Saturday, September 24, 2011

cerita aku

selepas seminggu tak menyibukkan diri beronline..hari ni dengan menggunakan lappy kawan aku..aku cuba untuk update entry..kikiki


oh ya..tak lupa nak bagitau..entry lepas aku ada cerita sedikit pasal makcik maxis call aku kan.tadi try cucuk bodbang aku..tapi xboleh connect dah.
dan dengan ini aku nak isytiharkan

MAXIS DAH POTOnG TALIAN BROADBAND AKU.SEKIAN!

banyak benda aku nak ceritakan dalam tempoh seminggu aku menyibukkan diri dari tak mengupdate entry2 yang merepek tapi disebabkan terdapat banyak kekangan maka cerita2 yang aku dah rangka dalam otak aku ni hilang cam tu je.maklum la short term memori.lalala

lain-lain cerita..aku nak isytiharkan jugak.dengan selamat dan rasminya aku bergelar seorang pekerja.dalam tempoh sebulan ni aku kene dengar ceramah..ceramah..and again ceramah.cuma dalam minggu last aku ada latihan untuk CPR(cardiopulmonary resusitation) dan cara cara bagi breast feeding yang betol untuk ibu2 yang baru bersalin.
p/s: teknik breast feeding yang betul menjamin bayi anda mendapat bekalan nutrien dan antibody yang mencukupi.lain entry nanti kalau aku ada masa..aku bagitau la cara breast feeding yang betul.tunggu ya.

penempatan klinikal aku dah tahu.aku berposting dibahagian pesakit dalam di
bahagian medical ward yang mempunyai 3 unit disiplin iaitu disiplin nefrologi(berkaitan dengan renal), disiplin rheumatogy dan disiplin endocrine.
ward tempat aku berkhidmat nanti..ada masanya menjadi antara ward yang bizi di hospital .tak terkejor wa cakap..tapi insyaallah aku akan lakukan yang terbaik .

sebenarnya aku lebih berminat dengan ward peadiatric tapi apakan daya jabatan perkembangan jururawat dah aturkan semua maka aku terima je la.
nanti bila nak sambung belajar lagi..insyaallah aku nak try mintak post basic bahagian peadiatric.
walaupun peads mencabar tapi aku suka.aku pun tak tahu kenapa aku suka dengan peads ni.mungkin dekat dengan jiwa aku kot.lalala
p/s: peads merupakan singkatan bagi peadiatric.

ok.habis cerita pasal tempat kerja aku.ni nak citer pasal tempat tinggal aku sekarang.sekarang aku dan kawan2 menyewa kat 1 kawasan taman di area petaling jaya dimana kawasan ini boleh dikatakan crowded la jugak.masalah kecurian kat area ni..agak dasyat jugak la.kena selalu berhati-hati dan berjaga-jaga.tapi yang selalu bagi spoil mood aku adalah bila menunggu lif.bercinta dulu baru dapat lif.kekadang aku dah fed up..aku naik tangga je tapi agak2 la..tingkat 10 tu..larat ke hari2 nak naik tangga.penat balik kerja lagi tu.sabor je la.tak pe la..nanti aku pergi jumpa Dr Nahar..atleast boleh jugak bagi alasan aktivity harian untuk mendapat tubuh badan yang fit adalah turun naik tangga bangunan 10 tingkat.bagus2 =p.

tu baru masalah lif yang selalu rosak.masalah bau sampah hancingbancing.kiri kanan rumah aku tiap subuh dan maghrib selalu la dengar bunyi loceng.tu ok lagi.yang agak meresahkan bulu hidung aku bila time bau kemenyan tu..adoiya..sesak den.tercekik lubang hidung den menahan bau aroma terapi rumah sebelah sambil dengar bunyi loceng.hmm..nak buat macam mana..terima je la.adat hidup berjiran.kena ada perasaan give and take.baru la harmoni sejahtera.1malaysia katakan.

aku rasa sekarang aku dalam mood PERUBAHAN dari menjadi seorang yang agak lampi kepada seseorang yang lebih tahu fungsi akalnya.maksud aku lebih mengenal erti TANGGUNGJAWAB.maklum la dulu time student..disamping tanggungjawab sendiri dalam menjaga pesakit..at least jika ada apa2 yang terjadi dekat pesakit disebabkan kecuian diri sendiri..lecturer yang akan tolong backup kan tapi sekarang situasinya lain sedikit.tanggungjawab yang lebih berat bakal dipikul.
adakah aku dah sedia untuk pikul tanggungjawan yang sangat besar ni??
hanya aku dan allah taala yang yang tahu.cuma aku berharap aku sentiasa ikhlas dan redha apa yang aku lakukan.insyaallah.

notakakijalanan:
macam entry berat je..miahahaha..tapi takdela berat sangat..agak2 je tu.entry luahan perasaan je skit mengenai pertukaran alam kanak2 kepada alam baligh.=p

p/s:
ah sudah..toilet rumah ni agak bangang skit.tak boleh flush.parok.
p/s II:
minggu lepas surat MBPJ terselit bawah pintu.notis tak bayar cukai 3tahun.kalau tak bayar , semua harta benda akan disita tapi masalahnya rumah ni bukan ada harta pun.aishh tuan rumah.ni gara2 penghuni terdahulu buat dajal kat tuan rumah.nasib la labu...



6 orang tengoh nopak caktingcakting :

  1. Ibu Yusuf Maryam said...

    Cukai apa tu? Kalau cukai pintu tuan rumah le bayar, bukan penywa..

    Teringat kenangan kena serbu di kawasan itu gara2 mereka berebut makanan..

    Selamat bertugas cik misi!!

  2. Unknown said...

    tuan rumah jenis pelupa nk bayar cukai..tu pasal surat sampai..
    tmpat ini menakutkan la kak zefa..xsabo nak pindah..=p

  3. Unknown said...

    pehh, flat apa kat PJ yg mcm tu? ce citer sikit...

    tapi duk flat paling bosan... bau sampah kat lif ngan area tangga...

  4. Unknown said...

    zul:
    area yg suatu ketika dahulu bikin kecoh 1 malaysia pasal isu perkauman..hehe..tau2 je la area mane..

    bau bacing tu memang tak tahan..mula2 sampai flat ni..mau semput tahan nafas..nasib x k.o..miahaha..
    tunggu hidup stabil skit baru nak pindah rumah..rumah mahal la skrng..

  5. Hanys Najib said...

    dok area PJ, means keje kat PPUM ke? (macam lah kat PJ, PPUM tu je yg ada, haha)

    ang takpa lg lah..jiran rumah yg dok 'main2' loceng..paling2 takda lah sampai bau masuk bilik, aku dlu, jiran bilik 'main2' loceng, semerbak haruman kemenyan masuk bilik, =.=

  6. Unknown said...

    hanys:
    hehehe..btol la tu..

    haha..memang semerbak harum baunya..tahan je la..