Tuesday, September 6, 2011

halangan untuk belajar

kadang2 aku suka tulis entry yang santai selain daripada entry merepek.

entry ni aku tulis time aku tengah gila mengadap nota.bila otak aku dah tepu.aku amek latop kawan aku ,aku tulis dalam note FB aku.
p/s: ini kiranya aku copy paste la dari note fb aku.lagipun tak lama lagi aku akan masuk ke alam buana kerja.mana la tau entry ni jadi pencetus inspirasi kata semangat untuk adik2 yang sedang belajar untuk study balik.(ye la sangat =p)

bila aku nak study ada sahaja halangan.

antara halangan yang utama ialah;

1.MALAS
ini adalah salah satu symptom utama apabila minggu peperiksaan menjelma.walaupun memang sejak azali lagi penyakit malas ni dah ada kat dalam diri tetapi penyakit malas ni akan menjadi lebih teruk,kronik apabila peperiksaan datang.jgn sebut la nak membaca dan menghafal,nak pegang nota pon dah terasa aura keMALASan tu.bagi je la segala tonik,ubat-ubatan untuk mencegah penyakit malas ni,hatta bersepah segala nasihat dan bebelan dari ibu bapa,kawan2 mahupun kucing mak cik limah..namun semua tu sia2.boleh dikatakan penyakit MIM ALIF LAM ALIF SIM (MALAS) tetap RAJA untuk segala halangan apabila nak memulakan mukadimah untuk study.

2.NOTA YG TAK TERSUSUN.
ni satu lagi halangan bagi menghalang untuk study.nota tak tersusun.mase minggu kuliah tak reti nak susun nota cantik-cantik.tak pon , time mgu kuliah memang dah cantik tersusun tp bile ada je conference kat clinical area, satu-satu nota akan dikeluarkan dari file memasing bagi buat rujukan time conference.pas abis je conference,mane-mane tah campak nota tu.dan akibatnya bile nak exam je..time study week,melilau mencari nota2 lame ,ibarat ibu kucing mencari anak2 kucing yang hilang.terbang tah kemana nota2 kalian tu.akibatnya,bila nota dah tak cukup lengkap,serabai,kusut masai,kusam , maka memberi kesan apabila nak study.kejap2 kene cari nota yang dah hilang tah kemana2 tu.jdnya niat asal nak study terus tukar jd MISION MENCARINOTAKAKINOTA.

3.GENGKAWAN
haaaa...ni satu lagi masalah..(ekhhh..ye ke??)baiklah.disini akan dikupas dengan detail pasal masalah ni sebab isu ini boleh jadi kontrovesi lak..ni sebenarnya bukan la masalah kawan sepenuhnya.masalah ni adalah predispose factor.kalu dah diri sendiri tu tak leh nak concentrate nak study,jadinya pergila mencari sumber2 yang boleh memberi keceriaan dikala diri dah tepu ngan segala tulisan2 nota yang dah boleh diibaratkan macam semut yang melata mencari makanan.makin tgok nota tu makin kecik je mata nak membaca.jadi jalan penyaelesaiannya adalah mencari kawan2.jadi ni salah sape ek..??
masalah dari segi kawan2 ni , bila kita nak study time ni la kawan2 ajak buat segala bagai aktiviti.aishh..serba salah jadinya kan.tak ikut kang kecik jantung lak.kalu ikut,diri sendiri lak yang kene sakit jantung bile result kuar sebab terkejut result exam cantik sangat.jadi pepehal..tepuk dada tanye sindiri.nak excelent ke nak kantoi lam exam..

4.ASAL BACA JE TAK MASUK ,TAK MELEKAT KAT OTAK NI.
aishhhh...ni pom kire halangan ke????
mula2 study tu memang la cam ala2 paham je pe yang dibaca.tapi makin lame makin kecik je otak ni,makin bulat je mata menafsir ayat2 nota tu.pastu kopem bercakap2 kat dalam hati.."APA YANG AKU BACA NI..TAK PAHAM DAH NI"KENAPA RETINA DETACTMENT JD MACAM NI.MACAM MANE BERLAKU MENDE ALAH NI."alahai..makin tenung nota ni,makin rase nak tembus je nota2 tu.segala bagai cara la nak faham sesuatu situasi , masalah yg telah diterbitkan dalam otak ni samada tanya kat kawan mahupun mencari kat intenet,belek buku2 yang agak2 kalah 1 naskah Quran tu.tapi tak de jugak jawapannya.maka kesudahannya adalah kopem anda akan berkata"AHH..TAKYAH STUDY.MAKIN BACA MAKIN SAKIT OTAK.BAIK AKU TERBONGKANG ."KASI BETULKAN BALIK OTAK YANG DAH SEDIA TEPU NI.huuhu..
wah..satu kaedah yang bagus untuk rehatkan otak ..lalalala.

5.PAKWE@SKANDAL KACAU
asal nak study je mesti ade yang nak mengacau.pakwe call la.skandal ajak mesej la.mak suruh g kedai la.adik mitak buat cucur badak la.agak2 la.kenapa time nak study mesti kene kacau.time tengah senang lenag tak nak plak call,tak nak plak mesej.kedengki betol la bile orang nak start study dengan kusyuk..ngeeeee..

6.PERUT MITAK DIISI
time nak study,dah bukak 5,6 helai muka surat nota ,mesti akan ada lagu hip hop la,keroncong,poprock,rock kapak dari dalam perut.alamakkk...perut ni mitak isi la pulak..nak makan kene redah g dapur .kena bukak segala tudung saji,almari ,tong makanan ni..nak stay study ,tak boleh.kopem jd lesu je.kalu lagi teruk ada yang menggelupur sebab tahan sakit perut.(konon2 gastrik la tu).so,nak tanak..kene la pegi cari makan jugak.jd misi berjuang untuk study terkubur cam tu je la.dengan alasan."ALA..BALIK DARI MAKAN NANTI SAMBUNG BALIK STUDY" iyo la tu..=p

7.FB MENGGANGU
patut nya isi ni kene letak kat tempat no2 .
fb mengganggu??bukan ke salah diri sendiri yang tak tahan godaan FB.apa la yang ada dalam FB tu.takat nak komen je .bila2 masa boleh.chatting???emmm..ye la kan..da members dalam FB beribu raban..kopem la bile click je online..dah bersusun ajak chat.so nak tak nak kene la jugak berchat..kalo tak chat mau tak dapat tido dengan lena,mandi tak basah,makan tak kenyang.alahai...perlu ke sampai begitu sekali.bukan ke study tu lagi penting.penting untuk peperiksaan anda.bile dah ambik peperiksaan,kopem ada result.result yang bakal dapat tu bukan ke penentu masa depan ..haaa...jd..apalagi..cepat2 offline fb tu..

patutnya ada banyak lagi halangan apabila nak study.tapi masalah sekarang ada halangan lain bila aku tulis isu yang dikupas ni,aku belum study lagi sebab masa study aku ni aku bagi untuk menaip kat kat sini.halangan betul la..

notakakijalanan:

amacam baca nota ringkas dari aku ni.betul ke tak betul semua diatas halangan untuk korang dari terus study.kalau betul..insaf2 la.(pesanan untuk diri aku sendiri jugak ni.=p).

0 orang tengoh nopak caktingcakting :