hengget nilai dia mcm sratus hengget skarang plas rasa ubat tu macam bedak baby johson yang ditaruk gula.
nak muntah den.
dah terbeli..nak tak nak..kene la makan jugak.membazir je kalu tohok buang cam tu.
tapi sekali tu jela aku beli.abis je stok 1 botol ubat bedak tu..aku dah tobat nasuha..tak beli2 dah.

time trial PMR aku dapat 2A 3B 3C..wahahaha..bijak kan aku!!
bila result sebenar nak diumumkan..berdebor jugak.yela..kalo tak bedebo time nak amek result tu..ada something wrong kat hempedu korang.lalala

tak salah aku tarikh nak amek result tu 28hb122003.(tajamkan otak aku.mampu lagi ingat tarikh amek result.ni kes makan ubat bedak la.haila)

tunggu punya la tunggu..kata pukul 10..result dah keluar.beria la tunggu kat depan tu sambil berdebar2.tapi harapan hanya tinggal harapan.pukul 12lebih baru umumkan result.
jeng..jeng..jeng..dub..dab..dub..dab..
tersengih2 depan cikgu kelas.konon nak cover perasaan berdebar.
tandatangan diturunkan tanda result dah diserahkan dan diambik oleh pemilik tuan punya otak yang berserabut selama 3tahun menghadap silibus menengah rendah.

tengok2 result aku walaupun tak seperti yang diharapkan tapi masih lagi mampu untuk tersenyum walaupun sedikit kecewa..
mana tak kecewa..subjek Math dapat B .BI memang dah target dah tak dapat A..
lain subject ..
no komen la kecuali subject Sains sebab aku ingat aku dapat B.susah woo..aku siap tanya budak depan aku..susah tahap gaban.alih2 nampak bangunan piramid kat sebelah perkataan matapelajaran SAINS.hehehe

kononnya..lepas dapat result PMR..nak blah la dari sekolah tu.lain2 borang permohonan dah hantar dah sebelum cuti sekolah tapi ada 1 borang yang aku belum hantar yakni borang untuk ke sekolah teknik.
sedih punya pasal..time hantar borang tu kat pengetua sekolah untuk dapatkan cop pengetua time lepas dapat result pmr.terus lupa hasrat nak pindah sekolah.tu yang bila dah bukak sekolah seminggu tetiba nama aku kene announce pergi pejabat sekolah untuk ambil balik borang tu.lalala.
dah malas nak pindah sekolah.
jadinya keluar dari pejabat sekolah..terus aku campak borang sekolah teknik tu dalam tong sampah..kakaka..tak kejam kan!

aku pun meneruskan persekolahan aku kat sekolah tu sampai form5.teruskan usaha perah otak untuk matapelajaran sains pure.heaven tak heaven..tunggu la aku review result SPM aku..lalala

4 orang tengoh nopak caktingcakting :

  1. ecz emz said...

    haha... its remind me of that moment. depan dewan waiting for the result.
    cikgu mazlan(kalo tak silap) datang ngan cam recoder dia,do recording while looking for someone, and say congratulation to her even result still kt pejabat time tu. huhu...

    and that person obviously "ketua geng pale pengat!" haha~

    lame tak bace blog pjah.. makes me smile. thanks!

  2. pinyu pjah said...

    hahaha.."ketua geng kepala pengat" catat sejarah untuk grup geng kepala pengat..nakal2 pun semua berjaya..

    memori yang tak kan padam pasal geng kepalal pengat tu..haha =P

    tens jugak ema sbb sudi baca blog pengat ni..wakakakaa

  3. ecz emz said...

    kenangan mesti best even it was bad thing at that time.

    suke entry lame2 camni... =)

  4. pinyu pjah said...

    tu la..kadang klakr jugak bila ingt balik..hehhe