Sunday, January 29, 2012

nawaitu dan ikhlas

makin lama makin malas nak menulis.
sebab utama

1.takde latop(asyik guna latop orang je nak hupdate .lalalala)

sebab

2.
masa yang sekian lama makin cemburu.(alasan)

sebab

3.
kepala serabut sekarang.banyak problems.

sebab
4.
sibuk cari rumah.nak pindah rumah .(sapa2 ada rumah untuk disewa sila contact aku plez.walla.bajet macam tuan rumah plak yang terhegeh2 cari penyewa.memang nak kena penyepak ni.haishh)

sebab ke

5.
aku tengah kumpul duit.(alasan yang kurang tepat kenapa makin lama makin takde entry.yoo)

==================================

abaikan sebab2 kenapa aku kurang menulis sekarang(walaupun memang korang tak abaikan sebenarnya point2 diatas kan.hehehe.)

point yang lagi penting aku nak masukkan dalam etry kali ini adalah mengenai keikhlasan dalam kita melakukan pekerjaan kita dan nawaitu sebenar kita semasa bekerja.
ini boleh aku kira aku berbicara melalui pengalaman.

tanpa nawaitu yang ikhlas semasa melakukan pekerjaan kita ,tak kira la anda bekerja sebagai pegawai berjawatan tinggi melangit mahupun sekadar tukang cuci jamban..apa yang dikerjakan nampak ala kadar sahaja dan untuk lakukan kesilapan sangat2 tingi jika lagi2 anda sedang mempertaruhkan nyawa seorang manusia ditangan anda.

ok.yang ni aku kecilkan skop nawaitu dan keihklasan semasa buat kerja.aku pergi kepada skop pekerjaan dimana kerja aku lebih kepada mempertaruhkan nyawa.jika sedikit kesilapan ,maka innalillah jawabnya nyawa manusia itu.mintak jauh la.

bayangkan,seorang manusia yang sakit.ada banyak complication dimana condition manusia itu tidak stable.ada masalah buah pinggang .dari masalah buah pinggang..kemudian dapat acute pulmonary oedema sebab banyak cecair dalam badan.ujian darah menunjukkan platelet dibawah paras normal yang mana pendarahan tanpa henti boleh berlaku.
bayangkan lagi.seorang hamba allah bekerja dengan nawaitu yang ala kadar menjaga pesakitnya akhirnya buat kesilapan dimana misscommunication telah berlaku kerana kesan dari nawaitu yang ala kadar semasa bekerja tu,nyawa manusia dijadikan taruhan.

walaupun agak nampak macam seakan kejam kerana dari nawaitu kerja ala kadar,akhirnya nyawa manusia jadi teruhan ,tapi ia ada hikmah disebaliknya.

mana la takda hikmahnya.sampai sekarang kalo aku nak buat sesuatu prosedur..aku akan betul2 alert dengan apa yang aku nak buat.tak mau dah episod pisang berbuah 2 kali.hohoho.kalu sebelum ni..aci asal boleh je.hohoho.

sekarang pesakit aku tu masih lagi kat icu.kesan dari acute pulmonary oedeme(APO).cecair dalam paru2 leaking dri alvoeli.sebab tu pesakit yang ada masalah APO bila batuk,ada kahak berdarak.masih lagi perlukan penjagaan rapi.

sampai sekarang aku masih lagi rasa bersalah kerana kecuaian aku.senior aku ada bagi nasihat kat aku.kata dia
"jadikan ini satu pengajaran untuk masa depan.tanpa berdepan dengan masalah,kita tak akan tahu dimana kita sekarang.sebagai budak baru,mane ada yang tak pernah berdepan dengan masalah."

so.point penting aku dapat dari kesilapan aku ni..
1.kerja kena betul2 ikhlas.
2.nawaitu semasa jaga pesakit kena betul.jangan main aci boleh je.
3.sebelum buat pape,kena dengar betul2 arahan yang diberikan.
4.sayangi la nyawa orang lain macam kita sayang nyawa kita sendiri.

bab2 nak jaga nawaitu dan keikhlasan ni memang susah .lagi2 bila berhadapan dengan karenah pesakit yang macam2.mula2 memang dapat bersabar.tapi lama2 mau jugak berhangin 1 badan la.mane tak berhangin.kalau betul2 tak larat..memang la tolong.ni tangan ok.kaki ok berjalan.skor untuk neuro a.k.a skor tahap kewarasan ditahap optimum..suruh aku suap.adoiya.bagi makan penampor baru tau.mengada lebih.geram je kekadang tu.hohohoho
sabar je la.

p/s:
trauma woo sbb kes tu.sampai sekarang masih lagi terbayang kejadian tu.sadis2.huhuhu
pengajaran.ikhlas & nawaitu kena betol.

0 orang tengoh nopak caktingcakting :