Sunday, December 18, 2011

mission impossible : ghost protocol




berbaloi jugak hari ni walaupun aku sendiri ada mission impossible aku.
mission imposible aku adalah bayangkan semalam aku kerje malam (second night) .dah kerja malam..kopem2 aku tak tido.lagi2 aku kena jaga pesakit ventilator.ada je yang nak kene monitor setiap jam.shift keje aku abis pukul 7 tapi aku melangkah keluar dari ward pukul 8.settlekan kerja yang tak tersettle.balik kerja aku ondaway pergi rumah abang aku kat negeri sembilan.dalam tren tido kejap.tu pon tido ala2 macam ayam.hwahwahwa.
sampai rumah abang aku.takdenye aku nak tido.ngadap blog yang dah berkurun tak diupdate.hari ni aku pulun bagi 2 entry skali.hwarghwargh.
bila dah bukak blog..apa lagi..mula la merayap menjadi silent reader tak pun saje2 buat lawatan mengejut.kikiki.

dalam pukul 2lebih,aku dengan kakak ipar aku pergi merayap kat Terminal 2.tengok wayang la.mula2 ingat nak tengok citer Songlap tapi hati aku kuat suh tengok Mission Impossible 4 ni.maka pukul 4.30 petang tadi..tertunai la hajat aku nak tengok citer ni.hehehe

seperti yang kita tahu..sequel2 MI yang sebelum tidak menghampakan.harapnya MI:GP ni macam tu la.
hampir 2jam lebih citer ditayangkan.so far not bad.ok.cuma action dari hero hensem kurang sikit berbanding dengan MI yang sebelum-sebelumnya.banyak bercakap dari aksi.hmmm..mungkin agent hunt dah tua kot.hehehehe

dari awal citer samapi abis citer..keje aku gelak je.walaupun ada sikit part aku terlentok (ni sebab aku ngatuk sangat.tak tido dari malam tu)tapi aku paksa mata aku jangan tutup mata.misi aku berjaya.aku dah tak tido dah.hehehe.

aksi paling mendebarkan bila bayangkan ko terjatuh dari dubai burj yang tingginya beratus tingkat tu.fuhh..alaa.hero mane boleh mati kan.cuma korang akan dapat saksikan berapa banyak tom cruise ni terhantuk.ti kira ek berapa kali agent hunt ni terhantuk.kwakwakwa.

cuma ada jugak la scene2 yang tak logik dan sekali tengok pon dah tau tu bukan real punya.time si ethan hunt nk pecah kan tingkap cermin dubai burj tu.nampak sangat tak real.kwakwakwa..
part ribut pasir tu pun cam tah pape je tapi boleh la.kalau pikir logik..dalam ribut pasir yang konon2 nampak macam gila dasyat tapi boleh lagi ada aksi kejar mengejar.diorang ni mata kucing ke dalam ribut pasir boleh nampak orang kat depan.hmm..agak meragukan disitu walaupun pada akhir2 adegan kejar mengejar tu ada la ditunjukkan ethan hunt mencari si mamat keparat tu guna gps.(gps la kot.he3)

kesimpulannya.2jam lebih ngadap citer ni.not bad.layan.dari 5bintang nun jauh diluar bimasakti aku bagi 4 bulan dan bintang.hehehe

p/s:nak completekan mission aku..aku nak g tido.qada tido untuk 24jam yang lepas.perghh..gila rasa 1 hari tak tido.hanya tido untuk 1-2 jam je tadi.pergh2

0 orang tengoh nopak caktingcakting :