Saturday, September 3, 2011

jurukamera BERNAMA ditembak , misi kemanusiaan tetap dihati

takziah buat keluarga allahyarham Noramfaizul Mohd Nor atas pemergian beliau.


KUALA LUMPUR: Jurukamera BERNAMA TV terbunuh manakala jurukamera TV3 cedera selepas terkena tembakan curi penyerang tidak dikenali ketika pulang daripada membuat liputan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia anjuran Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, petang semalam.
Mangsa, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas cedera parah akibat ditembak di bahu, manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, cedera di tangan dan dilaporkan stabil.
Tembakan itu dipercayai disasarkan ke arah trak tentera Kesatuan Afrika (AU) tetapi tersasar dan terkena pacuan empat roda yang dinaiki mangsa.

Kejadian jam 5.15 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan bersama jurukamera TV3 selepas selesai membuat liputan di sebuah kem pelarian di ibu negara bergolak itu.

berita selanjutnya di bharian online

notakakijalan:
setiap yang bernyawa pasti akan menemui penciptaNya.
setiap kali tengok berita yang berkaitan dengan misi kemanusiaan ,semangat aku semakin menbuak2 untuk menyertai misi-misi kemanusian tersebut walaupun banyak dugaan dan cabaran.
aku ada impian untuk menyertai MERCY MALAYSIA mahupun mana2 badan sukarela .insyaallah .diharapkan dengan sedikit ilmu yang ada pada aku ni.aku harap aku dapat membantu orang yang memerlukan bantuan dan semoga aku dapt manfaatkan ilmu yang ada pada aku ni untuk dimanfaatkan kepada orang lain.

0 orang tengoh nopak caktingcakting :