Monday, May 31, 2010

TOKOH JURURAWAT MUSLIMAH ( RUFAIDAH AL-ANSHARIYAH ATAU AL-ASLAMIYAH

kalo sebut pasal tokoh jururawat islam
mesti ramai tak tahu kan...??
even aku sendiri pun tatau sangat ..
maklum la mase sem2 dulu lbih didedahkan ngan FLORENCE NIGHTINGLE,VIRGINIA HANDERSON and soon la..

akhirnya................

tadaaaaa..........


lame dah mencari maklumat pasal tokoh jururawat islam..
ni aku dapat dr ppum info nurse
..
TOKOH JURURAWAT MUSLIMAH

RUFAIDAH AL-ANSHARIYAH ATAU AL-ASLAMIYAH
Rufaidah adalah seorang wanita dari suku kaum Aslam dan anak kepada seorang tabib yang terbilang dikalangan kaumnya di Yathrib
( Madinah ) dan juga di Semenanjung Tanah Arab. Beliau banyak belajar tentang perihal penyembuhan dan perawatan dari bapanya
semasa beliau membantu bapanya merawat pesakit. Rufaidah merupakan seorang gadis yang mempunyai keperibadian yang mulia,lemah
lembut dan bersopan santun. Sifat penyabar,dan penyayang nya telah membantu meringankan kesakitan dan penderitaan para pesakit
yang dirawati.
Rufaidah telah mengistiharkan keislamannya dengan disaksikan oleh utusan-utusan Rasullah SAW di Yathrib setelah mendengar
beberapa potong ayat Al Quran,dan keislamannya itu telah menjadikan beliau bersifat lebih sabar dan menyayangi dan mengasihi sesama
insan. Beliau telah dengan penuh kerelaan mempertingkatkan usaha dalam dunia perawatan dan melatih ramai wanita dan remaja yang
terdiri dari muslimah untuk mendalami ilmu perawatan. Beliaulah merupakan pengasas sekolah kejururawatan yang pertama dikalangan
umat Islam pada ketika itu.
Semasa bermulanya peperangan jihad,Rufaidah telah memohon keizinan dari Rasullullah SAW untuk bersama sama sekumpulan wanita
terlatih untuk menyertai medan peperangan bagi membantu memberi rawatan kepada para tentera yang tercedera dan yang memerlukan
bantuan pengubatan. Selepas peperangan Badar,Rufaidah telah kembali ke Yathrib dengan memulakan satu era perawatan yang baru
dengan mendirikan sebuah khemah sebagai markas untuk melaksanakan aktiviti rawatan dan perawatan. Beliau menghabiskan banyak
masa di khemah tersebut untuk berkhidmat kepada orangramai
Ibnu Ishaq menyebutnya dalam kisah Sa’ad bin Mu’adz ketika dia terluka diparit pertahanan.Kemudian Rasullullah SAW bersabda: “
Tempatkan dia di khemah Rufaidah yang berada di masjid, hingga aku menjenguknya sebentar lagi..”
Dalam Al-Adabul Mufrad,Bukhari berkata: Diceritakan kepada kami oleh Abu Nu’aim: Dia berkata:” Ketika lengan Sa’ad terluka ketika
peperangan Khandaq,maka dikatakan: “Bawalah dia kepada seorang wanita bernama Rufaidah, kerana dia akan mengubati orang-orang
yang terluka “
Adalah Rasullullah SAW apabila singgah ke tempatnya,beliau bersabda:” Bagaimana keadaanmu di petang ini?”
Sedangkan apabila waktu pagi, Nabi S.A.W bersabda: “ Bagaimana keadaanmu diwaktu Pagi?.” Disini jelas menunjukkan kegigihan dan
kesungguhan Rufaidah dalam melaksanakan tugas perawatannya seperti yang digambarkan bahawa beliau bekerja untuk satu
jangkamasa yang panjang dan ini jelas diperakui oleh Rasullullah SAW.
Maka sesungguhnya Rufaidah adalah perintis bidang Kejururawatan yang terulung.Khemah Rufaidah di Masjid Nabawi yang dibinanya
pada tahun 2 Hijrah bersamaan 624 Masehi,tetap menjadi contoh yang cemerlang dalam bidang Kejururawatan dizaman permulaan Islam
sehingga ke hari ini. Sumbangan dan dedikasi beliau jelas mendahului Florence Nightingale iaitu 1200 tahun lebih awal.


mampukah aku mejadi seperti RUFAIDAH yg sanggup berkorban masa dan tenaga demi merawat dan meyelamatkan para pejuang islam dalam medan peperangan???

bolehkah aku sabar dalam menangani karenah pesakit2 yg pelbagai ragam ni..??
kadang2 aku rase macam nak....???(bagi penumpuk je)
ekekekek..jahatnya aku

dapatkah aku menahan mulut dan hati aku dari mencaci dan mencarut yg bukan2(
oppss...mencarut???)bile diperlekehkan oleh insan2 yg benama pesakit ni yg kadang2 cam sengaja je nak cari pasal ...!!cimpazi betoi

tapi yg paling penting..
bolehkah aku ikhlas dan bertanggungjawab dalam menjalani tanggungjawab yg tlh diamanahkan oleh aku ni??
haaa..that's the main point






mo0d:da ngatuk
keadaan:mamai2
masa:byakkalidacakaptgokkatdimdom..





0 orang tengoh nopak caktingcakting :