Sunday, August 14, 2011

hidup ni tak perlu sombong la

hari2 aku rasa tak sabar nak berhenti kerja kat tempat kerja aku sekarang ni.

hari ni cantikkkkkkk kene maki dengan customer.
huhuhuhu..
sadis betol.dugaan dibulan puasa.

kalau time posting dulu2..asyik kene maki  dengan patient.waaa..sa ba ro (sabar) je la.
dah orng sakit.macam2 peel la ada.

abis tu orang yang tak sakit ni..ape cer plak nak maki2 orang lain.
oh .saya lupa.kuasa pembeli lebih tinggi dari orang yang bekerja sebagai cashier ni.
dengan itu.suka suki la nak maki ek.
hatoi.
makcik.jangan la pandang sebelah mata je budak2 yang kerja sebagai cashier ni.
budak2 cashier ni walaupun kerja sebagai cashier tapi dalam tangan koman2 pun ada diploma.lagi dasyat pemegang ijazah.
tau la gaji cashier ni lagi sikit dari makcik tapi at least kami cashier ni buat kerja yang halal.
lagi satu makcik.hidup ni tak boleh la nak meninggi sangat hidung ibarat hidung siamang tu.
dalam dunia ni.kalau hidup sentiasa mendongak ke langit tanpa sikit pon menjeling ke tanah..alamatnya tak lama lagi jatuh gedebuk la tersepak akar.
makcik perlu sedar hakikat tu.
yer..sebagai cashier..saya tau.duit makcik yang berkepuk2 tu la yang menjadi beza antara darjat antara kita.
tapi makcik jangan ingat dengan duit makcik tu..makcik bleh maki dengan sukahati.
cuba letakkan diri makcik ditempat kami.cuba selami perasaan dan hayati peranan cashier tempat makcik suka shoping tu.
tanpa mereka,makcik tentu terkontang kanting nak packing barang2 yang maha banyak yang makcik beli tu.tanpa cashier jugak..makcik tak tahu macam mana nk tekan mesin duit tu.

huhuhuhu.
kenapa korang tak boleh pandang sinis kat cashier?
1.customer ramai giler..barisan Q nak membayor panjang giler.kene plak hari ahad yang memang orang akan ramai gile2.cashier nak g toilet pon tak sempat apatah lagi nk rehat.lame2 badan pon dah xsekuat awal2 masuk kerja.
2.ngadap duit + kerenah customer yang macam2 ragam + dugaan dibulan puasa ..otak pon lame2 akan jd slow melow..jadi kebarangkalian nak buat kesilapan tu sangat tinggi apatah lagi bila kene buat kira2 pakai manual untuk pulangkan baki perbelanjaan dimana melibatkan 1 angka yang besar.(walaupun just guna basic matematik + - )
3.bukan semua cashier tu cashier otai.maksud disini adalah tak semua cashier tu berpengalaman .cashier baru yang kerjanya tak sampai seminggu..kofem2 la agak lembab sikit..so..jangan la nak maki atau pandang sinis.

dah..cukup je la 3 aku bagi .ti ada masa aku tambah kenapa korang tak boleh pandang sinis kat cashier ni.

notakakijalanan:
aku asyik menghitung hari je bila nak quit ni.tadi aku dah antar surat behenti kerja..hehehehe
p/s:
ada tugasan lain menunggu aku disempadan.jadi aku perlu melepaskan kerja aku ni..(iyo2 la tu)



4 orang tengoh nopak caktingcakting :

  1. Faisal 2dayblogger said...

    sy x sombong pun =P

  2. pjah said...

    faisal 2day blogger:
    saya pon x sombong gak..hehehehe

  3. Encik JI said...

    makcik tu pn sakit kot. haha. baru pas gduh ngn laki. tuntut nafkah xbg. ekeke

  4. pjah said...

    incik JI:
    hahaha..xpon baru pas gaduh ngan laki kot fight nak balik kg sape..ekekeke