Monday, August 30, 2010

hati ini berbicara


bila hati berkata tidak..
sukar sebenarnya untuk ungkapkan kebenaran.
perlu ada keberanian dan kecekalan.
tapi bila hati ini sudah berbicara.
semua nya jadi tak tentu.
pelik bila mengenangkan kembali saat2 itu.
adakah aku atau dia yang bersalah?
tak.
apa yang terjadi,
semua sudah ditangan tuhan.
terima ketentuan dari Nya.
qadar & qada' sudah suratan
andai ada lagi pertemuan..
tidak pasti lagi kesudahannya.

bila hati berbicara.
kesal mula melanda.
namun hati sudah berbicara
pertimbangan akal jadi pedoman
semua sudah suratan..
jangan ditangisi lagi..

~puisi ntah pape~
lalalala
2138h0ur
30hb82010

Sunday, August 29, 2010

hargai la mereka selagi mereka bernafas


warga tua sampah masyarakat
hidup merempat,tak tentu hala..

lirik asal
warga tua teras masyarakat
penuh jasa,setia pada negara

perrghhh..bikin hati panas je ngn serba sedikit dengan lirik yg first tu kan.lirik tu aku dengar time kawan aku nyanyi.dia cakap dia dengar ada 2,3 budak junior zaman aku sekolah dulu nyanyi lagu tu..
kurang asam betol..

untuk 2miggu pertama posting ni,aku dengan ahli group aku posting kat ward geriatric seminggu dan kene posting kat nursing home selama seminggu..

dah 2,3 kali aku posting kat geriatric ward.kesian kat mereka.kebanyakan mereka ,tiada siapa pun yg datang melawat.kebanyakan mereka datang dr nursing home.bila sakit,mereka dihantar ke hospital.kebanyakan anak2 mereka ni berkerjaya dan ada yang menjawat jawatan tinggi seperti doktor,pensyarah.namun sebab kekangan kerja,anak2 mereka ni hantar kat nursing home.dah la hantar kat nursing home,nak jenguk mak ayah pun susah.apatah lagi bila ada yg admit kat hospital.ada tu langsung tak datang melawat.termenung la nenek2 dan atuk2 ni kat atas katil sambil menunggu sesiapa yg sudi menjaga meraka.kesian tau.

boleh kire je ,ada nenek2 dan atuk2 ni yg dijaga oleh ahli keluarga mereka ni.tp tu pon ada yg ala kadar je jaga.kadang tu ,sakit hati jugak tgok perangai anak2 yg cam kurang ajar .datang ke ward semata2 nak amik cap jari mak ayah untuk pindah geran tanah la,harta pusaka la.ada yg kurang ajar lagi,mak ayah mereka tak tutup mata lagi tapi dah gaduh2 adik beradik nak tuntut harta yang tak seberapa tu.luluh hati nenek ngan atuk ni.hampeh tol..

banyak kes yg tak sedap dipandang ,ada yg aku rase,wow..touchingnyer..ada pasangan atuk nenek yg romantik.ada 1 pesakit .dia perempuan ,umur lebih 80 tahun dah..yang setia jaga dia adalah suami dia.si isteri tak nampak si suami kat tepi katil,sanggup nak turun dari katil cari suaminya walaupun kaki tak kuat,jalan pun kene pimpim.nak tido pun si suami kene ada.kalau tak ada.maka ,tak tido la si isteri yg sakit ni.sekarang susah nak cari suami jg isteri yg sakit mahupun bile suami sakit,isteri jaga..(kes ni untuk pasangan warga emas..=p)

bile aku posting kat ward geriatric ni,banyak kesedaran aku pelajari.aku rasa,tanpa mak ayah,siapalah aku..
bile tgok keadaan pesakit kat ward,tak tergamak aku nak buat begitu kat parent aku.mintak dijauhkan aku dari perangai yg buruk ni.(tak hargai pengorbanan mak ayah)
pengalaman posting kat geriatric jugak buat aku berfikir,adakah aku bila dihari tua nanti,adakah aku juga bakal diabaikan seperti warga emas kat ward ni??


mak,ayah..maafkan anakmu ini kiranya ada tutur kata yg kurang sopan apatah lagi mengguris hati mak ayah..=0





Thursday, August 26, 2010

cerita yang direka semata2


cerita ini telah diedit atas sebab2 tertentu..ngeeee..hahaha tipu ja..

cerita ini adalah salah satu kisah koleksi kawan aku mengenai beliau..oppss(adakah aku telah menodai kepercayaan dia mengenai kisah dia???) pon tipu jugak
sebenarnya cerita ini mengenai hati dan perasaan jiwa dan raga dia..

bagi aku dia seorang yg lemah walaupun kat luar dia nampak kuat(ni dari pemahaman aku berdasarkan dia punya cerita la)

dia rasa dia sudah lakukan yg terbaik dalam kehidupan dia sama ada dalam berbestfriend mahupun dalam berboyfriend.(aku rasa dia ni ada masalah dengan huruf BF la..heee =p)


apa yang diceritakan oleh beliau kat aku ..

