Wednesday, November 16, 2011

keputusan peperiksaan upsr

ooo..baru aku tahu..esok budak-budak yangberumur 12tahun yang telah lepas azab duduk exam UPSR akan amek result esok.

aku tahu pun sebab usah2 kat FB..cakap pasal esok result kuar.yang tak leh blah..ada yang ngaku

"takutnya rasa.berdebar.takleh nak tidor..esok result upsr nak kuar"

blah..zaman amek upsr dah berlalu 11 tahun yang lepas la kawan.toksah gletik glenyar.miahahaha.

mak aih..11 tahun yang lepas!
11 tahun yang lepas aku merasai perasaan berdebar dup dap dup dap nak amek result exam untuk pertama kalinya.maklumla ,zaman sekolah rendah UPSR kan exam penentu hidup mati budak2 yang baru nak up.

mana la aku tak cuak.takut la kot2 UPSR aku kantoi.aku ni kat sekolah bukannya pandai sangat tapi nak kata bodoh tu..tak la bodoh sangat cuma betap(lembap) je sikit.=p
lagipun masa tengah2 minggu genting exam tu..aku bukannya reti nak study segala bagai ni.yang aku tahu .main.main.main dan main.

bayangkan esoknya nak exam .petang sebelum exam aku bantai main guli dengan sepupu2 dan kawan2 aku dari asar sampai ke nak maghrib.aku rasa main ni 1 terapi untuk hilangkan stress aku masa exam kot tapi zaman budak2..tau ke stress2 nak exam ni.tu zaman aku la.
zaman sekarang , siap ada research lagi pasal budak2 dari kecil lagi dah stress.
mana tak stress.pergi kelas tu.balik kelas tu kena pergi kelas ni.habis kelas ni,,pergi tuisyen segala bagai.masuk kelas muzik.1minggu aktiviti solid dengan pergi kelas.mana tak stress budak2 sekarang.haila2.

habis exam.bergumbira sakan la untuk 2bulan lebih.
hari nak diumumkan keputusan peperiksaan UPSR tahun 2000..malamnya..aku tido lena lagi kot.langsung takde perasaan.maklumla dah agak dah ..komang2 aku dapat 1A je.tu pun subject Bahasa Melayu (pemahaman).
p/s:masa trial UPSR aku dapat 1A1B3C.pergh.bangga kan.kikiki.

perasaan:sedikit cuak.
tunggu la result kuar.time ni result tak de lagi bagi2 slip.sume kene refer kat notice board.(ni kat sekolah aku la.sekolah lain ,aku tak tahu caner diorang umumkan result)
rumours sebelum result keluar..
katanya budak darjah6 tahun 2000 ada 6 orang yang dapat straight 5A.
bangga tu beb.tahun2 sebelumnya ada la sorang.tak sorang dua orang.kira sekolah rendah aku ni cipta sejarah la kan.
p/s:aku sekolah kampung je.dah la kampung.nun hulu terceruk plak sekolah tu.patut bangga la dapat keluarkan 6 orang straight's A.lalala

perasaan:cuak kuasa 2
tunggu penuh kesabaran lagi.yes.cikgu dah bawak turun result dari bilik guru besar ke notice board.
halemak..ramai la pulak budak2 tengok result masing2 ibarat semut menghurungi gula plak.
takpe2.sabar lagi.tunggu keadaan reda sikit.
aloha..bising sungguh budak2 yang dah tengok result memasing.ada yang dapat terima kenyataan result sendiri,ada yang tiba2 menjerit terkejut.macam2 la.ala macam tak biasa lak dengan suasana ambik result exam.haila2.

akhirnya..turn aku dapat menyelit antara bepuluh budak2 yang tengok result memasing.
aku mula mencari nama aku yang bermula huruf depannya N.N consider for NOR la..
yes.dah jumpa.
tengok nombor angka giliran.T*** *****(aku dah lupa nombor angka giliran tu tapi yang pasti T didepan kod untuk negeri terengganu)
kira sume subject yang ada.5.yes cukup .
Bahasa Melayu (pemahaman),Bahasa Melayu(Penulisan),Sains,Matematik,Bahasa Inggeris.
result---------->aihkh..betol ke ni result aku.aish.salah ni.aku salah tengok kot.ni result budak nama atas aku ni.
lagi sekali check.
eh!!!.bukan kot..salah orang ni.ni bukan result aku ni.

