Friday, November 25, 2011

cerita aku untuk hari ini

agak lame jugak aku tak biarkan jari aku ni berlari kat keyboard.

takde mood nak tulis entry baru.
lagipun kalau kita paksa jugak untuk menulis entry baru tapi ketiadaan mood yang sesuai maka jadilah entry tu seperti entry haramjadahtahpape.tak gitu!
lagipun pesanan blogger lama yang pernah pesan kat aku,kalau nak menulis..biar dari hati yang sucimuci mulus, baru la orang yang nak baca blog kita tu takde la naik menyampah je sebab tulis entah pape.
kalo asyik tulis entry emo pastu balik2 entry emo.entry emo .entry emo.orang yang baca pun boleh jadi emo .silap hari bulan,nampak je tajuk entry emo terus cari butang X kat hujung sebelah kanan.
hohoho.=p

panjang pulak mukadimah kali ni.

hari ni hari yang agak suram untuk aku plus aku rasa sangat penat sekarang.mungkin overload ngan kerja kot.hari2 balik lambat.tak dapat rehat hatta nak minum air sekejap pun susah.pastu jadual kerja yang agak sengal sikit untuk minggu ni.mane tak sengal.hari ni shift pagi esok petang.pastu pagi balik.agak penat la.

ok.bebalik kenapa hari ni hari yang suram sikit untuk aku.sebab salah seorang pesakit yang aku jaga hari ni meninggal dunia.ajal maut ditangan tuhankan tapi sedikit sebanyak rasa bersalah jugak sebab mungkin aku ada salah ke silap ke masa jaga pesakit aku ni.huhuhu.

lagipun ini kes pertama yang aku handle patient tetiba collapse since aku kerja ni.
ceritanya begini:

arwah panggil aku sebab katanya panas.dan arwah suruh aku bukak langsir tingkap.aku bukak langsir tu sampai seluas-luas alam nampak bangunan paediatric kat sebelah dan aku cakap pas aku settle kerja aku,aku datang balik.nanti aku tolong arwah suapkan makan.
aku sambung balik kerja2 aku yang tak berape nak settle lagi tu.macam biasa la.bukan sorang patient yang kene jaga tapi 8 orang.aku ada 2 tangan,2kaki.tak termampu den nak settlekan semua kerja dalam 1 masa.

selepas lebih kurang 10 minit.

nak bagi arwah makan.

"makcik.makcik.bangun.makan."sambil mengejutkan arwah.

aish apesal taknak buka mata ni.

"makcik.makcik.bangun makcik.saya suap makan makcik"

tak bangun2 jugak.

aku memang dah rasa tak sedap hati..terus dan terus mengejutkan makcik tapi tiada respons.kebetulan Doktor J ada berdekatan.
"doktor.(arwah) tak response"

doktor pun tengok arwah sambil cuba mengejutkan arwah dan jugak menyuruh aku panggil doktor S dan aku pun menjerit RESUS.

dan resuscitation diberikan kepada arwah.

aku?aku untuk pertama kali berhadapan dengan kejadian ni macam blur.tak tahu nak buat apa.nasib baik senior2 banyak membantu.walaupun blur tapi ada la aku tolong buat sumting yang boleh disumbangkan dalam resuscitation tu.

lepas resus diberi..dan keadaan arwah memang tak berapa stabil..dalam pukul 12 lebih arwah meninggalkan dunia ini.

sama2 kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah.semoga roh dia dicucuri rahmat.amin.

notakakijalan:
first time tetiba patient collapse.memang aku takut.dan rasa cam nak nangis pun ada jugak.
cuak doe!
mane tak cuak,masa student tak pernah dapat kes patient tetiba collapse.adoiya.skali hari ni.dari pagi yang aku rasa sangat2 mengantuk tetiba ada patient collapse..amek kau..terus jadi segar bugar.terus jadi busy memanjang.dan hari ini..aku balik lambat lagi.seperti hari2 sebelumnya.memang akn balik lambat.lalala

dah a.ngatuk.esok nk g kerja plak.
semoga hari2 mendatang terus berikan aku satu ilmu yang berguna untuk aku.=D

1 orang tengoh nopak caktingcakting :

  1. ankeljonni said...

    Al-fatihah....