first sekali pasal bestfriend dia..

dia tak tahu bestfriend dia dah berkecil hati kot dengan dia tapi dia sedar hubungan persahatan dia jd makin tak menarik sejak dua menjak ni..ibarat ada kekusutan benang dalam segumpalan benang..(aiks berapa banyak benang daa)

dia nak bertanya kat besfren dia ape masalah antara mereka..dia tak berani..takut jadi makin teruk dalam perhubungan mereka.walaupun dia sedar bahawa berterus terang itu lebih baik dari memedam rasa..(huhuhuhu)

jd ,dia amik segala manfaat teknolgy yangada sekarang , contoh terbaik..sama ada melalui fecebook,yahoo messager ataupun sms je yg paling simple..untuk berhubung dengan besfren untuk berbicara tentang masalah mereka.harap ada penyelesaian.namun sampai sekarang tiada penyelesaian.(aish camner ni ??)


bab bofrens dia plak..

awal2 aku surrender coz aku tak de pengalaman bab 2 orng berkapel ni(lalalalalala..=p)

aku setakat mendengar tu boleh jalan lg la..nasihat..aku kene pikir 4,5 ploh kali sebelum bagi nasihat..hehe(ye ke ni??)

menurut pencerita ni..dia tak tahu camner nak putuskan hubungan ngan bofren dia..

aikh??pelik aku ??

apsal lak nak clash ngan balak dia..setau aku bofren dia ni ok je..baik lak tu..

so ,aku tanya la dia apa sebab yg bernas untuk memutuskan hubungan terlarang ni(terlarang???..)

ekceli bukan hubungan terlarang pon..hehe =0

lebih kurang kene paksa ngan aku untuk membuka pekung didada dia..(hehehe..jahat tak aku paksa memaksa ni..i like )

dia pun bercerita la..bla..bla..bla

dia cakap bukan dia tak suka pakwe dia tu tapi bagi dia keadaan sekarang tak sesuai untuk dia bercinta..banyak benda dia nak kejar selain kejar cinta.

dia cakap lagi,dia betul2 nak bercinta selapas kawin..(camner nak kawin kalo tak der pasangan belainan jantina..?? tanya aku plak)kakaka

dia jawab semua tu dia serah kat tangan ALLAH ngan pilihan mak ayah dia..yg penting bagi dia sekarang dia nak kejar cita2 dia dlu..(oo i see )

selepas 2jam lebih berhujah mengenai jodoh dia..aku dapat simpulakan ..dia ni betul2 tak ready lagi untuk ke alam percintaan melainkan dia hanya bercinta dengan buku2 dia dan dengan MAHA PENCIPTANYA je..



sekian terima kasih..

yang benar..

aku dan repekan aku..

dadadadada =p
cerita tipu menipu semata2 tiada semulut2 ,sehidung2 mahupun setelinga2..

Monday, August 23, 2010

bila aku mula berposting


dimulakan dengan kalimah bismillahirrahmanirrahim..
aku..pjah..dengan ini ..ingin memulakan repekan aku..walalalalala..
sekali skema la plak ayat aku..ala2 nak umumkan esok raya..walaweyyy..huhu

bermula 23hb82010..
aku dah start posting kat ward..
tapi untuk posting kali ni,jumlah ward yg akan aku posting tak la sebanyak semester2 lepas..
untuk tahun 3 semester 1 ni..
ward 13UA(geriatric punya ward @ orng2 tua punya ward)
ward 7TE/TD kat menara timur(ward untuk orng2 yg ada masalah mata,hidung,mulut,telinga) lalala..
ward 10 U(ward untuk orang2 yang ada masalah gynae @lebih dikenali ward sakit puan..hahaha tu aku yg kata)
lain2..kene pergi klinik..waaaa..tak suke..kene diri lame..


macam biasa la..hari pertama posting..semua perasaaan ada.cuak,blur,ngatuk, dan seantero dengannya la..
lagi satu,bila dah posting..jgn berangan la dapat lepaking..case study,conference tak abis2..kadang2 bleh buat aku..ishhhh..menyusahkan hidup aku la..saiiiih..
da la..mals dah nak cerita pasal posting lagi..penat..walalalala