sumpah siyes..aku sampai 3 4 kali dok ulang alik jari aku kat kertas result tu.tak caye beb.betol ke tu result aku.denied ngan result sendiri.apoda.
tapi bila aku dah dapat berdiri dibumi yang nyata.ternyata..aku masih lagi sedar.waras.GCS aku 15/15 lagi dan aku dapat terima kenyataan tu adalah result aku..aku sangat2 bersyukur pada Allah.
walupun result aku takde la gempak seprti budak2 yang straight's A tapi aku sangat2 bangga.bayangkan sepanjang 5tahun kat sekolah rendah..tu la pencapaian aku yang paling cemerlang..err..(kecuali masa darjah 1 dan darjah 2.time ni aku pandai tapi masuk darjah 3,terus jadi bengap.apoda.)

p/s:
punya la berjela pasal aku nak amek result UPSR tapi resultnya aku tak bagitau ek.haha.tak pe la.tunggu tahun akan2 datang ,aku bagitau ek.malas la nak selak balik fail2 sijil tu.lalalala
cukup la tau result aku tak seperti result trial aku.kikiki.=p

notakakijalanan:
sempena esok adalah hari kuar result UPSR dan aku sebagai ex upsr candidate tahun 2000.aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kat cikgu2 sekolah rendah aku terutamanya cikgu2 masa aku darjah 6 iaitu
1.Cikgu Wan rohani Wan Ismail(cikgu bahasa melayu)
2.Teacher Kong lee Peng(BI teacher)
3.Cikgu Wan Mohamad Khatib Ngah(cikgu math)
4.Cikgu Zulbedah(cikgu sains)
dan ramai lagi la cikgu kat sekolah rendah tu yang ajar aku dari zaman aku darjah 1 sampaila zaman darjah 6.

Terima Kasih Cikgu dengan semua ilmu yang cikgu curahkan kepada saya dan kawan2 saya yang lain.=D

aish..macam tribute sempena hari guru pulak.hehehe






7 orang tengoh nopak caktingcakting :

  1. Unknown said...

    geram betul baca panjang2, sekali taktau result.. dah lah.. nak gi mandi...

  2. Lizz said...

    UPSR aku tak takut sangat, masa ambil result lain aku cuak.hahahaha

  3. Unknown said...

    zulfikar:
    hahaha..ti next episode aku bagitau result tu ek..hahahaha..
    p/s:best kan baca entry panjang2..hehe =D

    lizz:
    cuak tu perasaan yang sangt2 takbest..boleh meletup jantung..haha

  4. ecz emz said...

    ni tak bgtau result ni kes lpa ke gane? hahaha

    org tahu, leh agak dh. kalo result hampeh mane leh masuk kelas KRK kan2? haha...

    teacher kong lee peng mmg takkn leh lupanya.

    cg mat khatib? mimpi ngeri dgn math! huhu...

    ustaz tarmizi jgn lupa. kah3..

  5. Unknown said...

    ema:
    hahha..bukan kes lupa tapi saje biarkan ia bergantung..kakaka

    eh salah tulis a nama cikgu mat khatib tu..nama cikgu tu mohd khatib ngah bukan wan mohd khatib..hehe
    ngeri2..tp result math antara yang terbaik..

    eacher kong da best teacher a..salute abis kat teacher kong..

    ustaz tarmizi..kahkahkah..ingt lagi gelaran dia..ustaz kambing..gile tak baik gelar ustaz tu..miahahaha

  6. ecz emz said...

    haha.. sungguh ekpun ustaz. tensen aku ngan ustaz.. huhu...
    kenangan tul..

    eh jah, nape we do have lots of same memories eh? haha...

  7. Unknown said...

    ema:
    haha..proses tumbesaran bersama2..tu pasal la we have lots of same memories..=D