Wednesday, November 30, 2011

pasal kucing

hari ni satu hari kot aku menghadap latop kecik ni.(latop abang aku punya)

hari ni jugak aku day off(cuti)
hari ni jugak ingat nak upload gambar kucing yang ada dalam tepon cokia aku tapi apakan daya..usb kabel connect ngan tepon cokia aku tu taknak melekat plak.adess!tensyen aku.jadi tak boleh la nak upload gambar kucing aku tu.hohoho.
nampak gaya ada jugak aku beli tepon baru kang!

jejak2 blog.komen apa yang patut.tak pun jadi silent reader je.

terjah blog lizz a.k.a lizarazak.entry hari rabu.macm biasa hari rabu kan hari wordless wednesday.so lizz post pic kucing2 dia yang tengah syok tidor atas kain batik.sangat chomey.miahaha.tak caya!try la terjah blog lizz ni.

ptg tadi kazen aku tetiba plak nak main aci test fb video calling.layankan aje.untuk first time aku layan fb punya video calling.sambil berbual tu ,dia suakan muka kucing kampung aku tu depan webcame.mengiong kucing tu.ape ke jakun benor kucing aku tu bila disuakan muka dia dpn webcam.palelutut betul.
p/s: rumah aku kat kg tu dengan rumah kazen aku dekat je.sbb tu boleh passing2 kucing.so tak heran la kalau kucing tu boleh berwebcam dengan aku hohoho..

malam.tengah layan2 youtube..cari la jugak video pasal kucing.layan punya layan..jumpa la video pasal HERO.ala tak kan tak kenal kot.kalau anda bukan peminat kucing.mungkin ya ,anda tak kenal sapa si hero ni.haila2.

geledah la channel mariahairey.geledah punya geledah..jumpa lak dengan blog kakimotong..apa lagi terus la aku layan cerita dari papa hero ni.
yang boleh aku simpulkan, papa hero ni memang seorang yang berjiwa penyayang.banyak kucing jalanan selamat dalam jagaannya.papa hero dan mama hero tak lokek nak kuarkan perbelanjaan semata2 nak bagi kucing dan anjing jalanan makan.
sekarang agak susah nak cari orang yang macam papa hero dan mama hero ni.
nak tau pasal kucing2 belaan papa hero ni .pergi je jenguk blog kakimotong tu.
eh lupa nak cakap..sikembar papa hero dan mama hero sangat comey.=p

notakakijalanan:
aku?buat masa sekarang kalau aku nak bela kucing..memang aku yang kene halau kot dari rumah sewa aku tu.ada kawan aku takut ngan kucing.huhuhu
ok.yang pasti kedua2 insan yang aku tag blog diorang kat atas membela kucing jalanan.walaupun kucing jalanan tapi sangat-sangat comey.
oyeaa..reaksi budak yang geram nak sekeh2 manja kepala kucing.lalalala

buat pengetahuan jugak.kucing2 kat rumah aku nun jauh di terengganu kebanyakkannya jugak kucing jalanan a.k.a kucing buangan.mula memang rasa macam semacam tapi lama2 kesian lalu diambil kucing2 tu menjadi anak angkat mak ayah aku.huawh3.
bila dijaga,dibagi makan atau ada je datang curi makanan..lama2 makin sihat plak kucing2 tu.dan makin sayang plak lalu jadi la kucing belaan.
aku suka kucing sebab perangai diorang ni memang happening.ada aksi yang agak sengal yang diorang akan buat tak kira la time tengah hyperactive mahupun time tido.takleh blah doe ada yang tidor sambil terkangkang dicelah2 kusyen.miahahah

caya tak kalau aku katakan ,dulu pernah seekor kucing aku(sekarang dah jadi arwah dah kucing tu) jadi ibu susuan untuk seekor anak tupai.kebetulan kucing aku tu baru je beranak dan kebetulan jugak tupai mane tah yang meroyan buat sarang atas bumbung rumah aku tu.tetiba ada sekor anak tupai jatuh dari bumbung rumah.mula2 acah je anak tupai kat ibu kucing tu .ingatkan ibu kucing tu nak gigit anak tupai tu tapi dengan kuasa Allah,ibu kucing jilat badan anak tupai tu.bila aku bersama adik aku time tu letak anak tupai kat ibu kucing tu,relek ke ibu kucing tu bagi anak tupai hisap dia punya tetek.siap jilat2 anak tupai bersama2 anak2 dia yang lain.huu..tak pepasal anak tupai dah jadi anak kucing.
bila anak tupai dah besar sikit,boleh je main gurau2 dengan adik beradik susuan dia yang lain.tapi hayat anak tupai tu tak lama.dia mati sebab terselit kat 1 gumpalan tali yang orang buat ikat lembu tu.mungkin mati sebab tercekik kelemasan kot .sungguh tragis kematian anak tupai tu.huhuhu
p/s:macam panjang lak entry sampingan ni.lalalala =p

p/s:jika kita sayangkan haiwan,dengan sendirinya ia mendidik kita menjadi seorang yang bertanggungjawab dan penyayang dan jugak sifat kesabaran yang tinggi.

p/s:caner nak letak gambar kucing aku ni.haila2.tak pepasal aku meroyan dah ni.adoiya!
apesal la tak leh nak coonect usb ni.hampeh!


p/s:atas sebab musabab masalah seperti yang dikabar diatas..pic ni aku kopipasta dari incik google.hehehe v(0_o)peace..

4 orang tengoh nopak caktingcakting :

  1. h A n Y S said...

    kucing tu excited kot..tu yang macam jakun semacam..haha

  2. hamzah ian said...

    saye takut kucing

  3. Lizz said...

    aku sayang giler ngan kucing!!!!hahahahha.xleh idup ar xder meow :P

  4. pjah said...

    hanys:
    hahaha..excited sampai jd jakun..bahaya betol..haha

    hamzah ian:
    rasanya kucing kot yg takut kat ko..hehehe