sekian..wasalam =p

Saturday, August 21, 2010

1 hari bertahan untuk 1 penceritaan


hening subuh sungguh syahdu...
aku ye yg tak syahdu-syahdu..
tak tdo lagi .
last tdo semalam tepat jam kol 1 pagi kot.
pastu bgun kol 6.39(hehehehe..tak bangun sahur)
bangkit je dari tido..tunaikan kewajipan yg 5 tu(subuh)
pastu mandi..
siap2 then pergi kelas..
dengar taklimat posting..lagi taklimat posting..bosan+ngantuk..tido kejap..(tu pon tak sampai 15 minit)
petang tada kelas dah..
kol 5 pergi bazar ramadahn kat kg kerinchi..tgu bus..lambat sangat +jalan universiti menuju ke Federal Highway jem giler..
decide ngan kekawan pergi jalan kaki lalu ikut fakulti perubatan dan jalan university malaya(boleh tahan jauh..adalah dalam 1/2 jam nk sampai ke kg kerinchi)..
then lagi...
shoping..(jgn lihat dr rupa kerana tak semua yg cantik itu sedap)aku beli nasi +ayam kari+sambal sotong=RM6.00..(tak sodap =p)
tiba2 muncul perasaan rindu kat masakan mak aku..(sedapnya)..
abis je berbuka pose..
aku mengalami symptom sakit perut.(hampeh tol)
sakit2 pon..
aku join skali kawan2 aku g terawih..8rakaat..
balik je terawih..heheheheheh..
apa lagi bukak mukabuku (facebo0k) dengan ANAKGANU.COM + yahoo messeger..lame x online..hehehehe
online punye online..sampai la lani tepat jam 5 pagi
aku tak tutup lagi mata aku..(wey..bile nak tido ni?????)


sekian 1 hari penceritaan kisah sosial aku ..(sosial ke ?????)
sok nak g maxis cetre..bayar bill...lalalalalala

Wednesday, August 18, 2010

ketentuan atau ditentukan(ketetapan atau ditetapkan)

salam ramadhan ..

dah masuk seminggu kami berpuasa di bulan ramadhan yang mulia ini..

aku tanak citer pasal bulan puasa ni...
maklum la..secara langsung atau tak langsung , mesti ramai dah yg mengimarahkan bulan puasa ni dengan tulisan-tulisan untuk kearah kebaikan disamping untuk meningkatkan lagi amalan2 yang mulia.

mungkin nukilan aku untuk entry kali ini adalah berkaitan dengan perasaan aku..mungkin kot!!
entah kenapa aku rasa pentadbir di tempat aku menimba ilmu sekarang ni dah tak berapa betol sket.
ya ..mungkin pengubahsuian @ pengupgradekan sistem yg diadakan untuk keselesaan kami bersama
namun entah kenapa apa yg telah dilakukan aku merasa seperti diperbudakkan seperti budak sekolah berasrama..haishhhh..
aku ingatkan sistem yg ada sekarang mengikut standard yg ditetapkan..
tapi ternyata berbeza..tiba2 diwujudkan sistem buku outing..ape cer???
ahhhhh..
malas la nak diperpanjangkan cerita yg telah ditetapkan..

redha dengan ketentuan..


Saturday, August 7, 2010

WHAT IS A NURSE?



AKU DAPAT PICTURE NI DARI PHOTO KAWAN FB AKU
SEBENARNYA AYAT2 DALAM "WHAT IS A NURSE " NI ADA TERPAPAR KAT NOTIS BOARD KOLEJ AKU..
HEHEHE
BARU JE TERASA NAK SHARE KAT SPACE AKU NI
WAWAWAWA..
HOPE KAMU2 YANG SUDI MEMBACA AYAT2 DALAM PUISI DIATAS
FAHAM MAKSUD TERSIRATNYA..
HEHEHEH =P
AKU SHAREKAN JUGAK PIUSI INI UNTUK RAKAN2 SEPERJUANGAN AKU YANG AKAN BERP0STING TAK LAMA LAGI..
SEMOGA KAMU2 DAN AKU SENTIASA IKHLAS DALAM PERJUANGAN KITA NI..



Sunday, August 1, 2010

NEW ENTRY DI BULAN 8

asssalamualiakum
tahniah untuk aku kerana berjaya sekali lagi untuk membuat entry yang baru..
oh yeahhhh!!!
terasa 1 kepuasan yg amat sangat
[yo ooo oooo ye..]

sebenarnya tader pape cerita yg menarik untuk diceritakan di ruangan ini
cuma kebosanan dan kegatalan jari jemariku yg mulus lagi tulus ni nak menari diatas keyboard laptop kawan ku
ahha..

ada sorng kawan aku menyibukkan diri untuk membaca entry ku yg masih lagi dalam proses pembikinan
ish3x
x baik tau baca enty yg x siap lagi..
ecah @ nozieana aishah
tu la name budak kecik yg cuba membaca entry aku ni

musin exam dah bermula
exam 40 %
aku x suke exam
menyusahkan hidup aku je
nk membaca
nak menghafal
pastu plak membazirkan kertas sebab dok buat nota yg panjang berjela
dakwat pen pon cepat je susut dari batang pen
lagi membazirkan duit aku nak beli balik pen2 dan kertas2 yg dah tak de dalam stok simpanan aku.

aish
jiwa kering je nak membaca
lagi2 subjek pkm
kering abis
opsss!!!
tau ngan pn yg mengajar subjek ni
yg aku dok kutuk subjek pkm
mampos aku
agagagaga
hampeh!!!!!!

p/s:upload pic lambat..malas nk tgu =p